KOTA BHARU - Setelah individu bernama Md Sukhairi Osman mendakwa mengetahui kejadian sebenar berhubung isu pelajar ditampar ustazah kerana kening dicukur, kakak kepada mangsa, Puteri Boneka, tampil mempertahankan adiknya, Nursyahida binti Zulkifli.
"Saya juga hairan, kalau betul salah pelajar, kenapa guru sekolah berkenaan mendiamkan diri? Kenapa mesti lari dari kebenaran sebenar? Bila isu ini sudah viral, timbul bermacam-macam cerita. Setahu saya, adik saya bertudung labuh bila pergi ke sekolah. Kenapa isu tudung singkat dikaitkan dalam masalah ini? Harap pihak sekolah dapat memberikan keterangan lanjut kepada pihak keluarga kami.
Macam ini ke yang dikatakan bulu kening dicukur atau diandam?
Kalau macam ini dikatakan tudung senteng lagi, saya tak tahu nak kata macam mana lagi. Maunya pakai telekung solat ke sekolah gamaknya.
"Selepas ini rasanya kena guna apps Camera360 untuk snap gambar, baru orang percaya gambar itu bila sebab ada tarikh. Tetapi nanti orang kata menipu pula.
"Jangan cuba viralkan cerita yang tidak betul kalau tidak tahu apa-apa. Biar pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Jangan cuba mereka-reka cerita. Penat menghadap karenah manusia yang bercerita tanpa usul periksa. Tak apa, keadilan pasti ada," katanya.
Puteri juga turut menyatakan bahawa pihak keluarganya telah mengumpul bukti mana-mana pihak yang menyebarkan cerita palsu, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment