yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, 31 August 2016

Nak bonus dua bulan gaji, sokong!!!



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan kerajaan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.

Menurut beliau, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.

“Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.

“Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, hari ini.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 31 May 2016

Lagi kes kanak-kanak lemas di kolam renang hotel Teluk Kemang semasa cuti sekolah



PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan mangsa terbaharu lemas di kolam renang ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah hotel di Telok Kemang sekitar jam 1.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut Mohamad Ashrad Hakim Aziezi ditemui di dasar kolam renang dewasa hotel oleh orang awam yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, kanak-kanak ini bersama rombongan lima buah keluarga datang dari Tanjung Malim, Perak menginap di hotel berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati, semasa kejadian, mangsa mandi di kawasan kolam renang kanak-kanak bersama sepupunya sementara ahli keluarga yang dewasa termasuk ayahnya mandi di kolam dewasa.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disedari hilang oleh ayahnya dan ketika mencari ada pengunjung lain yang melihat mangsa berada di dasar kolam renang dewasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Port Dickson sebentar tadi.

Zainudin berkata, kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital dengan bantuan pihak hotel, walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik pemeriksaan diberikan di hospital.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zainudin berkata, aspek keselamatan ketika beriadah di kolam renang terutamanya membabitkan kanak-kanak perlu dititik beratkan sama ada pihak hotel mahupun ibu bapa dan penjaga.

“Pihak hotel perlu menyediakan penjaga kolam yang cukup terutamanya pada musim cuti sekolah ataupun cuti umum kerana jumlah pengunjung yang bercuti meningkat daripada hari biasa.

"Ibu bapa penjaga juga jangan lalai terhadap tanggungjawab mereka menjaga keselamatan anak,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 6 March 2015

Kaji Semula Terma 'Rumah Mampu Milik' Berharga RM400K



KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan firma CH Williams Talhar & Wong (WTW), Foo Gee Jen, menyarankan kerajaan menyemak semula penggunaan terma 'RUMAH MAMPU MILIK' berdasarkan pada pen#dapatan isi rumah penduduk di setiap negeri demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, perkara itu amat penting kerana penggunaan definisi 'RUMAH MAMPU MILIK' pada ketika ini iaitu RM400,000 tidak sesuai bagi negeri-negeri yang kurang membangun seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Menurut Gee Jen, pembangun#an rumah mampu milik juga perlu mengambil kira keperluan infrastruktur untuk penduduk bagi mengelakan mereka terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Adalah tidak sesuai sekiranya rumah mampu milik dibina di kawasan pendalaman yang jauh dari tempat kerja tanpa akses kepada kemudahan pengangkutan.




“Jika kerajaan benar-benar ingi#n melaksanakan pembangunan rumah mampu milik, mereka perlu melihat dari satu daerah ke satu daerah, lokasi dan setiap negeri. Sebagai contoh di Selangor, harga rumah di Kuala Selangor adalah berbeza dengan Shah Alam.

“Bagaimanapun, bagi saya terpulang kepada tekanan pasaran yang akan menentukan definisi bagi rumah mampu milik ini kerana saya menyedari perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Laporan Pasaran Hartanah 2015 di sini hari ini.

Katanya lagi, kerajaan pada tahu#n ini dijangka akan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik, sekali gus memperlahankan pembinaan rumah di atas tanah. Namun, harga bagi kediaman tersebut masih kekal stabil di Lembah Klang.


Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Borang Rayuan BR1M 2015 Pemohon Gagal Dapat Bayaran

Borang rayuan BR1M 2015 online bagi pemohon yang gagal dapat bayaran. Bagi pemohon yang berstatus tidak layak atau gagal mohon BRIM 4.0, sukacita dimaklumkan bahawa rayuan boleh dikemukakan di mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015.



Borang Rayuan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0




Cara Hantar Rayuan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

Sila isi borang rayuan BR1M 2015 dengan lengkap dan hantar ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.




Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 26 January 2015

GST – Antara senarai barang yang naik dan turun harga



Cukai Barangan dan Perkhi#dmatan (GST) akan dilaksanakan April nanti.

Antara barang yang akan turun harga – set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika, pengering rambut, lampin dan minuman ringan. Ini kerana ba#rangan ini kini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus dan akan digantikan dengan GST, 6 peratus.

Antara barang yang akan naik harga – komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit, jam tangan dan kosmetik, termasuk gincu dan pengilat kuku. Ini kerana bar#angan ini tidak dikenakan cukai sebelum ini.




Antara barangan yang kekal harga – ayam, daging lembu, daging kambing, ikan, itik, ikan, telur, ikan bilis, beras, roti, sayur-sayuran segar dan buah-buahan, minyak kel#apa, minyak masak kacang tanah, minyak kelapa, susu bayi, petrol RON95, diesel, tol dan pengangkutan awam. Ini kerana barangan ini tidak dikenakan GST.

Antara barangan makanan bukan keperluan yang naik har#ga – sos tomato, sos cili, sos tiram, mi cawan, tempe, keju, marjerin, telur puyuh, minyak jagung, minyak zaitun, biskut, donat dan croissant coklat. GST 6 peratus akan dikenakan.

Ia dijelaskan oleh Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Saturday, 16 August 2014

#MH17: Mayat tak sempurna, ahli keluarga dinasihat tidak bukan keranda

PUTRAJAYA 15 Ogos - Ahli keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dinasihatkan agar tidak membuka keranda dan melihat keadaan jenazah sebaliknya terus disempurnakan sebaik sahaja tiba di tanah air.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, semua 16 mayat yang tiba 22 Ogos ini telah diuruskan sebaik mungkin dan hanya perlu disempurnakan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak menghalang sekiranya ada ahli keluarga yang tetap berkeras untuk melihat keadaan jenazah buat kali terakhir, namun saranan tersebut dibuat berdasarkan keadaan mayat yang tidak sempurna.

Beliau berkata, apabila 16 jenazah tiba pada 22 Ogos ini, kesemuanya akan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dibawa pulang ke Perak, Johor, Sarawak, Putrajaya dan sekitar Lembah Kelang.

"Ahli keluarga mangsa MH17 yang akan menerima jenazah pada 22 Ogos ini dinasihatkan tidak membuka keranda kerana keadaan mayat sudah terlalu lama dan tidak sempurna, lebih elok disegerakan urusan pengebumian.

"Kami juga ingin menasihatkan agar ahli keluarga tidak mengambil sebarang gambar jenazah sekiranya tetap mahu keranda dibuka, jika gambar berkenaan tersebar, dikhuatiri akan mengaibkan jenazah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-57 Peringkat Kementerian di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menurut Rohani, jenazah rakyat Malaysia yang dikenal pasti telah diuruskan dengan sempurna mengikut agama masing-masing dan bagi beragama Islam jenazah telah dimandi, dikafan serta disolatkan di Belanda.

Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan jumlah jenazah dan abu mayat nahas MH17 warganegara Malaysia yang akan diterima Jumaat depan lebih daripada 15 seperti yang disahkan semalam.

Katanya, sebanyak 24 mayat warganegara Malaysia sudah dikenal pasti setakat ini dan ada kemungkinan jumlah mayat yang diluluskan untuk dibawa balik akan bertambah dalam tempoh seminggu ini.

"Kerajaan Belanda juga telah mengambil inisiatif untuk memateri keranda bagi mengelak ia dibuka, namun ahli keluarga mempunyai pilihan untuk membukanya atau pun tidak," katanya.



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 18 April 2013

Penduduk Palong bersuara 'Kami bantah pencalonan Datuk Lilah'


JEMPOL - “Kami bantah pencalonan Datuk Lilah,” demikian antara dilaungkan lebih 200 warga Felda Dun Palong yang membantah pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi kerusi Dun Palong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Bantahan aman selama satu jam di padang awam Felda Palong 11 ini turut menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka menerusi sepanduk bertulis ‘Pulang hak kami’, ‘jangan khianati kami’ dan ‘Datuk Lilah perampas’.

Ketua Penerangan Umno cawangan Felda Palong 13, Ab Hamid Talib berkata, penduduk di situ mahu calon Dun Palong terdiri daripada warga Felda, sama ada di kalangan peneroka, penerokawati atau generasi kedua Felda.



“Kita tidak benci Datuk Lilah, malahan sebelum ini pun kita sentiasa sokong beliau. Kami hanya mahu calon warga Felda sendiri, itu sahaja.

“Lagipun sudah menjadi tradisi Adun Palong sebelum ini merupakan orang tempatan iaitu warga Felda sendiri. Bagaimanapun, kita tidak akan sabotaj parti dan akan sentiasa menyokong BN dalam PRU ini.

“Jika calon ini tidak ditukar, maka kita terpaksa jugalah terima, tetapi orang lain (penduduk) saya tidak tahulah bagaimana pilihan mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, seorang anak peneroka, Mohd Rafi Mezali, 36, berkata, sebagai mewakili generasi kedua Felda, dia sebulat suara menolak pencalonan Lilah.





“Pengundi yang menentukan hala tuju Dun Palong, jadi kami mahu suara ini didengar, kami mahu calon daripada anak tempatan, bukannya individu luar,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Palong Lapan, Zailani Ramli, 45, merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Jempol berkata, tidak mungkin tiada calon yang berwibawa untuk mewakili 16,000 pengundi Dun Palong.

“Ketandusan calonkah kita? Pada pendapat saya, kita tidak ketandusan kerana pemimpin bersilih ganti malahan tidak perlu calon luar yang menjadi wakil Dun Palong,” katanya.

Dalam pada itu juga, beberapa peserta bantahan turut bertindak menurunkan bendera BN di sekitar Felda Palong 11, di sini.

Lilah diumumkan bertanding di Dun Palong pada PRU13 setelah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal bertanding di kerusi Parlimen yang disandangnya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Elaun balik ngundi takde - SPR


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.

Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.





"Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

"Janji Manismu" sudah ready lawan "Janji ditepati" di Jempol


SEREMBAN – Calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Arifin menolak spekulasi yang mendakwa beliau akan menarik diri berikutan tidak sanggup berdepan dengan cabaran dalam dunia politik.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, beliau memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan.

“Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut.



“Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran  mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya.






Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu.

“Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka.

“Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Empat Bekas Anggota DAP Umum Tanding Calon Bebas Di Negeri Sembilan


SEREMBAN: Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez pada Khamis mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Fernandez berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenangi beliau pada PRU lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.

"Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuat kuasa Rabu," katanya pada sidang media di sini Khamis.



Katanya, tiga lagi bekas anggota DAP yang mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka adalah bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Emas S. Vijayan yang akan bertanding di DUN Bukit Kepayang, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Nilai Perdana S. Rajasheger (Nilai) dan anggota DAP Rantau R. Sasikumar (Temiang).




Fernandez berkata, tindakan keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas itu diambil kerana merasakan DAP tidak lagi parti berbilang kaum dan meminggirkan kaum India apabila ramai pemimpin India dalam parti itu tidak dinamakan sebagai calon untuk PRU ini.

Katanya, ia juga bagi memberi tekanan terhadap DAP yang menguasai kerusi Parlimen Seremban dan beberapa DUN di bawahnya dan berharap pengundi dapat memilih pemimpin yang tepat.

Parlimen Seremban mempunyai enam DUN dan pada PRU lalu, DAP memenangi tiga daripadanya iaitu Nilai, Lobak dan Temiang sementara PKR dua (Sikamat dan Ampangan), manakala BN hanya memiliki Lenggeng.

Turut bersama Fernandez dan rakan-rakannya untuk bertanding sebagai calon bebas di negeri ini ialah dua lagi iaitu peguam S. Karthigesan yang akan bertanding di kerusi DUN Senawang dan ahli perniagaan S. Daniel di Port Dickson.

Kesemua mereka telah mengambil dan mengisi borang pencalonan untuk PRU13 pada Khamis.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Polis Terima Tujuh Laporan Khianat Berkaitan PRU13 Di Negeri Sembilan


SEREMBAN, 17 April - Polis sehingga kini menerima tujuh laporan berhubung perbuatan khianat yang dilakukan terhadap poster dan bendera pelbagai parti politik di negeri ini menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Jurucakap media bagi PRU13 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri Superintenden Muhamad Hanifah Abdul Malek berkata antara perbuatan khianat itu adalah membakar dan mengoyak bendera serta melempar cat ke atas poster parti politik.



"Sejak 9 April lepas, ada tujuh laporan kes khianat diterima polis dan antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Pilah, Jelebu, Port Dickson dan Nilai.

"Bagaimanapun, setakat ini, belum ada tangkapan dan polis sedang melakukan pemantauan di semua kawasan," katanya pada sidang akhbar di IPPK Rabu.

Beliau berkata mereka yang ditangkap melakukan perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.




Muhamad Hanifah berkata semua penyelia atau ketua jentera parti politik pada PRU kali ini diminta memantau pergerakan anggota mereka agar tiada yang terlibat dalam perbuatan khianat itu.

"Anggota jentera parti politik juga dinasihat untuk menjaga keselamatan diri masing-masing agar tidak membahayakan diri ketika melakukan pemasangan bendera dan poster parti mereka," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 17 April 2013

Calon BN N9 PRU-13 - Apa kata mereka...


Sejak diumumkan semalam (Selasa) senarai calon BN 'MUKTAMAD' bak kata Najib, banyak juga komen dan feedback yang kami dapat di sini dan di sinun. Walaupun Najib pernah quote, "akan mendengar denyut nadi rakyat" dan "lebih risau rakyat marah berbanding orang UMNO yang marah"; TETAPI apabila senarai calon diumumkan terutama di Negeri Sembilan, ternyata denyut nadi Warlord UMNO lebih 'power' daripada denyut nadi akar umbi dan rakyat marhaen. Walaupun senarai calon BN untuk PRU-13 ada pro dan kontra, meh kito baco dulu beberapa komen akar umbi yang kami copy di bawah;

Anonymous said...
Bilo N9 kalah Pembangkang dapek bentuk Kerajaan N9 PRU 13, Mad Hasan salahkan Warlords Sabotaj dio.

Calon dio pilih, ikut suko kehondak dio, result bsk tuding jari salahkan Sahak, salahkan Isa, salahkan Rais, salahkan Shaziman.

Osah pandir eih DS Najib setuju dengan calon2 BN N9(UMNO)pilihan Mad Hasan untuk PRU 13 ni.

UMNO N9 ni Hasan yang punyo.....

Blackman said...
Tak banyak perubahan pun... samo macam dulu2 yo. Tak menugheh langsung.
April 16, 2013 at 1:17 PM

Anonymous said...
kalau cam ni punnyo calon bn n9.....menuju kehancuran
April 16, 2013 at 1:30 PM

Anonymous said...
org ado skandal pun jadi calon...ayyooo..bg peluru kek pembangkang la ni..
April 16, 2013 at 2:28 PM

Anonymous said...
calon dari langit..mampusla...pdm johol tutupla jawab eh..apo la mb..
April 16, 2013 at 2:31 PM

fakirabdillah said...
Saya setuju dgn dua komen diatas...nampaknya pimpinan UMNO tidak tahu apa yang berlaku diperingkat bawah . Tetapi kita semua TERPAKSA bekerja juga demi agama bangsa dan negara disebabkan perjuanagan Pakatan Rakyat yang tidak seiring dengan perjuangan Islam dan Melayu. Jika lah Anuar Brahim berjuangan atas landasan yang sama dgn UMNO sudah lama UMNO LINGKUP...

Sehingga hari ini Saziman Mansur belum lagi nampak batang hidungnya buat kerja di Gemas ..Hisham adalah KRONI Kewangan dia..budak mentah yg tak ada langsung cinta bangsa dan cinta agama...

Kalau bukan kerana mengetahui akan Niat buruk Anuar Brahim dan DAP saya rasa nak bertanding BEBAS je..

Inilah perjuangan paling PAHIT dalam sejarah politik saya ..bagaikan ditelan mati emak diluah mati ayah..UMNO jika tidak mahu berubah akan lingkup sebelum PRU 14 ini..kita para blogger ..di N9 ini bukannya ramai spt PANEHMIANG bertahun tahun berjuang tanpa tahu letih dan takut..inilah hasilnya..what to do bro ,,keep on fighting...Muga Allah memberi kemenangan pada UMNO dan BN...
April 16, 2013 at 2:35 PM

New Malay - Malay Supreme said...
Apasal Shaziman ada lagi ni. Dahla Menteri paling teruk dan tak toong melayu. Mcmana nak menang ni BN kalau calon mcm ini masih ada
April 16, 2013 at 2:53 PM

Anonymous said...
Zul kulum bertanding di Shah Alam?..celaka punya Umno harbi..kami AJK Umno shah alam berusaha selama 4 tahun cuba mendekati penduduk shah alam..tp Najib celaka turunkan katak lompat Zul Kulum..kami AJK umno harbi kawasan S.Alam berikrar akan sabotaj calon UMNo harbi yg dipilih Najib..jangan harap Zul Kulum nak menang..
April 16, 2013 at 3:09 PM

Anonymous said...
Bukan sonang nak puaskan hati sumo orang,mencari kelemahan sasorang adalah sonang,den,kalau dapat nak bini den jadi calon tapi olih sobab den sendiri tak dapat lihat kelomahan dio tapi oranmg lain dapat,dio tak jadi calon..macam itu lah susahnyo bagi orang yg dipertanggungjawab untuk memilih calon.Cakaplah apo yang kau orang suko,kalau satu kumpulan ni tak suko,masih ado kumpulan lain yang sokong.Kito pun mesti ambik kiro pihak sobalah sano tu,tunggang langgang jugo dengan masaalah calon,dio orang pun ado kelumpok nak sabotataj calon mereka sendiri berpunca dari macam yg kito hadapi,samo ajo kan.Nasihat den gunokanlah pemikiran yang waras bilo mengundi,jangan terlalu emosi,jika tersalah pilih jangkamasa 5 tahun untuk menunggu dengan penoh penyesalan akan menghantui kito.Fikirlah sendiri.Salam
April 16, 2013 at 3:29 PM

Anonymous said...
Memang colourful calon2 bn ..banyak boto modal pembangkang maso kempen ..calon kono cokup berjubo ..rasuah kuek ..tembak orang ..segalo yg ado ..baguslah tu ..sesamolah susah kito idup sok bawah pembangkang ..hehehe ..puehlah hati amat hassan ..mb kito dan bokeh penyokong dap tegar ..

Anonymous said...
3.51,
Biar botul,jangan pandai cakap kato dongar orang ajo.Hj Abu macam tu ko perangai.Kau ingat calon yg disenarai ni ado skandal ajo ko,kau bolum tengok lawan dio orang besok.Tuding satu jari kek orang,tigo jari tuding kek kau.
April 16, 2013 at 4:06 PM

Anonymous said...
kek n.sombilan ni ado kmpung namo eh kampung dacing..dah lamo dah ado sblum barisan pakai lambang ae..salamo plhanrayo, undi kg ni bnyak monangkan calon dlm dun longgeng ni..dongar cito ramai yang marah sobab tok sahak jadi calon balik...macam dah tk do orang baru atau muda YANG pandai dalam longgeng ni yang sokong umno ..
klu UNDI KEK DACING BNYAK PANGKAH BULAN THN NI..KMPUNG NI JADI KAMPUNG BULAN..LAMBANG BARISAN, DACING PUN MSTI HILANG PUNYO SKALI,DH TUKAR GAMBAR BULAN,,TENGOK JO NANTI..4HB4 BUBAR...5HB5 UNDI..8MALAM BULAN MUNCULLLLL..TAK CAYO TANYO DONGAN TUKANG TILIK NAJIB..
April 16, 2013 at 4:23 PM

Anonymous said...
Dato Samad berzina, bercorai dengan bini, tembak pistol dalam rumah pun boleh jadi calon???

Osah bingai eih Mad Hasan dan Najib!!!

Suruh Samad bersumpah nafikan bondo ni dio x buek!!! ADA BERANI?
April 16, 2013 at 5:17 PM

Anonymous said...
den tak tahu lah < macam mano yati dapat jadi calun ingat orang pilah boleh lupo ko pasal dia dengan pemamdu dia dulu......<.serimenanti pulak orang nak nambak orang di ambil jadi calun hancur < johol pulak orang yang tak aktif umno tok mat kito ambil> den raso tok mat nak bagi pakatan merantah ns>.tok hassan malik pulak kes kodai tak selesai lagi naik makamah . bro % dah tua dah
April 16, 2013 at 5:20 PM

Anonymous said...
Tok Jai buntingkan anak orang kes bolom selosai dapek jadi calon, samo yolah moh Rais skandal Amah Indon
April 16, 2013 at 5:22 PM

Anonymous said...
Najib Penipu!

Calon Pertamo x lopeh SPRM di N9 - Mohammad Hj Hasan, berapo banyak duit N9 dio balun, gubal wang haram.

Manusia dapek di aka2 kan,x semuo dapek kau boli. Tunggulah Keadilan Allah SWT
April 16, 2013 at 5:26 PM

Anonymous said...
apo la yang najib kato donga donyut nadi rakyat nihh... nihhh sumoo bukan calon nadi rakyatt ni... separuh jor yg nadi rakyat... yang lain..sumo calon tak buleh pakai,, tak buleh buek kojo...nak pilihan rayoo baru nampak muko.. balaci balaci mat hasan lak bukan main suko lahh nii.. habehhh laaaa..monang sorak kampung tergadaii laa niiii... den komen ikhlas ni!! tolong la tukar kan calon ni datuk sri najib.. den sayang kan UMNO.. tolonggg laaaa
April 16, 2013 at 5:47 PM

Anonymous said...
Kerusi yang pasti kalah dalam Bahagian Kuala Pilah:
1 - DUN Johol
2 - DUN Pilah
3 - DUN Juasseh
4 - DUN Seri Menanti
5 - Parlimen Kuala Pilah

Semua kerusi kalah atas protes ahli dan penyokong BN memberi Undi pada parti Pembangkang. Gabungan undi protes 5 Dun secara kolektif menyebabkan Parlimen Kuala Pilah menerima kesan.
April 16, 2013 at 6:02 PM

Anonymous said...
Razi kail tu kes dio ngan bini orang dah solosailah agaknya ..bolehlah bertanding lagi ..hehehe
April 16, 2013 at 6:09 PM

Anonymous said...
Hasan Malek dah tua, dah berkodot kodot kulit eih. Apo keperluan kekalkan dio? Berapo lama dio nak hidup lagi? Dio x buek apo pun untuk Dun Juasseh dan Parlimen Kuala Pilah selama 4 penggal!

Cubo nyatakan apo jaso dio kek Pilah ni? Xkan ado sobab dio x buek apo pun! Hasan Malek hanya boleh datang kenduri, ziarah orang meninggal, rasmikan Mesyuarat, makan2.

Togah dek rajin antar gulo anau buek lauk dan kuih2 kampung antar kek Rosmah, merayu menangis hari khamis 11hb di PWTC, Najib pun pilih dio.

Bertuah la orang Pilah macam ni standard eih YB. 50 tahun lagi pun Pilah macam tu jela mundur kebelakang.

Dio makin kayo, orang kanan tukar2 kereta buek harta. Kes bangunan Pejabat Parlimen Kuala Pilah di Mahkamah Tinggi Seremban belum selesai, Dato Hasan Malek buat Surat Akuan Palsu, dapat jugak terpilih. Winnable Candidate
April 16, 2013 at 6:25 PM

Anonymous said...
Ini calon dari MB ko dari NAJIB?
April 16, 2013 at 7:03 PM

Anonymous said...
jom kito buek undi protes biar diraso eh dek mat hasan tinggi rondah langit ni.
April 16, 2013 at 7:08 PM

Anonymous said...
Ini bukan calon transformasi DS Najib oiii...ne pasukan calon blh bagi mati...adoi..yg dah pencen direcycle balik,yg baru bape kerat?shaziman tu jadah apo lotakkn..yati tu?adnan?isyhh3...kok kalah la n9,kompom MB disalahkan..kobar susun org dio..tp ne mcm calon org2 najib je ne..xboto2..GILO!!!
April 16, 2013 at 7:09 PM

Anonymous said...
Kami org daching akan SOKONG BARISAN NASIONAL...TETAPI!!!.. UNTUK KELUAR MENGUNDI,TIDAK SAMA SEKALI...MAAFKAN KAMI...N.9 tu bkn calon kami,tu duri dalam daging..perosak parti..
April 16, 2013 at 7:16 PM

Anonymous said...
DATO' SRI NAJIB MEMPERMAINKAN KRITIRIA CALUN BOLEH MENANG. KENAPA TIDAK LAKUKAN APA YANG DICAKAP ATAU CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

SESIAPA SAJA BOLEH MENGKHIANATI UMNO SEKARANG KERANA AKHIRNYA ANDA MASEH BOLEH JADI CALON PADA PRU 14 AKAN DATANG.JANGAN PERJUDIKAN KESETIAAN KAMI PENGUNDI DACING DARI KAMPONG DACHING UNTUK BARISAN NASIONAL. DATO' SRI NAJIB MASIH PUNYA WAKTU UNTUK MENUKAR CALUN.
April 16, 2013 at 7:24 PM

Anonymous said...
Apo pasal la monantu Pak Lah tu bertanding laie. Tak sodar ko dio tu liabiliti kepada BN. Monang dulu pun mencurigakan. Mulo2 kiro undi dah kalah tapi kiro kali kedua tiba2 monang bosar pulak.
April 16, 2013 at 8:48 PM

Anonymous said...
Den x kiro...yg ponting mat hasan jd mb...yg lain tu pedulikanlah....
April 16, 2013 at 8:49 PM

Anonymous said...
transformasi....ubah.....n09 longgeng akan berubah....ada can la zul jd yb kali ni...
April 16, 2013 at 8:54 PM

Anonymous said...
tahniah n9.
April 16, 2013 at 9:05 PM

Anonymous said...
ini semuo poyo. ini bukan winnable candidate.
ini winCABLE candidates. nampak gayo sapo yang
kuek ikut buntut mad 'bungko' hasan dapeklah.
tok mb poi mano2 asyik koba player n9 bungko yo.
satu laie sapo gajin salam cium tangan dah kompom dapek.
April 16, 2013 at 9:09 PM

Anonymous said...
TIBII - Tolak Insan Bernama Ishak Ismail! Kami belia DUN Lenggeng mahukan orang muda sebagai calon!
April 16, 2013 at 9:11 PM

Anonymous said...
2008 protes xkluar ngundi. Kali ni ramai2 kluar pangkah pembangkang. Biar pucuk pimpinan dengar suara rakyat...
April 16, 2013 at 9:26 PM

Anonymous said...
Tahniah Tok Mat.Dah bleh baca talkin...utk diri sendiri!
April 16, 2013 at 9:29 PM

Anonymous said...
Warga UMNO N.Sembilan.Kita tertipu lagi dan lagi...
April 16, 2013 at 9:34 PM

Anonymous said...
Datuk Najib.. Kami sedih. Tahniah zulkefli omar.. Peluang anda cerah. Lenggeng kepunyaanmu.
April 16, 2013 at 10:00 PM

Anonymous said...
calon parlimen jolobu bini sendiri x dapek jago. asyik nhojo an puteri yo. camno nak jago jolobu?
. waktu jadi setpol rais habis kontrak kelas f baghi kek cino ah wa. konyanh cino tu.
lagi satu apo kes sprm yg buek claim botindih tu?
April 16, 2013 at 10:06 PM

Anonymous said...
Malalaklah komen dan komplain ini dan itu,tapi den rasolah BN akan monang sobab PR lobih toruk.Yang komplain ni pun den raso tak ramai dan kito tak bolih nafikan jugo yang mereka ini mungkin jugo geng PR,jadi batu ronson.
April 16, 2013 at 10:22 PM

Anonymous said...
tgu jo la tesungkur dgn transformasi nih...najib2...
April 16, 2013 at 10:25 PM

Anonymous said...
Kito samo samo tenguk siapo yang tersungkur...tongah tunggu calonx PR lak,DAP tu tak kisahlah sobab kwsn Cino dah faham dah,tapi kwsn Melayu bolom confirm lagi calon PR ni.
April 16, 2013 at 10:49 PM





Komen anda pula bagaimana?

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 16 April 2013

Remaja 13 Tahun Lapor Polis Rakan Rosak Bendera Parti


IPOH: Meskipun usianya terlalu muda, namun sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap keharmonian setempat, mendorong seorang remaja berusia 13 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian merosakkan bendera parti.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata dalam kejadian pada dua hari lepas, pengadu melaporkan kepada polis setelah melihat rakannya yang berusia 17 tahun mematahkan tiga batang bendera parti sebelum membuangnya ke hutan.

Katanya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering pada pukul 11 malam itu, pengadu atas sifat keprihatinan dan tidak rela melihat rakannya mencabut dan membuang bendera parti, bertindak betul dengan melaporkan kepada polis.



"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat dan rakannya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Maszely yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak berkata hingga pukul 12 malam tadi, polis Perak menerima sejumlah 82 laporan polis dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes dibuka kertas siasatan.




"Semalam (Isnin) sahaja kita menerima empat laporan berkaitan khianat dan dua kertas siasatan dibuka," katanya.

Beliau turut menasihatkan calon serta penyokong parti yang bertanding agar tidak terlalu fanatik sehingga cenderung melakukan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Semua pihak diingatkan untuk tidak melakukan provokasi ke atas pihak lawan, tidak membangkitkan isu-isu sensitif seperti isu perkauman dan keagamaan ketika berkempen, tidak merosakkan dan melakukan khianat ke atas harta awam atau pihak lain atau sabotaj bilik gerakan," katanya.

Beliau berkata calon perlu berkempen secara matang serta berhemah dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak mematuhi peraturan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                       


                        

Share:

Janji Ditepati vs Janji Manismu di Jempol


SEREMBAN – Spekulasi sebelum ini yang mengatakan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad akan kembali bertanding kerusi Parlimen Jempol akhirnya menjadi kenyataan, semalam.

Mohd Isa yang menyandang kerusi Dun Bagan Pinang, disahkan bertanding bagi kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini selepas diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, semalam.

Keputusan itu bukan saja menyaksikan Mohd Isa kembali semula ke kerusi sama yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum 2004, malah lebih menarik, beliau akan bertemu dengan penyanyi popular era 90an, Wan Aishah Wan Ariffin, atau Aishah yang bertanding di bawah tiket Pas.



Mohd Isa berkata, pertukaran kerusi beliau daripada Dun Bagan Pinang ke Parlimen Jempol bukanlah sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pun beliau amat rapat dengan masyarakat peneroka di kawasan tersebut.




Menurutnya, dengan tersenarai semula namanya di Parlimen Jempol, memudahkan beliau memberi nafas baru kepada seluruh masyarakat sekitar kawasan itu, terutama peneroka Felda.

“Walaupun saya tidak pasti apa faktor utama kenapa saya dipilih untuk ke Jempol, namun saya yakin pucuk pimpinan lebih mengetahuinya.

"Bagaimanapun, memandangkan Jempol ini terdiri daripada ramai ahli peneroka Felda, tidak mustahil untuk saya mendapat sokongan daripada mereka. Saya yakin seluruh masyarakat Jempol akan memilih Barisan Nasional (BN), sekaligus menyokong saya pada PRU13 ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman dan Penyampaian Watikah di Kediaman Menteri Besar, di sini, hari ini.

Mohd Isa berkata, beliau juga yakin akan dapat membantu merampas kembali Dun Bahau dari pembangkang, sekaligus mengekalkan kerusi di empat Dun bawah Parlimen Jempol seperti Palong, Serting, Jeram Padang dan Bahau.

Pada PRU12 lalu, kerusi Parlimen Jempol dimenangi Datuk Lilah Yassin selepas mengalahkan calon Pas, Siti Meriam Naam (Pas) dengan majoriti besar 12,320 undi.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Calon BN Negeri Sembilan calon recycle


Datuk Seri Najib penah koba an calon BN muko baru 33% peringkat Parlimen manakala 49% peringkat DUN.



Transformasi koba eh. Tompi apo den nengok yang banyak calon lamo tuka tompek baru.

Isa Samad dari Bagan Pinang ke Jompol. Tok Yati masuk balik Pilah. Lilah turun Parlimen poie Dun Palong. Tok Sahak masuk balik Lenggeng. Apo yang baru eh? Agak eh kusi yo baru. Pokok dek kau lah!




PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Isa ke Jempol. Tok Mat dan KJ kekal.



SEREMBAN 16 April - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang juga penyandang kerusi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim digugurkan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).



Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kembali dicalonkan dan akan bertanding di kerusi Parlimen Jempol. Beliau dijangka menentang penyanyi Aishah yang mewakili Pas.




Manakala Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau manakala Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin turut mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.

Semua nama calon itu diumumkan Mohamad selaku Pengerusi BN negeri, di kediamannya di sini hari ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Senarai rasmi calon BN Negeri Sembilan PRU 13


8 PARLIMEN

P126 Jelebu- Zainuddin Hj Ismail
P127 Jempol- Tan Sri Mohd Isa bin Abd Samad
P128 Seremban-Dato Dr Yaw Chiang Yau
P129 Kuala Pilah-Dato Hasan b Malik
P130 Rasah-En.Teow Eng Kian
P131 Rembau-Khairy Jamaluddin
P132 Telok Kemang- Dato Moghan
P133 Tampin-Dato Sri Shaziman b Abu Mansor



36 DUN

N01 Chennah- En Siow Fu Weng
N02 Pertang- Dato Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui- En Mohd Radzi Md Ali
N04 Klawang- Dato Yunus bin Rahmat
N05 Serting- Dato Shamsul Kahar
N06 Palong- Dato Lilah b Yasin
N07 Jeram Padang- Manikam a/l letchumanan
N08 Bahau- Dr Yee Mi Fao
N09 Lenggeng- Dato Ishak b Ismail
N10 Nilai- En Gan Chi Liau
N11 Lobak- En Titan Ho
N12 Temiang- En Lee Kee Chong
N13 Sikamat- Pn Wan Salawati bt Abdullah
N14 Ampangan-Tn Hj Abu Ubaidah
N15 Juaseh- Dato Md Radzi
N16 Seri Menanti- Dato Abdul Samad Ibrahim
N17 Senaling- Dato Hj Ismail b Lasim
N18 Pilah- Dato Norhayati bt Omar
N19 Johol- Ustaz Md Fadzil Abu Kassim




N20 Labu- Dato Hashim b Rosli
N21 Bukit Kepayang- Pn.Wong Fui Fong
N22 Rahang- Pn.Julia Wong Pek Lim
N23 Mambau- Dato Yow Cok Tai
N24 Senawang- En.David Chung Wei Hei
N25 Paroi- En.Mohd Ghazali Abd Wahid
N26 Chembong- Dato Zaiful Bahari Idris
N27 Rantau- Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hassan (Mb)
N28 Kota- Dato Dr Said Awaluddin
N29 Chuah- Dato Sri Dr Lim Chi Fui
N30 Lukut- En.Vincent Yong
N31 Bagan Pinang- Tn Hj Khairuddin Tun Abu Bakar
N32 Linggi- En.Abdul Rahman b Redza
N33 Port Dickson- Dr Tanaletchmy
N34 Gemas-En.Abdul Razak b Said
N35 Gemencheh-En.Mohd Isham b Nizar
N36 Repah-En.Yap Siong Fook


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Senarai Muktamad Calon BN N9 PRU13


Tetibo panehmiang@ymail.com sojak jam 5 potang tadi ponuh ngan email pembaco yang betanyo pasal calon BN N9 untuk PRU13. Antaro soalan email pembaco;

"Paneh, botul ko Rais Yatim tarik diri bagi laluan kek Haji Jai bertanding Parlimen Jolobu?"

"Wey..den dongar Salwati calon Ampangan. Nak bunuh kito ko Dato' Najib ni. Boto ko poik? Peluru dah ready ni. Payah nak dapat Ampangan semulo ni."

"Den dongar YB Lilah, Zainal, Adnan, Samad, Hasim Rusdi antaro namo yang gugur. Mintak tolong Paneh Miang confirmkan betul ke tidak.."

"Salam bro. Aku dengar bekas tentera calon BN DUN Paroi lawan Taufek. Minta pencerahan."

"Isa Samad bertanding lagi tak?"

"Apahal MB tangguh pengumuman calon BN N9 lak bro? Kata 5 petang ni umum. Orang dah berkumpul disuruh balik plak."

Banyak lagi email, ado dekat 30, termasuk inbox FB. Tak payah la copy semua.

Kami nak jawab camni yolah, buek apo nak ghisau bonar pasal calon BN Negeri Sembilan ni? Dah umum calon sok, kito buek yor kojo memasing. Sapo pun calon, yang ponting BN monang di N9.



Soal MB lambat umum ko, MB nak pujuk YB-YB yang gugur ko, ado bargaining process ko, itu biar Mohamad Hasan sendiri setel. Kito takyah poning palo mikir. Sampai maso ey, kito buek kojo untuk pastikan Negeri Sembilan terus jadi kubu kuat Barisan Nasional PRU13.




Apa yang pasti, BN akan menampilkan 33 peratus muka baru untuk kerusi Parlimen dan 49 peratus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU13, umum Najib Razak hari ini.

Dan pemimpin UMNO yang tidak terpilih sebagai calon pada PRU13 kali ni, jangan cuba mengkhianati parti, sebaliknya terima keputusan dengan hati terbuka.

Paling lewat pun jam 10 pagi ni (10/4/13) Mohamad Hasan akan umum calon BN N9. Sobar yolah...

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 15 April 2013

Umno nafi edar video seks, mahu saman Harakahdaily


Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily menuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa  Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.



"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdailly, hari ini.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi."

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.




Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

Laporan Bernama kelmarin memetik Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek Jumaat lalu, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Sultan Bulu Tiram: 400 lagi askar Sulu tiba di Sabah

MANILA - Lebih 400 pejuang sukarela pengikut Kiram dikatakan tiba di Lahad Datu, Sabah bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya bersenjata tiba di pantai timur Sabah melalui dua kumpulan berlainan di antara 30 Mac dan 5 April lalu.



“Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia,” katanya dipetik Philipine Headline News.




Sehingga kini Agbimuddin Kiram menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share: