yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 30 July 2016

Terbaiklah MB 'nogori'. Tauke judi bertempiaran lari ketakutan apabila MB 'nogori' bersuara



Seremban: Semua premis yang menjalankan aktiviti judi siber di Negeri Sembilan sudah ditutup hasil operasi bersepadu yang dijalankan polis bersama pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Ketua Polis negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, operasi disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Syarikat Air NegeriSembilan (SAINS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bermula sejak 11 Julai lalu.

Menurutnya, sepanjang operasi selama sembilan hari, sebanyak 71 serbuan dilakukan dan seramai 16 pelanggan berjaya ditahan serta 44 peralatan seperti komputer yang disyaki digunakan untuk judi siber, dirampas.

"Selepas itu, pemantauan dilakukan semula pada 20 hingga 24 Julai mendapati tiada premis dibuka. Namun, ada sebuah premis cuba beroperasi semula pada 25 Julai menyebabkan polis menahan seorang penjaga dan merampas beberapa peralatan judi.

"Sejak 26 Julai sehingga kini, tidak ada lagi premis judi siber dibuka semula di negeri ini dan saya boleh katakan bahawa negeri ini bebas judi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengeluarkan amaran kepada pemilik dan penyewa premis yang menjalankan aktiviti perjudian bahawa kerajaan negeri akan menggantung lesen mereka selama tiga tahun.

Beliau berkata, Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai Polis akan dikenakan tindakan sekiranya didapati masih wujud premis judi siber di kawasan masing-masing.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment