yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 26 July 2016

Najib desak individu yang dinamakan ‘Malaysian Official 1’ bersihkan nama sebersih mungkin



Antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan skandal 1MDB adalah ‘Malaysian Official 1’, ‘1MDB Officer 1′ ‘1MDB Officer 2′ dan ‘1MDB Officer 3’.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu individu yang dinamakan bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

“Sebab itu bila keluar laporan DoJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

“Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1MDB.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment