yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday, 30 July 2016

Sayu. Pelawak Along Cham Saman Nursyuz Isterinya dari Jempol, Penyanyi Zila Seeron



Penyanyi Zila Seeron, isteri kepada pelawak Along Cham, mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.

Bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat itu turut mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

"Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

.“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

"Saya terlalu rindukan anak saya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bangi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rumah tangganya dan Along yang dikatakan sedang berantakan.

Bagaimanapun menurut Zila, dia tetap akan mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang.

"Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.

"Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti," katanya tegas.

Tambah Zila lagi, masalah dalam rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

"Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna," katanya sayu.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Stesen komuter Labu akan jadi Terminal Bersepadu untuk rakyat di Negeri Sembilan



SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengenalpasti kawasan di Labu untuk dijadikan stesen Seremban bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri juga sedang memohon dengan pihak HSR (kerajaan persekutuan) supaya stesen di Labu itu dijadikan stesen bertaraf antarabangsa.

"Stesen di Labu ini akan jadi terminal bersepadu dilengkapi perkhidmatan bas, teksi, keretapi dan komuter," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Yang DiPertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri tidak melihat sangat projek HSR ini dari segi limpahan ekonominya, tetapi kepada kesejahteraan rakyat.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Geram. Tolong Viralkan, Inilah Cikgu Yang Selalu Denda Aku!'



Orang sibuk dok viral pasal cikgu itu cikgu ini. Meh aku nak viral juga, siap kau cikgu!

Wahai penduduk bumi, saksikanlah, inilah muka cikgu yang selalu mendenda aku berdiri atas kerusi, atas meja, bawah meja, kutey bahu aku, buat muka dengan aku.

Bila aku tak dapat jawab soalan dia, "On the chair....!!!". Gagal jawab lagi, "On the table...!!!", dan seterusnya,  "Under the table!". Meringkok di bawah meja lah aku sampai habis kelas dia.

Tahun 1999, secondary 2, masih segar dalam ingatan aku. Dalam setahun dia mengajar, ada satu hari itu, dia puji aku. "I like the ending of your essay Nik,". Esoknya seperti biasa, "on the chair", "on the table", "under the table" sampai habis tahun.

Garang orangnya, susah nak senyum. Tegas, bekeng, suka bagi homework.

"I asked you in english, do answer me in english!!" tegasnya.

Membuatkan aku terkebil-kebil, tergagap-gagap nak menjawab soalan dia. Dan biasanya berakhir dengan "on the chair", "on the table", "under the table".

Aku panggil dia 'teacher on the chair', 'teacher on the table', 'teacher under the table'. Sesedap mulut aku saja panggil cikgu dengan nama itu. Well, padan muka cikgu!

Has been years, baru semalam aku diberi peluang berjumpa semula dengannya. Huh! Dulu cikgu suka denda saya kan? Well cikgu, I want the whole world to know! Do read these!

Wahai Teacher Raihanah yang dulu saya panggil 'teacher on the chair', yang dulu suka denda saya. Saya nak cakap,

Terima kasih cikgu! Jutaan terima kasih yang tidak terhingga sebab denda saya. Jutaan terima kasih kerana suruh saya berdiri di atas kerusi, meja dan bersila di bawah meja, kutey saya, ajar saya bahasa inggeris dan untuk segala-galanya!

Dalam hukuman cikgu itu mengalirnya berkat. Mungkin kutey cikgu itu terpalitnya ikhlas. Mungkin jelingan maut cikgu itu tersimpan berjuta kasih sayang. Yang dulunya saya tak nampak sebab terlindung dengan ego, terasa diri ini sempurna. Namun saya lupa yang cikgu itu pewaris nabi, medium ilmu dari Allah. Ilmu itu cahaya, cikgu cuma nak bawa cahaya masuk ke dalam otak saya yang kelam dan kosong dan paling penting sekali cikgu nak saya berjaya kan?

Cikgu, saya dah berjaya! Ilmu yang cikgu ajar dulu saya sudah gunakan dengan seeloknya. Alhamdulillah. In fact sampai sekarang saya gunakan sebab saya pun sudah menjadi cikgu Bahasa Inggeris seperti cikgu Raihanah.

Saya praktikkan semua yang cikgu ajar dulu termasuk 'on the chair' and it works! I suppose. Saya pun nak jadi garang seperti cikgu. Saya nak anak murid saya tahu menilai ilmu itu dan tidak mudah untuk mencari ilmu. Sebab kalau mudah sangat, they tend to forget everything. Kan cikgu kan?

Anyway it's not about them, not about me, it's about you.

Wahai pemuja Facebook, keyboard warrior, hargailah cikgu anda. Dalam garang ada sayangnya, dalam bengis ada berkatnya, dalam marah ada doanya. Dan cikgu, biarlah orang nak kata apa pada cikgu. Selagi saya hidup, nama cikgu sentiasa ada dalam doa saya.

Terima kasih cikgu, cikgu tetap cikgu saya sampai bila-bila.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Terbaiklah MB 'nogori'. Tauke judi bertempiaran lari ketakutan apabila MB 'nogori' bersuara



Seremban: Semua premis yang menjalankan aktiviti judi siber di Negeri Sembilan sudah ditutup hasil operasi bersepadu yang dijalankan polis bersama pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Ketua Polis negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, operasi disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Syarikat Air NegeriSembilan (SAINS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bermula sejak 11 Julai lalu.

Menurutnya, sepanjang operasi selama sembilan hari, sebanyak 71 serbuan dilakukan dan seramai 16 pelanggan berjaya ditahan serta 44 peralatan seperti komputer yang disyaki digunakan untuk judi siber, dirampas.

"Selepas itu, pemantauan dilakukan semula pada 20 hingga 24 Julai mendapati tiada premis dibuka. Namun, ada sebuah premis cuba beroperasi semula pada 25 Julai menyebabkan polis menahan seorang penjaga dan merampas beberapa peralatan judi.

"Sejak 26 Julai sehingga kini, tidak ada lagi premis judi siber dibuka semula di negeri ini dan saya boleh katakan bahawa negeri ini bebas judi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengeluarkan amaran kepada pemilik dan penyewa premis yang menjalankan aktiviti perjudian bahawa kerajaan negeri akan menggantung lesen mereka selama tiga tahun.

Beliau berkata, Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai Polis akan dikenakan tindakan sekiranya didapati masih wujud premis judi siber di kawasan masing-masing.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 29 July 2016

Laporan DoJ tidak libatkan 1MDB‎ tegas Najib. Rakyat Malaysia dapat tidur lena selepas ini



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), minggu lalu tidak melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, tiada aset 1MDB yang disenaraikan untuk disita.

"Majlis Tertinggi ambil maklum hanya mereka tertentu dinamakan dalam laporan tersebut bererti secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan itu, tiada aset 1MDB dinamakan.

"1MDB juga tidak diminta apa-apa maklumat...DoJ tidak rujuk 1MDB maknanya mereka tak tuntut apa-apa penjelasan daripada 1MDB. (DoJ) tidak ambil kira pandangan pihak berkuasa Malaysia mahupun 1MDB," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, hari ini.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Sayu. Gara-Gara Cikgu Hendak Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00.



TIDAK lama dahulu, kecoh seketika menerusi media sosial mengatakan tugasan seorang guru adalah ‘ringan' jika dibandingkan dengan bidang pekerjaan lain.

Iyalah, waktu tengah hari sudah boleh pulang ke rumah dan cuti pula memang banyak dalam setahun.

Dakwaan itu kemudian mendapat lontaran balas daripada warga pendidik mengatakan tugasan mereka tidak berakhir di sekolah, malah ketika di rumah dan hari minggu dengan aktiviti sekolah.

Mungkin nampak ‘mudah’ buat segelintir manusia namun pergorbanan seorang guru dalam membimbing murid-murid sebenarnya merupakan tugasan yang besar dan agak mencabar.

Terbaharu, coretan daripada seorang pengguna Facebook yang bertajuk ‘Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00’ menerima pelbagai reaksi daripada pengguna alam maya.

‘Adat’ memberi atau menghulurkan sedekah RM1 ini boleh dikatakan sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di mana-mana sekolah sekiranya terdapat guru yang bakal bersara.

Apalah sangat derma RM1 berbanding dengan nilai jasa dan pengorbanan seorang guru kan…

Jom ikuti coreta daripada saudarai Izman Pauzi ini.



Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 setiap seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.

“Sekolah ini ingat ibu bapa ini cop duit ke? Sudahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan bagai.

“Ini cikgu nak bersara pun anak murid kena bagi duit untuk beri hadiah. Cikgu ini sesak sangat ke?” luahnya kasar.

Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang disuap ke mulut. Saya tidak jadi nak makan.

“Yela, anak aku pun sama. Semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara itu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi extra RM3 semalam,” balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.

“Kau tahu tak, anak aku cerita yang tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa Hari Guru, cikgu itu dapat ‘handbag’ mahal!

“Pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara,” jelas saya lagi.

“Apa kerja cikgu ini? Sudahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!” kata sahabat saya itu sambil mengetuk meja.

Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.

“Kau tahu kan, seorang murid wajib bagi RM1.00. Kalau 500 murid dah RM500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya,” kata saya lagi. Dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.

“Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itupun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit,” kata saya.

Dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.

“Begini, dalam 365 hari setahun, hanya Ahad sahaja anak-anak kita berada di rumah sepanjang masa. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi.

“Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat. semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar itu pun tak memadai untuk jasa cikgu itu.

“Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi Pengerusi PIBG yang baharu. Aku dapat kuasa nanti, aku akan mewajibkan semua pelajar ‘start’ masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru.

“Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka itu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah,” kata saya panjang lebar.

Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Aduhai, cakap benda betul pun dah sentap.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 28 July 2016

Gempar. Punca Jalan Pasir Besar - Palong Gemas gelap terjawap sipi-sipi



PALONG - Pengguna jalan raya di Felda Gugusan Palong diharap terus bersabar berhubung isu jalan dan pencahayaan di kawasan tersebut.

Adun Palong, Datuk Lilah Yasin berkata, masalah berkenaan antara isu yang sering dibawa dalam persidangan Dun.

"Sudah dua tahun berturut-turut saya bawa usul sama dalam ucapan bajet tetapi kerajaan negeri belum melaksanakannya.

"Usul ditekankan termasuklah pencahayaan jalan utama dan jalan kampung Felda. Untuk kawasan itu, kerajaan masih belum dapat membayar kos bil bulanan sebagaimana yang dilaksanakan di kampung tradisi,” katanya ketika diminta mengulas isu jalan berkenaan yang kini menjadi viral di laman sosial.

Tambah beliau, walaupun surat permohonan telah dihantar kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), namun ia masih dalam proses penilaian dan belum mendapat kelulusan.

"Antara cadangan yang dikemukakan adalah pembesaran jalan utama JKR dari Pasir Besar ke Muadzam dengan kos dianggarkan sebanyak RM16 juta.

"Turut dicadangkan pembesaran loop Palong dengan anggaran kos sebanyak RM14 juta,” katanya.

Lilah berkata, walaupun permohonan pembesaran jalan masih belum diluluskan, namun laluan berkenaan sudah dibaik pulih.

"Ia termasuk peruntukan RM8 juta untuk meningkatkan kualiti jalan utama dan jalan loop Palong.

"Kita juga mendapat peruntukan RM22 juta bagi menurap semula jalan di perkampungan Felda di seluruh Palong. Sebahagiannya telah siap dan baki akan dijalankan secara berperingkat," katanya.

Sumber



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 26 July 2016

Najib desak individu yang dinamakan ‘Malaysian Official 1’ bersihkan nama sebersih mungkin



Antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan skandal 1MDB adalah ‘Malaysian Official 1’, ‘1MDB Officer 1′ ‘1MDB Officer 2′ dan ‘1MDB Officer 3’.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu individu yang dinamakan bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

“Sebab itu bila keluar laporan DoJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

“Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1MDB.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Baru Ambil Alih Dah Cakap Macam Ini' - Cuepacs Bantah Cadangan Kakitangan Awam Biayai Pencen Sendiri



KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membidas cadangan yang mahu penjawat awam membuat sumbangan ke dalam tabung persaraan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), lapor Free Malaysia Today.

Artikel berkaitan:

Kakitangan Awam Bakal Biayai Dana Pencen Sendiri

"KWAP baru saja mengambil alih pengurusan wang pencen dan dia sudah mula bercakap seperti ini.

"KWAP tidak perlu buat keputusan bagi pihak kerajaan dan menambah hak penjawat awam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau tiada kuasa memutuskan sama ada kerajaan perlu mengubah skim persaraan atau tidak," kata Presiden CUEPACS, Azih Muda.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, cadangan di mana penjawat awam menyumbang sendiri ke dalam KWAP sama seperti pekerja swasta yang menyumbang ke dalam KWSP.

Bagaimanapun, reaksi penjawat awam di media sosial rata-ratanya negatif dan menolak cadangan yang tidak masuk akal itu menjadikan kakitangan awam hilang keistimewaan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Ini Atlet Ke Haiwan?'



Inilah 'balasan' yang diberi oleh pasukan Bola Sepak Kedah SUKMA XVIII.

Kami sediakan tempat tinggal, tempat tidur siap diberi dengan cadar, bantal dan dikemas-kemas lagi. Kami tak dibayar gaji pun semasa mengemas bilik anda. Tetapi beginikah balasan yang diberikan? Siang malam kemaskan cadar, turun naik tangga, letih tahu tak? Itu semua demi keselesaan anda. Tetapi, inikah balasannya?

Inikah sikap bakal altlet generasi akan datang? Inikah perangai bakal pemain bola sepak? Mereka inikah yang akan menjadi wakil pemain dan kebanggaan negeri Kedah?

Tak kisahlah kalah ke apa, barang orang yang dipinjam sepatutnya dijaga dengan baik. Bukannya korang menyewa di UNIMAS ini! Kalah dalam pertandingan pun, janganlah sampai merosakkan harta benda awam.

Kita (Sarawak) sebagai tuan rumah, berikan tempat tinggal. Jika tidak diberikan, nanti membebel pula mereka. Bila sudah diberi, begini pula jadinya.

Asalnya bilik ini lengkap dengan katil, tilam, cadar bagai, memang nampak seperti bilik. Namun selepas mereka selesai menginap di sini, keadaan bilik mengalahkan tongkang pecah, tsunami dan gempa bumi.

Kalau saya, saya takkan pilih mereka lagi sebab tindakan mereka ini menjejaskan imej negeri mereka sendiri.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Selena Gomeh tiba di Malaysia



SEPANG: Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez, tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Selena yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, memberitahu BERNAMA beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 semalam.

"Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau," kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam esok.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta semalam.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Sayu. Kakitangan Awam Bakal Biayai Dana Pencen Sendiri



Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kakitangan awam mungkin perlu menyumbang kepada dana persaraan mereka sendiri pada masa akan datang, kata  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Dalam temubual dengan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman berkata, ia mungkin menyerupai kaedah pekerja swasta menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Apa yang anda perlu tahu, kerajaan mungkin memutuskan yang skim sedia ada ini adalah sukar untuk dikekalkan dan kita mungkin akan beralih kepada skim jenis KWSP," katanya.

Skim pencen semasa untuk penjawat awam dipanggil 'Manfaat Pasti" di mana hanya kerajaan dan majikan lain penjawat awam yang membuat sumbangan, seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan skim ini, pesara diberi jamainan untuk mendapat bayaran pencen separuh dari gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun. Pasangan pula akan mendapat jumlah yang sama sekiranya pesara berkenaan meninggal dunia.

Jelas Wan Kamaruzaman, skim yang serupa dengan KWSP itu dipanggil 'Sumbangan Pasti' mungkin membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan bagi laibiliti pencen yang sentiasa bertambah. Skim semasa menyebabkan kerajaan diletakkan dengan liabiliti berjumlah sehingga RM300 bilion.

"Katakanlah di masa depan, lima tahun lagi penjawat awam lantikan baru akan diletakkan dalam skim 'Sumbangan Pasti', jadi KWAP akan mengendalikan kedua-dua skim 'Manfaat Pasti' dan 'Sumbangan Pasti', itu cara yang saya lihat. Kerana apa yang ada terlalu bagus untuk dikekalkan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui bahawa, skim yang sedia ada sukar untuk dikekalkan bagi jangka panjang. Dengan itu, memberi isyarat satu skim alternatif mungkin sedang dirancang.

Dengan kekuatan perkhidmatan awam sehingga 1.6 juta penjawat awam bertukar kepada skim "Sumbangan Pasti' memerlukan azam politik yang tinggi.

KWAP mengendalikan keseluruhan operasi pencen kerajaan dan majikan lain penjawat awam, setelah menyerap keseluruhan jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kesemua 250 orang pekerja jabatan itu kini ditempatkan di pejabat KWAP di Cyberjaya.

Semenjak November 2015, syarikat itu juga telah mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara dari kerajaan. Ini setelah pengubahsuaian dibuat kepada Akta Dana Persaraan 2007, awal tahun 2015.

Bagaimanapun, dana untuk pembayaran itu masih datang dari kerajaan. Manakala KWAP dibayar yuran pentadbiran.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Kalau Anak Saya Lumpuh, Saya Akan Saman' - Zulkifli Yunus



KOTA BHARU - Netizen mendakwa gambar pelajar perempuan, Nur Syahida, 15, yang masuk wad selepas ditampar gurunya  sebanyak 3 kali, merupakan gambar lama sehingga dikongsi oleh sebuah laman Facebook guru yang mendapat banyak perkongsian seolah-olah pelajar berkenaan dianggap mereka-reka cerita.

Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit, Zulkifli Yunus, 58, tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

"Itu memang gambar terbaru anak saya yang dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin.

"Jika anak saya tidak sembuh atau lumpuh, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Zulkifli, memang benar anak sulungnya itu pernah terjatuh di bilik air pada November 2015, yang menyebabkan lehernya cedera. Nur Syahida dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

"Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. Namun kejadian itu (ditampar) memberikan kesan kepada leher anak saya. Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk rotan dan tidak mencederakan pelajar," katanya.

Nur Syahida telah dibenarkan keluar dari wad hari ini. Namun beliau kesal dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

"Banyak fitnah yang dilemparkan. Namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

"Hal yang sebenarnya ialah saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu memang kening sebenar, dah macam itu rupanya," katanya.

Difahamkan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail telah bertemu dengan keluarga mangsa. Pihaknya telah bersepakat dengan Zulkifli Yunus untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan kedua-dua pihak.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 25 July 2016

'Kalau Betul Tak Bersalah, Kenapa Ustazah Itu Diamkan Diri?' - Kakak Mangsa



KOTA BHARU - Setelah individu bernama Md Sukhairi Osman mendakwa mengetahui kejadian sebenar berhubung isu pelajar ditampar ustazah kerana kening dicukur, kakak kepada mangsa, Puteri Boneka, tampil mempertahankan adiknya, Nursyahida binti Zulkifli.

"Saya juga hairan, kalau betul salah pelajar, kenapa guru sekolah berkenaan mendiamkan diri? Kenapa mesti lari dari kebenaran sebenar? Bila isu ini sudah viral, timbul bermacam-macam cerita. Setahu saya, adik saya bertudung labuh bila pergi ke sekolah. Kenapa isu tudung singkat dikaitkan dalam masalah ini? Harap pihak sekolah dapat memberikan keterangan lanjut kepada pihak keluarga kami.



Macam ini ke yang dikatakan bulu kening dicukur atau diandam?



Kalau macam ini dikatakan tudung senteng lagi, saya tak tahu nak kata macam mana lagi. Maunya pakai telekung solat ke sekolah gamaknya.

"Selepas ini rasanya kena guna apps Camera360 untuk snap gambar, baru orang percaya gambar itu bila sebab ada tarikh. Tetapi nanti orang kata menipu pula.


"Dalam video ini adalah keadaan terkini Syahida, yang menjadi mangsa tamparan ustazah berkenaan. Adik saya kini berada di wad Dahlia, HRPZ. Saya minta jasa baik tuan puan yang mana sedangkan viralkan cerita kononnya adik saya ini menipu, kononnya yang diupdate adalah gambar tahun lalu, sila tonton rakaman video ini.



"Jangan cuba viralkan cerita yang tidak betul kalau tidak tahu apa-apa. Biar pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Jangan cuba mereka-reka cerita. Penat menghadap karenah manusia yang bercerita tanpa usul periksa. Tak apa, keadilan pasti ada," katanya.

Puteri juga turut menyatakan bahawa pihak keluarganya telah mengumpul bukti mana-mana pihak yang menyebarkan cerita palsu, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 22 July 2016

Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah, Najib pula dakwa derma. Kes ditutup!

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun – yang dia memiliki akses untuknya – adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah ‘hadiah’ daripada Aabar BVI,” kata laporan itu semalam.



Menurut DOJ, Aabar BVI – sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah – dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.

Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai “hadiah” berkenaan.

“Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi,” kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab

Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah “sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga” individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: “Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

“Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami.”

DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.

Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza “ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi”.

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Warna petrol berbeza setiap jenama, Adakah mempengaruhi prestasi?



Perkongsian seorang pengguna Facebook tentang warna petrol menjadi penyebab beliau bertukar ke jenama lain lebih setahun lalu kini aktif kembali dikongsi.

Ia menjadi viral di laman sosial dan ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Portal permotoran, Paultan menimbulkan tentang perkara ini.



– fb Imran Suhaimi

Ia susulan sebuah video yang viral pada tahun lalu yang membanding warna RON97 dari dua jenama berbeza dan mendakwa kedua-duanya berbeza kualiti seterusnya memberi kesan kepada kadar penggunaan bahan api.

Timbul persoalan, adakah benar warna mempengaruhi kualiti bahan api dan prestasi kenderaan? Berikut jawapannya.

Sebenarnya warna semula jadi pada petrol dan diesel adalah kuning cerah. Penambahan warna hanya untuk pengenalan gred dan jenis bahan api.

“Seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pewarna pada bahan api perlu ditambah untuk tujuan pengenalan kepada berberapa gred dan jenis bahan api.”

“RON97 ditetapkan dengan warna merah di Malaysia, manakala untuk RON95 ia perlu diwarnakan dengan warna kuning. Pewarna bahan api tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas kualiti bahan api dan prestasi enjin.” – Jurucakap Shell, The Star.

Pakar industri melalui laporan The Star juga berkata, perbezaan warna juga kerana perbezaan jumlah pewarna yang digunakan.

“Ini adalah semata-mata kerana jumlah pewarna yang berbeza, yang berkadar antara lima bahagian setiap juta (ppm) dan 18 ppm.”

“Kaedah suntikan pewarna – yang dilakukan secara automatik atau secara campuran pukal – juga menyebabkan perbezaan kepada ton warna.

“Perbezaan warna mungkin juga kerana bahan api berkenaan dibekalkan dari terminal berbeza. Kesimpulannya, pewarna tidak mempunyai sebarang kesan kepada kualiti bahan api.

Naib Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli.

“Ambil contoh petrol berkenaan dan hantarnya untuk pemeriksaan kimia serta buat laporan kepada Sirim, selepas itu mereka akan memeriksanya,”

“Apabila berkaitan dengan warna, bercakap berkenaan prestasi, ia agak susah untuk diperkatakan. Jika ada perbezaan kecil, anda tidak akan mengetahui atau merasakannya kecuali anda menggunakan tolok.

“Agak sukar untuk mengatakan sama ada ia bagus atau tidak, sama ada ia bercampur atau tirus atau tidak. Anda perlu menghantarnya ke makmal untuk diperiksa sama ada ia mempunyai masalah atau tidak.”

Antara komen pengguna;





Tentunya pengguna mempunyai sebab tertentu tentang jenama pilihan masing-masing. Ada yang tak kisah tentang stesen mana asalkan kereta ‘berminyak’.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 15 July 2016

Peneroka Felda Jelai kempunan duit raya



GEMAS – Bukan seorang, tetapi seramai 37 peneroka di Felda Jelai 3, di sini, kempunan untuk menerima duit raya daripada Felda tahun ini apabila nama mereka tersenarai dalam kategori tidak layak menerima duit raya.

Menurut peneroka, Mohd Mustaffa Othman, 59, dia sangat terkejut apabila melihat namanya turut ada dalam senarai yang ditampal di hadapan pejabat Felda berkenaan memandangkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, dia gagal menghantar hasil pada bulan Januari.

"Hanya satu bulan sahaja saya tak hantar hasil pada Felda iaitu pada bulan Januari kerana pada bulan berkenaan saya sudah berhabis kira-kira RM3,000 untuk meracun, membaja dan mencantas. Jadi, saya jual bukan kepada Felda kerana mahukan duit segera.

"Saya perlu berbuat demikian kerana pembayaran hasil di Felda sekarang ini setiap Khamis dan hanya dua kali dalam sebulan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Jelai 3, di sini, semalam.

Katanya, dia pernah membuat laporan polis berhubung pembayaran hasil yang dikurangkan bagi satu tan sawit ketika menghantar bekalan itu kepada Felda.

Bagaimanapun katanya, seminggu selepas laporan polis itu dibuat, dia akhirnya mendapat kembali baki bayaran bagi satu tan sawit kira-kira RM523.

"Memang pantang saya bila hak saya tak diberi, jadi bila PM (Perdana Menteri) dah umum nak bagi peneroka duit raya kenapa pula ada peneroka tak dapat. Ini merupakan kali pertama (tak dak duit raya) sejak saya menjadi peneroka di sini pada tahun 1980.

"Sebelum ini, bagi peneroka yang tak hantar hasil ke Felda, mereka dapat juga duit raya walaupun separuh.  Ini saya baru tak hantar sebulan, saya terus disenaraikan tak layak dapat duit raya," katanya.

Bagi Bahari Wahab, 76, dia antara peneroka tertua di Felda berkenaan dan sebagai warga emas, dia sememangnya sangat mengharapkan duit raya Felda memandangkan dia kini tidak mampu lagi bekerja.

Menurutnya, dalam tempoh masa lima bulan pertama ini, dia hanya menghantar hasil sebanyak satu kali sahaja memandangkan dia tidak sanggup menunggu wang hasil yang agak lambat dari pihak pengurusan Felda.

"Saya dah tua, jadi bila hantar hasil tentulah saya nak duit terus, bukan tunggu hari Khamis atau minggu akan datangnya.  Ini tahun pertama saya tak dapat duit raya Felda dan saya betul-betul hampa," katanya.

Manakala, bagi Jaafar Isnin, 64, pula, dia juga gagal menghantar hasil kepada Felda pada bulan Januari, namun pada bulan seterusnya hingga Mei, dia telah menghantar hasil kepada pihak terbabit.

"Saya ditahan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah selama sehari akibat semput dan memerlukan wang segera untuk kos ulang alik bagi keluarga.

"Jadi saya terpaksa hantar hasil ke luar, tak sangka pula sebab gagal hantar hasil sebulan, saya tak layak dapat duit raya untuk pertama kali tahun ini, sedangkan insentif ni dah diumumkan kepada semua peneroka.  Persoalannya, mana duit tu pergi.

"Saya harap sangat agar kami seramai 37 peneroka ini layak menerima duit raya dari Felda dan bukannya disenaraikan tidak layak seperti ini,” katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas dari Pengurus Besar Wilayah Raja Alias, Pamuji Kemis tidak berjaya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu mengumumkan insentif duit raya sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM49.52 juta membabitkan 99,046 peneroka Felda di seluruh negara.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 13 July 2016

Lemang periuk kera Kuala Pilah dapat sambutan luar biasa



KUALA PILAH – Lazimnya periuk kera dikenali pokok maging yang memerangkap serangga di dalam periuknya dan hanya ditemui dalam hutan tebal, paya dan batu kapur.

Namun, bagi sepasang suami isteri, mereka memilih pokok herba atau nama saintifiknya, nepenthes sepp itu untuk dijadikan lemang periuk kera.

Kamarul Zulkipli, 34, bersama isterinya, Nor Sidawati Sulaiman, 34, meskipun lemang periuk kera masih baharu, tetapi sambutan amat menggalakkan di negeri ini walaupun sudah ada lemang buluh yang begitu sinonim dengan negeri beradat ini.

Memulakan perniagaan itu tiga tahun lalu selepas merasai keenakan lemang periuk kera di sebuah rumah rakannya di Melaka, dia berkata, sememangnya percubaan pertama berjaya kerana melihat kelongsongnya tidak hancur dan kukuh menyokong pulut dan santan yang dimasak.

Rentetan daripada itu, Kamarul dan isteri, nekad menjual lemang periuk kera yang dibeli di Labis Segamat dan Rompin Pahang.

“Saya perlu beli kelongsong periuk kera ini di dua tempat iaitu Labis dan Rompin sebanyak 2,000. Saya lakukan ini kerana sukakan rasa lemang periuk kera. Walaupun jauh tapi berbaloi.

“Rasanya amat istimewa mungkin disebabkan aromanya yang tersendiri kerana lemaknya dan kelembutan pulut itu sendiri.

“Sesiapa perlu merasai sendiri barulah tahu keenakan lemang periuk kera,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Bukit Intan, Senaling.

Menurutnya, pemprosesan penyediaan lemang periuk kera hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.

“Penyediaannya memang lebih mudah iaitu menggunakan teknik mengukus berbanding lemang biasa yang dibakar.

“Kita perlukan kelongsong periuk kera betina yang berbentuk seperti mangkuk dan perlu dibersihkan sebelum dimasukkan pulut dan santan.

“Periuk kera betina sesuai untuk membuat lemang kerana berbentuk mangkuk, kecil dan mudah diuruskan berbanding periuk kera jantan yang agak lonjong.

“Setelah dimasak, lemang ini mampu bertahan selama 10 hari hingga 12 hari,” katanya bila tiba perayaan Aidilfitri, dia tidak menang tangan menyiapkan tempahan.

Menurutnya, tempahan lemang itu tidak terhad pada musim perayaan sebaliknya sepanjang masa.

“Saya lakukan ini sebagai kerja sampingan sahaja dan jika ada tempahan, saya ambil,” katanya turut menerima tempahan lemang buluh.

Katanya, lemang periuk kera ini dijual dengan harga RM1.50 satu dan sesuai dimakan dengan rendang atau serunding.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 5 July 2016

Bazar Ramadan Tampin lengang, peniaga tanggung rugi



TAMPIN – Jika 10 tahun dahulu, Ekspo Ramadan di Tampin Square sering dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat, namun sejak lokasinya dipindahkan ke pekarangan tempat letak kereta Stadium Mini Tampin,  di sini, sambutan diterima semakin hambar.

Menurut wakil peniaga Ekspo Ramadan, Hendra Hasril, 45, dia merupakan antara pengasas Ekspo Ramadan di Tampin yang bermula pada 1997 di mana ketika itu tidak sampai 10 peniaga berpeluang berniaga bersebelahan Bangunan Umno Tampin.

"Pada 1998, kita dapat 14 khemah untuk berniaga di Tampin Square sempena Ramadan. Sambutan diterima semakin baik dan makin ramai peniaga terutamanya peniaga Melayu berminat untuk sertai Ekspo Ramadan.

"Malah pada 1999, bilangan khemah berniaga makin bertambah dan Ekspo Ramadan dibuka di laluan tengah dan tepi Tampin Square. Sehinggalah tahun lepas, sebanyak 54 khemah disediakan buat peniaga memeriahkan ekspo berkenaan," katanya ketika ditemui di tapak Ekspo Ramadan baharu di pekarangan tempat letak kereta Stadium Mini Tampin, di sini, semalam.

Katanya, sebaik mengetahui lokasi ekspo itu berubah, dia telah membuat rayuan secara rasmi kepada Majlis Daerah Tampin (MDT) pada 13 April lalu untuk mengekalkan tapak ekspo asal memandangkan lokasi baru sukar dikunjungi masyarakat setempat.

Katanya, jualan sempena Ekspo Ramadan pada tahun ini semakin 'parah' kerana tidak mendapat sambutan memandangkan lokasinya jauh, tiada kemudahan bank berdekatan serta kain rentang pemberitahuan perubahan lokasi diletakkan di tempat yang tidak strategik.

"Kami (peniaga) sendiri terpaksa alih lokasi kain rentang ke Tampin Square bagi memastikan gerai jualan kami di lokasi baru dikunjungi tapi hampa. Kebiasaannya, kalau dah dekat nak raya, 200 ke 300 pasang baju kurung juga boleh dijual, tapi ada peniaga 30 pasang baju pun tak habis jual lagi.

"Tahun ini sebanyak 103 khemah disediakan di tapak ekspo baru tapi hanya 28 peniaga sahaja yang sanggup menanggung risiko berniaga di sini. Manakala 13 lagi peniaga telah bertukar ke lokasi ekspo di Pulau Sebang dan 12 orang lagi di Melaka," katanya.

Sementara itu, peniaga, Abdul Jalil Md Gapal, 45, Abdul Jalil Md Gapal, 45, dia sudah 14 tahun menyertai ekspo berkenaan dan pada tahun lalu sahaja sebanyak lima stok kuih raya serta kerepek berjaya dijualnya di mana setiap stok bernilai kira-kira RM85,000.

Bagaimanapun katanya, sejak lokasinya berubah, stok pertama kuih raya masih belum habis dijual walaupun sudah Ramadan ke-29.

"Kebiasaannya lagi empat ke lima hari nak raya orang ramai sudah berpusu-pusu tapi tidak pada tahun ini. Yang datang berkereta sekali lalu sahaja tak singgah sebab lokasi ni terutamanya di waktu siang sangat panas.

"Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertimbangkan semula permohonan kami untuk kembali ke lokasi lama sebab kami terpaksa tanggung kerugian berikutan tak dapat sambutan," katanya.

Bagi pengunjung pula, Rozana Idrus, 46, dari Kampung Baru Sungai Kepong Gemencheh berkata, Ekspo Ramadan itu antara lokasi wajib dikunjunginya bersama anak tunggalnya setiap penghujung Ramadan sebagai ganjaran membeli keperluan raya buat anaknya yang berpuasa penuh.

"Dah tiga tahun datang sini, dulu naik bas tapi tahun ni dah ada lesen saya naik motosikal dari Gemencheh.  Ada kawan kata lokasi dah ubah, jadi saya pergi juga walau tersesat kerana tiada penunjuk arah lokasi untuk tidak menghampakan anak.

"Sudahnya bila saya sampai, saya pula yang hampa kerana banyak gerai yang masih belum beroperasi walaupun sudah tengah hari. Tak meriah macam di tapak ekspo lama dan saya harap agar lokasi lama dapat dikekalkan pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MDT, Mohamed Roduan Ujang berkata, lokasi tapak ekspo terpaksa diubah kerana terdapat beberapa projek sedang dijalankan berdekatan Tampin Square, selain faktor keselamatan kerana pihaknya menerima banyak aduan berhubung kesesakan lalu lintas setiap kali Ekspo Ramadan berlangsung.

"Bagaimanapun kita akan kaji semula kesesuaian lokasi ini dan berharap agar peniaga akan dapat memberikan cadangan rasmi berkaitan Ekspo Ramadan Tampin,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Terbukti Lelaki Negeri Sembilan Berkualiti. Dari Gemas, Negeri Sembilan Ke Kedah, Lelaki Ini Bagi Duit Raya Kepada Jurutol



SIAPA yang tak suka kalau dapat duit raya kan?  Pendek kata, yang muda dan tua semua mahukannya.

Begitulah yang dirasai oleh beberapa jurutol yang tersenyum lebar setelah mendapat duit raya dari seorang lelaki ini.

Lelaki bernama Hadi Hilman ini mengambil inisiatif memberi duit raya untuk menghargai jurutol yang berpenat lelah bertugas ketika musim perayaan.

Video perbuatannya itu sekali gus menjadi viral dan perbualan hangat netizen di laman sosial.




Rata-rata netizen turut memuji idea dan usaha yang dilakukan Hani.

Menerusi video tersebut, Hadi telah memberi duit raya kepada lima orang jurutol yang dilalui sepanjang perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Pendang, Kedah.

Pada masa yang sama, Hadi turut mengajar pengguna jalan raya yang lain sama-sama menghulurkan duit raya kepada jurutol yang bertugas di hari raya.

Mana tahu, sumbangan kita yang kecil, besar maknanya pada seseorang.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 4 July 2016

'Polis Cari Duit Raya' - Polis Sedih Difitnah Oleh Gadis Cun Melecun



KUALA LUMPUR - Seorang wanita memuat naik status di sebuah group di laman Facebook, mendakwa polis telah membuat sekatan jalan raya di TSB bagi tujuan mencari duit raya.

"Roadblock depan TSB dari kedua-dua arah. Polis carik duit raya. Hati-hati gaiss dan selamat bershopping. Drive carefully," kata Manja Oh Manja.



Dakwaan tidak berasas wanita itu telah dibaca oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, yang terus membuat laporan polis terhadapnya.

"Semasa saya sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, saya telah dimaklumkan oleh anggota saya bahawa terdapat seorang individu mendakwa kami yang 'mencari duit raya' dengan membuat sekatan jalan raya.



"Saya buat laporan polis ini untuk pihak PDRM mengambil tindakan terhadap wanita terbabit yang telah membuat tohmahan yang tidak berasas terharap anggota polis IPD Sungai Buloh yang PDRM yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan tidak mengira bila-bila masa di kala masyarakat sedang bergembira menanti hari raya," kata Inspektor Mohd Hafizullah Mohd Akhbar.

Semakan mendapati, individu terbabit telah menyahaktifkan akaun Facebooknya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Pemain bola sepak N.Sembilan ditahan polis kerana tiada lesen memandu



SEREMBAN – “Encik maaflah… saya nak pergi latihan bola sepak ni, lain kali saya tak buat lagi,” kata seorang pemain bola sepak Piala Presiden yang ditahan pihak berkuasa dalam Operasi Khas Motosikal di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, kelmarin.

Pemain berusia 18 tahun itu ditahan polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen selain tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Selain itu, dalam operasi sama, seorang remaja perempuan berusia 21 tahun menangis teresak-esak kerana ditinggalkan teman lelakinya selepas dia ditahan positif dadah.

Remaja terbabit mengaku mengambil dadah jenis syabu atas pengaruh rakannya dan ketika ditahan dia tidak membawa kad pengenalan.

Itu antara aksi ditemui dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia,  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen di sini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, secara keseluruhan sebanyak 140 kenderaan diperiksa pihaknya dalam sekatan jalan raya di enam lokasi di bandar ini bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Daripada jumlah kenderaan diperiksa, (45) ditahan memandu tanpa lesen, tiada lesen kenderaan motor (25), (25) tiada insurans, (10) masalah nombor pendaftaran, (8) kesalahan teknikal dan (6) kenderaan disita.

“Manakala polis pula telah mengeluarkan 75 saman membabitkan 80 kesalahan seperti tiada lesen, masalah nombor pendaftaran, tiada insurans dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, tujuh individu termasuk seorang wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun ditahan AADK selepas didapati positif dadah.

Katanya, seramai lima warga asing ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan sebuah motosikal dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Bunyi Bising Kenderaan Motosikal 1987.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Tolonglah, Balik Kampung Jangan Buat Rumah Macam Hotel'



Aku anak bongsu, ada abang 6 orang, kakak seorang. Memandangkan aku saja yang masih belum berkahwin lagi, aku saja yang selalu dengan mak, sebab aku dapat belajar dekat dengan rumah. Tetapi aku duduk di hostel juga.

Al kisahnya, mak selalu bercerita pada aku yang mak tak suka sangat kalau anak-anak dia balik ramai-ramai masa hari raya.

By the way, anak saudara aku dah berbelas orang. Semuanya budak-budak lagi. Yang paling dewasa pun, sekolah rendah, yang baby pun ramai. Bayangkan saja rumah mak bila time raya macam mana.

Mula-mula, aku pun pelik dengan kata-kata mak. Tetapi lama kelamaan aku menjadi faham sebab aku pun turut merasa geram juga kadang-kadang. Semua yang balik itu, seperti terlalu bergantung pada mak. Kalau mak tak masak, memang kebulurlah semua orang yang ada dalam rumah itu.

Aku yang belum berkahwin ini, selalu disuruh mak buat itu ini. Bukanlah nak mengeluh, tetapi geram.

Mostly mereka tak bawa pun kelengkapan mandi atau tidur sebeb mereka tahu semua benda ada di rumah ini. Tak kisah pun kalau mereka nak gunakan, tetapi kasihanlah pada mak bila mereka semua dah balik. Mereka tinggalkan benda-benda yang mereka guna, macam duduk di hotel. Jadi, memang kena kutip dan basuh semua. Banyak giler kot? Kadang-kadang, sampai dua tiga kali masuk mesin basuh. Kalau aku tak ada, atau aku ada kelas awal, mak yang kena uruskan semua itu.

Mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kadang-kadang, sampai demam selepas mereka semua balik ke tempat masing-masing. Mak jenis yang tak suka tegur sebab takut ada yang bergaduh nanti.

Kalau tetamu datang berhari raya pun, aku dengan mak yang kelam kabut turun tangga. Sudahlah kena masak banyak-banyak sebab anak cucu saja dah berapa ramai, 20 orang kot. Hari itu pun kenduri abang aku, sampai aku demam seminggu.

Raya tahun lepas, kawan-kawan aku datang beraya. Bila mereka nak tumpang sembahyang di rumah aku sebab masa itu dah lewat, aku tak kisah sebab sudah terbiasa. Lagi pun ada bilik kosong. Selepas mereka balik, baru aku perasan pampers anak-anak buah aku menimbun dalam tandas. Aku tak tahu nak letak muka di mana. Mesti mereka geli masa gunakan tandas itu tadi. Aku tak perasan sebelum ini sebab aku guna bilik air yang lain. Sebab itulah kalau kawan-kawan aku datang, aku kena kemaskan apa yang patut dulu sebelum mereka datang.

Kuih dalam balang, kalau aku tak top up, memang kosonglah balang. Air tumpah pun, bukannya nak tolong lapkan, dengan ratu-ratu semut pun datang aku rasa. Kalau tak ada orang buat air, memang tak adalah manusia nak pergi buat untuk para tetamu.

Sudahlah malas nak buat air, bila orang sibuk nak hidang air pada tetamu, anak-anak mereka juga yang sibuk meminta air. Aku paling tak suka budak-budak buat kacau masa tetamu datang sebab aku memang sudah diajar oleh mak masa kecil-kecil dulu, selagi orang tak bagi, jangan haraplah nak rasa air itu.

Dipendekkan cerita, kalau mak tak ada, kebulurlah mereka semua. Kalau aku tak ada, rumah itu akan jadi tongkang pecah. Jadi, di sini aku nak pesan pada semua yang balik raya itu, tolong sangat-sangat ada common sense itu.


  • Tolonglah apa yang patut
  • Tolonglah jangan buat rumah macam hotel
  • Tolong sangat-sangat ada rasa geli terhadap benda yang kotor
  • Tolong jangan buat mak macam bibik.
  • Yang suami itu, kalau dah nampak isteri tak buat kerja, ringankanlah mulut itu.


Aku bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma perkara inilah yang aku boleh tegur bagi mereka yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Sebab tak nak nanti ada yang bermasam muka dengan mak mertua, ipar duai. Kadang-kadang itu, common sense tak ada dalam diri seseorang itu sebab dia tak pernah rasa sebelum ini. Mungkin sebelum ini, semua kerja-kerja rumah dibuat oleh bibik.

Saya bukanlah baik sangat, hanya teguran. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Ambil yang baik-baik saja, doakan saya jadi anak yang solehah dan juga isteri solehah. InshaAllah.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 2 July 2016

Budak 2 Tahun Maut Didera & Diliwat Dengan Alat Pemateri Kerana Isteri Enggan Layan Nafsu Suami



KEDIRI, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun 5 bulan maut didera dan diliwat oleh bapa saudaranya, Isnin lalu.

Mangsa bukan sahaja didera dengan teruk, malah lubung duburnya dicucuh dengan pemateri yang panas, selain dicampak ke lantai sebanyak dua kali sehingga mati ketika Sentot Yuniarto, 30, cuba meliwatnya.

Difahamkan, suspek dan mangsa tinggal sebumbung di rumah nenek, telah melakukan perbuatan jijik itu sebanyak dua kali pada bulan Mei dan Jun. Namun perbuatannya terbongkar apabila bapanya mendapati anaknya itu pengsan dan terdapat luka di bahagian wajahnya.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital. Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa telah diliwat dan mempunyai kesan melecur yang teruk di bahagian duburnya. Tempurung kepala mangsa juga retak 14 sentimeter.

Mangsa juga berada dalam keadaan koma, dan meninggal dunia di hospital tersebut pada keesokan hari, jam 2.30 petang, 28 Jun 2016.



Ekoran itu, polis menahan suspek untuk membantu siasatan berhubung kes dera dan liwat kanak-kanak terbabit.

Siasatan awal pihak polis, suspek mengaku melaku perbuatan kejam itu ketika mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas dicampak ke lantai, sebelum menghubungi bapa mangsa dan memaklumkan bahawa mangsa tidak sihat.

Sejurus bapa mangsa, Adi, tiba di rumah, mendapati anaknya pengsan dan terdapat kesan lebam di wajahnya. Lalu si bapa bertanya apa yang telah terjadi pada anaknya itu. Sentot menjawab, anaknya itu terjatuh ketika bermain.

"Saya baling dia ke lantai dan mencucuh duburnya dengan alat pemateri panas sebab dia tidak mahu diliwat," katanya yang mengakui bertindak sedemikian kerana tertekan dengan isterinya yang baru dikahwini 6 bulan itu yang enggan melayani nafsunya serta tidak puas bersama wanita itu.



Siasatan juga mendapati, suspek sebelum ini selalu membawa dua kakak mangsa yang berusia 6 dan 4 tahun untuk bermain bersamanya sementara dia bekerja di sebuah kedai elektronik.

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek melakukan tindakan kejam itu kerana cemburu, mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.

"Saya mahu dia dihukum mati!"

Adi tidak menyangka bahawa lelaki itu tergamak melakukan perbuatan keji itu pada anak-anaknya. Adi berharap, mahkamah akan menjatuhkan hukuman mati kepada Sentot kerana perbuatannya itu kejam dan tidak dapat diterima akal.

Menurut portal berita tempatan, pelakunya mungkin hanya akan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun sahaja.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: