yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Kosmo. Show all posts
Showing posts with label Kosmo. Show all posts

Friday, 19 April 2013

Wanita dibicara kerana potong kolopir suami


LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 50 tahun, Catherine Kieu Becker memotong kemaluan suaminya dengan sebilah pisau kerana diselubungi perasaan marah selepas menyangka mangsanya itu mempunyai kekasih lain.

Menurut peguam wanita itu, Frank Bittar, Catherine mengalami trauma sepanjang hayatnya selepas dia hidup semasa negara kelahirannya, Vietnam dilanda peperangan.

Bittar dalam hujahnya di sebuah mahkamah semasa perbicaraan kes itu berlangsung berkata, wanita itu juga pernah dirogol oleh seorang abang kandungnya semasa dia berusia enam tahun.



Selepas berpindah ke California dan berkahwin buat kali pertama pada tahun 1984, dia kemudian bercerai pada tahun 1997.

"Dia (Catherine) tidak cemburu, bukannya zalim dan seorang janda yang jahat," kata Bittar semasa berhujah pada hari pertama perbicaraan kelmarin di Santa Ana, California.

Wanita tersebut kemudian berkahwin buat kali kedua pada Disember 2009.

Menurut peguam tersebut, suaminya itu merupakan seorang pelaku seks yang terlalu aktif sehingga dia menggunakan ubat mati pucuk dan memaksa Catherine melakukan hubungan seks yang menyakitkan.

Bittar berkata, dalam pemikiran wanita tersebut, dia melakukan perbuatan itu kerana hendak menghentikan tindakan suaminya.

Kemaluan yang telah dipotong itu kemudian dibuang ke dalam mesin pelupusan sampah.

Jika disabitkan kesalahan, Catherine akan dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan perbuatan itu.

Dia dituduh membubuh ubat tidur dalam makanan malam suaminya yang berusia 60 tahun sebelum mengikat dan memotong kemaluannya di rumah mereka di Garden Grove, timur laut Los Angeles pada tahun 2011.




Bagaimanapun, pendakwa raya John Christl berhujah, kes itu adalah tentang seorang suami yang mahu menceraikan isterinya.

Menurut Christl, Catherine enggan menerima perceraian itu menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suami wanita itu yang turut memberi keterangan memberitahu, dia tidak akan memperoleh semula kehidupan seperti lelaki normal lain.

Menurutnya, proses pemulihannya tidak akan berakhir walaupun dia telah menjalani pembedahan selepas kemaluannya dipotong.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 17 April 2013

Aksi penyamun dirakam CCTV


GOMBAK – Dua penjenayah bersenjatakan parang pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun seorang lelaki telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan kini tersebar di laman sosial Facebook.

Kejadian pukul 8.39 pagi di Selayang Jaya di sini kelmarin berlaku apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang memanaskan enjin kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di luar rumah sebelum ke tempat kerja.



Secara tiba-tiba, dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh mendekati mangsa sebelum salah seorangnya memecahkan tingkap pemandu dengan parang.




Lebih memeranjatkan, kejadian berlaku ketika penduduk di taman perumahan itu sedang sibuk keluar untuk ke tempat kerja. Rakaman CCTV yang dipasang di hadapan rumah mangsa itu berdurasi selama 1.05 minit.

Difahamkan, suspek cuba mencederakan mangsa ketika dia mengarahkan lelaki itu menyerahkan barang-barang berharga seperti dompet, telefon bimbit dan kunci kereta sebelum melarikan diri.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Monday, 15 April 2013

Dua pekerja ladang dibunuh kejam


SIBU - Teka-teki seorang lelaki warga Indonesia mengenai dua rakan senegaranya yang tidak menjawab panggilan telefon terungkai apabila mereka ditemui mati selepas dibunuh dengan kejam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Rantau Panjang di sini Jumaat lalu.

Pemuda berusia 20-an yang pergi ke kawasan penempatan mangsa pada malam Jumaat lalu kemudian menemui kedua-duanya yang berusia 21 dan 27 tahun itu dalam keadaan terburai perut, muka dicincang dan kaki hampir putus.



Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai diserang dengan parang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pemeriksaan mendapati mayat kedua-dua mangsa yang mati ngeri itu berada tidak jauh dari bangsal yang dijadikan penginapan mereka.




"Mangsa yang berusia 21 tahun ditemui dengan perutnya terburai manakala seorang lagi pula mukanya dicincang sementara kakinya pula hampir putus akibat ditetak.

"Kita percaya kedua-dua mangsa tersebut diserang oleh sekumpulan suspek ketika mereka sedang tidur dan maut sewaktu cuba menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Wednesday, 27 March 2013

Pelajar 17 tahun jadi jutawan

LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.

Ia dicipta pada November 2012.



Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.

Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!

“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!




“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”

Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.

Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.

“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.

“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”

D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.”

Sumber                                                  

Share:

Sunday, 24 March 2013

Seorang Lelaki Potong Kolopir Bapa, Diri Sendiri


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan emosi akibat menuntut ilmu agama melalui internet telah memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri di Felda Kerteh 6 Ketengah Jaya, Dungun awal pagi ini.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek berusia 40 tahun telah memasuki bilik ayahnya lalu memotong kemaluan mangsa sebelum memotong kemaluan sendiri.



Kedua-dua mangsa yang masih kritikal kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Sumber: Kosmo

Share: