yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 11 August 2016

Dua beranak tanam, proses daun ketum secara komersial untuk dipasarkan ke luar negara dekat Jempol ditahan



JEMPOL - Dua beranak ditahan di sebuah ladang dekat tanah rizab Felda Lui Selatan 2 di sini susulan dipercayai menanam dan memproses daun ketum untuk tujuan komersial di sini, pagi tadi.

Ketua polis daerah Jempol,Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang berusia 53 dan 36 tahun ini ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol kira-kira jam 9 pagi.

"Daun itu di tanam dalam keluasan lebih kurang 0.2 hektar yang mana terdapat 500 pokok ketum daripada jenis  ketum jambu dan ketum merah.

"Selain tapak semaian ketum mereka juga dipercayai memproses daun tersebut di dalam kawasan tersebut. Kita turut menemui periuk dan ubat batuk," katanya selepas mengadakan operasi di kawasan tersebut.

Katanya, mereka disiasat mengikut seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment