yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Babi. Show all posts
Showing posts with label Babi. Show all posts

Friday, 25 November 2016

(Video) Punca Pasangan Cina Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas Terjawap Sipi Sipi



SUNGAI BULOH - Video pasangan dipercayai suami isteri yang menghalang seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan tugas, viral di media sosial dua jam yang lalu.

Dalam kejadian 10.24 pagi semalam di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pasangan berkenaan dilihat menghalang seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa, dan dua lagi rakan sekerjanya menjalankan tugas menggenakan kompaun pada kenderaan milik pasangan berkenaan kerana tidak mempamerkan kupon parking.

Berang dikenakan saman, pemilik kenderaan berkenaan tampil dan menyatakan bahawa dia sudah ada kupon parking. Namun, Nurul menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.

"Saya telah keluarkan saman parking ke atas sebuah kereta kerana tidak pamerkan kupon meletakkan kenderaan. Selepas saya mengeluarkan saman tersebut, datang seorang perempuan berjumpa dengan saya dan dengan nada kasar memarahi saya.

"Dia juga menyatakan bahawa dia sudah ada kupon. Saya menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan yang kemudian berlaku pertengkaran di antara kami.

"Perempuan itu kemudian membawa seorang lelaki dan terus menengking, mengugut mahu menumbuk serta cuba menggigit jari saya," katanya.

Mangsa cuba menjerit meminta dilepaskan dan menjelaskan bahawa mereka telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, namun tidak diendahkan. Malah lelaki itu dilihat cuba merakam wajah mangsa dalam keadaan cuba memeluknya.

Berang dengan tindakan lelaki itu, mangsa sekali lagi menjerit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

"Saya ambil keputusan untuk beredar, namun perempuan itu telah mengekori saya dengan alasan mahu merakam gambar dan mengambil nama saya. Perempuan itu telah menarik belakang baju dan lelaki tersebut juga menghalang saya daripada beredar," katanya.

Nurul kemudian berjaya melepaskan diri dan terus beredar dari tempat kejadian dan membuat laporan di balai polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan kurang ajar lelaki dan wanita itu serta meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan berkenaan.



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 29 July 2016

Laporan DoJ tidak libatkan 1MDB‎ tegas Najib. Rakyat Malaysia dapat tidur lena selepas ini



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), minggu lalu tidak melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, tiada aset 1MDB yang disenaraikan untuk disita.

"Majlis Tertinggi ambil maklum hanya mereka tertentu dinamakan dalam laporan tersebut bererti secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan itu, tiada aset 1MDB dinamakan.

"1MDB juga tidak diminta apa-apa maklumat...DoJ tidak rujuk 1MDB maknanya mereka tak tuntut apa-apa penjelasan daripada 1MDB. (DoJ) tidak ambil kira pandangan pihak berkuasa Malaysia mahupun 1MDB," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, hari ini.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 26 July 2016

Najib desak individu yang dinamakan ‘Malaysian Official 1’ bersihkan nama sebersih mungkin



Antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan skandal 1MDB adalah ‘Malaysian Official 1’, ‘1MDB Officer 1′ ‘1MDB Officer 2′ dan ‘1MDB Officer 3’.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu individu yang dinamakan bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

“Sebab itu bila keluar laporan DoJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

“Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1MDB.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Baru Ambil Alih Dah Cakap Macam Ini' - Cuepacs Bantah Cadangan Kakitangan Awam Biayai Pencen Sendiri



KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membidas cadangan yang mahu penjawat awam membuat sumbangan ke dalam tabung persaraan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), lapor Free Malaysia Today.

Artikel berkaitan:

Kakitangan Awam Bakal Biayai Dana Pencen Sendiri

"KWAP baru saja mengambil alih pengurusan wang pencen dan dia sudah mula bercakap seperti ini.

"KWAP tidak perlu buat keputusan bagi pihak kerajaan dan menambah hak penjawat awam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau tiada kuasa memutuskan sama ada kerajaan perlu mengubah skim persaraan atau tidak," kata Presiden CUEPACS, Azih Muda.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, cadangan di mana penjawat awam menyumbang sendiri ke dalam KWAP sama seperti pekerja swasta yang menyumbang ke dalam KWSP.

Bagaimanapun, reaksi penjawat awam di media sosial rata-ratanya negatif dan menolak cadangan yang tidak masuk akal itu menjadikan kakitangan awam hilang keistimewaan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 22 July 2016

Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah, Najib pula dakwa derma. Kes ditutup!

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun – yang dia memiliki akses untuknya – adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah ‘hadiah’ daripada Aabar BVI,” kata laporan itu semalam.



Menurut DOJ, Aabar BVI – sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah – dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.

Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai “hadiah” berkenaan.

“Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi,” kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab

Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah “sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga” individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: “Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

“Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami.”

DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.

Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza “ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi”.

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 2 July 2016

Budak 2 Tahun Maut Didera & Diliwat Dengan Alat Pemateri Kerana Isteri Enggan Layan Nafsu Suami



KEDIRI, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun 5 bulan maut didera dan diliwat oleh bapa saudaranya, Isnin lalu.

Mangsa bukan sahaja didera dengan teruk, malah lubung duburnya dicucuh dengan pemateri yang panas, selain dicampak ke lantai sebanyak dua kali sehingga mati ketika Sentot Yuniarto, 30, cuba meliwatnya.

Difahamkan, suspek dan mangsa tinggal sebumbung di rumah nenek, telah melakukan perbuatan jijik itu sebanyak dua kali pada bulan Mei dan Jun. Namun perbuatannya terbongkar apabila bapanya mendapati anaknya itu pengsan dan terdapat luka di bahagian wajahnya.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital. Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa telah diliwat dan mempunyai kesan melecur yang teruk di bahagian duburnya. Tempurung kepala mangsa juga retak 14 sentimeter.

Mangsa juga berada dalam keadaan koma, dan meninggal dunia di hospital tersebut pada keesokan hari, jam 2.30 petang, 28 Jun 2016.



Ekoran itu, polis menahan suspek untuk membantu siasatan berhubung kes dera dan liwat kanak-kanak terbabit.

Siasatan awal pihak polis, suspek mengaku melaku perbuatan kejam itu ketika mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas dicampak ke lantai, sebelum menghubungi bapa mangsa dan memaklumkan bahawa mangsa tidak sihat.

Sejurus bapa mangsa, Adi, tiba di rumah, mendapati anaknya pengsan dan terdapat kesan lebam di wajahnya. Lalu si bapa bertanya apa yang telah terjadi pada anaknya itu. Sentot menjawab, anaknya itu terjatuh ketika bermain.

"Saya baling dia ke lantai dan mencucuh duburnya dengan alat pemateri panas sebab dia tidak mahu diliwat," katanya yang mengakui bertindak sedemikian kerana tertekan dengan isterinya yang baru dikahwini 6 bulan itu yang enggan melayani nafsunya serta tidak puas bersama wanita itu.



Siasatan juga mendapati, suspek sebelum ini selalu membawa dua kakak mangsa yang berusia 6 dan 4 tahun untuk bermain bersamanya sementara dia bekerja di sebuah kedai elektronik.

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek melakukan tindakan kejam itu kerana cemburu, mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.

"Saya mahu dia dihukum mati!"

Adi tidak menyangka bahawa lelaki itu tergamak melakukan perbuatan keji itu pada anak-anaknya. Adi berharap, mahkamah akan menjatuhkan hukuman mati kepada Sentot kerana perbuatannya itu kejam dan tidak dapat diterima akal.

Menurut portal berita tempatan, pelakunya mungkin hanya akan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun sahaja.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 1 July 2016

Punca Najib Sindir Mahathir, Gagal Sediakan Pengangkutan Awam Yang Mapan Terjawap



SUBANG JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad, gagal menyediakan pengangkutan awam yang mapan di era pentadbirannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Berucap di Majlis Perasmian Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling di Terminal LRT Putra Heights, semalam, Najib berkata keadaan pengangkutan awam yang bermasalah kerana pemimpin terdahulu itu tidak menekankan pembangunan faktor mangkin ini.

"Bila saya ambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, kita lihat bahawa salah satu cabaran kita pada masa itu, salah satu kelompongan yang berlaku dalam negara kita adalah masalah pengangkutan awam.

"Ini kerana pemerintah sebelum ini yang memerintah selama 22 tahun tidak mengambil banyak perhatian dalam pembangunan pengangkutan awam dan menyebab berlakunya kelompongan, berlakunya kurang pelaburan, berlakunya sistem yang tidak bersepadu dan dimiliki oleh terlalu ramai pihak," katanya yang dipetik dari laporan Free Malaysia Today.

"Hari ini, kita semua menjadi saksi bahawa kerajaan yang sama telah berjaya melaksanakan projek ini yang menelan belanja RM8 bilion. Ini merupakan satu inisiatif menyepadukan perkhidmatan awam dan nadi pada pertumbuhan ekonomi negara," katanya lagi.

Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri dari 1981 sehingga 2003. Di bawah Dr Mahathir, Najib pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan (1986-1990), Menteri Pertahanan (1991-1995) dan Menteri Pendidikan (1995-2000).
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Kakitangan Kerajaan Sambung Cuti Raya Pada 8/7/2016. Best!



PUTRAJAYA - Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai, Jumaat, kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan.

Lapor Bernama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berkata, kerajaan bersetuju memberikan pelepasan khas pada hari tersebut, hanya sekiranya Aidilfitri jatuh pada 6 Julai.

"Pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai tidak terpakai sekiranya Aidilfitri pada 5 Julai.

Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 30 June 2016

'Nak Terminate, Bayar RM360. Kalau Tak Puas Hati, Boleh Komplen Di Facebook' - Astro



Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya.

Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?


  • RM120 penalti
  • RM80 penalti
  • RM88 bil bulanan
  • RM70 1 bulan notis


Satu bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni?

Ini bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la.

Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan.

Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak.

Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 28 June 2016

'Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk Kolopir/Bincek'



Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibu bapa mereka. Dalam seminggu, pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.

Ceritanya, ada seorang anak saudara lelaki yang telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5, memandangkan dia adalah anak yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. Saya tidak pernah mencurigai penggunaan telefonya selama ini kerana, setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu untuk mendengar lagu sahaja. Begitu juga ibu bapa dia.

Ditakdirkan satu hari itu, dia telah keluar bersama rakan-rakannya tanpa menyedari tertinggal telefonnya di rumah. Kebetulan pula pada waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefonnya dan terkejut apabila mendapati isi kandungan WhatsApp, WeChat, Facebook Chat dan gallery gambar dia adalah gambar-gambar perempuan muda dan ada juga beberapa gambar yang terlampau teruk untuk dilihat oleh kanak-kanak.

Malah, dalam diam juga dia pernah menghubungi kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali dan bertukar-tukar gambar yang tidak senonoh. Bukan satu, bukan dua, tetapi ramai! Dan apa yang lebih mengejutkan ialah, kebanyakkan kanak-kanak perempuan itu langsung tidak segan untuk menunjukkan gambar yang tidak senonoh. Malah perbualan mesej mereka juga berbaur lucah.

Bayangkanlah pada waktu itu dia baru saja darjah 6 tetapi sudah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal oleh ibubapanya. Lebih menyedihkan, perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramai anak-anak perempuan yang terjebak dalam perbuatan seperti ini.

Ada di antara mereka juga berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan 'alat sulit' mereka secara live. Allahuakbar! Menitik air mata saya membacanya.

Sepanjang dia tinggal bersama saya, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca Al Quran. Selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibu bapa dia agar mereka sendiri melihat dan menilainya.

Apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang berlaku pada keluarga abang/kakak saya. Janganlah kerana kehendak kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tolonglah, walaupun anak-anak nampak tulus, suci, murni bagai, tetapi ibu bapa tetap perlu 'mengambil tahu perkembangan mereka, dengan siapa dia berkawan dan berhubung.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Samseng Taik Kucing Perut Boroi, Dah Terlambat Nak Minta Maaf'



KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki samseng menyerang dan merosakkan kenderaan mangsa yang dalam perjalanan menghantar enam pelajar tahfiz ke Majlis Khatam Al-Quran, menerima padah apabila polis menegaskan samseng berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Mangsa, Mohd Zul Fadlian Abdullah, 38, diserang oleh pembuli itu yang memotong keretanya dari belakang sehingga berlaku pelanggaran.

"Saya dalam perjalanan nak menghantar enam pelajar tahfiz menghadiri Majlis Khatam Al Quran dan jamuan berbuka puasa berhampiran Bulatan Duta-Segambut, semalam. Tiba-tiba lelaki itu bertindak memotong kenderaan saya dengan cara berbahaya lalu menyebabkan kereta kami bergesel di bahagian kiri. Saya terkejut lalu memberhentikan kereta.

"Dia kemudian keluar dari kereta dalam keadaan marah sebelum bertindak menendang lampu kereta sehingga pecah selain memecahkan cermin sisi kereta saya. Saya kemudian menurunkan cermin pintu kereta untuk berbincang dengannya tetapi dia mengajak saya bergaduh dan mencaci maki saya sebelum menumbuk saya beberapa kali di bahagian lengan dan muka. Kemudian di melarikan diri," katanya kepada Harian Metro.




Mohd Zul Fadlian kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Kejadian itu juga turut viral di media sosial.

Menyedari perkara itu viral di media sosial, lelaki terbabit kemudian menghubungi mangsa untuk memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi bagi menyelesaikan masalah. Namun, mangsa menolak tawarannya.

"Bagi saya, dia perlu diberikan pengajaran yang setimpal kerana perbuatannya sangat melampau apatah lagi di bulan ramadhan," katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan kejadian itu  dan suspek telah menyerah diri di balai polis serta bakal di dakwa di mahkamah.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 27 June 2016

'Hak Saya Nak Makan Secara Terbuka Di Bulan Ramadhan' - Awek Melayu Cun Melecun



KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita beragama Islam mendedahkan dirinya makan secara terbuka di sebuah restoran di Quill City Mall, dikecam hebat netizen yang menganggap tindakannya itu keterlaluan dan tidak hormat orang Islam yang lain, berpuasa.

Status yang dimuat naik oleh Mrym Lee pada jam 2 petang semalam telah dikongsi 3,232 di laman Facebook dan rata-rata yang meninggalkan komen mengecam tindakannya itu.

STATUS 'KONTROVERSI MRYM LEE

"I am so sorry this happens to you," words I am starting to get used to since the past emotionally exhausting 3 weeks.

But today, of all days, these words were uttered to me again for a victimless, crimeless act. Which makes it so much worse because of how unnecessarily you've been punished.

This ramadan, I have made it a conscious effort to physically protest moral and religious policing of muslims in Malaysia, especially muslim women.

This means it is a conscious effort on my part to eat and drink in public during Ramadan, when I am not fasting, while being visibly Muslim (tudung/malay-looking etc).

Another friend also does this, and we both have gotten harassed, verbally abused and publicly persecuted every single time - for merely eating when we were hungry and drinking when we were thirsty, by people who were supposed to be fasting.

Every time.

"Dik, kau tak puasa ke?" "Ha ah, tak puasa." And just kept on drinking to their continued harassment. Harassments to make you feel guilty in the name of religion, but we know we're not doing anything wrong at all.

Today, at The Chicken Rice Shop in Quill City Mall, I sat and ordered a plate of Penang rojak. Manager was very rude from beginning, but he didn't refuse service and even served my rojak already.

I was eating when I was pestered by same manager whose staff rudely served my plate (dia campak je pinggan ke atas meja).

"Are you malay?"

Ya.

"Are you muslim?"

Ya.

"Then why are you eating?"

I stopped eating. "Not again," I thought. If you didn't want to serve me you should have refused service from the beginning, not harass me when I was already eating.

He continued pestering me on how people around me, the other customers and staff, were looking at me weirdly.

"Encik, makan dan minum bukan salah di sisi undang-undang," I said.

"Ye lah tapi awak buat macam ni mencalarkan imej Islam," he pointed.

A friend was there, a non Muslim, and he basically tried to calm the manager down, "encik, dia tak kacau orang pun."

"Saya tak marah kamu, saya marah dia (me)," manager replied to my poor friend who had to witness this.

"Encik, saya tahu saya tak salah. Islam tak ajar kita camni." He left my table, waved his hand, shook his head.

I then went to him, explaining how he's been rude to me as a customer, and he explained that religious authorities could raid the restaurant and punish for serving Muslims during ramadan.

I asked him if he thinks that it's right by Islam to do that, he said yes. Regretfully, I wouldn't be surprised if many malay Muslims think this way.

"Ok, baiklah. Bagi saya habiskan makanan saya. Then I'll leave."

5 minutes later, another customer, a malay muslim man with a wife and a child with him, came to my table and started to harass.

"Apa hak kau nak makan kat tempat umum ni, dik? Kau tak reti hormat orang berpuasa ke?" With a clearly angry tone, increasingly shouting at my face as I ignore the continued harassment.

I called the manager to remove him from harassing me. Though clearly taking the man's side, I was a customer too.

But he wasn't finished. "Abang tahu perempuan ada masalah (referring to menstruation)," this is where I stopped him. I was not going to tolerate punishing women for their biology.

"Tiada apa masalah langsung dengan wanita dan tidak boleh puasa," I said, looked at him straight in the eye.

He became furious. "Tapi kau tak reti hormat ke? Kau merosakkan imej agama Islam!"

The irony was just too real.

Since when has it been your entitled right to become a religious or moral police over other people's ibadah (religious rituals)?

I wanted to ask for the manager, but the manager was the one who started to deny my right to eat in the first place.

At this point, I was only thinking of the Prophet's advice that when we face a difficulty when fasting, that we should say "I am fasting, I am fasting", so as to refrain from anger. I mean I wasn't fasting but I refrained from anger anyway because I thought that's just good advice, ya know.

Anyway, he became very very angry and started to say unrelated things like "melayu lain kat sini pun cari makan jugak (the other malays here are making a living too)," which was very puzzling because the only person being denied a meal was me, not anyone else. Plus, I never denied anyone to make anything, all I wanted was to eat in peace.

I finished my Penang rojak, paid my bills and left the restaurant. Manager made rude faces all the way, his staff literally threw tantrums when they walked pass me.

As I was leaving, a couple of lovely ladies in the same restaurant signaled solidarity, "keep standing up for your rights! Keep standing up for your rights."

Thank you, lovely ladies. Yes we do need to keep standing up for our rights, because if we don't, power hungry authoritarians will gladly take them away from us.

Religious policing of people's personal beliefs and rituals is rife and it is a worrying backwards mentality.

Women and children always get the brunt of religion, because power always targets to oppress the weak but never to question the powerful.

Get your priorities straight. Go punish our corrupt politicians and fix our messed up policies. Leave the practice of faiths to the individual, empower each other in society to do good, only then we'll see productive progress. - Mrym Lee 



Mrym juga membuat bancian di laman Twitter dan hasilnya, 60% dari 878 berpendapat bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan makan secara terbuka bagi umat Islam di bulan ramadhan.

Bagaimanapun, menurut pendakwah, Wan Ji Wan Hussin berkata, umat Islam disarankan menghormati hak orang yang tidak berpuasa di bulan ramadhan.

"Cara fikiran masyarakat Islam di Malaysia ini perlu diperbaiki. Bukan dengan hanya mengharapkan orang lain yang kena hormat umat Islam di mana pada bulan ramadhan, ketika orang Islam tidak boleh makan, orang lain pun kena hormat, tak boleh," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Jelas Wan Ji lagi, bukanlah menjadi kesalahan di sisi syariah untuk orang Islam yang tidak boleh berpuasa untk makan di tempat awam.

"Islam tidak melarang pun. Hal sensitiviti dan sentimen ini hanyalah hal orang Melayu. Keadaan ini boleh diubah melalui perubahan sikap sebahagian orang Islam sendiri yang sering mendesak agar mereka dihormati tanpa menghormati orang lain," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 25 June 2016

Berita Baik Bagi Kakitangan Awam. Hari Raya Ketiga Mungkin Diisytihar Sebagai Cuti Peristiwa



PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga pada 8 Julai, Jumaat, diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.

"Kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang. Namun, cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu tersebut sahaja.

"InshaAllah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan," katanya lapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam majlis perjumpaan khas bersama ahli-ahli CUEPACS, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan telah meluluskan permintaan penjawat awam balik awal 30 minit bersempena bulan ramadhan.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 18 June 2016

'Orang Puasa Lah Babi!' (Apa yang berlaku selepas itu amat memilukan sanubari)



Di negara yang berbilang bangsa dan agama ini, masyarakatnya sudah dididik agar menghormati antara satu sama lain dalam apa jua keadaan sekali pun.

Lebih-lebih lagi di bulan ramadhan, bulan yang mulia ini sepatutnya umat Islam menjaga pertuturan dan banyakkan bersabar. Namun, apa yang terjadi pada Neshaal Thanasekaran ini amat tidak boleh diterima.

"Saya tersangkut dalam kesesakkan jalan raya awal pagi ini dan di kesempatan itu, saya bersarapan di dalam kereta. Bersarapan dengan setin air milo dan biskut coklat cip.

"Sedang saya menikmati biskut coklat cip itu, tiba-tiba ada seseorang mengetuk tingkap kereta saya, rupanya seorang penunggang motosikal.

"Orang puasalah babi! Tak faham bahasa ke pekak?! India Keling balik India la!" jeritnya. 

"Saya tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku pada kami yang bukan muslim. Saya nak makan biskut dalam kereta pun tak boleh. Yeah, Malaysia boleh," katanya.

Meskipun tiada gambar yang disertakan, rata-rata netizen mengkritik tindakan individu terbabit yang jelas sekali mencemarkan imej Islam.

"Benci bila Muslim berperangai seperti ini. Iman, mana iman? Pekerja Islam di McDonald, KFC itu semua tak ada pula nak maki hamun lempang pelanggan mereka yang non muslim datang makan," kata Anisah Mohd Ismail.

"Baru tengok makan biskut dengan air milo sudah goyang sampai maki hamun. Dia belum tengok orang makan KFC, nasi kandar ke ape. Entah-entah mau ditikamnya orang yang tengah makan," kata Eytash.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 13 June 2016

Punca kadal tol naik di lapan lebuhraya tidak lama lagi amat memilukan



Tahun lalu sebanyak 18 buah plaza tol telah terlibat dengan kenaikan kadar dan kebanyakannya adalah secara drastik. Bagi tahun ini pula, kerajaan dikatakan bakal membuat keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lapan lagi syarikat konsesi, menurut The Sun.

Akhbar berbahasa Inggeris itu turut memetik dari Sin Chew Daily, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jika ingin mengekalkan kadar tol yang sama pada harga kini, kerajaan perlu membayar pampasan kepada pihak konsesi dalam jumlah yang sangat besar dan ini membebankan kerajaan dalam hutang jangka masa panjang.

Beliau turut menambah, kerajaan telah berhadapan dengan kesukaran untuk membuat keputusan berhubung perkara ini. Namun hanya ada dua pilihan di bawah rancangan penstrukturan semula tol iaitu membenarkan kenaikan kadar tol dan pengguna perlu membayar lebih untuk menggunakan lebuh raya, atau menanggung beban kos pampasan tersebut.

Fadillah berkata syarikat konsesi yang dibenarkan untuk menaikkan kadar tol di lapan buah lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada 1 Januari tahun ini, menurut persetujuan yang telah ditandatangani sebelum ini. LDP juga telah pun menaikkan kadar tol pada tahun lalu.

Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan kadar tol ini, jumlah pampasan yang perlu dipayar adalah sebanyak RM539 juta. “Jika kerajaan menangguhkan kelulusan kenaikan kadar tol, jumlah tersebut (pampasan), akan meningkat setiap tahun. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan hutang dalam jangka masa panjang untuk kerajaan,” ujar Fadillah.

Menteri tersebut turut menambah, antara tahun 2008 dan 2014, kerajaan telah menolak permohonan untuk menaikkan kadar tol oleh syarikat konsesi lebuhraya, dan ia menyebabkan lebih dari RM2.2 bilion pampasan terpaksa dibayar.

Fadillah juga enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai kadar tol tersebut, sambil menambah jawatankuasa kerja telah berunding untuk mengemukakan laporannya kepada kabinet bagi menentukan keputusan hasil perbincangan bersama pemegang konsesi lebuh raya tersebut berakhir kelak.

Tahun lalu, sejumlah 18 buah lebuhraya di seluruh Malaysia terlibat dengan kenaikan tol, dalam tarikh yang sama iaitu 15 Oktober. Ini termasuklah AKLEH, Besraya, DUKE, Grand Saga, Lebuhraya Guthrie, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKSA, MEX, NPE, terowong SMART, Lebuhraya Senai-Desaru, SKVE, Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Sprint dan LDP.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 8 June 2016

'Bukan Rakyat Yang Bayar Gaji Saya' - YB UMNO



KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan bahawa gajinya bukan dibayar oleh rakyat tetapi dari kerajaan, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

"Gaji wakil rakyat bukan rakyat yang bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukanlah duit rakyat.

"Sekali duit terlepas ke pihak lain, ianya bukan lagi duit kita. Kalau duit kerajaan (adalah) duit rakyat, maka marilah kita beramai-ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita," katanya melalui laman Facebook rasminya.

Difahamkan, Nawawi berkata demikian dalam perdebatannya mengenai cukai dengan segelintir netizen yang mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat.

Ekoran itu, komen 'panas' Ahli Parlimen Langkawi itu telah tersebar meluas di media sosial.

Di media sosial, netizen menyifatkan kenyataan Nawawi itu lupa diri dan terlalu mendabik dada apabila sudah menjadi wakil rakyat.

Enggan beralah, Nawawi tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu meskipun telah dinasihatkan oleh rakannya.

"Nak tarik buat apa? Kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat. Saya hanya komen berhujah dengan seorang rakan Facebook.

"Yang mereka jahat pergi copy and paste pergaduhan kami berdua untuk sebaran umum tanpa kelulusan itu buat apa? Mereka yang sepatutnya tarik balik kenyataan itu dari media," tegasnya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 2 June 2016

'Servis ICU Hospital Kuala Lumpur Macam Gampang' - Azwan Ali



Saya dikirimkan screenshot ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali.

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah sehingga mengeluarkan kata-kata sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak salah faham.



Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. Tiga buah hospital swasta terkenal di Kuala Lumpur yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gelanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diajukan soalan tentang ini, telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke Hospital Kuala Lumpur atau mana-mana hospital kerajaan yang berdekatan.

Demikian juga hospital swasta di negeri-negeri lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan rawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat-hebat, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak gemari ini juga.

Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya, menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalnya, berharga RM13,500 sebotol. Jadi, tiada kos efektir bagi hospital swasta untuk membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaaan dan tanpa perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyatnya. Ke mana lagi mereka boleh pergi untuk rawatan bagi kes-kes seperti ini. Stok=stok antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital-hospital yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan.

Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. HAnya 18 dari 40 spesis ular darat di malaysia adalah berbisa. Malah, sekalipun kita digigit oleh spesis ular berbisa, tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan).

Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan-kawasan tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. takkan nak biarkan antivenom yang mahal seperti itu terperam macam perkasam sehingga tamat tempoh? Oleh itu, kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti.

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah Jabatan Kecemasan. Klinik-klinik kerajaan tiada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk memberi rawatan antivenom.

Pelbagai perkara yang boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan.

Saya kurang faham mengapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom  perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di Jabatan Kecemasan dan wad biasa sahaja, melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula menjadi mangsa dan dimarahi? Ini adalah tidak adil untuk mereka.

ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tiada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar-pakar seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai, mahaguru segala disiplin bermastautin di sana.

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali-kali selama berbulan-bulan sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yang boleh merawat Presiden mereka jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital-hospital swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL.

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor-doktor ICU HKL dimarahi sehingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK!

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai nombor tiga terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja.

Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi, kali ini pula.

Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktirafkan HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 31 May 2016

CUEPACS rayu bonus satu bulan untuk persediaan Aidilfitri



KANGAR: CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi.

"Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. "Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi.

Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya. "Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan.

"Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 30 May 2016

'RM50 Cukuplah Untuk Belanja Dapur Sebulan' - Suami Kedekut Pahit



Saya sudah berkahwin 3 tahun. Suami saya seorang yang kedekut dengan duit belanja. Kadang-kadang saya minta duit belanja dapur, dia cuma bagi RM50 sahaja.

RM50 itulah buat belanja beli barang dapur dan beli lauk. Pening juga nak kena bahagikan. Kadang-kadang saya segan sebab asyik nak meminta. Nanti jawapan dia,

"Aiikk? Kan dah bagi masa tu, dah habis ke?"

Saya malas nak cakap banyak, terus masuk bilik.

Zaman macam sekarang ini, RM50 dapat beli apa saja? Beras, sabun lagi, belum bawang, lada bagai. Saya kalau sudah geram sangat, saya ambil duit dia dalam dompet tanpa pengetahuan dia.

Satu hari itu, terkantoi, padahal saya cuma ambil RM10 sahaja. Tetapi suami mengamuk bagai pa, siap nak ceraikan saya sebab saya curi duit dia.

Persoalannya, apa yang harus saya buat dengan suami yang kedekut ini? Berdosa tak kalau saya terus mengambil duit dia tanpa pengetahuan dia? Saya tiada pilihan.

JAWAPAN: 

Merujuk kepada persoalan, bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu dan suami hanya membeli barang keperluan dan kadang-kala suami tak ada, isteri tak ada duit untuk membeli keperluan makanan, maka ini jawapannya.

ISteri boleh mengambil wang suami hanya pada kadar yang diperlukan sahaja. Dalam satu hadis menceritakan tentang Hindun, isteri Abu Sufyan, yang mengadu kepada Nabi tentang suaminya yang kedekut tidak memberikan belanja yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak.

Nabi berkata kepada Hindun,

"Kami ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya"

(Hadis riwayat al-Jamaah)

Namun isteri tidak boleh menyedekahkan duit itu kepada masjid atau memberinya kepada golongan memerlukan kerana duit itu hanya boleh digunakan untuk keperluan dirinya dan anak-anak sahaja.

Begitu juga duit itu tidak boleh digunakan untuk menunaikan umrah. Hukum umrah sah tetapi berdosa di sisi Allah kerana rezeki tidak halal (dikira syubhah kerana mengambilwang tanpa pengetahuan suami). Namun keadaan berlaku sebaliknya jika suami memberikan keizinan dan menghalalkan perbuatan isteri.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 25 May 2016

'Jangan Ingat Boleh Lari, Tunggu Surat Saman Masing²'



SEREMBAN - Pemilik kenderaan yang dikesan menggunakan laluan kecemasan ketika insiden kemalangan di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Rembau, Ahad lalu, tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid berkata, kesemua pesalah lalulintas yang tidak mengikut undang-undang akan dikenakan tindakan yang dikeluarkan Bukit Aman.

"Saya sangat kesal dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati.

"Misalnya kes di Kilometer 228.6 tempoh hari, jelas sekali menunjukkan ramai pengguna kenderaan menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

"Ini secara tidak langsung menyukarkan operasi menyelamat, sekali gus memberi kesan kepada mangsa kemalangan yang terlibat," katanya semalam.





Md Dali berkata, polis trafik kini sedang mengesan pengguna kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan tersebut sebelum mengeluarkan tindakan saman terhadap kesemua mereka yang terlibat.

Dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kemalangan tragis melibatkan nyawa dua beradik.

Difahamkna, pihak ambulans yang dihubungi terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk tiba sedangkan masa diambil sepatutnya cuma 15 minit untuk ke lokasi kejadian berikutan sikap pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong kecemasan.

Dua beradik berkenaan yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). Bagaimanapun kelewatan menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: