yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Best. Show all posts
Showing posts with label Best. Show all posts

Monday, 17 June 2019

Pemberian hak milik kekal tanah berstatus pajakan, dijangka dilaksanakan tahun ini



1. PRU14 Pakatan Harapan menjanjikan pemberian hak milik kekal kepada tanah perumahan yang berstatus pajakan

2. Proses pertukaran status itu bakal dilaksanakan secara berperingkat

3. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata akan dilaksanakan secara berperingkat dengan melibatkan taman perumahan terlebih dahulu.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 15 June 2019

50,000 pengunjung dan Boosku hadir rumah terbuka Tok Mat



1. Lebih 50,000 pengunjung pelbagai kaum hadir dirumah terbuka Tok Mat

2. Majlis bermula jam 9 pagi berakhir 5 petang turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

3. Laungan ‘Bossku’ menyambut kedatangan Najib pada jam 1.30 tengah hari tadi

4. Orang ramai yang hadir turut menggunakan perkhidmatan shuttle bas dan van percuma yang disediakan

5. Hadirin dijamu pelbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi minyak, gulai daging dan cendol

6. Majlis turut dimeriahkan dengan live band

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 11 June 2019

Meriah! Rumah terbuka MB, Bekas MB dan bakal PM Ke 8 sabtu ini, 15hb #teamrayan9



1. Majlis rumah terbuka Hari Raya Adilfitri tiga pemimpin utama akan diadakan di Negeri Sembilan pada 15 Jun ini

2. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harul bakal bertemu rakyat dalam sambutan rumah terbuka kerajaan negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Mjlis akan bermula dari pukul 11pagi hingga 4 petang

3. Bekas Menteri Besar dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datu Seri Mohamad Hasan akan mengadakan rumah terbuka di No. 1, Kampung Tanjung, Rantau. Majlis akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

4. Ahli Par;imen Port Dickson dan juga bakal Perdana Menteri Ke 8, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan rumah terbuka kawasan Parlimen itu pada hari yang sama dari pukul 7.45 petang hingga 11 malam bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 26 July 2016

Sayu. Kakitangan Awam Bakal Biayai Dana Pencen Sendiri



Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kakitangan awam mungkin perlu menyumbang kepada dana persaraan mereka sendiri pada masa akan datang, kata  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Dalam temubual dengan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman berkata, ia mungkin menyerupai kaedah pekerja swasta menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Apa yang anda perlu tahu, kerajaan mungkin memutuskan yang skim sedia ada ini adalah sukar untuk dikekalkan dan kita mungkin akan beralih kepada skim jenis KWSP," katanya.

Skim pencen semasa untuk penjawat awam dipanggil 'Manfaat Pasti" di mana hanya kerajaan dan majikan lain penjawat awam yang membuat sumbangan, seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan skim ini, pesara diberi jamainan untuk mendapat bayaran pencen separuh dari gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun. Pasangan pula akan mendapat jumlah yang sama sekiranya pesara berkenaan meninggal dunia.

Jelas Wan Kamaruzaman, skim yang serupa dengan KWSP itu dipanggil 'Sumbangan Pasti' mungkin membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan bagi laibiliti pencen yang sentiasa bertambah. Skim semasa menyebabkan kerajaan diletakkan dengan liabiliti berjumlah sehingga RM300 bilion.

"Katakanlah di masa depan, lima tahun lagi penjawat awam lantikan baru akan diletakkan dalam skim 'Sumbangan Pasti', jadi KWAP akan mengendalikan kedua-dua skim 'Manfaat Pasti' dan 'Sumbangan Pasti', itu cara yang saya lihat. Kerana apa yang ada terlalu bagus untuk dikekalkan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui bahawa, skim yang sedia ada sukar untuk dikekalkan bagi jangka panjang. Dengan itu, memberi isyarat satu skim alternatif mungkin sedang dirancang.

Dengan kekuatan perkhidmatan awam sehingga 1.6 juta penjawat awam bertukar kepada skim "Sumbangan Pasti' memerlukan azam politik yang tinggi.

KWAP mengendalikan keseluruhan operasi pencen kerajaan dan majikan lain penjawat awam, setelah menyerap keseluruhan jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kesemua 250 orang pekerja jabatan itu kini ditempatkan di pejabat KWAP di Cyberjaya.

Semenjak November 2015, syarikat itu juga telah mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara dari kerajaan. Ini setelah pengubahsuaian dibuat kepada Akta Dana Persaraan 2007, awal tahun 2015.

Bagaimanapun, dana untuk pembayaran itu masih datang dari kerajaan. Manakala KWAP dibayar yuran pentadbiran.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 20 June 2016

Kerana Kongsi Kelebihan Suami Orang, Gadis Ini Mendapat Tepukan Gemuruh Dan Sokongan Dari Persatuan Suami Orang Malaysia



KUALA LUMPUR - Seorang gadis dikecam hebat oleh netizen khususnya golongan 'isteri' yang berang terhadap kenyataannya yang menyatakan kelebihan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Gadis yang menggunakan nama samaran Mak Gegurl Jemah itu, memuat naik kelebihan berkahwin dengan suami orang di laman Facebooknya pada 9 Jun lalu.

"Suami orang biasanya susah nak dapat kerana mereka sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang yang susah dapat, biasanya mahal. Jadi, suami orang adalah 'barang yang mahal' dan untuk pengetahuan anda, barang yang mahal, kualitinya cukup bagus," katanya.



Tanpa menunggu lama, kenyataannya itu mula tersebar di media sosial dan akibatnya dia dikecam oleh netizen.

"Suami yang senang digoda itulah yang paling murah di pasaran. Yang mahal tak akan dapat digoda oleh perempuan murahan," kata Sue Harriz.

"Pity u women ur so cheapskate. Jangan cakap kualiti, value pun tak ada. Why suami orang lekat pada you is because you're cheap, too cheap to carry out the tittle as women. Letak di Bazar Ramadhan pun, no mens turn to you. Get a life or wait for kifarah percuma for you," kata Sue Hussein Sibujursireh.

Melalui pencarian di Facebook mendapati, gadis terbabit telah menukar nama samarannya. Difahamkan, status berkenaan telah dibuat pada Jun tahun 2015, dan pernah dimuat naik semula pada awal tahun ini. Sekali lagi, ia tersebar di media sosial setelah dimuat naik oleh laman Malaysia Viral Story.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: