yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 31 August 2016

Punca Rahsia Resipi Ayam KFC Terbongkar Amat Mengezutkan. Jom Salin Resepi Disini...



CHICAGO – Sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia mungkin tanpa sengaja menemui campuran rempah yang digunakan untuk memasak ayam di restoran terkenal Kentucky Fried Chicken (KFC).

Satu bahan penting resipi, menurut Chicago Tribune ialah lada putih – sama jenis dengan lada biasa, tetapi tanpa kulit gelapnya dan dikatakan agak berbau harum, lapor agensi berita antarabangsa AFP memetik akhbar tempatan tersebut.

Harian itu turut mengerahkan seorang wartawan menulis rencana mengenai Corbin, Kentucky – sebuah desa kecil iaitu tempat ayam KFC yang pertama dihidangkan lebih 75 tahun lalu, dan kampung halaman pengasas KFC, Harland Sanders.

Di sana, beliau berjaya menemui anak saudara Sanders yang berusia 67 tahun, Joe Ledington yang masih tinggal di kawasan itu. Meneliti buku sejarah keluarga, Ledington menjumpai satu resipi ditulis tangan, menurut laporan Chicago Tribune.

“Itulah 11 herba dan rempah asli yang sepatutnya menjadi satu rahsia,” Ledington memberitahu wartawan itu, walaupun beliau nampak kurang yakin mengenai keaslian resipi tersebut ketika diwawancara secara eksklusif menerusi telefon.

Jurucakap ibu pejabat KFC di Louisville, Kentucky bagaimanapun menegaskan bahawa resipinya masih lagi selamat dirahsiakan dan belum pernah didedahkan kepada sesiapa pun waima dibocorkan daripada ahli keluarga Sanders sendiri.

“Ramai orang buat dakwaan ini setakat ini dan tiada yang tepat – ini juga sama,” menurut KFC dalam satu kenyataan. Malah KFC mendakwa, resipi itu disimpan selamat dalam sebuah peti kebal dan dipindahkan dalam kenderaan berperisai.

Sungguhpun demikian, banyak resipi konon KFC sudah lama disebarkan secara online yang mendakwa sudah menyalin resepi ayam goreng terkenal restoran tersebut. Berita berkenaan turut menarik perhatian pelbagai media AS yang lain.

Namun, sebuah agensi berita di Louisville, melaporkan ibu pejabat korporat KFC yang menyelia operasi restoran popular berkenaan di lebih 18,000 lokasi serata dunia – turut meragui kesahihan laporan Chicago Tribune.

“Terlalu banyak paprika,” kata seorang wartawan Courier-Journal yang enggan dikenali merujuk sejenis lada yang lazim dijadikan serbuk pedas sambil menambah: “Saya menyokong KFC dalam perkara ini.”

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment