yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday, 31 August 2016

Punca Rahsia Resipi Ayam KFC Terbongkar Amat Mengezutkan. Jom Salin Resepi Disini...



CHICAGO – Sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia mungkin tanpa sengaja menemui campuran rempah yang digunakan untuk memasak ayam di restoran terkenal Kentucky Fried Chicken (KFC).

Satu bahan penting resipi, menurut Chicago Tribune ialah lada putih – sama jenis dengan lada biasa, tetapi tanpa kulit gelapnya dan dikatakan agak berbau harum, lapor agensi berita antarabangsa AFP memetik akhbar tempatan tersebut.

Harian itu turut mengerahkan seorang wartawan menulis rencana mengenai Corbin, Kentucky – sebuah desa kecil iaitu tempat ayam KFC yang pertama dihidangkan lebih 75 tahun lalu, dan kampung halaman pengasas KFC, Harland Sanders.

Di sana, beliau berjaya menemui anak saudara Sanders yang berusia 67 tahun, Joe Ledington yang masih tinggal di kawasan itu. Meneliti buku sejarah keluarga, Ledington menjumpai satu resipi ditulis tangan, menurut laporan Chicago Tribune.

“Itulah 11 herba dan rempah asli yang sepatutnya menjadi satu rahsia,” Ledington memberitahu wartawan itu, walaupun beliau nampak kurang yakin mengenai keaslian resipi tersebut ketika diwawancara secara eksklusif menerusi telefon.

Jurucakap ibu pejabat KFC di Louisville, Kentucky bagaimanapun menegaskan bahawa resipinya masih lagi selamat dirahsiakan dan belum pernah didedahkan kepada sesiapa pun waima dibocorkan daripada ahli keluarga Sanders sendiri.

“Ramai orang buat dakwaan ini setakat ini dan tiada yang tepat – ini juga sama,” menurut KFC dalam satu kenyataan. Malah KFC mendakwa, resipi itu disimpan selamat dalam sebuah peti kebal dan dipindahkan dalam kenderaan berperisai.

Sungguhpun demikian, banyak resipi konon KFC sudah lama disebarkan secara online yang mendakwa sudah menyalin resepi ayam goreng terkenal restoran tersebut. Berita berkenaan turut menarik perhatian pelbagai media AS yang lain.

Namun, sebuah agensi berita di Louisville, melaporkan ibu pejabat korporat KFC yang menyelia operasi restoran popular berkenaan di lebih 18,000 lokasi serata dunia – turut meragui kesahihan laporan Chicago Tribune.

“Terlalu banyak paprika,” kata seorang wartawan Courier-Journal yang enggan dikenali merujuk sejenis lada yang lazim dijadikan serbuk pedas sambil menambah: “Saya menyokong KFC dalam perkara ini.”

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Punca Kedai Kelentit Rindu Diserbu DBKL Terjawap



PETALING JAYA: Pelakon dan model Ahya Rosli memberitahu kedai shiha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu digunakannya.

Ahya, 29, berkata, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri juga meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Ahya dihubungi bagi mengetahui perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga namun ditafsirkan sebagai lucah.

Tambah Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.

"Kedai saya masih buka, lagipun ketika serbuan DBKL itu saya tiada masalah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berhenti daripada memasuki pertandingan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Katanya, Ia juga salah satu perkara yang tidak dibenarkan oleh ibunya.

"Saya memang yang ikut cakap mama, sekarang mama tidak benarkan saya masuk pertandingan Muay Thai, jadi saya terpaksalah berhenti.

"Dia tidak suka saya berlawan dan mengalami kecedraan," ujarnya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Nak bonus dua bulan gaji, sokong!!!



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan kerajaan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.

Menurut beliau, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.

“Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.

“Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, hari ini.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Punca sekolah didakwa minta pelajar sedekah kertas A4 terjawap



SHAH ALAM, 30 OGOS: Seorang ibu terkejut apabila mendapati anaknya membeli satu ‘rim’ kertas bersaiz A4 setiap seorang untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.

Ibu terbabit, Sharifah Mohd Jahaya dalam satu catatan di Facebook berkata, anaknya memaklumkan arahan itu dibuat ekoran pihak sekolah tidak mampu menyediakan kertas untuk digunakan dalam peperiksaan.

“Saya bawa anak ke Tesco dan mereka beli kertas A4 seorang satu rim, lalu saya bertanya untuk apa dan mereka menjawab ia untuk disedekahkan kepada sekolah bagi tujuan peperiksaan.

“Setiap pelajar perlu sedekah satu rim kerana sekolah tiada duit untuk membeli kertas,” tulisnya.

Dalam posting itu, Sharifah turut mengingatkan pemimpin kerajaan supaya lebih prihatin terhadap isu terbabit dan tidak melakukan pembaziran dana rakyat sesuka hati.

“Teruk betul kewangan kerajaan, jika begini keadaan sekolah tidak perlu ada peperiksaan kerana ekonomi negara teruk.

kertas a4“Minta pihak bertanggungjawab prihatin terhadap masalah kewangan negara. Jangan syok habis duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Apa nak jadi ni?” soalnya.

Perkara sama turut dikongsi beberapa pengguna Facebook lain iaitu Rusazian Rusdi dan Rosidah Osman yang berkata masalah terbabit membelenggu anak-anak mereka.

“Sudah lama ada sekolah terpaksa minta dengan ibu bapa. Memalukan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 27 August 2016

Punca Lelaki 18 tahun berkahwin dengan Janda 42 tahun terjawap



KUALA PENYU - Bapa kepada pengantin lelaki yang berusia 18 tahun berkahwin dengan seorang ibu tunggal berusia 42 tahun, tidak menghalang hubungan mereka berdua, lapor Harian Metro.

"Mereka sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri termasuk berkahwin," kata Alin @ Matalin Utam, 52, bapa kepada pengantin lelaki, Mohd Sufie, 18, yang berkahwin dengan Dayang Sopiah Gusti, 42, ibu tunggal beranak lima di Masjid Daerah Beaufort, Selasa lalu.

"Apa yang penting, Sufie tidak menganggu isteri atau milik orang lain. Mereka mahu meneruskan hubungan dengan cara halal di sisi Islam. Saya tidak mempunyai masalah dan menganggap Sopiah adalah jodoh yang ditetapkan Allah untuk Sufie.

"Awalnya saya terkejut apabila dimaklumkan Sufie bahawa dia memilih Sopiah sebagai teman hidup. Namun kami tidak mempunyai masalah kerana usia bukan penghalang.

"Saya sendiri sempat menasihatkan Suffie untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab kerana dia bukan hanya isteri sebagai tanggungjawab, tetapi juga terhadap 5 anak tirinya," katanya.

Gambar Sufie dan Sopiah telah tersebar di media sosial sejak semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Bagaimanapun, ramai yang mendoakan pasangan ini kekal bahagia meskipun jarak umur yang terlalu jauh.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 26 August 2016

Wanita Maut Dihempap Cangkuk Kren



KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut, selepas kereta yang dipandunya itu dihempap oleh cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan, berdekatan Pavilion, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 7 malam tadi, cangkuk kren tersebut terjatuh lalu menghempap kereta itu menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 7.31 malam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa berikutan kereta mangsa remuk teruk dihempap cangkuk kren tersebut.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 24 August 2016

Cara Tanggalkan Road Tax Tanpa Meninggalkan Kesan Gam Pada Cermin Kereta Terbongkar Dengan Jayanya



Selepas setahun, road tax pada cermin kereta pastinya perlu ditanggalkan bagi menggantikan dengan road tax yang baru.

Nak tanggalkan road tax tu memanglah mudah, tapi yang menyampahnya bila kesan gam road tax tu masih melekat pada cermin kereta anda.

Dah jangan stress! Berikut merupakan tips untuk menanggalkan road tax tanpa meninggalkan kesan gam pada cermin kereta anda:

1. Rendam kain dengan air panas.



2.Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.



3.Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.



4.Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.





5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.





PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 23 August 2016

Gempar. Punca Malaysia gagal raih emas dalam sukan badminton terjawap



Bekas jurulatih Chong Wei, Datuk Misbun Sidek melahirkan rasa kesal apabila skuad badminton Malaysia gagal meraih pingat emas Olimpik Rio.

Ia adalah berkaitan masalah dana. Menurut Misbun, dia pernah memberi cadangan lapan tahun lalu untuk menambah baik sistem latihan badminton kebangsaan yang dianggapnya “ketinggalan zaman” namun ianya ditolak.

“Saya sebelum ini menerima jemputan ketua jurulatih badminton negara China Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan kagum dengan saiz dan kemodenannya,” kata Misbun dipetik China Press.

Bagi Lin Dan sahaja ada tujuh jurulatih khas ditugaskan untuk melatih pemain China itu, kata Misbun.

“Pasukan itu menjaga aspek fizikal, psikologi dan memberi tumpuan latihan serta memantau diet Lin Dan.

“Malaysia jauh ketinggalan dalam aspek ini kerana peruntukan yang diberikan kepada jurulatih tidak banyak,” katanya.

Mengulas aksi Chong Wei di Olimpik Rio, Misbun berkata ketiadaan pakar untuk memberikan ‘tip emas’, ulangkaji perlawanan lepas dan mengenal pasti kesilapan serta memberi sokongan psikologi.

Tambahnya, prestasi Chong Wei merosot selepas pertarungan melelahkan berdepan Lin Dan sebelum bertemu Chen Long dalam perlawanan akhir itu.

Bagaimanapun Misbun berkata, skuad badminton negara sudah memberi keputusan yang baik serta menyumbang kepada prestasi terbaik Malaysia di temasya Olimpik.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Kemunculan Buaya kejutkan orang kampung Penajis, Rembau



REMBAU - Penduduk sekitar kampung ini yang sedang menjaring ikan terkejut dengan kemunculan seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di Sungai Penajis di Kampung Tanjung Penajis Bandar, di sini, kelmarin.

Anak buaya berkenaan bagaimanapun berjaya ditangkap penduduk kampung menggunakan jaring ikan.

Seorang penduduk yang enggan nama disiarkan berkata,  penemuan reptilia itu baru pertama kali berlaku sejak dia menetap di kampung berkenaan lebih 30 tahun.

"Sebelum ni ada juga dengar cerita penduduk ada buaya di sungai ni, tapi saya tak pernah nampak pun. Sejak kecil lagi saya selalu mandi di sungai ini, malah sehingga kini saya masih lagi memancing di sungai ini.

"Mungkin sekarang ni musim panas, air pun agak cetek, anak buaya berkenaan kelihatan di tepi sungai. Jadi, ada penduduk cuba tangkap anak buaya berkenaan menggunakan jaring dan mereka berjaya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak mengetahui sama ada anak buaya itu dilepaskan semula atau tidak ke sungai yang sememangnya merupakan habitat buaya seperti di Sungai Timun.

"Apa pun tindakan berani mereka ini sekurang-kurangnya berjaya mengurangkan kebimbangan penduduk mengenai penemuan anak buaya di sungai kampung ini," katanya.

Terdahulu, penemuan anak buaya kali pertama di Sungai Penajis itu disebarkan secara meluas melalui laman sosial Facebook  dan grup WhatsApp.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 22 August 2016

Punca Menteri mengatakan pengurusan 1MDB sebenarnya 'mangkuk hayun' amat mendebarkan



SHAH ALAM - Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar.

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini.

Jelas Johari lagi,  kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.

"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara.

"Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.

Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.

"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 18 August 2016

Punca pesanan KJ buat pelumba basikal Azizulhasni buat ramai rakyat Malaysia menitiskan air mata terjawap



PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang dinasihat mendapatkan penjelasan daripada pejabat Menteri Besar Terengganu selepas mendakwa permohonan bantuan yang dimintanya tidak dilayan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Azizulhasni tidak harus‎ membiarkan rungutannya ke atas Menteri Besar Ahmad Rafiz Abdul Rahman, merosakkan kegembiraannya selepas meraih gangsa dalam acara keirin semalam.

Mengulas luahan jaguh trek negara dalam laman Facebooknya sejurus mendapat pingat pertama untuk Malaysia dalam acara berbasikal Sukan Olimpik, Khairy percaya ia hanya salah faham dan mudah diselesaikan.

"Azizulhasni tidak harus membenarkan perkara itu membayangi pencapaiannya di Rio," katanya selepas menyaksikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menang 21-9, 21-15 ke atas Chou Tien Chen dari Taiwan di suku akhir.

Dalam laman Facebooknya, Azizulhasni, 28, mendakwa Ahmad Razif tidak memberikan sebarang reaksi kepada permintaan mendapatkan basikal RoadBike untuk dirinya dan Fatehah Mustapa, kedua-duanya pelumba kelahiran Terengganu, sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik.

 "Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi Azizulhasni mendapat sokongan penuh daripada kementerian saya dan Yayasan Sime Darby...mungkin dia mahu bantuan tambahan dan memohonnya di Terengganu," kata Khairy.

Sementara itu, chef-de-mission negara, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid turut berkongsi pandangan dengan Khairy dan berkata perkara tersebut boleh diselesaikan dengan mudah.

"Atlet itu hanya perlu menulis kepada menteri besar kerana permohonan tersebut mungkin tidak sampai ke pengetahuannya.

"Saya akan bercakap dengan Azizulhasni sebelum beliau berlepas pulang ke tanah air malam ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Saya Bayar Hantaran Mahal, Tetapi Mereka Senang Tengok Free Saja'



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa isterinya dipaksa bertelanjang ketika bersalin di sebuah hospital yang tidak didedahkan di Sarawak.

Gambar yang dimuat naik oleh Bintu Martin itu menimbulkan pelbagai persoalan, apakah benar dakwaan lelaki tidak didedahkan nama itu.

Menurut lelaki berkenaan, dia pernah mendengar cerita makcik-makcik yang bersalin zaman 80an dan 90an, namun tidak menyangka bersalin dalam keadaan bertelanjang itu masih berlaku di Sarawak. Difahamkan, isterinya bekerja sebagai guru dan telah dua kali bersalin di Sarawak.

"Tak ada pilihan di sana, takkan tak nak beranak? Isteri saya minta kain untuk menutup payudaranya tetapi dimarahi oleh jururawat dengan alasan bukan isteri saya seorang saja yang tidak berpakaian. Suami pula tidak dibenarkan masuk ke dalam, hanya perlu menunggu di luar sahaja. Tetapi doktor lelaki dan doktor pelatih lelaki bebas keluar masuk.

"Ketika dalam Labour Room, ada 8-9 ibu-ibu yang menunggu masa untuk bersalin termasuklah isteri saya. Mereka semua tidak berpakaian dan diarahkan kangkang oleh jururawat. Payudara tidak boleh ditutup langsung. Saya bayar hantaran mahal, tetapi doktor tengok secara free saja. Hanya ada seorang doktor perempuan sahaja pada ketika itu.

"Bila isteri saya bersalin kali kedua lagi teruk, jururawat pelatih lelaki pun ada. Anak pertama dilahirkan 2010, anak kedua 2013. Selepas keluar dari Labour Room, baru dapat kain untuk menutup badan," katanya.

Menurut lelaki itu, dia mendapat tahu perkara itu yang dimaklumkan oleh ibu mertuanya yang masuk ke dalam Labour Room seketika bila isterinya melahirkan anak pertama.

Selain itu, dia pernah cuba meminta kebenaran jururawat untuk masuk menemani isterinya bersalin namun dihalang.

"Tak boleh sebab dalam itu semua perempuan tidak berpakaian," kata jururawat terbabit.

Dedah lelaki itu lagi, bila isterinya bersalin anak yang kedua, jururawat pelatih lelaki turut ada dalam Labour Room.

"Isteri saya malu dan terpaksa buat tayangan percuma. Saya rasa malu, geram dan dayus berbanding kali pertama sebab 3-4 jururawat lelaki yang keluar dari Labour Room itu ketawa kecil sesama mereka dan terdengar percakapan mereka,

 "Susu (payudara) Puan Syam itu besar betul,"

"Saya tahu mereka maksudkan isteri saya kerana payudaranya memang besar. Bayangkan betapa malunya isteri saya dua kali bersalin tanpa berpakaian, diseluk dan dilihat oleh doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki.

"Seperkara lagi, semasa isteri bersalin anak kedua, dia terpaksa berjalan ke tandas dalam Labour Room untuk buang air kecil. Masa jalan balik itulah jururawat pelatih lelaki masuk. Punggung dia pun terdedah habis, tangan satu memegang drip, satu lagi jururawat perempuan pegangkan. Bayangkan isteri saya kata yang jururawat lelak itu terkejut melihat dia berjalan tanpa seurat benang. Isteri saya bertudung bagai, dapat pada mereka habis free show!" luahnya kesal.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempunyai pengalaman bersalin di Sarawak menafikan perkara itu berlaku.

"Saya bersalin di Hospital Umum Sarawak, siap dalam bilik berasingan atau bilik khas, pakaian khas untuk bersalin seperti hospital yang lain. Doktor perempuan dan suami dibenarkan masuk tanpa perlu diminta. Doktor yang panggil sendiri," kata Hizh Qatrunnada.

"Tak tahulah, mak saya melahirkan saya pada tahun 1986 di hospital di Kuching tetapi tak ada pula menghadapi insiden seperti itu. Cuma mak cakap ayah tak dibenarkan masuk. Tak ada bogel-bogel," kata Kate Catherine.

"Saya tawaquf dengan cerita ini sebab isteri saya beranak empat kali dah di Hospital Umum Kuching. Tetapi okay saja, malah banyak perkara yang boleh dipuji dari segi layanan dan cara doktor serta jururawat di Sarawak melayani pesakit. Malah masa melahirkan anak kedua, saya ada bersama isteri untuk beri semangat," kata Gnostic Son.

Sementara itu, Bintu menegaskan dia enggan mendedahkan nama hospital tersebut kerana tindakan itu akan mengaibkan hospital berkenaan.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan lelaki ini kerana dakwaan itu seperti ini boleh mencemarkan nama baik pihak hospital di negeri Sarawak.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 17 August 2016

'Sia-Sia Bayar Insurans Setiap Bulan Tapi Tak Dapat Guna/Claim'



Saya nak viralkan rasa tertipunya saya dengan polisi syarikat insurans PrudentialB** F*CKFULL ini. Harap boleh dijadikan sebagai iktibar untuk rakan-rakan yang mahu mengambil polisi syarikat ini di masa akan datang.

Kisahnya:

12 Ogos 2016 jam 9 malam, si abang demam dan selepas berbincang dengan isteri, kami putuskan untuk bawa anak dapatkan rawatan di klinik biasa di Sunway. Kedian balik ke rumah, makan ubat seperti biasa.

13 Ogos 2016 jam 9 malam, abang still under medication clinic. Tetapi demamnya tak kebah-kebah. Selepas berbincang dengan isteri, kami ambil keputusan untuk membawanya ke Hospital Assunta, PJ, sebab mata abang sudah merah menyala dan badannya panas gila.

Bila diperiksa suhu badannya menggunakan termometer, suhu badannya mencecah 38.6 - 39'c.

Saya terus drive to emergency counter. Doktor dan nurse suruh kami bagi abang mandi dan terus bagi ubat cucuk bontot. Barulah cool down sikit. Kemudian, doktor pantau setiap jam, beri ubat dan akhirnya mereka tahan abang di wad untuk rawatan lanjut sebab suspect kena viral fever.

Saya beritahu doktor yang abang mempunyai medical insurance card dan pass kepada mereka untuk admission purpose. Dari sinilah drama sinetron bermula.

Hospital memaklumkan bahawa pihak insurans akan respon pagi esok, 14 Ogos. Jadi saya perlu membuat pembayaran RM200 sebagai deposit. Okay, saya bayar sajalah.

Keesokkan pagi, nurse datang ke bilik memaklumkan insurance decline issuing GL sebab kes abang katanya boleh treated as outpatient case.

Anyway, latest update doktor kata abang kena Influenza B, spesis selsema berjangkit dan agak bahaya juga. Bahaya atau tidak, si abang demam dan masih belum sembuh lagi. Jadi, lebih baik saya teruskan rawatan meskipun insurans tak approved GL.

Ejen insurans call dan datang ke hospital. Namanya Encik Wan (tidak dikenali sebab ejen yang terdahulu sudah tidak aktif lagi) datang ke hospital untuk melawat dan berbincang mengenai isu yang sudah tidak aktif itu dan akan mengambil alih polisi kami di bawahnya.

Katanya, justifikasi yang diberikan oleh doktor (viral fever) tidak kuat. Jadi perlu submit balik dan apply GL yang lain. Doktor kena bagi strong justification bla.. bla.. bla.. dan kalau tak boleh claim insuran pun, just bayar secara tunai dan boleh claim semula.

Then, I revert back to doctor and nurse. Doktor kata, "I will put Influenza-B for abang case. Hope insurance can cover," katanya membatkan hati saya legalah sedikit.

15 Ogos 2016, second attempt hospital apply for GL masih tak lepas. Abang pun alhamdulillah sudah mula nampak sihat dan tidak perlu nak pening-pening dengan insurans gila itu.

Jadi saya berbincang dengan doktor, minta abang discharge. Selepas membayar semua bill, kami pun balik.

Jam 1.30 petang, pihak insurans call dan memaklumkan insurans decline sebab bla... bla... bla...(alasan sama seperti di atas). And the worst thing, tak boleh claim sebab sakit jatuh kategori outpatient. Saya pun naik darahlah. Sia-sia saja dia makan makian saya selama setengah jam.

Saya tanya insurans, what tpe of justification you need untuk jenis demam yang kritikal perlu warded atau tak? Dah sampai tahap doktor tahan wad pun takkanlah tak kritikal lagi ke? Bukan saya suka-suka nak tidur hospital kot?

Setiap bulan bayar insurans cantik, tak ada masalah. Ejen pun entah ke mana. Bila time sakit, apa dia ingat saya atau orang lain boleh pilih-pilih ke sakit apa yang nak datang? Nak tunggu orang datang hospital berdarah-darah macam nak mati baru GL approved kot!? Lahanat punya insurans! Full coverage kepala bana camni!

Sekarang saya buat keputusan untuk decline bayar insurans ini bermula bulan depan. I feel super pissed off by you PrudentialB** F*CKFULL.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 13 August 2016

Ngeri! Jangan Guna Wet Tissue Bersihkan Najis Bayi. Nanti...



Ini anak lelaki saya yang pertama, berusia 2 bulan 9 hari. Anak saya ditahan di wad sudah dua hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue.

"Doktor, macam mana anak saya terkena kencing kotor? Adakah ia berpunca pada semasa saya mengandungkan dia ke? Sebab semasa saya mengandungkan dia, saya ada kencing kotor sekali tetapi tak ada makan ubat. Kemudian appointment yang seterusnya dah tak ada kencing kotor," saya jelaskan kepada doktor.

"Bukan puan, sebenarnya ia berpunca dari ibu-ibu menggunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi." jawab doktor.

"Wet tissue?? Wet tissue bukan ke memang khas untuk bayi? Maaf ye, bagi saya macam tak masuk akal saja. Saya siap guna wet tissue jenis untuk kulit sensitif dan ada vitamin E serta Aloe Vera lagi. Takkanlah itu puncanya?" tegas saya.

"Ye puan, memang kedengaran seperti tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya dan kesilapan ibu-ibu kita sekarang. Kes seperti ini jarang berlaku sebab ia bergantung kepada antibodi bayi dan sejak umur berapa mengunakan wet tissue itu.

"Wet tissue ini tak elok sebenarnya kerana:


  1. Wet tissue mengandungi banyak bahan kimia
  2. Kita tidak tahu sama ada wet tissue ini bersih atau tidak kerana ia dibuat dari kilang. Kita tak tahu bagaimana proses membuat wet tissue ini.
  3. Dan puan juga boleh tengok pada tarikh MFG dan tarikh luputnya. Contoh, kalau ia dibuat pada tahun 2016, tetapi tahan sehingga 2019, jadi kuman yang ada pada wet tissue itu kita tidak tahu berapa banyak yang terdedah di kilang semasa mereka packaging tissue ini. Jadi, kuman yang ada sudah terperap lama sangat pada tissue itu dan dipindahkan kepada bayi semasa penggunaannya.


"Kes seperti ini memang jarang didengar tetapi jika puan gunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi memang sangat tidak bagus kerana kuman tidak akan hilang pada kemaluan bayi.

"Ya, memang di pandangan puan nampak bersih bila najis sudah tiada tetapi kuman masih ada. Selepas itu puan pakaikan pampers pada bayi dan kuman dari wet tissue dan kuman najis terperap di pampers baru bayi itu. Jadi bila bayi kencing, kuman itu boleh merebak dalam kemaluan bayi. Sebab bila pampers sudah penuhm baru puan tukar.

"Sebenarnya tak bagus juga pakai pampers ini. Sebab itu orang dulu-dulu pakaikan lampin dan cuci najis bayi dengan air yang mengalir. Bukan saya kata pampers tak boleh pakai, masih boleh dipakai tetapi kena basuhlah kemaluan bayi setiap kali tukar pampers. Kalau tak dicuci dengan air mengalir, itulah punca bayi terkena kencing kotor.

"Nak lebih bagus, cuci dengan sabun. Sedangkan kita yang dewasa ini pun cuci bila kencing dan buang air besar. Bayi pun sama juga sebenarnya, kena cuci begitu juga. Tetapi ramai ibu yang mengambil mudah tentang perkara ini, sebab itu bayi mereka terkena kencing kotor.

"Nak guna wet tissue boleh tetapi bukan pada kemaluan bayi ye puan. Sebabnya bayi sensitif dan antibodinya masih belum matang seperti orang dewasa. Seelok-eloknya cucilah dengan air yang mengalir berbanding menggunakan wet tissue.

"Kalau bayi terkena kencing kotor lambat dirawat, ia boleh menyebabkan buang pinggang bayi rosak. Kita penat angkat bayi setiap kali nak cuci najis tak mengapa sebab bayi masih di depan mata. Jangan kita penat menanggung rindu bila dia sudah tiada. Nanti kita tak boleh memaafkan diri kita di atas kesilapan yang kita nampak remeh. Yang remeh itulah boleh menjadi serius.

"Ajal memang di tangan tuhan, tetapi kita sayangkan anak mesti kita nak anak sihat dan yang terbaik untuk dia. Mencegah lebih baik dari merawat," jelas doktor panjang lebar.

Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

KJ Jadi 'Mat Bangla' Sapu Sampah Selama Lima Minit Dapat Pujian Orang Ramai



Kuala Lumpur, 12 Ogos - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), bakal tampil dalam satu filem pendek berdurasi 5 minit yang mana dia akan melakonkan watak seorang 'mat bangla' dengan nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury.

Filem pendek itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal kitar semula dan menjaga alam sekitar.

"Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh bakal tampil dengan filem pendek (5 minit) baharu untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar. Ahmad Khairy sangat kagum dengan dasar kitar semula di negara angkat beliau, Meleishia.

"Tapi sebelum semua confuse, dalam gambar ini saya, bukan Ahmad Khairy dari Bangladesh. Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia. Respek kepada abang2 Alam Flora dan waste management ni. Bila dah 'pakai kasut' mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini.

"Asingkan di punca!", tulis KJ di laman Facebooknya.

Sementara itu, di bahagian komen orang ramai memuji apa yang dilakukan oleh KJ itu.

"Hebat...Tahniah YB,...seorang Pemimpin generasi muda yang berjiwa rakyat dan senantiasa dengan nilai"murni,,, semoga menjadi contoh kepada anak" muda....terus kan perjuangan YB..semoga senantiasa Semangat dan Sukses, Insyaallah niat yang baik allah permudahkan.Amin,, YB Terbaik........", tulis Uji Rahayu.

Mazz Lann pula berkata "Apa org nak cakap cakap lahh...YB KJ is the best ever Minister!!".

"Terbaik KJ , tunjukkan kpd pemuda2 kita bahawa walau apa jua kerja yg halal adalah mulia berbanding hanya mengomel, melepak dan merempit tak tentu hala sampai subuh.... tu.", tulis Saifudin Jumat pula.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 12 August 2016

‘Ada hikmah di sebalik tangkapan’ - Akak Farina



SEREMBAN - Walaupun pada awalnya berasa malu kisahnya tersebar di media massa dan internet sehingga menjadi tumpuan orang ramai, namun Nor Farina Che Ya, 38, kini reda menerimanya dan menganggap segala berlaku ada hikmah tersendiri.

Kata ibu tunggal itu, nasihat adik angkatnya berusia 26 tahun dikenali sebagai Adi yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri telah memberi semangat kepadanya untuk menghadapi dugaan mendatang.

“Saya dapat tahu kisah di mahkamah keluar surat khabar Sinar Harian, masa pergi ke pejabat JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) semalam (kelmarin). Masa tu memang malu sangat-sangat. Rasa macam langsung tak nak balik rumah.

“Tapi Adi cakap pada saya, ‘kamu tak perlu hirau apa orang cakap. Masa kamu susah, ada mereka datang hantar beras? Masa kamu sakit, ada mereka tolong bawa pergi hospital? Apa salahnya kamu tebalkan muka sekarang? Kalau kamu malu, orang takkan tahu masalah kamu. Kamu tengok nanti, berpuluh-puluh orang akan hubungi kamu’,” katanya.

Secara jujurnya, kata Nor Farina, dia amat terkejut dengan penerimaan positif daripada orang ramai yang nyata prihatin terhadap kesusahan hidupnya.

“Selama ni saya fikir, orang cuma tahu kutuk dan hina saja. Tapi tak sangka, rupa-rupanya masih ramai yang prihatin di negara ni.

“Lagipun jumlah yang mengutuk saya dianggarkan cuma satu peratus saja, manakala selebihnya ambil berat pada saya. Lebih terharu, orang yang saya tak kenal sokong saya, sedangkan orang yang rapat dengan saya pula menghina saya,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, kata Nor Farina, dia bukan sekadar menerima bantuan berbentuk wang dan barang keperluan, malah tidak kurang juga yang menawarkan peluang pekerjaan kepadanya.

“Ada seorang hamba ALLAH ingin membantu saya memulakan perniagaan dalam bidang makanan. Dia nak sediakan modal dan barang-barang untuk meniaga.

“Selain tu, ada tawarkan saya ikuti kursus sebagai tukang urut, kerja di kedai dobi dan kedai tudung,” katanya.

Paling tidak dapat dilupakan, kata Nor Farina, ada hamba ALLAH yang meminta dia datang kedai pakaian dimiliki untuk mengambil tudung secara percuma.

“Kemudian, tak kurang juga yang sedia menanggung kos rawatan saya dan anak di klinik atau hospital swasta,” katanya ketika menerima lawatan Majlis Belia Negeri Sembilan di rumahnya di Taman Seri Pulasan, di sini, petang semalam.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 11 August 2016

'Orang Kita Makan Donut/Sushi RM3 Takpe, Tapi Beli Kuih Karipap Sadin Sebiji 50 Sen Dikatanya Mahal'



"Makcik, bagi kuih ini 2 dan yang ini 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup RM3?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni makcik?" tanya Nora secara berseloroh.

"Bolehlah, saya tambah satu biji lagi," sambungnya.

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukannya banyak mana pun dik," jawabnya.

"Ye ke ni makcik?" Nora seakan tidak percaya.

"Makcik jual sebiji 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20-30 sen. Itu pun selepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik itu semua makcik pun tak pandailah nak kira macam mana," jawabnya sambil menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak-agak jam berapa makcik mula buat kuih itu?" soalnya.

"Tengah hari dalam jam 11 begitu?" Nora cuba meneka.

"Makcik buat semua ini seorang diri dari jam 10 pagi lagi. Dalam jam 3.30 petang sudah kena bersiap semua. Jam 4 petang makcik sudah berada di sini, buka gerai. Selalunya dalam jam 6.30 petang, makcik dah kena tutup sebab anak-anak nak balik sekolah. Sekarang jam berapa dik?" soalnya.

"Sekarang jam 5 suku petang," jawab Nora.

"Adik adalah pelanggan kedua makcik hari ini. Berapa ringgit yang makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20. Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga sahaja. Katakanlah makcik untung dengan dia RM1.00, dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untuk RM2.20.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang itu untungnya banyak sikit. Tetapi selepas anak makcik sudah masuk sambung belajar, makcik dah tak larat nak buat. Kuih ketayap yang adik beli itu, berapa lama adik rasa satu biji kuih itu nak disiapkan?" soalnya lagi.

"Sejam lebih? Nampak macam leceh nak membuatnya. Tetapi maaf nak cakap, kalau tak untung, kenapa makcik berniaga juga?" giliran Nora menyoalnya.

Makcik itu merenung muka Nora dan berkata,

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu. Kalau makcik tak berniaga, siapa lagi yang nak berniaga kuih Melayu? Makcik suka berniaga, lagipun makcik bukannya pandai buat benda lain dah sebenarnya," jelasnya.

Sambil menyusun bekas-bekas kuih yang ada, makcik itu memohon maaf.

"Maaflah dik, takut adik terasa. Makcik nak kata orang Melayu kita sekarang ini pelik dik," katanya.

"Pelik yang macam mana itu makcik?" Nora cuba mencari maksud di sebalik kata-katanya itu.

"Orang kita makan donut sebiji RM3, tak apa. Sushi sebiji RM2, tak apa. Tetapi bila bercerita tentang kuih yang dijual di tepi jalan 50 sen sebiji, mahal," katanya membuatkan Nora terdiam seketika.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" soalnya tiba-tiba.

"Tak pernah lagi. Kuih bahulu pernahlah cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" soalnya lagi.

Sekali lagi Nora hanya terdiam, mengenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit. Makcik cukup makan sebab makcik tahu ada ramai orang di luar sana yang macam adik nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ini semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Tetapi makcik sedih tengok orang kita yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada," luahnya.

Nora hanya diam mendengar. Dia hanya merenung makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu, makcik boleh berniaga sushi ke? Dorayaki ke? Harga sebiji pun RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari. Barang pun ambil dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua. Tapi dik, kalau makcik buat begitu, siapa lagi yang nak jual kuih-kuih ini pada adik? Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mahu buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana. Nanti-nati takkanlah semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut saja setiap hari?" katanya sambil memulangkan wang RM3 kepada Nora.

"Eh makcik, ini kan duit kuih saya?" kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dia kata mahal. Makcik bagi balik duit pada dia dan makcik sedekahkan," jawabnya.

"Kenapa makcik?" Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan menolong orang kita," jawabnya.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Punca Kerajaan Negeri Sembilan mohon maaf durian tidak cukup terjawap sipi-sipi



SEREMBAN - Kerajaan negeri tidak menjangkakan sebanyak lima tan buah durian yang dibekalkan pada hari pertama Festival Buah-buahan dan Makanan Negeri Sembilan 2016 di sini pada 6 Ogos lalu boleh habis dimakan oleh sebahagian pengunjung hanya dalam tempoh tiga jam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata, situasi itu menyebabkan sebahagian lagi pengunjung yang tidak berkesempatan untuk menikmati buah durian ketika menyertai festival itu melahirkan rasa terkilan dan kecewa mereka di media sosial.

Justeru, katanya, kerajaan negeri memohon maaf kepada pengunjung terlibat dengan memberi jaminan akan memperbaiki kekurangan yang berlaku dalam penganjuran Festival Buah-buahan dan Makanan Negeri Sembilan pada masa depan.

"Pada hari pertama festival yang berlangsung di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar), Paroi di sini, kami sediakan sebanyak lima tan durian untuk kira-kira 4,200 pengunjung. Kami tidak menjangkan sambutan luar biasa ke atas durian menyebabkan buah durian yang dibekalkan tidak cukup.

"Sebenarnya festival yang berlangsung selama dua hari ini adalah program makan pelbagai buah-buahan tempatan, tetapi fokus utama pengunjung adalah durian menyebabkan mereka kecewa kerana tidak dapat makan durian kerana telah habis," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Kenapa Khairy Jamaludin delete tweet yang telah jadi viral ini ? Jawapannya ada disini...



Tweet KJ yang bertulis "#mejabulatPTPTN 2) Pembayaran balik hanya perlu dimulakan apabila peminjam mendapat gaji minima 3 ribu setiap bulan. #fb" telah menjadi viral di kalangan peminjam PTPTN sejak semalam lagi. Namun apa yang menghairankan tweet tersebut telah didelete pada hari ini.

Inilah gambar yang dimaksudkan.





Kini, tweet berkenaan telah pun didelete.





Namun, tweet berkenaan sempat discreen-shot.





Imej berkenaan boleh lagi dilihat sekiranya cached pada hasil carian pada Google.



Untuk memudahkan semua orang untuk melihat imej berkenaan, ini adalah link terus kepada imej tersebut

https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:XTZ2nWOyQtUJ:https://twitter.com/khairykj/status/190005187186925568+&cd=1&hl=en&ct=clnk



Persoalannya, kenapa KJ delete tweet tersebut. Adakah KJ ingin menyembunyikan sesuatu daripada peminjam PTPTN? Sebagai seorang Menteri, beliau sepatutnya membuat kenyataan rasmi untuk menerangkan apa yang beliau maksudkan pada tweet tersebut.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

'Saya Mencuri Sebab Anak Lapar. Nak Masak Rendang. Baitumal Tak Bantu...' - Akak Farina, Seremban



SEREMBAN - Seorang wanita tidak dapat menahan air mata apabila dia dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri, oleh Mahkamah Majistret Seremban, semalam, lapor Sinar Harian.

Nor Farina Che Ya, 38, yang tidak diwakili oleh peguam itu dikenakan bon berkelakuan baik selama 2 tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin.

Keputusan itu dibuat setelah Majistret Rahimah Rahim mendengar rayuan Nor Farina.

Nor Farina mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya sekitar jam 6 petang, 5 Ogos lalu. Barang-barang yang dicuri adalah seperti daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung yang semuanya dianggarkan bernilai sebanyak RM262.86.

Jika mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman paling maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.

Menurut Nor Farina, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia. Dia menyara kehidupan mereka dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh.

Meskipun menerima bantuan RM150 setiap bulan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka berdua. Dia juga pernah memohon bantuan Baitulmal tetapi tidak berhasil.

Menjelaskan tindakannya mencuri itu, dia terpaksa mencuri kerana terlalu terdesak.

"Saya nak buat rendang, saya curi daging, serai sebab tak mampu. Saya nekad melakukannya walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang, namun saya tertekan dengan desakan hidup.

"Memang masa buat saya tak fikir apa-apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri, biarlah saya menanggung dosanya. Apa saya mampu bayar hanyalah beras pulut yang harganya RM5 lebih.

"Macam pakaian itu, saya teringin sangat nak merasa. Bukan untuk saya saja tetapi untuk anak juga. Saya ambil tudung," katanya sambil mengalirkan air mata ketika mengingat kembali tindakannya mencuri di sebuah pasar raya.

Ekoran itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi Nor Farina sebelum mempertimbangkan permintaannya. Pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Dua beranak tanam, proses daun ketum secara komersial untuk dipasarkan ke luar negara dekat Jempol ditahan



JEMPOL - Dua beranak ditahan di sebuah ladang dekat tanah rizab Felda Lui Selatan 2 di sini susulan dipercayai menanam dan memproses daun ketum untuk tujuan komersial di sini, pagi tadi.

Ketua polis daerah Jempol,Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang berusia 53 dan 36 tahun ini ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol kira-kira jam 9 pagi.

"Daun itu di tanam dalam keluasan lebih kurang 0.2 hektar yang mana terdapat 500 pokok ketum daripada jenis  ketum jambu dan ketum merah.

"Selain tapak semaian ketum mereka juga dipercayai memproses daun tersebut di dalam kawasan tersebut. Kita turut menemui periuk dan ubat batuk," katanya selepas mengadakan operasi di kawasan tersebut.

Katanya, mereka disiasat mengikut seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 9 August 2016

Tok Mat cadang komuter ke Port Dickson



SEREMBAN - Kerajaan negeri bercadang menghidupkan semula perkhidmatan kereta api dari bandar Seremban ke bandar Port Dickson dalam bentuk komuter.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rancangan tersebut dijangka dilaksanakan tahun depan atau dua tahun dari sekarang.

“Kita sudah tetapkan empat lokasi sebagai stesen. Pertama melibatkan stesen sedia ada di Seremban dan seterusnya stesen komuter baru di pekan Mambau.

“Lokasi ketiga di Kampung Stesen, pekan Kuala Sawah. Kemudian masuk (laluan) estet dan keluar di stesen Taman PD Utama, sebelum sampai ke Port Dickson,” katanya.

Menurut beliau, perkhidmatan kereta api berkenaan bakal menggunakan landasan sedia ada.

“Jadi kita bukan setakat buat jalan kereta api barang saja, tapi juga kereta api untuk mengangkut penumpang,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar anjuran Surau dan Sekolah Agama Rakyat Darul Raudhah, Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengetuanya, Abd Latif Mohd Yunus dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad.

Untuk rekod, landasan kereta api Seremban-Port Dickson sepanjang kira-kira 38 kilometer itu siap dibina pada 1891 oleh Sungei Ujong (Malay Peninsula) Railway Company Ltd menerusi kontraktor Messers Hill and Rathborne.

Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kemudian membeli landasan terbabit daripada syarikat berkenaan pada 1908.

Kali terakhir landasan penuh bersejarah itu digunakan ialah pada tahun 2008.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 5 August 2016

Auto Filter TERSUMBAT Boleh Ganggu Pertukaran Gearbox Auto? BACA PENJELASANNYA..

Berapa ramai yang tahu GEARBOX AUTO mempunyai AUTO FILTER yang perlu ditukar mengikut jadual? Apa risikonya jika tidak ditukar?



Kebiasaannya, ramai pengguna akan tukar oil filter ketika servis minyak engine... tetapi ramai yang tidak tukar auto filter ketika servis minyak auto (ATF). Tahukah anda, boleh dikatakan 90% jenis kereta di jalanan mempunyai gearbox yang perlu ditukar auto filter semasa servis minyak auto.

Apa Fungsi Auto Filter?

Auto filter adalah penapis pada gearbox yang berfungsi untuk menapis minyak auto dari kotoran terutamanya habuk besi. Seperti penapis di luar sana, auto filter juga ada tahap keupayaannya... ia hanya boleh menapis sebanyak 33% kotoran pada minyak auto.

Kenapa Auto Filter Perlu Ditukar?

Kebanyakan pengguna akan tukar minyak auto antara 20,000km ke 30,000km atau dalam tempoh 1 tahun (yang mana sampai dulu). Jadi, auto filter juga perlu ditukar setiap kali anda servis minyak auto. Jika auto filter tidak ditukar mengikut jadual, ia akan mengundang kepada masalah filter TERSUMBAT. Tekanan hidraulik dalam gearbox akan terganggu dan terdedah pada masalah pertukaran gear yang tidak lancar.

Tanda Bagi Masalah Auto Filter Tersumbat

Sekiranya auto filter tersumbat, anda akan dengar bunyi BERDESING pada gearbox ketika gear di posisi N... dan bunyi tersebut akan berterusan ketika anda memandu. Sekiranya anda hadapi situasi ini, kami sarankan anda ke workshop untuk tukar auto filter dengan segera. Kerana gearbox anda dalam keadaan BERISIKO.

Tindakan Selepas Ganti Auto Filter

Akibat dari masalah auto filter tersumbat, gearbox telah terdedah kepada masalah gangguan tekanan hidraulik... untuk atasi masalah ini di peringkat awal, anda perlu campurkan GEARBOX TREATMENT dari JV Auto Lube bersama minyak auto selepas ganti auto filter yang baru. Bertujuan untuk pulihkan seal dalaman dan memanjangkan jangka hayat gearbox anda... insyaAllah masalah dapat dirawat diperingkat awal.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

EDISI SIAPA POTONG BAWANG: 'Hanya ajal pisahkan saya dan awak, sayang'



CINTA sampai mati. Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perasaan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kepada Allahyarham suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Perasaan rindu dan kasih itu dizahirkan Nurulhidayah menerusi laman media sosial miliknya semalam sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-9 mereka.

Tanpa menafikan hubungan perkahwinan yang dibina ada pasang surutnya, namun Nurulhidayah bersyukur dipertemukan dengan Allahyarham 10 tahun yang lalu.

“Latar belakang keluarga Allahyarham bukanlah dari golongan berada. Saya percaya, kekayaan bukan ukuran kebahagiaan.

“Untuk bernikah, kami membuat pinjaman peribadi dengan Bank Islam pada ketika itu. Masuk anak kedua baru hutang nikah selesai,” katanya yang menceritakan perjalanan perkahwinan yang dilaluinya sejak 2007.

Hubungan terlimpah dengan kasih sayang suami

Memulakan perjalanan hidup dengan sederhana, Nurulhidayah berkata, Allahyarham adalah seorang yang kuat bekerja demi keluarganya.

“Semasa tempoh berkenalan, saya merahsiakan latar belakang keluarga saya. Alhamdulillah abah bukanlah jenis 'menjual anak'. Cukup sekadar kemampuan Allahyarham ketika itu,” ujarnya.

Nurulhidayah bersama Allahyarham mengikat hubungan suci dengan hantaran bernilai RM8,888 dan mas kahwin RM380.

Menurut Nurulhidayah lagi, setelah mendirikan rumah tangga, pasangan itu menyewa rumah di Mutiara Damansara.

“Kami sewa rumah teres dua tingkat dengan harga RM1,500 sebulan. Itu pun berkongsi bayar. Bahagia sangat. Paling bahagia, bila kami berkahwin, anak terus jadi tiga orang (Allahyarham mempunyai dua anak dari hasil perkahwinan terdahulu, saya mempunyai seorang anak). Itulah orang kata, bila gaduh semua lupa. Bila macam ni semua ingat.

“Buat yang masih bersuami atau beristeri, kalau boleh jangan ambil ringan benda yang kecil. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan pasangan kita. Berkasih sayanglah selagi dia halal untuk kita,” ucapnya.

Suami bukan barang!

Tegasnya lagi, suami bukanlah objek yang boleh ditukar ganti malah seorang lelaki bernama suami itu adalah anuegarh terbaik buat seorang isteri.

“Ada yang beritahu 'barang yang lepas jangan dikenang'. Suami bukan 'barang'. Bukan semua lelaki jahat. Nakal itu biasa. Mak pernah pesan, baik buruk seorang suami adalah dari kasih sayang seorang isteri.

“Lain orang lain pengalaman. Hampir sembilan tahun perkahwinan dengan arwah, ALLAH memelihara perkahwinan kami walaupun ujian datang silih berganti. Kerana janji arwah "Hanya ajal yang pisahkan saya dari awak, sayang.. Bukan orang ketiga"..

"Allahyarham pegang janji itu hingga ALLAH menjemputnya pada tanggal 1 Jun 2016. Allahu Akbar!... Selamat malam semua. Terima kasih kerana sudi membaca coretan rasa kerinduan ini.. Al Fatihah,” tulis Nurulhidayah mengakhiri tulisannya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 3 August 2016

INILAH Cara Sangat MUDAH Keluarkan Angin Dalam Badan Yang Perlu Anda TAHU !!



Kalau korang rasa badan korang lenguh2. sengal2 . nak sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa.

Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu.
Badan berangin tak elok.

Tanda-tanda banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

CARA BUAT DIA SENANG SANGAT

Bahan-bahan :

susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh

halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya
Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan .

Sedia untuk di minum .

Seeloknye minum ketika susu masih suam .
Kesan serta merta .
Tiba-tiba korang sendawa dan kentut non stop .

BOLEH DI MINUM OLEH :

Lelaki dan wanita
Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je

Petua ni sgt berkesan .
Boleh minum bila2 masa .
Pagi boleh mlm boleh.
Seminggu 2-3kali pun ok.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Menakutkan. Ratu Naga disoal SKMM hanya kerana komen Rosmah ‘manja, comel dan lucu’



PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’, berkata dia disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bukit Aman kerana catatan Facebook menyentuh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menceritakan kejadian itu, beliau mendakwa anggota polis masuk ke rumah pada jam 10 pagi Selasa dan menyoalnya lebih tiga jam berhubung catatan pada 30 Julai jam 11.21 malam yang berbunyi: “Nampak manja, comel dan lucu”.

Dia muatnaik catatan itu bersama gambar Rosmah dan Najib yang diambil di satu majlis rumah terbuka Hari Raya di Pekan, Pahang.

Perunding pembinaan berusia 35 tahun itu berkata pegawai turut menggeledah kenderaan, rumah dan barangannya.

“Cara mereka geledah rumah saya seolah saya seorang pembunuh,” katanya kepada FMT, dan menambah dia rasakan tidak ada apa yang salah dengan catatannya itu.

Dia tidak akan memadam komennya kerana catatan itu pandangan peribadinya terhadap Rosmah. “Apa salahnya mengatakan seseorang itu manja, comel dan lucu?” soalnya.

Selepas rumah digeledah dan disoalsiasat, Syarul Ema mendakwa dia diarah supaya hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 3 petang dimana dia disoal selama empat jam.

“Mereka tanya mengapa saya muatnaik catatan itu. Saya jelaskan kepada mereka yang saya tak ada niat jahat. Saya tak tulis apa-apa yang jahat mengenai Sultan pun.”

Katanya dia diberitahu akan didakwa dibawah Akta SKMM dan menambah, “saya juga perlu beli telefon bimbit baru.”

Pada Februari tahun ini, Syarul Ema didakwa menghina perdana menteri dengan kata-kata kesat dalam satu catatan Facebook melalui profil ‘Ratu Naga’. Dia didakwa kerana menggunakan aplikasi rangkaian untuk membuat dan memulakan komen yang menggusarkan terhadap Najib berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di laman Facebook pada 6 Oktober 2015 jam 12.02 pagi.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: