yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Tuesday, 4 June 2019

Syafiq Kyle, pelakon drama Nur dan Nur2 balik Pilah!



1. Esok umat Islam di seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Adilfitri

2. Pelakon popular, Syafiq Kyle akan pulang ke kampung di Kuala Pilah dan akan berada disana sehingga hari raya kedua

3. Hari raya sememangnya saat yang dinantikan Syafiq Kyle kerana dapat bertemu sanak saudara

4. Syafiq Kyle amat mengemari lemang dan rendang

5. Ujar Syafiq Kyle raya dikampung lebih meriah dari di bandar kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 30 July 2016

Sayu. Pelawak Along Cham Saman Nursyuz Isterinya dari Jempol, Penyanyi Zila Seeron



Penyanyi Zila Seeron, isteri kepada pelawak Along Cham, mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.

Bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat itu turut mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

"Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

.“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

"Saya terlalu rindukan anak saya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bangi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rumah tangganya dan Along yang dikatakan sedang berantakan.

Bagaimanapun menurut Zila, dia tetap akan mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang.

"Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.

"Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti," katanya tegas.

Tambah Zila lagi, masalah dalam rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

"Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna," katanya sayu.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 26 July 2016

Selena Gomeh tiba di Malaysia



SEPANG: Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez, tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Selena yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, memberitahu BERNAMA beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 semalam.

"Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau," kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam esok.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta semalam.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 29 June 2016

'Merangkaklah Kau Di Padang Mahsyar!' - Azwan Ali



Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi memaklumkan melalui Instagram bahawa ibunya, Norbaiti Surur, meninggal dunia awal pagi Isnin pada jam 12.56 pagi.

Difahamkan, ibunya yang berusia 90 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua. Dan jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Pada hari yang sama juga, Azwan Ali, telah memuat naik kapsyen panas di laman Instagramnya seperti di bawah:





Berdasarkan Instagram 'Diva Azwan Ali', beliau kini berada di tanah suci, mengerjakan umrah bersama beberapa rakan artis.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 17 June 2016

Pecah Rekod! Zain Saidin, Che Ta Sediakan 110 Pasang Baju Raya



Sebelum ini terlihat juga perkongsian gambar Che Ta di Instagram mengenai persiapan baju raya mereka sekeluarga. Bagiamanapun, melalui mStar Online, pasangan suami isteri ini rupanya sudah pun menyediakan 110 pasang baju raya.

“Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya. Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” jelas Zain selain menyatakan bahawa pakaiannya pada Aidilfitri tahun ini adalah daripada jenamanya sendiri.

Pada raya tahun lalu, pasangan ini masing-masing mempunyai 20 pasang baju raya. Tambah Zain, keluarga mereka akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada hari raya kedua.

Meriah sungguh satu hari sehelai baju. Pastinya perkara ini menjadi buah mulut warga laman sosial namun Che Ta sebelum ini sering menegaskan bahawa terlalu banyak perkara lain yang lebih penting daripada melayan kerenah negatif pengkritik di luar sana.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 13 June 2016

"Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam" - Acappan



PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.

Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan.

Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 4 June 2016

Dekoder MYTV Dijual Dengan Harga RM200, Jun Ini




Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.

Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 11 March 2015

Luahan sayu : Moga Abang tenang di sana, Tangguh Simen Kaki untuk ziarah abang - Achey



Pelawak Achey memberitahu dia mendapat berita kematian pelawak Harun Salim Bachik selepas terjatuh daripada motorsikal dalam aktiviti riadah sukan motocross di Ulu Yam, dekat sini, pada Ahad lalu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, berikutan itu, dia menangguhkan rawatan terhadap kaki kanan yang didapati mengalami keretakan semata-mata ingin melihat Allahyarham buat kali terakhir.

"Saya dapat berita tersebut pada petang semalam iaitu selepas saya terjatuh daripada motosikal dalam acara riadah motorcross di Ulu Yam. Saya ketepikan sakit dan segera keluar dari hutan apabila mendapati ada beberapa panggilan tidak dijawab daripada anak Allahyarham.

"Saya sempat ke klinik untuk dapatkan rawatan dan doktor memberitahu kaki saya perlu disimen kerana retak, namun saya minta ia ditangguhkan dan balut sahaja buat masa ini," ujarnya .

Achey ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham Harun Salim Bachik di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhatul Sakinah Batu Muda, Batu Caves, dekat sini, Isnin.




Achey turut berada di kediaman Allahyarham sejak malam Ahad bagi menunggu jenazah dibawa pulang dari Hospital Parit Buntar, Perak.

Achey merupakan anak didik kepada Allahyarham dalam program Bintang Mencari Bintang terbitan TV3 dan memenangi tempat pertama pada program lawak tersebut.

Sementara itu, Achey berkata, Allahyarham sering memberi kata-kata nasihat dan semangat apabila dia berhadapan pertandingan yang besar.

"Dia orang yang paling penting dan bertanggungjawab membawa saya dalam industri seni ini.




"Biarpun kini saya sudah boleh bergerak sendiri dalam industri, namun dia sentiasa bertanya khabar dan beri kata-kata semangat kepada saya terutama apabila terlibat dengan pertandingan besar," ujarnya.

Kata Achey, Allahyarham sering menasihatkannya agar sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak mengambil peduli dengan kritikan masyarakat.

"Pesanan dia yang saya pegang adalah sentiasa menjadi diri sendiri dan keaslian lawak sendiri.

"Dia juga selalu ingatkan saya agar jangan ambil peduli apa orang nak cakap kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lalui," ujarnya.

Allahyarham meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang Ahad.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudahtul Sakinah Batu Muda, Batu Caves kira-kira pukul 11 pagi Isnin selepas disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah, Jalan Pandan Perdana.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 4 March 2015

Ramai Tidak Percaya Nabil Hebat Melawak Dalam Bahasa Inggeris Sehingga Mereka Menonton Ini



Ahmad Nabil Ahmad, mula menceburkan diri dalam dunia hiburan menerusi rancangan Raja Lawak mu#sim ke-2. Sejak daripada itu, Nabil terus berusaha untuk menjadi pelawak yang dikenali di Malaysia sehingga ke hari ini.

Mungkin ramai orang yang sudah cukup kenal dengan beliau menerusi lawak-lawak selamba dan spo#ntan, tetapi kami yakin tidak ramai orang yang tahu Nabil juga berbakat membuat lawak dalam bahasa Inggeris.




Video dibawah adalah ketika Nabil bermain kerusi elektrik di konti Hitz FM. Beliau dipaksa oleh penyampai radio Jin dan Ean untuk membuat lawak dalam bahasa Inggeris jika be#liau mahu menyelamatkan diri daripada di’zappp‘ oleh kerusi elektrik tersebut.

Apa yang kami boleh katakan, lawak Nabil memang power! Anda boleh saksikan sendiri dibawah:



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Sunday, 1 March 2015

Punca Anjali Kuch Kuch Hota Hai kini sudah dewasa terjawap (8 Gambar Hot)



Filem Hindi Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 merupakan salah satu filem yang mula mendapat perhatian di Ma#laysia. Di dalam filem ini ada watak Anjali yang dilakonkan oleh Sana Saeed. Sana yang dilahirkan di Leeds England kini sudah berusia 27 tahun.




Sana kini bukan sahaja berlakon, malah turut menyanyi dan menjadi model. Dengan rupa paras menawan, penampilan gadis itu jau#h berbeza dengan keletahnya dalam filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 1998.










Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 24 January 2015

Saya Tidak Dipaksa Nyanyi Hanya Layan Polis Peminat Tegar Slam - Zamani



PETALING JAYA: Kenyataan terbaru daripada Penyanyi Zamani Slam selepas dibebaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dia dengan rela ha#ti menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.

"Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.

"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya," jelasnya.

Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.

Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.

Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

"Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.

"Saya tidak mahu menutup periuk nasi o#rang," ujarnya.

Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.

"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).




Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.

"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tanga#pan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.

Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 18 April 2013

Gambar Terkini Datuk K Selepas Kemalangan


Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya di New Zealand pada Disember lalu, semalam suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai selepas insiden terbabit.

Datuk Khalid atau lebih mesra dengan gelaran Datuk K hadir menemani isterinya pada satu majlis di Putrajaya semalam dengan memakai alat sokongan leher serta kelihatan ceria sepanjang majlis itu berlangsung.



Bercakap kepada MalaysianDigest, Datuk Siti menjelaskan, “Alhamdulillah, suami semakin pulih.

Dah berjalan dan hari ni (semalam) dia nak ikut saya ke sini. Dia pun dah mula bekerja sejak dua minggu lepas. Dia dah mula buat rutin harian dan dah kembali pergi gim”.




Diharapkan tahap kesihatan Datuk K akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!


Pelakon Nora Danish mengatakan dia berasa sedikit terkejut apabila pertama kali mendengar nama anak Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada Isnin lalu.



Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Nora berkata, “Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli.

“Apapun, kita harap yang terbaik buat semua,” kata aktres yang popular dengan sitkom Puteri ini.




Baguslah begitu, diharapkan hubungan baik Nora dan Fasha kekal buat selamanya dan semoga kedua-dua anak mereka membesar dengan baik, bijak serta sihat tubuh badan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 17 April 2013

Ziana Zain Pesan Mohd Mentor Supaya Memilih Kawan


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2013: Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akui prihatin terhadap bekas protegenya di dalam program Mentror 4, Mohd yang dituduh merogol bekas finalis Mentor 6, Zatul awal Februari lalu.

Pun begitu, Ziana Zain berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi nasihat dan motivasi kepada anak didiknya itu.

"Masa dengar berita itu, saya risau dan jadi kasihan.



"Memang agak terkejut dan saya rasa dia mesti sudah 'terkena'.

"Namun saya tidak boleh seratus peratus mempercayai sebelah pihak sahaja, sebaliknya turut menunggu keputusan mahkamah selepas perbicaraan diadakan nanti.

"InsyaAllah saya akan cuba membantunya dari segi nasihat dan motivasi supaya dia dapat membuat keputusan yang sewajarnya," katanya selepas pelancaran sebagai duta kepada Safi Rania Diamond di Hotel Empire, kelmarin.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah direman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Laporan akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.




Ziana Zain memberitahu, kes begitu tidak akan terjadi kepada Mohd Mentor jika dia mendengar nasihatnya yang sudah beberapa kali berpesan supaya bijak memilih kawan.

"Sebenarnya, sejak awal lagi saya sudah menasihatkannya di dalam industri dia perlu memilih kawan untuk bersama.

"Saya pernah kata bidang ini memang luarannya nampak cantik, tetapi laluannya kiri kanan terlalu banyak buruknya. Jadi perlu berhati-hati.

"Sebab itu, saya sendiri akan keluar dan bersama pengurus dan keluaga sahaja.

"Bukannya saya sombong, tetapi mereka adalah orang yang benar-benar kenal saya sebelum saya berada di dalam industri ini.

"Saya tetap ada kawan tetapi kawan saya terdiri daripada bekas rakan sekelas saya di sekolah dahulu sahaja kerana mereka benar-benar kawan saya sebelum saya menjadi penyanyi,"jelasnya lagi.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 16 April 2013

Rozita Che Wan Seronok Masak Dengan Zain Saidin


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2013: Pelakon, Rozita Che Wan akui seronok apabila dia dan bakal suaminya, Zain Saidin dapat digandingikan dalam satu program realiti, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua (MasterChef Selebriti 2).

Rozita Che Wan berkata, peluang yang diberikan itu sangat dihargai apabila setiap masa dapat bersama buat hati tersayang.

"Apabila dipilih masuk bersama mula-mula tu, memang ramai rakan-rakan artis suka mengusik kami. Tapi tahan sahaja lah dengan guraun mereka.



"Kami bertanding seperti biasa dan kami jarang diletakkan bersebelahan meja ketika pertandingan walaupun kami merupakan pasangan kekasih.

"Tapi apa-apa pun seronok jugalah bila saya tengah masak dia ada depan mata kerana jadi bersemangat dalam pertandingan ini," katanya kepada murai.com.my

Selain Rozita Che Wan dan Zain Saidi, MasterChef Selebriti 2 juga turut disertai selebriti lain seperti Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang dan Datuk Aznil Nawawi.




Bercakap mengenai pengalaman Rozita Che Wan yang sudahpun memulakan rakaman MasterChef Selebriti 2 itu, dia akui tertekan dalam bab menyediakan sajian dalam cabaran yang diberikan.

"Saya memang suka masuk pertandingan, lebih-lebih lagi pertandingan memasak kerana saya dapat mengasah bakat saya dalam bidang ini.

"Bagaimana terus-terang saya katakan, memang agak tertekan setiap kali membuat rakaman program ini.

"Tekanannya lebih daripada rakaman drama biasa, kerana bayangkan kita akan spontan dan tak sempat untuk berfikir sajian apa kita nak masak dalam waktu singkat yang diberikan.

"Tapi memang seronok, kerana kami tidak berfikir untuk bertanding tetapi lebih kepada untuk bersama kawan-kawan," jelasnya lagi

MasterChef Selebriti 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, Nama Anak Fasha Sandha & Jejai


Cantik sungguh nama yang diberikan kepada anak sulung Fasha Sandha dan Jejai ini. Buat anda yang tak tahu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram telah dilahirkan secara pembedahan di Prince Court Medical Centre pada jam 9.21 pagi semalam.



Nama ini hanya berbeza satu huruf dengan anak hasil perkongsian hidup Jejai dan Nora Danish. Abang Nara yakin Rayfal akan membesar dan menjadi sahabat baik dengan Rayqal apabila dewasa kelak. Sementara itu, Fasha Sandha berterima kasih atas segala doa yang telah dipanjatkan oleh peminatnya. Kata Fasha:-

Inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini.





Semoga Rayfal akan membesar dengan sihat di samping ayah dan ibunya yang tercinta. Kepada Fasha, selamat berpantang dan tahniah sekali lagi atas kehadiran Rayfal.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Kes Buli Pelajar: Pengarah Kecewa 'Juvana' Dibabitkan


PETALING JAYA: Pengarah filem Faisal Ishak kecewa apabila ada pihak menuduh kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini berpunca daripada filem arahannya iaitu Juvana yang ditayangkan pada 24 Januari lalu.

Faisal berkata, filem itu tidak sepatutnya tidak dikaitkan sebagai karya yang memberi impak buruk kepada masyarakat sedangkan masalah buli daripada kalangan pelajar sudah berlaku sejak dahulu lagi.

"Saya percaya, sebuah naskhah bagi mana-mana filem sekalipun akan meninggalkan kesan kepada penontonnya.



"Tetapi saya kecewa apabila Juvana dikatakan memberi impak negatif kepada golongan remaja sehingga timbul kes buli," tegasnya.

Pada 10 April lalu, polis telah menahan tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana membelasah rakan mereka akibat berang apabila ketua tingkatan itu mahu membuat laporan kepada guru apabila mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.




Perbuatan mereka dirakam dan dimuat naik ke laman YouTube.

Dalam rakaman itu turut kedengaran dialog salah seorang pelajar berkenaan iaitu: “Nama aku Lan. Panggil Aku Lan Todak,” - ungkapan pelakon Sharnaaz Ahmad yang memegang watak kaki buli dalam filem tersebut.

Beritahu Faisal, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran, masyarakat boleh menilai sesebuah karya filem itu dan membezakan baik buruk cerita yang disampaikan di mana tidak mungkin faktor filem yang dipersalahkan apabila berlaku kejadian buli itu.

"Kita merakam aksi ganas untuk dijadikan pengajaran dan iktibar tentang akibatnya yang buruk. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran mereka boleh berfikir maksud karya filem yang disampaikan.



"Malah dalam filem Juvana, saya telah memasukkan latar belakang setiap watak agar penonton lebih memahami situasi masalah pelajar-pelajar nakal seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Faisal menambah, tidak kira sama ada filem arahannya itu dikecam atau tidak, dia tidak akan serik menghasilkan karya-karya berbentuk ganas, malah syarikat produksi Filmscape Sdn Bhd akan menerbitkan filem Juvana 2 dan Juvana 3 tidak lama lagi.

"Ini bukan soal serik atau tidak. Saya akan tetap berkarya tetapi dengan selitan unsur-unsur pengajaran bagi setiap plot ganas yang dibawakan.

"Insya-Allah, Juvana 2 dan Juvana 3 akan difilemkan tidak lama lagi," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 15 April 2013

Peminat Tidak Puas Hati, Adi Putra Enggan Lagi Dicalonkan Untuk ABPBH?


Semalam agak kecoh di dunia Twitter apabila para peminat tegar Adi Putra dengan keputusan jumlah undian yang di’umumkan oleh Berita Harian untuk Anugerah Bintang Popular 2012 baru baru ini.

Menerusi laporan akhbar semalam, Berita Harian mendedahkan yang Adi Putra menerima sekitar 24,000 undian manakala ada peminat mendakwa mereka sudah menghantar lebih 42,000 borang undian untuk pelakon itu.



Sebagai respons terhadap kekecohan ini, Adi Putra telah mengumumkan yang beliau tidak mahu lagi di’calonkan dalam mana mana kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian selepas ini.




“I love my fans, they are exclusive, value their heart and soul. i don’t want to be nominated in ABP, don’t want to break their heart”

Adi Putra turut membalas sokongan yang di’tunjukkan aktress Fauziah Nawi terhadap keputusan beliau dengan menulis, “Peminat memiliki saya, saya utk mereka, saya bekerja utk ibadah, bukan utk bertanding”

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Datuk Aznil Tetap Setia Dengan BN


Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menyatakan sokongan terbukanya kepada Barisan Nasional (BN).

Ketika ada rakan artis lain menyatakan sokongan mereka kepada parti pembangkang, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil nyata tetap setia dengan pemerintahan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui laman sosial Twitternya, Pak Nil menukar gambar profilnya dengan logo bendera parti BN dan dikongsikannya bersama lebih 740,000 pengikutnya di laman sosial tersebut.





Malah beliau turut menyeru pengikutnya untuk menukar gambar profil masing-masing..




Rata-rata menyokong tindakan Pak Nil yang secara terbuka menunjukkan sokongannya malah ada yang menyuruhnya bertanding menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

‘Lan Todak’ Maki Adik-Beradik Shila Amzah?


Siapakah Lan Todak yang dimaksudkan oleh adik-beradik kepada penyanyi Shila Amzah ini?

Menerusi laman sosial Twitter ketiga-tiga adik Shila iaitu Syada, Shafiq dan Syahir nampaknya mereka seakan ‘geram’ dan marah dengan seseorang yang telah mengutuk serta mengelar diri mereka dengan gelaran yang tidak manis seperti anjing dan barua.





Huh, dashyat sungguh. Siapa Lan Todak yang dimaksudkan itu ya?




Mungkin aktor Sharnaaz Ahmad yang membawa peranan watak tersebut menerusi filem Juvana atau pun lelaki lain?

Hmmm, apa-apa pun bawa-bawalah berbincang dan pihak yang disana janganlah sesuka hati menggelar orang dengan panggilan yang kurang enak didengar.

Tak gitu?

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: