yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 5 August 2016

Auto Filter TERSUMBAT Boleh Ganggu Pertukaran Gearbox Auto? BACA PENJELASANNYA..

Berapa ramai yang tahu GEARBOX AUTO mempunyai AUTO FILTER yang perlu ditukar mengikut jadual? Apa risikonya jika tidak ditukar?



Kebiasaannya, ramai pengguna akan tukar oil filter ketika servis minyak engine... tetapi ramai yang tidak tukar auto filter ketika servis minyak auto (ATF). Tahukah anda, boleh dikatakan 90% jenis kereta di jalanan mempunyai gearbox yang perlu ditukar auto filter semasa servis minyak auto.

Apa Fungsi Auto Filter?

Auto filter adalah penapis pada gearbox yang berfungsi untuk menapis minyak auto dari kotoran terutamanya habuk besi. Seperti penapis di luar sana, auto filter juga ada tahap keupayaannya... ia hanya boleh menapis sebanyak 33% kotoran pada minyak auto.

Kenapa Auto Filter Perlu Ditukar?

Kebanyakan pengguna akan tukar minyak auto antara 20,000km ke 30,000km atau dalam tempoh 1 tahun (yang mana sampai dulu). Jadi, auto filter juga perlu ditukar setiap kali anda servis minyak auto. Jika auto filter tidak ditukar mengikut jadual, ia akan mengundang kepada masalah filter TERSUMBAT. Tekanan hidraulik dalam gearbox akan terganggu dan terdedah pada masalah pertukaran gear yang tidak lancar.

Tanda Bagi Masalah Auto Filter Tersumbat

Sekiranya auto filter tersumbat, anda akan dengar bunyi BERDESING pada gearbox ketika gear di posisi N... dan bunyi tersebut akan berterusan ketika anda memandu. Sekiranya anda hadapi situasi ini, kami sarankan anda ke workshop untuk tukar auto filter dengan segera. Kerana gearbox anda dalam keadaan BERISIKO.

Tindakan Selepas Ganti Auto Filter

Akibat dari masalah auto filter tersumbat, gearbox telah terdedah kepada masalah gangguan tekanan hidraulik... untuk atasi masalah ini di peringkat awal, anda perlu campurkan GEARBOX TREATMENT dari JV Auto Lube bersama minyak auto selepas ganti auto filter yang baru. Bertujuan untuk pulihkan seal dalaman dan memanjangkan jangka hayat gearbox anda... insyaAllah masalah dapat dirawat diperingkat awal.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

4 comments:

  1. Enter your comment...auto filter dngann filter dalam oil sum sama tak.

    ReplyDelete
  2. Salam bos...mazda 3 1.6 auto 2013(model sebelum skyactive) saya mengalami masalah:
    1)semasa memandu normal,tiba rasa cam jerking(jerk tu disebabkan rpm tiba2 naik(misalnya saya tengah bawak normal rpm 2000,tiba rpm naik ke 4000 dan kembali balik ke 2000 dalam masa 2 saat....seolah macam gear tukar ke neutral sesaat baru tukar ke gear yg betul....benda ni x terjadi sewaktu mula2 memandu,selepas sejam baru terjadi,kadang2...saya dah tukar throttle body,tapi x jadi....x pasti rosak apa,tapi disyaki gearbox slip...berapa anggaran overhoul gearbox?bolehke nak check sensor yg rosak or gearbox...x de nyala lampu enjin...tq bos

    ReplyDelete
  3. Berapa km @ masa yg sebaiknya tukar auto filter Myvi 1.3 L

    ReplyDelete