yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Wednesday, 23 November 2016

Punca Penganggur Didenda RM9,500 Kerana Maki Perdana Menteri Najib Terjawap



ALOR SETAR - Seorang penganggur didenda RM9,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan aplikasi Twitter, Disember tahun lalu.  

Hakim Najwa Che Mat turut memerintahkan tertuduh, Mohamad Arif Fadila Arbain, 26, dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan akaun Twitter atas nama @SangAlgojoe, melakukan kesalahan itu pada 9.32 malam, 1 Disember 2015 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.  

Komen jelik itu dibaca di Stadium Darul Aman, di sini pada 10 Januari 2016.  
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.  

Terdahulu peguam tertuduh, Lim Wei Yong daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman seringan-ringannya kepada anak guamnya memandangkan tertuduh baru sahaja berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan dan perlu menanggung bapanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.  

Bagaimanapun Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria mahu hukuman tegas diberikan kepada tertuduh kerana kes tersebut merupakan kepentingan awam dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.  

"Kesalahan ini serius dan jika tidak dicegah khususnya oleh mahkamah akan memberi mesej kepada masyarakat untuk bebas membuat komen jelik atau tidak baik kepada mana-mana pihak," katanya.
 
Tertuduh dalam rayuannya pula berkata menyesal dengan perbuatannya dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi pada masa akan datang.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 19 September 2016

Hanya Pemaleh Setuju Kerja 6 Jam Sehari - Cuepacs



GEORGE TOWN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebulat suara tidak menyokong cadangan mengurangkan waktu bekerja dari 8 jam ke 6 jam sehari, lapor Free Malaysia Today.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda menyifatkan, mereka yang bersetuju dengan cadangan bekerja selama 6 jam itu hanyalah mereka yang malas.

"Tiada sesiapa yang bekerja 8 jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk menjemput anak pulang dari sekolah dan lain-lain.

"Oleh itu Cuepacs membantah idea (MTUC) tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS, semalam.

Azih menyuarakan kebimbangan di mana jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pendapatan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka akan menjadi lebih rendah.

Justeru, Azih berharap kerajaan akan mengkaji cadangan itu dengan teliti dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 26 August 2016

Wanita Maut Dihempap Cangkuk Kren



KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut, selepas kereta yang dipandunya itu dihempap oleh cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan, berdekatan Pavilion, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 7 malam tadi, cangkuk kren tersebut terjatuh lalu menghempap kereta itu menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 7.31 malam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa berikutan kereta mangsa remuk teruk dihempap cangkuk kren tersebut.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 11 August 2016

Dua beranak tanam, proses daun ketum secara komersial untuk dipasarkan ke luar negara dekat Jempol ditahan



JEMPOL - Dua beranak ditahan di sebuah ladang dekat tanah rizab Felda Lui Selatan 2 di sini susulan dipercayai menanam dan memproses daun ketum untuk tujuan komersial di sini, pagi tadi.

Ketua polis daerah Jempol,Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang berusia 53 dan 36 tahun ini ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol kira-kira jam 9 pagi.

"Daun itu di tanam dalam keluasan lebih kurang 0.2 hektar yang mana terdapat 500 pokok ketum daripada jenis  ketum jambu dan ketum merah.

"Selain tapak semaian ketum mereka juga dipercayai memproses daun tersebut di dalam kawasan tersebut. Kita turut menemui periuk dan ubat batuk," katanya selepas mengadakan operasi di kawasan tersebut.

Katanya, mereka disiasat mengikut seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 3 August 2016

Menakutkan. Ratu Naga disoal SKMM hanya kerana komen Rosmah ‘manja, comel dan lucu’



PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’, berkata dia disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bukit Aman kerana catatan Facebook menyentuh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menceritakan kejadian itu, beliau mendakwa anggota polis masuk ke rumah pada jam 10 pagi Selasa dan menyoalnya lebih tiga jam berhubung catatan pada 30 Julai jam 11.21 malam yang berbunyi: “Nampak manja, comel dan lucu”.

Dia muatnaik catatan itu bersama gambar Rosmah dan Najib yang diambil di satu majlis rumah terbuka Hari Raya di Pekan, Pahang.

Perunding pembinaan berusia 35 tahun itu berkata pegawai turut menggeledah kenderaan, rumah dan barangannya.

“Cara mereka geledah rumah saya seolah saya seorang pembunuh,” katanya kepada FMT, dan menambah dia rasakan tidak ada apa yang salah dengan catatannya itu.

Dia tidak akan memadam komennya kerana catatan itu pandangan peribadinya terhadap Rosmah. “Apa salahnya mengatakan seseorang itu manja, comel dan lucu?” soalnya.

Selepas rumah digeledah dan disoalsiasat, Syarul Ema mendakwa dia diarah supaya hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 3 petang dimana dia disoal selama empat jam.

“Mereka tanya mengapa saya muatnaik catatan itu. Saya jelaskan kepada mereka yang saya tak ada niat jahat. Saya tak tulis apa-apa yang jahat mengenai Sultan pun.”

Katanya dia diberitahu akan didakwa dibawah Akta SKMM dan menambah, “saya juga perlu beli telefon bimbit baru.”

Pada Februari tahun ini, Syarul Ema didakwa menghina perdana menteri dengan kata-kata kesat dalam satu catatan Facebook melalui profil ‘Ratu Naga’. Dia didakwa kerana menggunakan aplikasi rangkaian untuk membuat dan memulakan komen yang menggusarkan terhadap Najib berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di laman Facebook pada 6 Oktober 2015 jam 12.02 pagi.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 1 August 2016

ISTANA PAHANG BAKAL BUAT LAPORAN POLIS EKORAN GAMBAR FITNAH ROSMAH MANSOR BERPELUKAN DENGAN DYMM SULTAN PAHANG?



Ilusi optik digunakan secara meluas dalam filem dan fotografi untuk menimbulkan kesan yang lebih ketara. Dan ilusi itulah juga yang digunakan untuk siri serangan terbaharu ke atas Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri setelah barangkali 'penat' menyerang Najib Abdul Razak tetapi muka Najib Abdul Razak tetap selamba dan tenang walaupun para penyerangnya yang diketuai oleh Mahathir, berwajah tegang dan tertekan.

Semalam, Facebook menjadi medan terbaik untuk menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut. Dengan mengambil gambar dari bahagian belakang, Rosmah diperlihatkan sebagai berpelukan dan bermanja dengan DYMM Sultan Pahang di khalayak ramai.





Sekeping gambar dari bahagian hadapan dan sisi telah disiarkan untuk menyanggah fitnah yang dibuat oleh ProTun yang cukup aktif bergiat di Facebook menyebarkan fitnah tersebut. Jurugambar yang telah merakamkan gambar tersebut bagi tujuan fitnah juga telah dikenalpasti dan gambarnya juga telah dirakamkan.

Khabarnya, laporan polis akan dibuat oleh pihak-pihak terbabit terutama apabila pihak yang sebelum ini berhadapan dengan perbicaraan kerana melakukan fitnah di mahkamah dan masih dalam jaminan, begitu teruja menyebarkan gambar tersebut bagi tujuan menimbulkan fitnah dan sentimen kemarahan terhadap Rosmah Mansor.



Takdak fasal cara fasal. Demi membela Mahathir dan anak-anaknya malah saudara maranya yang sudah kaya raya, hasil pentadbiran 22 tahun menerusi konsensi dan kontrak berat sebelah seperti yang berlaku kepada PROTON, pihak penfitnah sekali lagi berhadapan dengan natijah undang-undang dan bakal kehilangan kebebasannya.

Yang pastinya, pihak yang kena fitnah dikatakan sudah bersedia dengan gambar-gambar di lokasi membabitkan Rosmah Mansor dan DYMM Sultan Pahang selain gambar jurugambar yang kononnya telah menghantar gambar-gambar rakamannya kepada pihak yang menyiarkannya bagi tujuan fitnah.

Nak sokong siapa pun, sokonglah. Ini negara demokrasi, bukannya negara komunis. Tapi kalau sampai akhirnya dipenjara kerana menyiarkan gambar-gambar fitnah, memang tak berbaloi langsung malah terlalu keji untuk dikatakan sebagai PERJUANGAN.

Sebaliknya, ia adalah TINDAKAN BODOH sembrono yang menyusahkan diri sendiri.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 29 July 2016

Sayu. Gara-Gara Cikgu Hendak Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00.



TIDAK lama dahulu, kecoh seketika menerusi media sosial mengatakan tugasan seorang guru adalah ‘ringan' jika dibandingkan dengan bidang pekerjaan lain.

Iyalah, waktu tengah hari sudah boleh pulang ke rumah dan cuti pula memang banyak dalam setahun.

Dakwaan itu kemudian mendapat lontaran balas daripada warga pendidik mengatakan tugasan mereka tidak berakhir di sekolah, malah ketika di rumah dan hari minggu dengan aktiviti sekolah.

Mungkin nampak ‘mudah’ buat segelintir manusia namun pergorbanan seorang guru dalam membimbing murid-murid sebenarnya merupakan tugasan yang besar dan agak mencabar.

Terbaharu, coretan daripada seorang pengguna Facebook yang bertajuk ‘Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00’ menerima pelbagai reaksi daripada pengguna alam maya.

‘Adat’ memberi atau menghulurkan sedekah RM1 ini boleh dikatakan sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di mana-mana sekolah sekiranya terdapat guru yang bakal bersara.

Apalah sangat derma RM1 berbanding dengan nilai jasa dan pengorbanan seorang guru kan…

Jom ikuti coreta daripada saudarai Izman Pauzi ini.



Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 setiap seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.

“Sekolah ini ingat ibu bapa ini cop duit ke? Sudahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan bagai.

“Ini cikgu nak bersara pun anak murid kena bagi duit untuk beri hadiah. Cikgu ini sesak sangat ke?” luahnya kasar.

Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang disuap ke mulut. Saya tidak jadi nak makan.

“Yela, anak aku pun sama. Semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara itu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi extra RM3 semalam,” balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.

“Kau tahu tak, anak aku cerita yang tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa Hari Guru, cikgu itu dapat ‘handbag’ mahal!

“Pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara,” jelas saya lagi.

“Apa kerja cikgu ini? Sudahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!” kata sahabat saya itu sambil mengetuk meja.

Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.

“Kau tahu kan, seorang murid wajib bagi RM1.00. Kalau 500 murid dah RM500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya,” kata saya lagi. Dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.

“Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itupun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit,” kata saya.

Dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.

“Begini, dalam 365 hari setahun, hanya Ahad sahaja anak-anak kita berada di rumah sepanjang masa. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi.

“Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat. semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar itu pun tak memadai untuk jasa cikgu itu.

“Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi Pengerusi PIBG yang baharu. Aku dapat kuasa nanti, aku akan mewajibkan semua pelajar ‘start’ masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru.

“Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka itu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah,” kata saya panjang lebar.

Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Aduhai, cakap benda betul pun dah sentap.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 22 July 2016

Warna petrol berbeza setiap jenama, Adakah mempengaruhi prestasi?



Perkongsian seorang pengguna Facebook tentang warna petrol menjadi penyebab beliau bertukar ke jenama lain lebih setahun lalu kini aktif kembali dikongsi.

Ia menjadi viral di laman sosial dan ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Portal permotoran, Paultan menimbulkan tentang perkara ini.



– fb Imran Suhaimi

Ia susulan sebuah video yang viral pada tahun lalu yang membanding warna RON97 dari dua jenama berbeza dan mendakwa kedua-duanya berbeza kualiti seterusnya memberi kesan kepada kadar penggunaan bahan api.

Timbul persoalan, adakah benar warna mempengaruhi kualiti bahan api dan prestasi kenderaan? Berikut jawapannya.

Sebenarnya warna semula jadi pada petrol dan diesel adalah kuning cerah. Penambahan warna hanya untuk pengenalan gred dan jenis bahan api.

“Seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pewarna pada bahan api perlu ditambah untuk tujuan pengenalan kepada berberapa gred dan jenis bahan api.”

“RON97 ditetapkan dengan warna merah di Malaysia, manakala untuk RON95 ia perlu diwarnakan dengan warna kuning. Pewarna bahan api tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas kualiti bahan api dan prestasi enjin.” – Jurucakap Shell, The Star.

Pakar industri melalui laporan The Star juga berkata, perbezaan warna juga kerana perbezaan jumlah pewarna yang digunakan.

“Ini adalah semata-mata kerana jumlah pewarna yang berbeza, yang berkadar antara lima bahagian setiap juta (ppm) dan 18 ppm.”

“Kaedah suntikan pewarna – yang dilakukan secara automatik atau secara campuran pukal – juga menyebabkan perbezaan kepada ton warna.

“Perbezaan warna mungkin juga kerana bahan api berkenaan dibekalkan dari terminal berbeza. Kesimpulannya, pewarna tidak mempunyai sebarang kesan kepada kualiti bahan api.

Naib Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli.

“Ambil contoh petrol berkenaan dan hantarnya untuk pemeriksaan kimia serta buat laporan kepada Sirim, selepas itu mereka akan memeriksanya,”

“Apabila berkaitan dengan warna, bercakap berkenaan prestasi, ia agak susah untuk diperkatakan. Jika ada perbezaan kecil, anda tidak akan mengetahui atau merasakannya kecuali anda menggunakan tolok.

“Agak sukar untuk mengatakan sama ada ia bagus atau tidak, sama ada ia bercampur atau tirus atau tidak. Anda perlu menghantarnya ke makmal untuk diperiksa sama ada ia mempunyai masalah atau tidak.”

Antara komen pengguna;





Tentunya pengguna mempunyai sebab tertentu tentang jenama pilihan masing-masing. Ada yang tak kisah tentang stesen mana asalkan kereta ‘berminyak’.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 4 July 2016

'Polis Cari Duit Raya' - Polis Sedih Difitnah Oleh Gadis Cun Melecun



KUALA LUMPUR - Seorang wanita memuat naik status di sebuah group di laman Facebook, mendakwa polis telah membuat sekatan jalan raya di TSB bagi tujuan mencari duit raya.

"Roadblock depan TSB dari kedua-dua arah. Polis carik duit raya. Hati-hati gaiss dan selamat bershopping. Drive carefully," kata Manja Oh Manja.



Dakwaan tidak berasas wanita itu telah dibaca oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, yang terus membuat laporan polis terhadapnya.

"Semasa saya sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, saya telah dimaklumkan oleh anggota saya bahawa terdapat seorang individu mendakwa kami yang 'mencari duit raya' dengan membuat sekatan jalan raya.



"Saya buat laporan polis ini untuk pihak PDRM mengambil tindakan terhadap wanita terbabit yang telah membuat tohmahan yang tidak berasas terharap anggota polis IPD Sungai Buloh yang PDRM yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan tidak mengira bila-bila masa di kala masyarakat sedang bergembira menanti hari raya," kata Inspektor Mohd Hafizullah Mohd Akhbar.

Semakan mendapati, individu terbabit telah menyahaktifkan akaun Facebooknya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Tolonglah, Balik Kampung Jangan Buat Rumah Macam Hotel'



Aku anak bongsu, ada abang 6 orang, kakak seorang. Memandangkan aku saja yang masih belum berkahwin lagi, aku saja yang selalu dengan mak, sebab aku dapat belajar dekat dengan rumah. Tetapi aku duduk di hostel juga.

Al kisahnya, mak selalu bercerita pada aku yang mak tak suka sangat kalau anak-anak dia balik ramai-ramai masa hari raya.

By the way, anak saudara aku dah berbelas orang. Semuanya budak-budak lagi. Yang paling dewasa pun, sekolah rendah, yang baby pun ramai. Bayangkan saja rumah mak bila time raya macam mana.

Mula-mula, aku pun pelik dengan kata-kata mak. Tetapi lama kelamaan aku menjadi faham sebab aku pun turut merasa geram juga kadang-kadang. Semua yang balik itu, seperti terlalu bergantung pada mak. Kalau mak tak masak, memang kebulurlah semua orang yang ada dalam rumah itu.

Aku yang belum berkahwin ini, selalu disuruh mak buat itu ini. Bukanlah nak mengeluh, tetapi geram.

Mostly mereka tak bawa pun kelengkapan mandi atau tidur sebeb mereka tahu semua benda ada di rumah ini. Tak kisah pun kalau mereka nak gunakan, tetapi kasihanlah pada mak bila mereka semua dah balik. Mereka tinggalkan benda-benda yang mereka guna, macam duduk di hotel. Jadi, memang kena kutip dan basuh semua. Banyak giler kot? Kadang-kadang, sampai dua tiga kali masuk mesin basuh. Kalau aku tak ada, atau aku ada kelas awal, mak yang kena uruskan semua itu.

Mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kadang-kadang, sampai demam selepas mereka semua balik ke tempat masing-masing. Mak jenis yang tak suka tegur sebab takut ada yang bergaduh nanti.

Kalau tetamu datang berhari raya pun, aku dengan mak yang kelam kabut turun tangga. Sudahlah kena masak banyak-banyak sebab anak cucu saja dah berapa ramai, 20 orang kot. Hari itu pun kenduri abang aku, sampai aku demam seminggu.

Raya tahun lepas, kawan-kawan aku datang beraya. Bila mereka nak tumpang sembahyang di rumah aku sebab masa itu dah lewat, aku tak kisah sebab sudah terbiasa. Lagi pun ada bilik kosong. Selepas mereka balik, baru aku perasan pampers anak-anak buah aku menimbun dalam tandas. Aku tak tahu nak letak muka di mana. Mesti mereka geli masa gunakan tandas itu tadi. Aku tak perasan sebelum ini sebab aku guna bilik air yang lain. Sebab itulah kalau kawan-kawan aku datang, aku kena kemaskan apa yang patut dulu sebelum mereka datang.

Kuih dalam balang, kalau aku tak top up, memang kosonglah balang. Air tumpah pun, bukannya nak tolong lapkan, dengan ratu-ratu semut pun datang aku rasa. Kalau tak ada orang buat air, memang tak adalah manusia nak pergi buat untuk para tetamu.

Sudahlah malas nak buat air, bila orang sibuk nak hidang air pada tetamu, anak-anak mereka juga yang sibuk meminta air. Aku paling tak suka budak-budak buat kacau masa tetamu datang sebab aku memang sudah diajar oleh mak masa kecil-kecil dulu, selagi orang tak bagi, jangan haraplah nak rasa air itu.

Dipendekkan cerita, kalau mak tak ada, kebulurlah mereka semua. Kalau aku tak ada, rumah itu akan jadi tongkang pecah. Jadi, di sini aku nak pesan pada semua yang balik raya itu, tolong sangat-sangat ada common sense itu.


  • Tolonglah apa yang patut
  • Tolonglah jangan buat rumah macam hotel
  • Tolong sangat-sangat ada rasa geli terhadap benda yang kotor
  • Tolong jangan buat mak macam bibik.
  • Yang suami itu, kalau dah nampak isteri tak buat kerja, ringankanlah mulut itu.


Aku bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma perkara inilah yang aku boleh tegur bagi mereka yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Sebab tak nak nanti ada yang bermasam muka dengan mak mertua, ipar duai. Kadang-kadang itu, common sense tak ada dalam diri seseorang itu sebab dia tak pernah rasa sebelum ini. Mungkin sebelum ini, semua kerja-kerja rumah dibuat oleh bibik.

Saya bukanlah baik sangat, hanya teguran. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Ambil yang baik-baik saja, doakan saya jadi anak yang solehah dan juga isteri solehah. InshaAllah.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 29 June 2016

'Kenapa Makan Disini? Majikan Kedai 1Malaysia Mantin, Nilai Tak Sediakan Ruang Makan Ke?'



Terharu dan sedih bila melihat adik-adik pekerja 1Malaysia ini berbuka di kaki lima di depan pintu masuk kedai 1Malaysia.

Ini bukan kali pertama saya melihat mereka seperti ini. Cuma kali ini saya terpanggil untuk kita sama-sama viralkan agar pihak kedai 1Malaysia lebih prihatin.

Saya mendekati mereka dan bertanya.

"Kenapa makan di sini? Pihak majikan tak sediakan ruang untuk rehat, makan atau minum ke walaupun ruang kecil?"

Jawapan mereka, tidak. Malah saya juga dimaklumkan bahawa kedai 1Malaysia di seluruh negara adalah sama dan tiada kemudahan tersebut. Alasannya, majikan ada restoran berdekatan.

Kasihan, jawapan yang tak masuk akal langsung. Come onlah, ini pekerja Malaysia, bukannya pekerja warga asing. Sedangkan peraturan membawa masuk pekerja asing salah satunya ialah menyediakan tempat penginapan dan keselesaan untuk pekerja tersebut. Jadi, kenapa pekerja ini tidak boleh mendapat keistimewaan yang sama?

Kes ini berlaku di kedai 1Malaysia, Mantin, Nilai. Bayangkan di sana juga ramai student-student luar yang lalu lalang untuk makan KFC bersebelahan 1Malaysia. Sudah pasti banyak soalan-soalan negatif bermain di minda mereka.

Saya merayu kepada pihak majikan dan badan-badan yang terlibat untuk bertindak dan memperbaiki kelemahan ini.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 17 June 2016

Punca Eloklah Raya Pertama Di Rumah Isteri Telah Tersebar Dan Menimbulkan Keadaan Tidak Tenteram



Pasangan Pengantin Baru, "Nak beraya di rumah siapa pertama kali ini?"

Perkara ini kebiasaannya akan menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula akan menggunakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.

Ada teknik dan tips untuk anda berdua membuat keputusan:

1. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa), "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jikau engkau genapkan menjadi 10 tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku InshaAllah, dari orang-orang yang baik layanannya." Al Qashash: 27

Kalaulah ingin merujuk pada ayat di atas, pengantin lelaki perlu berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang, perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.

Namun kita boleh ikuti konsepnya iaitu, dalam tempoh 8 tahun, si suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampung, elok utamakan rumah isterinya.

2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh mengabaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama.

Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri, jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1,001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu, raya pertama di rumah isteri.

3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas dirumahnya, ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu, eloklah raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tips 1 dan 2 di atas.

4. Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampung suaminya.

5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampung isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.

Selamat berbincang.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 15 June 2016

'Proton Pulih Selepas Tun Mahathir Berundur' - Najib



PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan sukacitanya menyatakan, pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON) membawa perubahan besar di peringkat atasan dan mengembalikan zaman keemasan syarikat pengeluar kereta tempatan itu.

"Era campur tangan politik Tun Mahathir sudah pun berakhir. Kita dapat lihat akibatnya awal tahun ini. Sebuah syarikat pengeluar yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara telah menghadapi keadaan yang amat menyulitkan," katanya dalam majlis pelancaran Proton Perdana di Putrajaya semalam.

Menurut Najib, terlalu banyak campur tangan politik yang berlaku dalam pengurusan strategi Proton termasuk yang membabitkan pekerja dan model perniagaannya ketika Tun Dr Mahathir menjadi pengerusi Proton.

"Kerajaan terpaksa campur tangan kerana kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dan pembekal Malaysia. Kami akan selalu berjuang untuk memastikan tiada sesiapa yang tercicir," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 13 June 2016

Punca Netizen Bongih Lelaki Yahudi Ini Berjaya Masuk Ke Malaysia Tersebar Dengan Jayanya



KUALA LUMPUR - Gambar seorang lelaki Yahudi berlatar belakang bangunan Menara Kembar Petronas sambil memegang passport Israel tersebar di media sosial.

Gambar tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya marah dengan kehadirannya ke negara ini yang sememangnya mengharamkan mana-mana rakyat Israel dari memasuki Malaysia.

Rudy Rochman, bekas tentera Israel yang dalam perjalanan ke Sri Lanka mengakui singgah sebentar di Malaysia menggunakan passport Perancis. Difahamkan, Rudy mempunyai dua kerakyatan itu memilih untuk singgah di Kuala Lumpur.

"Beribu-ribu orang Israel pergi ke Asia setiap tahun sebaik tamat perkhidmatan dengan tentera untuk belajar dan memahami budaya yang berbeza. Tetapi Malaysia telah memutuskan untuk mengharamkan rakyat Israel dari memasuki negara mereka.

"Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.

"Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara itu.

"Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.

"Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan kemarahan mereka, sesekali kerajaan juga turut menerima tempiasnya.

"Kenapalah aku tak tahu mamat ini dari Israel? Kalau aku jumpa, memang mampus kena kelar leher. Ramadhan ini lagi bagus dapat bunuh Yahudi ini." kata Besi Berani.

"Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestine, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah," kata Amir Zain.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.

"Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan," kata Azuan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 7 June 2016

Pedih. Kemaluan Budak Tersepit Di Eskalator



BAGAN SERAI - Kemaluan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya, lapor Kosmo!

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu, mangsa terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam, sementara anggota bomba berusaha menyelamatkannya.












Menurut jurucakap bomba, anggotanya terpaksa bertindak menggunakan alat besi pengumpil untuk membuka sebahagian eskalator yang mengepit kemaluan kanak-kanak berkenaan.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk rawatan lanjut," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 6 June 2016

Penunggang Motosikal Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan - Polis



KUALA LUMPUR - Sekumpulan penunggang motosikal yang mengambil tindakan sendiri dengan menerajang 'side mirror' kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu adalah satu kesalahan meskipun niat mereka mahu mengusir pemandu lain dari lorong kecemasan.

Terdahulu, viral di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal yang menendang 'side mirror' kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan sebagai pengajaran.

Mohd Nadzri berkata, penunggang motosikal terbabit bukan sahaja melakukan satu kesalahan, tetapi dua kesalahan kerana turut menyalahgunakan lorong kecemasan.

"Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan sekumpulan penunggang motosikal terbabit yang dianggap tidak bertamadun dan tidak sedar akan kesalahan diri mereka yang turut menyalahgunakan lorong berkenaan.

"Berlagak nak tunjuk pandai, tetapi sebenarnya bodoh. Nampak sangat masa di akademi belajar memandu tak dengar apa yang guru ajar di depan bahawa semua kenderaan persendirian tidak boleh menggunakan lorong kecemasan." kata netizen.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 3 June 2016

Penjawat Awam Bersyukur Dapat Balik 30 Minit Awal Sempena Ramadhan

PUTRAJAYA - Permintaan seorang penjawat awam melalui akhbar tempatan beberapa minggu yang lalu agar kerajaan memberi kelonggaran bagi untuk balik awal sempena bulan ramadhan, akhirnya dipersetujui.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berkata, Kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam.

"Langkah itu diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan ramadan yang mulia ini bagi menjalani tanggungjawab ibadah.

"Bagi melaksanakan perkara tersebut, Kerajaan bersetuju untuk menambah Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang sedia ada di semua agensi Kerajaan Persekutuan," katanya.

Menurut kenyataan itu, perlaksanaan WBB pada bulan Ramadan bagi pejabat di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat bagi negeri-negeri ini ialah dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Waktu Rehat dari jam 1.00 petang hingga 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat).



Bagi negeri-negeri lain, Kedah, Kelantan, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, WBB pada bulan Ramadan boleh dirujuk melalui Surat Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

"Perlaksanaan pengurangan waktu rehat ini tidak akan menjejaskan aktiviti dan operasi sistem penyampaian perkhidmatan awam sepanjang bulan Ramadan kerana perlaksanaan ini tidak mengubah tempoh waktu bekerja penjawat awam sedia ada," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 1 June 2016

‘Saya Melayulah... bukan orang putih’ - Orang Gemas



GEMAS - “Mana ada orang putih sini. Orang Melayu adalah...saya orang Melayu. Nak cari siapa?,” kata seorang lelaki ketika mahu ditemu bual wartawan Sinar Harian di Kampung Londah, di sini.

Melihat gaya yang nampak tidak kekok berbaju Melayu, berkain pelekat dan berkopiah, Mohammad Abdullah, 63, amat ramah bersalaman dengan penduduk membuatkan dirinya kelihatan tidak ubah seperti orang Melayu.

Bagaimanapun, warna kulit yang putih kemerahan serta anak matanya yang bukan hitam atau coklat gelap seperti seorang Melayu, membuatkan dirinya terang-terangan adalah orang putih.

Bagi Mohammad, dia sudah serasi dengan cara hidup masyarakat Melayu di kampung halaman isterinya, Rokiah Jaafar, 93, itu, lebih-lebih lagi mereka sudah pulang menetap di perkampungan berkenaan sejak dari 1985 lagi.

Malah, dia juga enggan memberitahu nama Inggerisnya sebelum memeluk Islam kerana baginya, orang lebih selesa dengan nama Islamnya.

“Saya memang suka bergurau. Jadi, jangan cepat terasa hati dengan saya.  Orang di sini (Gemas) sudah kenal dengan saya dan mereka juga sudah tidak pelik bila melihat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya.

Menurutnya, dia juga gemar bersarapan dengan menu rutin rakyat Malaysia seperti nasi lemak dan juga roti canai.

Malah, katanya, dia amat menggemari makanan berulamkan cili padi kerana baginya seleranya akan makin bertambah apabila menjamah makanan yang pedas.

“Tapi yang paling saya suka, makan roti bakar yang disapu marjerin tetapi ditambah cili padi,” katanya.



Peluk Islam di Sweden

Ketika ditanya mengenai sejarahnya, Mohammad yang kini bertaraf sebagai Pemastautin Tetap (PR) berkata, dia sebelum ini berasal dari Sweden dan bekerja dengan agensi kerajaan di sana.

Menurutnya, tugasnya itu menyebabkan dia bertemu dan bekerjasama dengan ramai orang Islam dari negara Timur Tengah juga Malaysia.

“Saya nekad memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan imam masjid di sebuah rumah di Sweden pada 1971.  Pada masa itu, Sweden hanya ada dua masjid. Sekarang sudah terdapat kira-kira 30 masjid di sana.

“Saya bertemu isteri pun dalam pengangkutan awam masa tahun 1979. Ketika itu, saya mahu pergi kerja dan Rokiah juga mahu pergi kerja sebagai jururawat.  Terus hati saya terpaut dan saya nekad untuk mengahwininya,” katanya.

Mohammad berkata, pada 1982, dia dan Rokiah pulang seketika ke Malaysia untuk mendaftarkan perkahwinan serta pulang ke kampung halaman isterinya di sini.

“Hati saya sudah terpaut untuk tinggal di sini.  Di Sweden pun saya berasal dari kawasan kampung dan di sini pun kampung.  Jadi saya sangat selesa tinggal di sini dan sangat seronok apabila saudara-mara isteri banyak menetap di sini dan menganggap saya sebagai keluarga mereka.

“Saya juga tidak ada masalah untuk pergi ke kenduri-kendara penduduk kampung. Saya suka pergi ke majlis seperti itu tapi tak adalah berkain pelekat seperti ini. Ini pakaian di rumah sahaja,” katanya sambil ketawa.



Suka bela kucing

Mengenai kehidupannya, Mohammad berkata, dia kini fokus mengusahakan tanaman kelapa sawit selepas projek tanaman padi yang cukup sinonim dengan perkampungan berkenaan tidak sesuai dijalankan di tanah berhampiran rumahnya.

Selain itu, Mohammad juga menghabiskan lebih masa menjaga isterinya yang kini kurang sihat.

“Malah, orang-orang di sekitar Gemas ini juga tahu saya sangat sukakan kucing sehingga ada antara orang yang tidak saya kenali sanggup meninggalkan kucing di hadapan pintu pagar rumah saya.

“Kali terakhir dua bulan lalu dan kini saya mempunyai kira-kira 20 ekor kucing.  Kos bagi menyediakan makanan kucing saja sudah mencecah RM400 sebulan.

“Dulu lagi banyak kucing tetapi banyak yang mati bila kena virus.  Saya tanam kucing-kucing ini berhampiran rumah,” katanya.

Mohammad berkata, walaupun kadang-kala berasa geram dengan sikap individu yang gemar membuang kucing terus ke rumahnya, dia tetap juga menjaga kucing-kucing berkenaan dengan baik.

“Tak apalah, saya dah selesa duduk sini. Tak kisahlah apa bangsa pun yang buang saya ambil dan jaga baik-baik.

“Bagi saya bila kita sudah menetap di negara orang, kita kena menghormati budaya dan cara hidup serta bercampur dengan masyarakat setempat,” katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 31 May 2016

Punca fatwa bergambar dengan kucing haram terjawap dengan jayanya



SEREMBAN - Orang ramai dinasihatkan tidak mudah melatah ekoran pengharaman bergambar dengan kucing yang diisytiharkan ulama Arab Saudi, Sheikh Saleh Al-Fauzan berikutan hukum berkenaan tidak terpakai di negeri ini.

Kenyataan ulama terbabit yang menegaskan bahawa mengambil gambar adalah haram, tidak kira sama ada dengan kucing, anjing, serigala atau apa-apa sahaja kecuali darurat ketika menjawab pertanyaan penonton dalam sebuah rancangan televisyen, kini mula menjadi viral di internet.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, perbuatan mengambil gambar dalam bentuk foto merupakan sesuatu yang harus malah tiada nas dalam al-Quran atau hadis melarang perkara sedemikian.

“Berdasarkan penelitian dan pemahaman saya, beliau mengharamkannya disebabkan bimbang trend dari Barat itu menular di Arab Saudi. Ini yang saya tidak faham... mengapa beliau perlu takut?

“Sedangkan sahabat Rasulullah SAW sendiri dinamakan sebagai Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing kerana terlalu menyayangi haiwan berkenaan. Apatah lagi kucing memang menjadi peliharaan di negara ini. Cuma kebetulan trend itu dipopularkan oleh Barat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan Sheikh Saleh barangkali mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan perbuatan itu dan hanya ulama tersebut yang tahu sebabnya.

“Jadi nasihat saya kepada orang ramai khususnya di negeri ini, jangan terlalu mudah sebarkan perkara yang pelik. Sebaliknya rujuk dulu pada mereka yang arif untuk mendapatkan penjelasan.

“Kalau tidak, dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan, kerisauan dan pertikaian sampai memecahbelahkan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, pendakwah dan Pengurus Imtiyaz Tarbiyyah Centre, Ustaz Nor Azman Mohamad pula berpendapat, Sheikh Saleh berkemungkinan merujuk kepada hukum asal yang melibatkan penciptaan gambar lukisan menyerupai makhluk bernyawa sebagai dalil pengharaman tersebut.

“Banyak hadis menyebut tentang larangan menghasilkan lukisan menyerupai makhluk bernyawa. Antaranya berbunyi, ‘Dari Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang membuat gambar-gambar (makhluk hidup) ini akan diseksa (pada) hari kiamat dan katakan kepada mereka, ‘hidupkanlah apa yang telah kalian buat’.

“Umat Islam diharamkan melukis gambar menyerupai makhluk bernyawa kerana pada zaman Nabi SAW, kebanyakan karya diagung-agungkan dan disembah. Barangkali Sheikh Saleh bersandarkan dalil ini secara zahiriah atau umum.

Bagaimanapun, katanya, berbeza dengan foto kerana ulama kontemporari mengharuskannya untuk tujuan tertentu mengikut kemaslahatan masyarakat selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syarak misalnya bergambar untuk buat pasport.

“Ulama masa kini berpandangan hukum foto tidak sama seperti gambar lukisan memandangkan ia bukan benda ciptaan baharu yang menyerupai mahkluk bernyawa, sebaliknya objek terhasil diibaratkan seperti cermin yang memantulkan imej sedia ada.

“Tambahan pula, mungkin fatwa itu sesuai dengan budaya di sana menyebabkan trend bergambar dengan kucing diharamkan. Pada masa sama, langkah ini menunjukkan bahawa Arab Saudi mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam isu berkenaan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Punca Kepala Sangkut Dalam Mesin Basuh Layan Diri Di Kedai Dobi Bahau Amat Memeranjatkan



FUJIAN, CHINA - Hajat nak baiki mesin basuh semi auto yang rosak berakhir dengan kepala seorang lelaki tersangkut di dalam ruangan pengering pakaian.

Difahamkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya.

Lapor NetEase, ketika mangsa membuat pemeriksaan mesin tersebut, mesin tersebut belum ditutup suisnya. Mujur rakan serumah menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suis dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.

Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpan rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.







Bomba tiba di lokasi kejadian cuba mengeluarkan kepala mangsa, namun gagal. Setelah mengambil kira keselamatan mangsa, bomba mengambil keputusan untuk membaraikan mesin basuh itu.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: