yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Tuesday, 26 July 2016

'Ini Atlet Ke Haiwan?'



Inilah 'balasan' yang diberi oleh pasukan Bola Sepak Kedah SUKMA XVIII.

Kami sediakan tempat tinggal, tempat tidur siap diberi dengan cadar, bantal dan dikemas-kemas lagi. Kami tak dibayar gaji pun semasa mengemas bilik anda. Tetapi beginikah balasan yang diberikan? Siang malam kemaskan cadar, turun naik tangga, letih tahu tak? Itu semua demi keselesaan anda. Tetapi, inikah balasannya?

Inikah sikap bakal altlet generasi akan datang? Inikah perangai bakal pemain bola sepak? Mereka inikah yang akan menjadi wakil pemain dan kebanggaan negeri Kedah?

Tak kisahlah kalah ke apa, barang orang yang dipinjam sepatutnya dijaga dengan baik. Bukannya korang menyewa di UNIMAS ini! Kalah dalam pertandingan pun, janganlah sampai merosakkan harta benda awam.

Kita (Sarawak) sebagai tuan rumah, berikan tempat tinggal. Jika tidak diberikan, nanti membebel pula mereka. Bila sudah diberi, begini pula jadinya.

Asalnya bilik ini lengkap dengan katil, tilam, cadar bagai, memang nampak seperti bilik. Namun selepas mereka selesai menginap di sini, keadaan bilik mengalahkan tongkang pecah, tsunami dan gempa bumi.

Kalau saya, saya takkan pilih mereka lagi sebab tindakan mereka ini menjejaskan imej negeri mereka sendiri.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 4 July 2016

Pemain bola sepak N.Sembilan ditahan polis kerana tiada lesen memandu



SEREMBAN – “Encik maaflah… saya nak pergi latihan bola sepak ni, lain kali saya tak buat lagi,” kata seorang pemain bola sepak Piala Presiden yang ditahan pihak berkuasa dalam Operasi Khas Motosikal di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, kelmarin.

Pemain berusia 18 tahun itu ditahan polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen selain tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Selain itu, dalam operasi sama, seorang remaja perempuan berusia 21 tahun menangis teresak-esak kerana ditinggalkan teman lelakinya selepas dia ditahan positif dadah.

Remaja terbabit mengaku mengambil dadah jenis syabu atas pengaruh rakannya dan ketika ditahan dia tidak membawa kad pengenalan.

Itu antara aksi ditemui dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia,  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen di sini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, secara keseluruhan sebanyak 140 kenderaan diperiksa pihaknya dalam sekatan jalan raya di enam lokasi di bandar ini bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Daripada jumlah kenderaan diperiksa, (45) ditahan memandu tanpa lesen, tiada lesen kenderaan motor (25), (25) tiada insurans, (10) masalah nombor pendaftaran, (8) kesalahan teknikal dan (6) kenderaan disita.

“Manakala polis pula telah mengeluarkan 75 saman membabitkan 80 kesalahan seperti tiada lesen, masalah nombor pendaftaran, tiada insurans dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, tujuh individu termasuk seorang wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun ditahan AADK selepas didapati positif dadah.

Katanya, seramai lima warga asing ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan sebuah motosikal dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Bunyi Bising Kenderaan Motosikal 1987.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Sunday, 14 April 2013

Jang seri lawan Lions, kedudukan tompek tercorot semakin kukuh


Seremban: Pendahulu carta Lions X11 berjaya diikat pasukan tercorot, Negeri Sembilan 1-1 dalam saingan pusingan kedua Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Sekalipun tuan rumah bermula dengan garang apabila menguji beberapa kali benteng Lions X11, namun setiap percubaan menerusi Ahmad Shakir Md Ali dan penyerang import baru dari Brazil, Leandro Barbosa Fabio, yang diturunkan buat pertama kalinya, berjaya dipatahkan pertahanan lawan.



Namun pada minit ke-14, percubaan Leandro Barbosa terkena palang dan seminit kemudian dia berjaya meletakkan nama sebagai penjaring apabila sepakan deras dari luar kotak penalti, berjaya menewaskan penjaga gol Lions X11, Izwan Mahbud.

Keceriaan tuan rumah bagaimanapun tidak berpanjangan apabila Fazrul Nawaz yang menerima hantaran bola dari Shahril Ishak dari bahagian tengah berjaya memperdayakan pertahanan Negeri Sembilan untuk menolak masuk menewaskan Mohd Kaharuddin yang diturunkan bagi menggantikan Hamsani Ahmad bagi gol penyamaan Lions X11 pada minit ke-19.




Selepas rehat, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati apabila setiap gerakan berjaya dipatahkan pertahanan masing-masing dan Negeri Sembilan berpeluang menambah jaringan, tetapi tendangan bebas Leandro dari luar kotak penalti pada minit ke-69, terkena benteng.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 10 April 2013

Tunku Ismail buat 'pusingan U'


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang semalam.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.



Sultan Ahmad Shah bertitah, Tunku Ismail membuat keputusan itu selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini kerana impian saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ. Jadi, saya telah menasihat- kan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor," titah baginda.

Bagaimanapun, Sultan Ahmad Shah bertitah, Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini.

"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu. Jadi, tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," titah baginda.




Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatan- kuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lalu ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa sebelum Tunku Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBNJ, 3 April lalu.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Sunday, 7 April 2013

Jang kono hoben Penyu. Lotih. Ini kali lah!

Perlawanan di Stadium Paroi, Seremban itu hanya seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Namun perlawanan lebih rancak bermula babak kedua dengan kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan jaringan terutamanya pasukan tuan rumah yang masih belum mencatatkan kemenangan dalam saingan Liga Super.



Jaringan gol hadir untuk Negeri Sembilan pada minit ke-73 perlawanan hasil jaringan pemain muda, Mohd Nizam.

Walaubagaimapun kegembiraan skuad Jang hanya seketika apabila bekas pemain mereka, Effa Owona menjaringkan gol penyamaan untuk Terengganu empat minit kemudian.

Perlawanan kelihatan akan kekal seri 1-1 sehingga minit ke-91 apabila Abdul Manaf Mamat berjaya menyumbat gol kedua dan hanya dua minit selepas itu, Nordin Alias menjaringkan gol ketiga untuk skuad Penyu.



Perlawanan suku akhir kedua Piala FA akan berlangsung pada 16 April ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 4 April 2013

Penjelasan Khairul Fahmi Apek Pemain Kelantan Sombong

Penjelasan Apek Khairul Fahmi isu pemain kelantan sombong. Baru-baru ni, telah tersebarnya foto peminat bersama beberapa pemain kelantan di sebuah restoran. Dalam gambar tersebut, seolah-olah beberapa orang pemain kelantan termasuk Apek sendiri tidak mahu untuk bergambar dengan peminatnya. Oleh itu, tersebarlah foto kontroversi mengenai isu seperti berikut dilaman sosial.

Isu Pemain Kelantan Sombong



Cuma nak cerita untuk tatapan bersama. Tengahari semalam (Khamis) saya dan keluarga berhenti rehat di r&r seremban utk makan. Alangkah gembira hati anak saya kerana berjumpa dengan pemain Kelantan iaitu Piya, apek , inderaputra sdg makan disitu. Apa yg saya kesalkan ialah sikap pemain ini sbb apabila diajak bergambar mereka palingkan muka. Inikah sikap pemain yg lagak bak superstar.Anak saya menyesal bergambar dan terus delete gambar mereka. Ini sbg ingatan kpd pemain bola iaitu jgn berlagak sbb liga malaysia bukanlah liga setaraf eropah atau asia. Saya puji pemain spt mahali, norazlan(selangor), azamudin, dan lain2 yg tidak sombong apabila jumpa peminat. Pesanan saya kpd pemain kelantan ni, jgn cepat lupa diri sbb populariti anda tidak kemana pun. – Gambar Dan Pendapat Salah Seorang Peminat di FACEBOOK

Ini Penjelasan Khairul Fahmi isu pemain kelantan dilabelkan Sombong

Menurut apek, mereka berada dalam keadaan tidak bersedia ketika gambar cuba diambil. Pada masa yang sama, apek turut menyatakan bahawa peminat tersebut ada mengambil gambar ketika wajah mereka dalam keadaan bersedia. Namun, dalam banyak-banyak foto yang diambil, foto yang mencetus kontroversi itulah yang disebarkan untuk menabur fitnah.






Petikan SMS apek dalam bahasa Kelantan

Sumber                                                  

Share:

Tunku Ismail letak jawatan

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan kepada media, baginda bertitah, keputusannya itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, dan juga hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

“Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama, saya juga adalah TMJ, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.



“Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk mentadbir PBNJ sebagai Penaung berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

“Ini kerana mengikut protokol, saya sebagai TMJ selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ,” titah baginda.

Titah baginda, menjawat jawatan sebagai Penaung akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta memberi kelebihan kepada dirinya untuk mentadbir urus persatuan dalam pelbagai aspek.

Antaranya, pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga para pemain.

“Di samping itu, saya dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini,” titah baginda.

Sehubungan itu, berkuat kuasa semalam, Tunku Ismail mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil dilantik sebagai Presiden PBNJ yang baharu.




“Saya berharap, anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau, kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai TMJ,” katanya.

Titah Tunku Ibrahim lagi, baginda akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola sepak negeri Johor daripada peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bola sepak negeri Johor di seluruh pelosok tanah air yang mana telah bersusah payah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negeri Johor selama ini.

“Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai, dan saya harapkan agar ia berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bola sepak tanah air,” titah baginda.

Johor DT yang kini sudah mengumpul 19 mata dan Johor FA (22 mata), masing-masing menghuni kedudukan ketiga carta Liga Super dan Premier.

Sumber                                                  

Share:

Wednesday, 3 April 2013

'Tambah hukuman'

Kuala Lumpur: "Kalau duduk di situ (bangku simpanan pasukan), beliau sebahagian daripada pasukan!

Itu reaksi bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah terhadap kontroversi terbaru dicetuskan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, duduk di bangku simpanan Johor Darul Takzim (DT) pada perlawanan menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu.



“Tindakan itu seperti mencabar keputusan dibuat jawatankuasa. Dalam peruntukan ditetapkan, mesti ada hukuman tambahan perlu dikenakan,” Kamarudin Abdullah, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM

Tambah Kamarudin, dia bingung dengan pelbagai kenyataan ‘kelakar’ FAM dan lebih menghairankan apabila Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud bertindak sebagai komisioner perlawanan, sedangkan pihak sekretariat tidak mempunyai sebarang hak untuk tugasan itu.

FAM pening

“Semakin pelik dan saya sebenarnya saya sendiri tidak faham apa yang sebenarnya berlaku dalam FAM sekarang. Hanya orang tertentu seperti pemain, jurulatih dan pengurus pasukan saja yang dibenarkan duduk di bangku simpanan pemain.

“Kalau Tengku Mahkota Johor, bukan di situ tempatnya. Kalau duduk di bangku simpanan pasukan, beliau (Tunku Ismail) adalah sebahagian daripada pasukan, dengan kapasiti presiden.




“Tindakan itu seperti mencabar keputusan dibuat jawatankuasa. Dalam peruntukan ditetapkan, mesti ada hukuman tambahan perlu dikenakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak mengesahkan tindakan itu menyalahi peraturan ditetapkan kerana ia berlaku ketika tempoh penggantungan enam bulan selepas Tunku Ismail didapati bersalah melanggar Artikel 88, apabila mengkritik mutu pengadilan tempatan.

Ketika menyentuh ‘tugasan luar’ Ahmad Fuad, Kamaruddin berkata jawatan beliau (Penolong Setiausaha Agung FAM) tidak layak menjadi seorang komisioner perlawanan.

“Dia di pihak sekretariat dan tugas sekretariat hanya memilih saja kerana dalam FAM sendiri sudah ada beberapa senarai berkelayakan memikul tugas komisioner perlawanan. Pihak sekretariat tidak boleh jadi komisioner perlawanan walau ia membabitkan perlawanan antarabangsa,” katanya.

Sumber                                                  

Share:

Sunday, 31 March 2013

Fakta menarik pasukan bola Negeri Sembilan.

Tamat pusingan pertama Liga Super. Fakta menarik pasukan Negeri Sembilan.





TANPA KEMENANGAN, 5 seri dan 6 kekalahan. 5 JARINGAN dan 11 bolos.

Selangor (1) vs (0) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (0) Terengganu

Pahang (2) vs (1) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (1) Perak

Kelantan (0) vs (0) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (1) vs (1) ATM

PKNS (2) vs (2) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (0) T-Team

DTFC (2) vs (1) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (1) Felda United FC

Lions XII (1) vs (0) NEGERI SEMBILAN                                                  

Share:

Jang kekal kan rekod tercorot berturut turut Liga Super

WAKIL Singapura, Lions XII merampas status selaku pendahulu Liga Super daripada Selangor selepas menewaskan Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Kejayaan Lions XII itu hadir menerusi jaringan tunggal kapten, Shahril Ishak yang bijak memanfaatkan gerakan menarik dari pemain tengah, Muhammad Nazrul Ahmad Nazari pada minit ke-79.



Nazrul berjaya melepasi benteng pertahanan Negeri Sembilan sebelum memberikan hantaran kepada Shahril yang menjaringkan gol kemenangan buat skuad kendalian V. Sundramoorthy pada minit ke-79.




Kemenangan tersebut turut membolehkan Lions XII mengekalkan rekod seratus peratus kerana wakil Singapura itu masih belum tewas di laman sendiri pada musim ini.

Kini, Lions XII yang mengutip 20 mata meskipun kurang satu perlawanan, berjaya mengatasi Selangor dengan kelebihan satu mata.

Sumber                                                  

Share:

Pemain TRW Sombong Apabila Di Ajak Bergambar?

Cuma nak cerita utk tatapan bersama.

Tengahari semalam (Khamis) saya dan keluarga berhenti rehat di r&r seremban utk makan. Alangkah gembira hati anak saya kerana berjumpa dengan pemain Kelantan iaitu Piya, apek , inderaputra sdg makan disitu. Apa yg saya kesalkan ialah sikap pemain ini sbb apabila diajak bergambar mereka palingkan muka.



Inikah sikap pemain yg lagak bak superstar.Anak saya menyesal bergambar dan terus delete gambar mereka. Ini sbg ingatan kpd pemain bola iaitu jgn berlagak sbb liga malaysia bukanlah liga setaraf eropah atau asia. Saya puji pemain spt mahali, norazlan(selangor), azamudin, dan lain2 yg tidak sombong apabila jumpa peminat.




Pesanan saya kpd pemain kelantan ni, jgn cepat lupa diri sbb populariti anda tidak kemana pun..

Mohon pihak yang berkenaan tampil bagi jawapan..

Sumber                                                  

Share:

Saturday, 30 March 2013

Saya Sudah Hafal Al-Fatihah, Mungkin Belajar Berwuduk

“Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia (Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk.” – Cristiano Ronaldo



“Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji.” – Mesut Özil Sekiranya Cristiano Ronaldo memeluk Islam, ini akan dapat mempengaruhi peminat-peminatnya untuk masuk Islam kerana peminat kepada Cristiano Ronaldo pasti ingin mengetahui dan mengkaji mengapa pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia menganuti agama Islam, dengan kajian itu pasti peminat akan tertarik dengan Islam serta menganuti agama Islam dengan sukarela kerana ALLAH. Sesungguhnya agama yang benar adalah ISLAM.





Semoga dibukakan pintu hati Cristiano Ronaldo untuk menerima Islam.

Sumber                                                  

Share:

Thursday, 28 March 2013

Cristiano Ronaldo Melakukan Sesuatu Mengejutkan Umat Islam Dan Dunia

Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.

Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, 'Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?'



Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin."

Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut.




Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F.

Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan.

Sumber                                                  

Share:

Monday, 25 March 2013

Khairul Fahmi Che Mat Cucuk Muka?


Selalunya kaum wanita saja yang yang sentiasa menitik beratkan tentang kecantikan.

Tetapi seiring dunia berubah, kaum Adam juga sudah semakin terbuka mengenai kecantikan dalaman dan juga luaran.

Bermacam-macam cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik, putih dan tegang.



Antaranya melalui kaedah botox atau suntikan vitamin C yang sering kali dikaitkan dengan selebriti wanita tempatan dan luar negara.

Namun, baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan penjaga gol kebangsaan yang kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex telah membuat suntikan di mukanya.

Melalui Utusan dalam ruangan pojoknya mengatakan suami kepada pengusaha butik, Leuniey Natasha itu telah membuat rawatan untuk mencantikkan wajah.



Tak tahu la pula mengenai kesahihan berita ini.

Apa-apa pun hanya tuan punya badan je yang tahu mengenai kebenaran cerita ini.

Muda lagi baru 24 tahun dah suntik sana suntik sini.

Tapi yalah benda ini hak individu, tak salah rasanya asalkan tidak melampaui batas sudahlah ya Apex!

Sumber

Share: