‘Itu refleksi cahaya dari kamera telefon’

on Tuesday, 27 December 2016



SEREMBAN – Berlakunya tindakan refleksi cahaya dari kamera telefon bimbit menyebabkan gambar yang diambil ketika pengebumian pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) di Tanah Perkuburan Islam Senawang Selasa lalu, kelihatan bercahaya.

Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, beliau dimaklumkan oleh beberapa rakan yang hadir pada pengebumian Allahyarham yang mengesahkan bahawa tiada perkara pelik berlaku.

“Itu adalah refleksi cahaya dari kamera telefon bimbit yang mungkin terjadi ketika gambar itu dirakam.

“Lagipun ketika pengebumian itu, khemah yang berada di kubur Allahyarham sudah koyak. Jadi ada cahaya matahari yang masuk menerusi lubang itu dan bagi saya ia berlaku secara kebetulan lebih-lebih lagi ketika itu jam 10 pagi di mana situasi matahari terbit," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menyebarkan bahan yang boleh mengundang kekeliruan.

Sementara itu adik Allahyarham, Nazri Zainuddin, 41, ketika dihubungi Sinar Harian turut memberitahu sepanjang pengebumian, tiada perkara luar biasa yang berlaku di tanah perkuburan itu.

Katanya, mereka sekeluarga sudah mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, sejurus selepas urusan pengebumian selesai.

Terdahulu Allahyarham Mohd Khairi, 45, meninggal dunia jam 4.29 petang akibat masalah jantung.

Allahyarham yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 sehingga 18 tahun.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Punca Jamal sindir Siti Nurhaliza jaga air yang tidak subur terjawap

on Saturday, 24 December 2016



PETALING JAYA: Selepas kiriman laman sosial Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat mengkritik Datuk Seri Jamal Yunos kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi selebriti kerana masih tidak menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.

Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.

Jamal bagaimanapun bukan individu pertama mengecam Siti. Sebelum beliau, pengguna Rafi Awang Kechik turut mengeluarkan kenyataan bersifat seksis.

Siti di laman Twitternya menyifatkan kritikan sedemikian tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

MB Negeri Sembilan tolak jawatan jadi Presiden FAM

on Thursday, 22 December 2016



SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak saranan supaya beliau menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) malah membacakan doa tolak bala apabila ditanya mengenai perkara itu oleh wartawan.

Mohamad turut menggesa mana-mana pihak yang berminat memegang jawatan Presiden FAM supaya memberitahu beliau untuk PBNS mencalonkan mereka.

"Saya yakin ada orang sesuai yang boleh dipilih untuk memimpin FAM demi masa depan bola sepak negara. Jika ada sesiapa berminat (menjadi Presiden FAM), beritahu PBNS boleh calonkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Sijil Penyiapan dan Pematuhan Projek Pembangunan Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di sini semalam.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Punca santan naik harga dan dijual RM11.00 sekilo terjawap akhirnya

on Friday, 9 December 2016



REMBAU - Rata-rata pengguna di daerah ini melahirkan rasa terkejut dan kecewa mereka apabila tersebarnya kiriman gambar kain rentang yang memaklumkan harga santan di daerah berkenaan bakal dijual dengan harga RM11 bagi sekilogram, bermula esok.

Seorang pengguna, Muhammad Zul Adha Bahari, 31, yang merupakan anak jati Rembau berkata, harga barang mentah di daerah ini sangat melampau dan jauh lebih mahal dari harga yang dijual di sekitar Sri Hartamas atau UK Heights, Kuala Lumpur.

“Saya pun bila balik kampung terkejut dengan harga barang mentah ini. Ibarat menambah cuka ke luka. Rata-rata rakyat Rembau adalah dari golongan sederhana tetapi harga barang mentah jauh lebih mahal dari golongan yang duduk di kawasan bandar.

“Oleh itu, saya sangat berharap agar pemantauan bukan sekadar menentukan harga siling semata. Apalah gunanya Jabatan Perangkaan kalau analisis pendapatan penduduk tidak dapat digunakan dalam menentukan harga pasaran,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Seorang peniaga makanan berusia 50-an yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, sejak dari minggu lalu lagi sudah ada ura-ura harga santan akan dijual RM11 sekilogram.

“Peniaga santan kata mereka tak boleh nak elak naikkan harga sebab kelapa yang mereka dapat dari sebelah utara dah jadi mahal. Jadi tak dapat nak elak naik harga.

“Tapi, sebagai peniaga makanan kami seolah-olah tersepit dan tahu akan mendapat reaksi kurang senang masyarakat sekiranya menjual makanan dengan harga yang mahal.

Menurutnya, harga santan sebelum ini hanya sekitar RM7.50 hingga RM8 sekilogram.

“Jadi nak tak nak harga makanan pun terpaksa naik lebih-lebih lagi orang Rembau ni memang tak boleh lari dari guna santan, nak buat masak lemak cili api.

“Saya harap sangat agar pihak bertanggungjawab dapat memantau masalah ini bagi kebaikan bersama lebih-lebih dengan keadaan kos hidup yang sangat tinggi pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, maklumat yang dipaparkan di dalam kain rentang berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan harga santan ditentukan harga pasaran.

Bagaimanapun, katanya,  pengguna boleh mengetengahkan aduan kepada KPDNKK sekiranya mendapati kenaikan berkenaan melampau, malah pihaknya juga akan menyemak kenaikan berkenaan jika terdapat sebarang unsur pencatutan.

“Kita akan ambil tindakan sekiranya terdapat unsur pencatutan dalam kenaikan harga santan ini. Dulu harga santan pernah dikawal tapi tiada standard dari kepekatan santan kerana lain pengusaha lain mesin digunakan.

“Berdasarkan harga pasaran santan, harga minima yang ditawarkan adalah RM6 dan maksimum adalah RM11.50 di seluruh negeri ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

(Video) Punca Pasangan Cina Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas Terjawap Sipi Sipi

on Friday, 25 November 2016



SUNGAI BULOH - Video pasangan dipercayai suami isteri yang menghalang seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan tugas, viral di media sosial dua jam yang lalu.

Dalam kejadian 10.24 pagi semalam di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pasangan berkenaan dilihat menghalang seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa, dan dua lagi rakan sekerjanya menjalankan tugas menggenakan kompaun pada kenderaan milik pasangan berkenaan kerana tidak mempamerkan kupon parking.

Berang dikenakan saman, pemilik kenderaan berkenaan tampil dan menyatakan bahawa dia sudah ada kupon parking. Namun, Nurul menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.

"Saya telah keluarkan saman parking ke atas sebuah kereta kerana tidak pamerkan kupon meletakkan kenderaan. Selepas saya mengeluarkan saman tersebut, datang seorang perempuan berjumpa dengan saya dan dengan nada kasar memarahi saya.

"Dia juga menyatakan bahawa dia sudah ada kupon. Saya menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan yang kemudian berlaku pertengkaran di antara kami.

"Perempuan itu kemudian membawa seorang lelaki dan terus menengking, mengugut mahu menumbuk serta cuba menggigit jari saya," katanya.

Mangsa cuba menjerit meminta dilepaskan dan menjelaskan bahawa mereka telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, namun tidak diendahkan. Malah lelaki itu dilihat cuba merakam wajah mangsa dalam keadaan cuba memeluknya.

Berang dengan tindakan lelaki itu, mangsa sekali lagi menjerit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

"Saya ambil keputusan untuk beredar, namun perempuan itu telah mengekori saya dengan alasan mahu merakam gambar dan mengambil nama saya. Perempuan itu telah menarik belakang baju dan lelaki tersebut juga menghalang saya daripada beredar," katanya.

Nurul kemudian berjaya melepaskan diri dan terus beredar dari tempat kejadian dan membuat laporan di balai polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan kurang ajar lelaki dan wanita itu serta meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan berkenaan.



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Punca Penganggur Didenda RM9,500 Kerana Maki Perdana Menteri Najib Terjawap

on Wednesday, 23 November 2016



ALOR SETAR - Seorang penganggur didenda RM9,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan aplikasi Twitter, Disember tahun lalu.  

Hakim Najwa Che Mat turut memerintahkan tertuduh, Mohamad Arif Fadila Arbain, 26, dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan akaun Twitter atas nama @SangAlgojoe, melakukan kesalahan itu pada 9.32 malam, 1 Disember 2015 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.  

Komen jelik itu dibaca di Stadium Darul Aman, di sini pada 10 Januari 2016.  
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.  

Terdahulu peguam tertuduh, Lim Wei Yong daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman seringan-ringannya kepada anak guamnya memandangkan tertuduh baru sahaja berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan dan perlu menanggung bapanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.  

Bagaimanapun Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria mahu hukuman tegas diberikan kepada tertuduh kerana kes tersebut merupakan kepentingan awam dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.  

"Kesalahan ini serius dan jika tidak dicegah khususnya oleh mahkamah akan memberi mesej kepada masyarakat untuk bebas membuat komen jelik atau tidak baik kepada mana-mana pihak," katanya.
 
Tertuduh dalam rayuannya pula berkata menyesal dengan perbuatannya dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi pada masa akan datang.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Kanak-kanak maut termakan ubat darah tinggi di Jelebu

on Tuesday, 22 November 2016



JELEBU - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut akibat termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Lee meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira 1 petang setelah mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat berkenaan.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.

Katanya, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah yang luar biasa.

“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.

“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.

“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Negeri Sembilan antara terima pelancong teramai

on Saturday, 12 November 2016



PORT DICKSON - Negeri Sembilan melonjak ke kedudukan nombor tiga teratas menerima kehadiran pelancong tempatan paling ramai tahun lalu selepas Perak dan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata, direkodkan seramai 6.1 juta pelancong tempatan datang melancong ke Negeri Sembilan seperti mana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan.

Beliau yang juga Adun Bagan Pinang berkata, sebelum ini, kejayaan berada di kelompok ke tiga menerima kehadiran pelancong tempatan paling ramai merupakan usaha semua pihak kerajaan negeri, agensi pelancongan dan juga penggiat industri termasuklah masyarakat Negeri Sembilan yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong.

“Ini adalah pencapaian terbaik dan merupakan kejayaan kita semua, pelbagai usaha secara bersama perlu dilakukan dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan momentum tersebut ke tahap yang lebih baik lagi.

“Jumlah 6.1juta pelancong tempatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan itu adalah jumlah yang datang dan menginap di negeri ini sementara mereka yang datang dan balik hari (tidak menginap) dikategorikan sebagai pelawat dan jumlahnya juga ramai.

“Kita juga mencatatkan hampir 1 juta pelancong antarabangsa tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenag Pertandingan 4x4 Wanita Peringkat Antarabangsa di sebuah hotel di sini malam semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharudin Jali dan Pengasas Pertandingan 4X4 Wanita Peringkat Antarabangsa, Narimah Samat Said.‎

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Gempar! Gangguan bekalan air 24 jam di Seremban!



SEREMBAN - Pengguna di sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai 8 pagi 15 November ini berikutan kerja pemasangan 'tee bypass' di Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata ia antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

"Kawasan terlibat ialah Nada Alam, Bukit Inai, seluruh Batang Benar, Sungai Mahang, Taman Mutiara, Taman Murni, Taman Teratai, Nilai 7, Desa Saga, Desa Ria, Nilai 3, Arab Malaysian, Industri Semarak 2, seluruh Kawasan Perindustrian Nilai, Desa Melati, Desa Kasia, Desa Indah, Impiana Residen, seluruh Bandar Baru Nilai, seluruh Desa Cempaka dan INTI Kolej.

"Turut terlibat ialah Desa Casuarina, Universiti Sains Islam Malaysia, Desa Jati, Desa Anggerik, Pekan Nilai, Rumah Rakyat Nilai, Taman Ban Aik, Taman Ros Merah, Taman Datuk Sharudin, Rumah Rakyat Labu Hilir, Kampung Kondok, Kampung Labu Hilir, Kampung Lambar, Kampung Pulau, Jalan Labu dari Batu 10-14, Sendayan, Jimah Baru, Jijan, seluruh Gadong, Rehat & Rawat (R&) Plus Arah Utara dan Selatan, seluruh Batu 8 Labu dan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang ditetapkan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Misteri histeria di SK Pasoh 3 terjawap. Amat menyeramkan (Untuk bacaan 18 tahun ke atas)

on Friday, 11 November 2016



JEMPOL – Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3 di sini diselubungi kejadian misteri apabila sebilangan murid tahun tiga, empat, lima dan enam diserang histeria pada pukul 9.15 pagi hampir setiap hari sejak Ogos lalu.

Lebih memburukkan keadaan, murid yang mengalami histeria menunjukkan perangai seperti harimau dengan mencakar-cakar dinding dan bergaduh sesama mereka setiap kali diserang histeria.

Situasi itu sekali gus menyebabkan kira-kira 24 guru dan 237 murid di sekolah berkenaan terpaksa berhadapan dengan detik yang menakutkan hampir setiap hari.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pasoh 3, Yusof Mas Muda (gambar kecil) berkata, serangan histeria itu bermula dengan kejadian seorang murid perempuan mengadu sakit perut pada waktu rehat, 5 Ogos lalu.

“Murid itu kemudian diserang histeria. Situasi itu kemudian melarat kepada murid lain hampir setiap hari.

“Sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan murid akan diserang histeria hampir setiap hari.

Kosmo! difahamkan, sekumpulan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengunjungi sekolah itu pagi semalam untuk melakukan siasatan berhubung peristiwa itu.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

 
© AANS BLOG All Rights Reserved