yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 17 April 2013

Ziana Zain Pesan Mohd Mentor Supaya Memilih Kawan


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2013: Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akui prihatin terhadap bekas protegenya di dalam program Mentror 4, Mohd yang dituduh merogol bekas finalis Mentor 6, Zatul awal Februari lalu.

Pun begitu, Ziana Zain berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi nasihat dan motivasi kepada anak didiknya itu.

"Masa dengar berita itu, saya risau dan jadi kasihan.



"Memang agak terkejut dan saya rasa dia mesti sudah 'terkena'.

"Namun saya tidak boleh seratus peratus mempercayai sebelah pihak sahaja, sebaliknya turut menunggu keputusan mahkamah selepas perbicaraan diadakan nanti.

"InsyaAllah saya akan cuba membantunya dari segi nasihat dan motivasi supaya dia dapat membuat keputusan yang sewajarnya," katanya selepas pelancaran sebagai duta kepada Safi Rania Diamond di Hotel Empire, kelmarin.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah direman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Laporan akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.




Ziana Zain memberitahu, kes begitu tidak akan terjadi kepada Mohd Mentor jika dia mendengar nasihatnya yang sudah beberapa kali berpesan supaya bijak memilih kawan.

"Sebenarnya, sejak awal lagi saya sudah menasihatkannya di dalam industri dia perlu memilih kawan untuk bersama.

"Saya pernah kata bidang ini memang luarannya nampak cantik, tetapi laluannya kiri kanan terlalu banyak buruknya. Jadi perlu berhati-hati.

"Sebab itu, saya sendiri akan keluar dan bersama pengurus dan keluaga sahaja.

"Bukannya saya sombong, tetapi mereka adalah orang yang benar-benar kenal saya sebelum saya berada di dalam industri ini.

"Saya tetap ada kawan tetapi kawan saya terdiri daripada bekas rakan sekelas saya di sekolah dahulu sahaja kerana mereka benar-benar kawan saya sebelum saya menjadi penyanyi,"jelasnya lagi.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment