‘Ada hikmah di sebalik tangkapan’ - Akak Farina

on Friday, 12 August 2016



SEREMBAN - Walaupun pada awalnya berasa malu kisahnya tersebar di media massa dan internet sehingga menjadi tumpuan orang ramai, namun Nor Farina Che Ya, 38, kini reda menerimanya dan menganggap segala berlaku ada hikmah tersendiri.

Kata ibu tunggal itu, nasihat adik angkatnya berusia 26 tahun dikenali sebagai Adi yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri telah memberi semangat kepadanya untuk menghadapi dugaan mendatang.

“Saya dapat tahu kisah di mahkamah keluar surat khabar Sinar Harian, masa pergi ke pejabat JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) semalam (kelmarin). Masa tu memang malu sangat-sangat. Rasa macam langsung tak nak balik rumah.

“Tapi Adi cakap pada saya, ‘kamu tak perlu hirau apa orang cakap. Masa kamu susah, ada mereka datang hantar beras? Masa kamu sakit, ada mereka tolong bawa pergi hospital? Apa salahnya kamu tebalkan muka sekarang? Kalau kamu malu, orang takkan tahu masalah kamu. Kamu tengok nanti, berpuluh-puluh orang akan hubungi kamu’,” katanya.

Secara jujurnya, kata Nor Farina, dia amat terkejut dengan penerimaan positif daripada orang ramai yang nyata prihatin terhadap kesusahan hidupnya.

“Selama ni saya fikir, orang cuma tahu kutuk dan hina saja. Tapi tak sangka, rupa-rupanya masih ramai yang prihatin di negara ni.

“Lagipun jumlah yang mengutuk saya dianggarkan cuma satu peratus saja, manakala selebihnya ambil berat pada saya. Lebih terharu, orang yang saya tak kenal sokong saya, sedangkan orang yang rapat dengan saya pula menghina saya,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, kata Nor Farina, dia bukan sekadar menerima bantuan berbentuk wang dan barang keperluan, malah tidak kurang juga yang menawarkan peluang pekerjaan kepadanya.

“Ada seorang hamba ALLAH ingin membantu saya memulakan perniagaan dalam bidang makanan. Dia nak sediakan modal dan barang-barang untuk meniaga.

“Selain tu, ada tawarkan saya ikuti kursus sebagai tukang urut, kerja di kedai dobi dan kedai tudung,” katanya.

Paling tidak dapat dilupakan, kata Nor Farina, ada hamba ALLAH yang meminta dia datang kedai pakaian dimiliki untuk mengambil tudung secara percuma.

“Kemudian, tak kurang juga yang sedia menanggung kos rawatan saya dan anak di klinik atau hospital swasta,” katanya ketika menerima lawatan Majlis Belia Negeri Sembilan di rumahnya di Taman Seri Pulasan, di sini, petang semalam.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved