yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday, 19 April 2013

Wanita dibicara kerana potong kolopir suami


LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 50 tahun, Catherine Kieu Becker memotong kemaluan suaminya dengan sebilah pisau kerana diselubungi perasaan marah selepas menyangka mangsanya itu mempunyai kekasih lain.

Menurut peguam wanita itu, Frank Bittar, Catherine mengalami trauma sepanjang hayatnya selepas dia hidup semasa negara kelahirannya, Vietnam dilanda peperangan.

Bittar dalam hujahnya di sebuah mahkamah semasa perbicaraan kes itu berlangsung berkata, wanita itu juga pernah dirogol oleh seorang abang kandungnya semasa dia berusia enam tahun.



Selepas berpindah ke California dan berkahwin buat kali pertama pada tahun 1984, dia kemudian bercerai pada tahun 1997.

"Dia (Catherine) tidak cemburu, bukannya zalim dan seorang janda yang jahat," kata Bittar semasa berhujah pada hari pertama perbicaraan kelmarin di Santa Ana, California.

Wanita tersebut kemudian berkahwin buat kali kedua pada Disember 2009.

Menurut peguam tersebut, suaminya itu merupakan seorang pelaku seks yang terlalu aktif sehingga dia menggunakan ubat mati pucuk dan memaksa Catherine melakukan hubungan seks yang menyakitkan.

Bittar berkata, dalam pemikiran wanita tersebut, dia melakukan perbuatan itu kerana hendak menghentikan tindakan suaminya.

Kemaluan yang telah dipotong itu kemudian dibuang ke dalam mesin pelupusan sampah.

Jika disabitkan kesalahan, Catherine akan dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan perbuatan itu.

Dia dituduh membubuh ubat tidur dalam makanan malam suaminya yang berusia 60 tahun sebelum mengikat dan memotong kemaluannya di rumah mereka di Garden Grove, timur laut Los Angeles pada tahun 2011.




Bagaimanapun, pendakwa raya John Christl berhujah, kes itu adalah tentang seorang suami yang mahu menceraikan isterinya.

Menurut Christl, Catherine enggan menerima perceraian itu menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suami wanita itu yang turut memberi keterangan memberitahu, dia tidak akan memperoleh semula kehidupan seperti lelaki normal lain.

Menurutnya, proses pemulihannya tidak akan berakhir walaupun dia telah menjalani pembedahan selepas kemaluannya dipotong.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

10 bakal berdepan hukuman mati


TUMPAT - Seramai 10 lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah hingga mengakibatkan kematian mangsa 6 April lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Nashri Ismail, 23, Mohd. Khairil Azwahar Izani, 17, Wan Mohamad Faizul Wan Marizam, 22, Nik Shahrul Ashadi Zulkifli, 32, dan Abdullah Fahmi, 26.



Selain itu, Rosmadi Mat Daud, 39, Wan Fauzi Wan Abdullah, Mohd Rafiq Md Arifin, 20, Muhammad Syazwan Aiman Jabanun Aladdin, 20 dan Muhammad Hizami Abd Rahim, 28, turut didakwa atas kesalahan sama.






Mereka didakwa memukul Mohd. Alias Ibrahim, 27, di bilik B1, Pondok Darul Naim, Pusat Pemulihan Dadah Tradisional, Kampung Lambor di sini pada pukul 7.30 petang, 6 April lalu mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 18 April 2013

Gambar Terkini Datuk K Selepas Kemalangan


Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya di New Zealand pada Disember lalu, semalam suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai selepas insiden terbabit.

Datuk Khalid atau lebih mesra dengan gelaran Datuk K hadir menemani isterinya pada satu majlis di Putrajaya semalam dengan memakai alat sokongan leher serta kelihatan ceria sepanjang majlis itu berlangsung.



Bercakap kepada MalaysianDigest, Datuk Siti menjelaskan, “Alhamdulillah, suami semakin pulih.

Dah berjalan dan hari ni (semalam) dia nak ikut saya ke sini. Dia pun dah mula bekerja sejak dua minggu lepas. Dia dah mula buat rutin harian dan dah kembali pergi gim”.




Diharapkan tahap kesihatan Datuk K akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Penduduk Palong bersuara 'Kami bantah pencalonan Datuk Lilah'


JEMPOL - “Kami bantah pencalonan Datuk Lilah,” demikian antara dilaungkan lebih 200 warga Felda Dun Palong yang membantah pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi kerusi Dun Palong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Bantahan aman selama satu jam di padang awam Felda Palong 11 ini turut menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka menerusi sepanduk bertulis ‘Pulang hak kami’, ‘jangan khianati kami’ dan ‘Datuk Lilah perampas’.

Ketua Penerangan Umno cawangan Felda Palong 13, Ab Hamid Talib berkata, penduduk di situ mahu calon Dun Palong terdiri daripada warga Felda, sama ada di kalangan peneroka, penerokawati atau generasi kedua Felda.



“Kita tidak benci Datuk Lilah, malahan sebelum ini pun kita sentiasa sokong beliau. Kami hanya mahu calon warga Felda sendiri, itu sahaja.

“Lagipun sudah menjadi tradisi Adun Palong sebelum ini merupakan orang tempatan iaitu warga Felda sendiri. Bagaimanapun, kita tidak akan sabotaj parti dan akan sentiasa menyokong BN dalam PRU ini.

“Jika calon ini tidak ditukar, maka kita terpaksa jugalah terima, tetapi orang lain (penduduk) saya tidak tahulah bagaimana pilihan mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, seorang anak peneroka, Mohd Rafi Mezali, 36, berkata, sebagai mewakili generasi kedua Felda, dia sebulat suara menolak pencalonan Lilah.





“Pengundi yang menentukan hala tuju Dun Palong, jadi kami mahu suara ini didengar, kami mahu calon daripada anak tempatan, bukannya individu luar,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Palong Lapan, Zailani Ramli, 45, merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Jempol berkata, tidak mungkin tiada calon yang berwibawa untuk mewakili 16,000 pengundi Dun Palong.

“Ketandusan calonkah kita? Pada pendapat saya, kita tidak ketandusan kerana pemimpin bersilih ganti malahan tidak perlu calon luar yang menjadi wakil Dun Palong,” katanya.

Dalam pada itu juga, beberapa peserta bantahan turut bertindak menurunkan bendera BN di sekitar Felda Palong 11, di sini.

Lilah diumumkan bertanding di Dun Palong pada PRU13 setelah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal bertanding di kerusi Parlimen yang disandangnya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Elaun balik ngundi takde - SPR


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.

Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.





"Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

"Janji Manismu" sudah ready lawan "Janji ditepati" di Jempol


SEREMBAN – Calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Arifin menolak spekulasi yang mendakwa beliau akan menarik diri berikutan tidak sanggup berdepan dengan cabaran dalam dunia politik.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, beliau memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan.

“Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut.



“Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran  mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya.






Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu.

“Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka.

“Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Gambar Mesra & Romantik Ustaz Don Dengan Isteri Di Mesir


Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini.

Beliau yang popular dalam rancangan ’30 Minit Ustaz Don’ melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna.













“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.





Sumber



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!


Pelakon Nora Danish mengatakan dia berasa sedikit terkejut apabila pertama kali mendengar nama anak Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada Isnin lalu.



Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Nora berkata, “Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli.

“Apapun, kita harap yang terbaik buat semua,” kata aktres yang popular dengan sitkom Puteri ini.




Baguslah begitu, diharapkan hubungan baik Nora dan Fasha kekal buat selamanya dan semoga kedua-dua anak mereka membesar dengan baik, bijak serta sihat tubuh badan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Empat Bekas Anggota DAP Umum Tanding Calon Bebas Di Negeri Sembilan


SEREMBAN: Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez pada Khamis mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Fernandez berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenangi beliau pada PRU lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.

"Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuat kuasa Rabu," katanya pada sidang media di sini Khamis.



Katanya, tiga lagi bekas anggota DAP yang mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka adalah bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Emas S. Vijayan yang akan bertanding di DUN Bukit Kepayang, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Nilai Perdana S. Rajasheger (Nilai) dan anggota DAP Rantau R. Sasikumar (Temiang).




Fernandez berkata, tindakan keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas itu diambil kerana merasakan DAP tidak lagi parti berbilang kaum dan meminggirkan kaum India apabila ramai pemimpin India dalam parti itu tidak dinamakan sebagai calon untuk PRU ini.

Katanya, ia juga bagi memberi tekanan terhadap DAP yang menguasai kerusi Parlimen Seremban dan beberapa DUN di bawahnya dan berharap pengundi dapat memilih pemimpin yang tepat.

Parlimen Seremban mempunyai enam DUN dan pada PRU lalu, DAP memenangi tiga daripadanya iaitu Nilai, Lobak dan Temiang sementara PKR dua (Sikamat dan Ampangan), manakala BN hanya memiliki Lenggeng.

Turut bersama Fernandez dan rakan-rakannya untuk bertanding sebagai calon bebas di negeri ini ialah dua lagi iaitu peguam S. Karthigesan yang akan bertanding di kerusi DUN Senawang dan ahli perniagaan S. Daniel di Port Dickson.

Kesemua mereka telah mengambil dan mengisi borang pencalonan untuk PRU13 pada Khamis.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

(VIDEO) ‘Bodo, bodo…ulamak bodo, bodo, bodo…ulamak bodo’


Kasihan kami lihat Pak Syeikh ini berceramah. Nak tergelak pun ada, nak tegur, serban besar pada kepala lutut, tapi itulah yang terjadi dan video di bawah tidak disunting atau di super imposekan.

Puncanya, ceramah UMNO sedang berlangsung berhampiran dengan tempat ceramah beliau. Kata-kata beliau yang juga dikatakan sebagai ulama pondok Tuan Guru Abdullah Samah di Batu Lintang itu amat kesat dan keterlaluan.



Beliau juga kelihatan seperti hilang arah tujuan dan tenggelam punca dengan ceramah yang berlangsung bersebelahan dengan tempatnya.

Sepatutnya beliau meneruskan ceramah tanpa pedulikan apa yang disampaikan oleh seterunya, tapi ‘marah’ punya pasal, habis lari tajuk dan mood nak berceramah, alih-alih dimaki hamunnya orang di sebelah.





Penyokong-penyokongnya hanya mampu ketawa melihat keletah manusia yang bergelar ulama ini..

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Gambar Seksi Nad Zainal Pakai Kostum Catwoman

Wahhh, nampaknya Malaysia pun sudah ada “Catwoman” sendiri.

Anda masih ingat Nad Zainal? Pelakon wanita berusia 22 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama “Bukan Bidadari” ini telah memuat-naik beberapa keping foto dirinya memakai kostum “Catwoman” ke laman Facebook.










Nad yang kini sedang meningkat naik didalam industri hiburan turut dilihat memakai topeng watak kartun Hollywood tersebut sambil memegang cemeti. Seksi uols!

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Polis Terima Tujuh Laporan Khianat Berkaitan PRU13 Di Negeri Sembilan


SEREMBAN, 17 April - Polis sehingga kini menerima tujuh laporan berhubung perbuatan khianat yang dilakukan terhadap poster dan bendera pelbagai parti politik di negeri ini menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Jurucakap media bagi PRU13 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri Superintenden Muhamad Hanifah Abdul Malek berkata antara perbuatan khianat itu adalah membakar dan mengoyak bendera serta melempar cat ke atas poster parti politik.



"Sejak 9 April lepas, ada tujuh laporan kes khianat diterima polis dan antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Pilah, Jelebu, Port Dickson dan Nilai.

"Bagaimanapun, setakat ini, belum ada tangkapan dan polis sedang melakukan pemantauan di semua kawasan," katanya pada sidang akhbar di IPPK Rabu.

Beliau berkata mereka yang ditangkap melakukan perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.




Muhamad Hanifah berkata semua penyelia atau ketua jentera parti politik pada PRU kali ini diminta memantau pergerakan anggota mereka agar tiada yang terlibat dalam perbuatan khianat itu.

"Anggota jentera parti politik juga dinasihat untuk menjaga keselamatan diri masing-masing agar tidak membahayakan diri ketika melakukan pemasangan bendera dan poster parti mereka," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 17 April 2013

AIR KENCING PUNCA SIKSA KUBUR!


Bacalah Sejenak Artikel Ini, kerana artikel ini adalah sebuah nasihat untuk kita semua.

Wahai Saudaraku Se-Iman Dan Se-Islam..

Hati-hatilah dalam membuang air kecil, kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.

Rasulullah saw menasihati kita.

Bersabda rasulullah saw : ”Hati-Hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya”.



Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dengan cara berdiri.

Saya sendiri pernah melihat teman saya yang membuang air kecil dengan cara berdiri, kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,

Lalu saya bertanya kepadanya :

”Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil, dan allah swt melaknat orang yang kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana.

Iya menjawab :

hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi…

Inilah jawaban temanku itu.

Astaghfirullah, ­Sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.

Air seni yang terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima allah swt.

”Allah swt tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).

Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.




Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahwa kebersihan itu sebagian dari iman. Sebuah pesan (Nasihat) untuk terkasih. Dari kekasih untuk yang terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari allah, dan perkataan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dalam menuntut ilmu agamanya Allah swt..

Subhanallah Wabihamdih Subhanakallah humma Wabihamdika Asyhadualla Ilaa Hailla Anta Wa’astaghfiruka ­ Wa’atubu ilaik

JIKA BERMANFAAT, SILA SEBARKAN WALAUPUN SATU AYAT!

Sabda Rasulullah SAW ;

“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”(HR. Muslim)

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Ziana Zain Pesan Mohd Mentor Supaya Memilih Kawan


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2013: Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akui prihatin terhadap bekas protegenya di dalam program Mentror 4, Mohd yang dituduh merogol bekas finalis Mentor 6, Zatul awal Februari lalu.

Pun begitu, Ziana Zain berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi nasihat dan motivasi kepada anak didiknya itu.

"Masa dengar berita itu, saya risau dan jadi kasihan.



"Memang agak terkejut dan saya rasa dia mesti sudah 'terkena'.

"Namun saya tidak boleh seratus peratus mempercayai sebelah pihak sahaja, sebaliknya turut menunggu keputusan mahkamah selepas perbicaraan diadakan nanti.

"InsyaAllah saya akan cuba membantunya dari segi nasihat dan motivasi supaya dia dapat membuat keputusan yang sewajarnya," katanya selepas pelancaran sebagai duta kepada Safi Rania Diamond di Hotel Empire, kelmarin.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah direman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Laporan akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.




Ziana Zain memberitahu, kes begitu tidak akan terjadi kepada Mohd Mentor jika dia mendengar nasihatnya yang sudah beberapa kali berpesan supaya bijak memilih kawan.

"Sebenarnya, sejak awal lagi saya sudah menasihatkannya di dalam industri dia perlu memilih kawan untuk bersama.

"Saya pernah kata bidang ini memang luarannya nampak cantik, tetapi laluannya kiri kanan terlalu banyak buruknya. Jadi perlu berhati-hati.

"Sebab itu, saya sendiri akan keluar dan bersama pengurus dan keluaga sahaja.

"Bukannya saya sombong, tetapi mereka adalah orang yang benar-benar kenal saya sebelum saya berada di dalam industri ini.

"Saya tetap ada kawan tetapi kawan saya terdiri daripada bekas rakan sekelas saya di sekolah dahulu sahaja kerana mereka benar-benar kawan saya sebelum saya menjadi penyanyi,"jelasnya lagi.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin


PORT DICKSON – Sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda milik seorang imam di sebuah masjid di sini, lesap ketika beliau sedang mengimamkan solat Maghrib dan bacaan Yasin, malam Khamis lalu.

Imam 1 Masjid Jamek Pasir Panjang, Muhamad Noh Othman, 71, berkata, seperti kebiasaannya, dia akan datang sekitar 20 minit awal sebelum masuk waktu.

Menurutnya, beliau tiba di masjid sekitar jam 7 malam dan meletakkan motosikal berhampiran tangga yang menjadi laluan utama jemaah.





"Selepas itu, saya meletakkan kunci motosikal di salah satu tiang masjid yang mana jemaah lain turut meletakkan kunci kenderaan mereka.

"Ketika itu, ada dua hingga tiga kunci kenderaan jemaah diletakkan di situ dan kira-kira 10 jemaah melibatkan kariah di sini berada dalam masjid,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.





Muhamad Noh berkata, selepas mengimamkan solat maghrib dan mengetuai bacaan Yasin, beliau tergerak hati untuk melihat kunci motosikal dan mendapatinya tiada.

“Saya terus keluar dan terkejut apabila motosikal turut hilang. Ketika itu, saya hanya bersangka baik mungkin ada orang yang meminjam motosikal itu.

“Kemudian saya kembali masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat Isyak. Selepas itu, beberapa jemaah membantu saya mencari motosikal di sekitar masjid dan ternyata ia memang hilang,” katanya.

Katanya, motosikal itu adalah pemberian anak-anaknya kira-kira setahun lalu.

“Sebelum ini, kawasan masjid tidak pernah berhadapan dengan sebarang kejadian kecurian sama ada tabung masjid, harta benda dan sebagainya.

“Ini adalah kali pertama dan amat berharap ia adalah kali terakhir. Masjid adalah sebuah rumah ibadah yang menyatukan ummah, jangan sesekali membawa anasir buruk ke sini,” katanya.

Muhamad Noh kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pasir Panjang.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Video Ibu Dera Anak Di Khalayak Ramai


Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang..

Tergamaknya seorang ibu menarik-menarik rambut serta memukul anaknya yang masih kecil di khalayak umum.



Mungkin ibunya marah kerana anaknya tidak mahu menjamah makanan yang disediakan untuk anaknya itu.




Tetapi itu tidak memberi lesen kepada si ibu tadi untuk memukul anaknya sedemikian rupa.

Sedangkan binatang pun sayangkan anak..

Penulis ingin memberikan pesanan buat penulis juga dan pembaca Mynewshub di luar sana, cubalah terapkan kembali nilai kemanusian serta berkasih sayang dalam diri kita yang semakin pudar sejak kebelakangan ini dan sematkan ia dalam kehidupan sehari-harian kita.





InsyaAllah dengan sifat serta nilai-nilai murni yang diterapkan itu, perkara seperti dalam video ini tidak mungkin akan berlaku lagi.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

‘Banner’ Perkahwinan Inspirasi PRU13

Nampaknya ada pihak yang sebegitu kreatif serta bijak mengambil peluang di sebalik bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang bakal diadakan pada 5 Mei depan.

Pasangan pengantin baru ini nampaknya tertarik dengan kain rentang yang kreatif ini lantas diaplikasikan pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 13 dan 15 April yang lalu.



Kain rentang yang diberi nama Manifesto Cinta itu nyata menarik tumpuan hadirin yang hadir pada majlis bahagia kedua pengantin baru itu.

Semalam, Mynewshub memaparkan berita pelbagai rekaan poster menarik yang direka khas sempena pilihan raya ini dan antara rekaan yang menonjol ialah meriam, roket dan kapal selam.




Kreatif-kreatif sungguh orang Malaysia ni kan..

Selepas ini apa lagi ciptaan berasaskan bahang PRU13 ini pula ya?

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Calon BN N9 PRU-13 - Apa kata mereka...


Sejak diumumkan semalam (Selasa) senarai calon BN 'MUKTAMAD' bak kata Najib, banyak juga komen dan feedback yang kami dapat di sini dan di sinun. Walaupun Najib pernah quote, "akan mendengar denyut nadi rakyat" dan "lebih risau rakyat marah berbanding orang UMNO yang marah"; TETAPI apabila senarai calon diumumkan terutama di Negeri Sembilan, ternyata denyut nadi Warlord UMNO lebih 'power' daripada denyut nadi akar umbi dan rakyat marhaen. Walaupun senarai calon BN untuk PRU-13 ada pro dan kontra, meh kito baco dulu beberapa komen akar umbi yang kami copy di bawah;

Anonymous said...
Bilo N9 kalah Pembangkang dapek bentuk Kerajaan N9 PRU 13, Mad Hasan salahkan Warlords Sabotaj dio.

Calon dio pilih, ikut suko kehondak dio, result bsk tuding jari salahkan Sahak, salahkan Isa, salahkan Rais, salahkan Shaziman.

Osah pandir eih DS Najib setuju dengan calon2 BN N9(UMNO)pilihan Mad Hasan untuk PRU 13 ni.

UMNO N9 ni Hasan yang punyo.....

Blackman said...
Tak banyak perubahan pun... samo macam dulu2 yo. Tak menugheh langsung.
April 16, 2013 at 1:17 PM

Anonymous said...
kalau cam ni punnyo calon bn n9.....menuju kehancuran
April 16, 2013 at 1:30 PM

Anonymous said...
org ado skandal pun jadi calon...ayyooo..bg peluru kek pembangkang la ni..
April 16, 2013 at 2:28 PM

Anonymous said...
calon dari langit..mampusla...pdm johol tutupla jawab eh..apo la mb..
April 16, 2013 at 2:31 PM

fakirabdillah said...
Saya setuju dgn dua komen diatas...nampaknya pimpinan UMNO tidak tahu apa yang berlaku diperingkat bawah . Tetapi kita semua TERPAKSA bekerja juga demi agama bangsa dan negara disebabkan perjuanagan Pakatan Rakyat yang tidak seiring dengan perjuangan Islam dan Melayu. Jika lah Anuar Brahim berjuangan atas landasan yang sama dgn UMNO sudah lama UMNO LINGKUP...

Sehingga hari ini Saziman Mansur belum lagi nampak batang hidungnya buat kerja di Gemas ..Hisham adalah KRONI Kewangan dia..budak mentah yg tak ada langsung cinta bangsa dan cinta agama...

Kalau bukan kerana mengetahui akan Niat buruk Anuar Brahim dan DAP saya rasa nak bertanding BEBAS je..

Inilah perjuangan paling PAHIT dalam sejarah politik saya ..bagaikan ditelan mati emak diluah mati ayah..UMNO jika tidak mahu berubah akan lingkup sebelum PRU 14 ini..kita para blogger ..di N9 ini bukannya ramai spt PANEHMIANG bertahun tahun berjuang tanpa tahu letih dan takut..inilah hasilnya..what to do bro ,,keep on fighting...Muga Allah memberi kemenangan pada UMNO dan BN...
April 16, 2013 at 2:35 PM

New Malay - Malay Supreme said...
Apasal Shaziman ada lagi ni. Dahla Menteri paling teruk dan tak toong melayu. Mcmana nak menang ni BN kalau calon mcm ini masih ada
April 16, 2013 at 2:53 PM

Anonymous said...
Zul kulum bertanding di Shah Alam?..celaka punya Umno harbi..kami AJK Umno shah alam berusaha selama 4 tahun cuba mendekati penduduk shah alam..tp Najib celaka turunkan katak lompat Zul Kulum..kami AJK umno harbi kawasan S.Alam berikrar akan sabotaj calon UMNo harbi yg dipilih Najib..jangan harap Zul Kulum nak menang..
April 16, 2013 at 3:09 PM

Anonymous said...
Bukan sonang nak puaskan hati sumo orang,mencari kelemahan sasorang adalah sonang,den,kalau dapat nak bini den jadi calon tapi olih sobab den sendiri tak dapat lihat kelomahan dio tapi oranmg lain dapat,dio tak jadi calon..macam itu lah susahnyo bagi orang yg dipertanggungjawab untuk memilih calon.Cakaplah apo yang kau orang suko,kalau satu kumpulan ni tak suko,masih ado kumpulan lain yang sokong.Kito pun mesti ambik kiro pihak sobalah sano tu,tunggang langgang jugo dengan masaalah calon,dio orang pun ado kelumpok nak sabotataj calon mereka sendiri berpunca dari macam yg kito hadapi,samo ajo kan.Nasihat den gunokanlah pemikiran yang waras bilo mengundi,jangan terlalu emosi,jika tersalah pilih jangkamasa 5 tahun untuk menunggu dengan penoh penyesalan akan menghantui kito.Fikirlah sendiri.Salam
April 16, 2013 at 3:29 PM

Anonymous said...
Memang colourful calon2 bn ..banyak boto modal pembangkang maso kempen ..calon kono cokup berjubo ..rasuah kuek ..tembak orang ..segalo yg ado ..baguslah tu ..sesamolah susah kito idup sok bawah pembangkang ..hehehe ..puehlah hati amat hassan ..mb kito dan bokeh penyokong dap tegar ..

Anonymous said...
3.51,
Biar botul,jangan pandai cakap kato dongar orang ajo.Hj Abu macam tu ko perangai.Kau ingat calon yg disenarai ni ado skandal ajo ko,kau bolum tengok lawan dio orang besok.Tuding satu jari kek orang,tigo jari tuding kek kau.
April 16, 2013 at 4:06 PM

Anonymous said...
kek n.sombilan ni ado kmpung namo eh kampung dacing..dah lamo dah ado sblum barisan pakai lambang ae..salamo plhanrayo, undi kg ni bnyak monangkan calon dlm dun longgeng ni..dongar cito ramai yang marah sobab tok sahak jadi calon balik...macam dah tk do orang baru atau muda YANG pandai dalam longgeng ni yang sokong umno ..
klu UNDI KEK DACING BNYAK PANGKAH BULAN THN NI..KMPUNG NI JADI KAMPUNG BULAN..LAMBANG BARISAN, DACING PUN MSTI HILANG PUNYO SKALI,DH TUKAR GAMBAR BULAN,,TENGOK JO NANTI..4HB4 BUBAR...5HB5 UNDI..8MALAM BULAN MUNCULLLLL..TAK CAYO TANYO DONGAN TUKANG TILIK NAJIB..
April 16, 2013 at 4:23 PM

Anonymous said...
Dato Samad berzina, bercorai dengan bini, tembak pistol dalam rumah pun boleh jadi calon???

Osah bingai eih Mad Hasan dan Najib!!!

Suruh Samad bersumpah nafikan bondo ni dio x buek!!! ADA BERANI?
April 16, 2013 at 5:17 PM

Anonymous said...
den tak tahu lah < macam mano yati dapat jadi calun ingat orang pilah boleh lupo ko pasal dia dengan pemamdu dia dulu......<.serimenanti pulak orang nak nambak orang di ambil jadi calun hancur < johol pulak orang yang tak aktif umno tok mat kito ambil> den raso tok mat nak bagi pakatan merantah ns>.tok hassan malik pulak kes kodai tak selesai lagi naik makamah . bro % dah tua dah
April 16, 2013 at 5:20 PM

Anonymous said...
Tok Jai buntingkan anak orang kes bolom selosai dapek jadi calon, samo yolah moh Rais skandal Amah Indon
April 16, 2013 at 5:22 PM

Anonymous said...
Najib Penipu!

Calon Pertamo x lopeh SPRM di N9 - Mohammad Hj Hasan, berapo banyak duit N9 dio balun, gubal wang haram.

Manusia dapek di aka2 kan,x semuo dapek kau boli. Tunggulah Keadilan Allah SWT
April 16, 2013 at 5:26 PM

Anonymous said...
apo la yang najib kato donga donyut nadi rakyat nihh... nihhh sumoo bukan calon nadi rakyatt ni... separuh jor yg nadi rakyat... yang lain..sumo calon tak buleh pakai,, tak buleh buek kojo...nak pilihan rayoo baru nampak muko.. balaci balaci mat hasan lak bukan main suko lahh nii.. habehhh laaaa..monang sorak kampung tergadaii laa niiii... den komen ikhlas ni!! tolong la tukar kan calon ni datuk sri najib.. den sayang kan UMNO.. tolonggg laaaa
April 16, 2013 at 5:47 PM

Anonymous said...
Kerusi yang pasti kalah dalam Bahagian Kuala Pilah:
1 - DUN Johol
2 - DUN Pilah
3 - DUN Juasseh
4 - DUN Seri Menanti
5 - Parlimen Kuala Pilah

Semua kerusi kalah atas protes ahli dan penyokong BN memberi Undi pada parti Pembangkang. Gabungan undi protes 5 Dun secara kolektif menyebabkan Parlimen Kuala Pilah menerima kesan.
April 16, 2013 at 6:02 PM

Anonymous said...
Razi kail tu kes dio ngan bini orang dah solosailah agaknya ..bolehlah bertanding lagi ..hehehe
April 16, 2013 at 6:09 PM

Anonymous said...
Hasan Malek dah tua, dah berkodot kodot kulit eih. Apo keperluan kekalkan dio? Berapo lama dio nak hidup lagi? Dio x buek apo pun untuk Dun Juasseh dan Parlimen Kuala Pilah selama 4 penggal!

Cubo nyatakan apo jaso dio kek Pilah ni? Xkan ado sobab dio x buek apo pun! Hasan Malek hanya boleh datang kenduri, ziarah orang meninggal, rasmikan Mesyuarat, makan2.

Togah dek rajin antar gulo anau buek lauk dan kuih2 kampung antar kek Rosmah, merayu menangis hari khamis 11hb di PWTC, Najib pun pilih dio.

Bertuah la orang Pilah macam ni standard eih YB. 50 tahun lagi pun Pilah macam tu jela mundur kebelakang.

Dio makin kayo, orang kanan tukar2 kereta buek harta. Kes bangunan Pejabat Parlimen Kuala Pilah di Mahkamah Tinggi Seremban belum selesai, Dato Hasan Malek buat Surat Akuan Palsu, dapat jugak terpilih. Winnable Candidate
April 16, 2013 at 6:25 PM

Anonymous said...
Ini calon dari MB ko dari NAJIB?
April 16, 2013 at 7:03 PM

Anonymous said...
jom kito buek undi protes biar diraso eh dek mat hasan tinggi rondah langit ni.
April 16, 2013 at 7:08 PM

Anonymous said...
Ini bukan calon transformasi DS Najib oiii...ne pasukan calon blh bagi mati...adoi..yg dah pencen direcycle balik,yg baru bape kerat?shaziman tu jadah apo lotakkn..yati tu?adnan?isyhh3...kok kalah la n9,kompom MB disalahkan..kobar susun org dio..tp ne mcm calon org2 najib je ne..xboto2..GILO!!!
April 16, 2013 at 7:09 PM

Anonymous said...
Kami org daching akan SOKONG BARISAN NASIONAL...TETAPI!!!.. UNTUK KELUAR MENGUNDI,TIDAK SAMA SEKALI...MAAFKAN KAMI...N.9 tu bkn calon kami,tu duri dalam daging..perosak parti..
April 16, 2013 at 7:16 PM

Anonymous said...
DATO' SRI NAJIB MEMPERMAINKAN KRITIRIA CALUN BOLEH MENANG. KENAPA TIDAK LAKUKAN APA YANG DICAKAP ATAU CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

SESIAPA SAJA BOLEH MENGKHIANATI UMNO SEKARANG KERANA AKHIRNYA ANDA MASEH BOLEH JADI CALON PADA PRU 14 AKAN DATANG.JANGAN PERJUDIKAN KESETIAAN KAMI PENGUNDI DACING DARI KAMPONG DACHING UNTUK BARISAN NASIONAL. DATO' SRI NAJIB MASIH PUNYA WAKTU UNTUK MENUKAR CALUN.
April 16, 2013 at 7:24 PM

Anonymous said...
Apo pasal la monantu Pak Lah tu bertanding laie. Tak sodar ko dio tu liabiliti kepada BN. Monang dulu pun mencurigakan. Mulo2 kiro undi dah kalah tapi kiro kali kedua tiba2 monang bosar pulak.
April 16, 2013 at 8:48 PM

Anonymous said...
Den x kiro...yg ponting mat hasan jd mb...yg lain tu pedulikanlah....
April 16, 2013 at 8:49 PM

Anonymous said...
transformasi....ubah.....n09 longgeng akan berubah....ada can la zul jd yb kali ni...
April 16, 2013 at 8:54 PM

Anonymous said...
tahniah n9.
April 16, 2013 at 9:05 PM

Anonymous said...
ini semuo poyo. ini bukan winnable candidate.
ini winCABLE candidates. nampak gayo sapo yang
kuek ikut buntut mad 'bungko' hasan dapeklah.
tok mb poi mano2 asyik koba player n9 bungko yo.
satu laie sapo gajin salam cium tangan dah kompom dapek.
April 16, 2013 at 9:09 PM

Anonymous said...
TIBII - Tolak Insan Bernama Ishak Ismail! Kami belia DUN Lenggeng mahukan orang muda sebagai calon!
April 16, 2013 at 9:11 PM

Anonymous said...
2008 protes xkluar ngundi. Kali ni ramai2 kluar pangkah pembangkang. Biar pucuk pimpinan dengar suara rakyat...
April 16, 2013 at 9:26 PM

Anonymous said...
Tahniah Tok Mat.Dah bleh baca talkin...utk diri sendiri!
April 16, 2013 at 9:29 PM

Anonymous said...
Warga UMNO N.Sembilan.Kita tertipu lagi dan lagi...
April 16, 2013 at 9:34 PM

Anonymous said...
Datuk Najib.. Kami sedih. Tahniah zulkefli omar.. Peluang anda cerah. Lenggeng kepunyaanmu.
April 16, 2013 at 10:00 PM

Anonymous said...
calon parlimen jolobu bini sendiri x dapek jago. asyik nhojo an puteri yo. camno nak jago jolobu?
. waktu jadi setpol rais habis kontrak kelas f baghi kek cino ah wa. konyanh cino tu.
lagi satu apo kes sprm yg buek claim botindih tu?
April 16, 2013 at 10:06 PM

Anonymous said...
Malalaklah komen dan komplain ini dan itu,tapi den rasolah BN akan monang sobab PR lobih toruk.Yang komplain ni pun den raso tak ramai dan kito tak bolih nafikan jugo yang mereka ini mungkin jugo geng PR,jadi batu ronson.
April 16, 2013 at 10:22 PM

Anonymous said...
tgu jo la tesungkur dgn transformasi nih...najib2...
April 16, 2013 at 10:25 PM

Anonymous said...
Kito samo samo tenguk siapo yang tersungkur...tongah tunggu calonx PR lak,DAP tu tak kisahlah sobab kwsn Cino dah faham dah,tapi kwsn Melayu bolom confirm lagi calon PR ni.
April 16, 2013 at 10:49 PM





Komen anda pula bagaimana?

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Birkin Hermes untuk kempen pilihanraya


Birkin Hermes merupakan jenama beg tangan kesukaan isteri PM, Rosmah Mansor. Harganya tentulah ratusan ribu ringgit. Pada pilihanraya kali ini, ia tak terlepas menjadi bahan kempen PR.
Peringatan kepada rakyat yang isteri PM yang yang suka bermewah-mewah dengan belasan koleksi Birkin Hermes.





Beberapa anak muda yang begitu kreatif dan bersungguh berjaya menyiapkan satu replika gergasi Birkin Hermes. Walaupun tak sebetul Birkin Hermes tetapi menjadi lambang Birkin Hermes, lambang kemewahan.




Beg tangan gergasi yang seronok untuk dilihat. Kalau boleh minta Datin Rosmah yang rasmikannya. Tentu Datin suka!!

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Cucuran air gagal bunuh bayi

Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.



Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.

Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.




Penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, dia dimaklumkan oleh wanita berusia 30-an itu mengenai penemuan seorang bayi perempuan di dalam lubang tandas dan hampir kelemasan.

Sumber



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Aksi penyamun dirakam CCTV


GOMBAK – Dua penjenayah bersenjatakan parang pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun seorang lelaki telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan kini tersebar di laman sosial Facebook.

Kejadian pukul 8.39 pagi di Selayang Jaya di sini kelmarin berlaku apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang memanaskan enjin kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di luar rumah sebelum ke tempat kerja.



Secara tiba-tiba, dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh mendekati mangsa sebelum salah seorangnya memecahkan tingkap pemandu dengan parang.




Lebih memeranjatkan, kejadian berlaku ketika penduduk di taman perumahan itu sedang sibuk keluar untuk ke tempat kerja. Rakaman CCTV yang dipasang di hadapan rumah mangsa itu berdurasi selama 1.05 minit.

Difahamkan, suspek cuba mencederakan mangsa ketika dia mengarahkan lelaki itu menyerahkan barang-barang berharga seperti dompet, telefon bimbit dan kunci kereta sebelum melarikan diri.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 16 April 2013

Rozita Che Wan Seronok Masak Dengan Zain Saidin


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2013: Pelakon, Rozita Che Wan akui seronok apabila dia dan bakal suaminya, Zain Saidin dapat digandingikan dalam satu program realiti, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua (MasterChef Selebriti 2).

Rozita Che Wan berkata, peluang yang diberikan itu sangat dihargai apabila setiap masa dapat bersama buat hati tersayang.

"Apabila dipilih masuk bersama mula-mula tu, memang ramai rakan-rakan artis suka mengusik kami. Tapi tahan sahaja lah dengan guraun mereka.



"Kami bertanding seperti biasa dan kami jarang diletakkan bersebelahan meja ketika pertandingan walaupun kami merupakan pasangan kekasih.

"Tapi apa-apa pun seronok jugalah bila saya tengah masak dia ada depan mata kerana jadi bersemangat dalam pertandingan ini," katanya kepada murai.com.my

Selain Rozita Che Wan dan Zain Saidi, MasterChef Selebriti 2 juga turut disertai selebriti lain seperti Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang dan Datuk Aznil Nawawi.




Bercakap mengenai pengalaman Rozita Che Wan yang sudahpun memulakan rakaman MasterChef Selebriti 2 itu, dia akui tertekan dalam bab menyediakan sajian dalam cabaran yang diberikan.

"Saya memang suka masuk pertandingan, lebih-lebih lagi pertandingan memasak kerana saya dapat mengasah bakat saya dalam bidang ini.

"Bagaimana terus-terang saya katakan, memang agak tertekan setiap kali membuat rakaman program ini.

"Tekanannya lebih daripada rakaman drama biasa, kerana bayangkan kita akan spontan dan tak sempat untuk berfikir sajian apa kita nak masak dalam waktu singkat yang diberikan.

"Tapi memang seronok, kerana kami tidak berfikir untuk bertanding tetapi lebih kepada untuk bersama kawan-kawan," jelasnya lagi

MasterChef Selebriti 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

VIDEO: Pelajar Perempuan Bergaduh Sampai Nampak ‘Alur’ Buntot Ni Apa Cerita???


HAIRAN betul sikap anak-anak remaja kita sekarang ni yang suka sangat memilih ‘kaedah’ bertumbuk bila berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Seolah-olah otak yang ada itu digunakan di kepala lutut, bukan di tempat yang sepatutnya.



Minggu lalu kita dikejutkan dengan penyebaran video klip para pelajar sekolah kita bertumbuk sesama sendiri.

Kini ada pula sebuah video klip yang menunjukkan para pelajar perempuan kita pula yang bergasak sakan.




Sampai satu peringkat sampai terdedah alur buntot!

Memalukan betul…apatah lagi kejadian tersebut berlaku semasa ayat suci Al-Quran berkumandang di udara.

Entah apa sebablah sampai masing-masing sampai dah macam dirasuk dek hantu!

Tak percaya, tengoklah sendiri…





Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Remaja 13 Tahun Lapor Polis Rakan Rosak Bendera Parti


IPOH: Meskipun usianya terlalu muda, namun sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap keharmonian setempat, mendorong seorang remaja berusia 13 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian merosakkan bendera parti.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata dalam kejadian pada dua hari lepas, pengadu melaporkan kepada polis setelah melihat rakannya yang berusia 17 tahun mematahkan tiga batang bendera parti sebelum membuangnya ke hutan.

Katanya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering pada pukul 11 malam itu, pengadu atas sifat keprihatinan dan tidak rela melihat rakannya mencabut dan membuang bendera parti, bertindak betul dengan melaporkan kepada polis.



"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat dan rakannya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Maszely yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak berkata hingga pukul 12 malam tadi, polis Perak menerima sejumlah 82 laporan polis dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes dibuka kertas siasatan.




"Semalam (Isnin) sahaja kita menerima empat laporan berkaitan khianat dan dua kertas siasatan dibuka," katanya.

Beliau turut menasihatkan calon serta penyokong parti yang bertanding agar tidak terlalu fanatik sehingga cenderung melakukan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Semua pihak diingatkan untuk tidak melakukan provokasi ke atas pihak lawan, tidak membangkitkan isu-isu sensitif seperti isu perkauman dan keagamaan ketika berkempen, tidak merosakkan dan melakukan khianat ke atas harta awam atau pihak lain atau sabotaj bilik gerakan," katanya.

Beliau berkata calon perlu berkempen secara matang serta berhemah dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak mematuhi peraturan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                       


                        

Share: