yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 28 July 2016

Gempar. Punca Jalan Pasir Besar - Palong Gemas gelap terjawap sipi-sipi



PALONG - Pengguna jalan raya di Felda Gugusan Palong diharap terus bersabar berhubung isu jalan dan pencahayaan di kawasan tersebut.

Adun Palong, Datuk Lilah Yasin berkata, masalah berkenaan antara isu yang sering dibawa dalam persidangan Dun.

"Sudah dua tahun berturut-turut saya bawa usul sama dalam ucapan bajet tetapi kerajaan negeri belum melaksanakannya.

"Usul ditekankan termasuklah pencahayaan jalan utama dan jalan kampung Felda. Untuk kawasan itu, kerajaan masih belum dapat membayar kos bil bulanan sebagaimana yang dilaksanakan di kampung tradisi,” katanya ketika diminta mengulas isu jalan berkenaan yang kini menjadi viral di laman sosial.

Tambah beliau, walaupun surat permohonan telah dihantar kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), namun ia masih dalam proses penilaian dan belum mendapat kelulusan.

"Antara cadangan yang dikemukakan adalah pembesaran jalan utama JKR dari Pasir Besar ke Muadzam dengan kos dianggarkan sebanyak RM16 juta.

"Turut dicadangkan pembesaran loop Palong dengan anggaran kos sebanyak RM14 juta,” katanya.

Lilah berkata, walaupun permohonan pembesaran jalan masih belum diluluskan, namun laluan berkenaan sudah dibaik pulih.

"Ia termasuk peruntukan RM8 juta untuk meningkatkan kualiti jalan utama dan jalan loop Palong.

"Kita juga mendapat peruntukan RM22 juta bagi menurap semula jalan di perkampungan Felda di seluruh Palong. Sebahagiannya telah siap dan baki akan dijalankan secara berperingkat," katanya.

Sumber



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment