yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 18 August 2016

Punca pesanan KJ buat pelumba basikal Azizulhasni buat ramai rakyat Malaysia menitiskan air mata terjawap



PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang dinasihat mendapatkan penjelasan daripada pejabat Menteri Besar Terengganu selepas mendakwa permohonan bantuan yang dimintanya tidak dilayan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Azizulhasni tidak harus‎ membiarkan rungutannya ke atas Menteri Besar Ahmad Rafiz Abdul Rahman, merosakkan kegembiraannya selepas meraih gangsa dalam acara keirin semalam.

Mengulas luahan jaguh trek negara dalam laman Facebooknya sejurus mendapat pingat pertama untuk Malaysia dalam acara berbasikal Sukan Olimpik, Khairy percaya ia hanya salah faham dan mudah diselesaikan.

"Azizulhasni tidak harus membenarkan perkara itu membayangi pencapaiannya di Rio," katanya selepas menyaksikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menang 21-9, 21-15 ke atas Chou Tien Chen dari Taiwan di suku akhir.

Dalam laman Facebooknya, Azizulhasni, 28, mendakwa Ahmad Razif tidak memberikan sebarang reaksi kepada permintaan mendapatkan basikal RoadBike untuk dirinya dan Fatehah Mustapa, kedua-duanya pelumba kelahiran Terengganu, sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik.

 "Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi Azizulhasni mendapat sokongan penuh daripada kementerian saya dan Yayasan Sime Darby...mungkin dia mahu bantuan tambahan dan memohonnya di Terengganu," kata Khairy.

Sementara itu, chef-de-mission negara, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid turut berkongsi pandangan dengan Khairy dan berkata perkara tersebut boleh diselesaikan dengan mudah.

"Atlet itu hanya perlu menulis kepada menteri besar kerana permohonan tersebut mungkin tidak sampai ke pengetahuannya.

"Saya akan bercakap dengan Azizulhasni sebelum beliau berlepas pulang ke tanah air malam ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment