yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Sampah. Show all posts
Showing posts with label Sampah. Show all posts

Thursday, 6 October 2016

Ceupacs harap kakitangan awam dapat bonus dua bulan kerana prestasi kerja meningkat mendadak

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyediakan inisiatif terutamanya bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, inisiatif itu diharap dapat disediakan dalam peruntukkan Bajet 2017 bagi menjaga kebajikan rakyat

Perkara ini harus dipandang serius memandangkan suasana ekonomi yang begitu mencabar dan ia membebankan golongan seumpama ini.

“Kami (Cuepacs) mahu kerajaan memastikan nasib golongan penjawat awam yang berpendapatan rendah dibela memandangkan kos sara hidup kini semakin tinggi.

“Dengan dua bulan bonus, ia amat relevan pada masa kini dan kita harap ia dapat ditunaikan pada penggal baru 2017," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Warga Lembaga Kemajuan Kemubu (Kada) di Lundang di sini, semalam.‎

Azih berkata, setakat ini pihaknya telah menghantar surat kepada ketua setiausaha perbendaharaan dan usul itu dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan dalam bajet nanti.

“Ini perlu diambil serius memandangkan sehingga kini penjawat awam berpendapatan rendah hanya menerima bantuan RM500 yang sudah pastinya tidak mencukupi ekoran taraf ekonomi yang semakin tinggi.

“Lagipun kerajaan adalah majikan dan sudah semestinya nasib golongan terbabit dapat dibela,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih juga berharap Kerajaan Pusat lebih tegas berhubung isu kemasukan pekerja asing yang secara mudah masuk ke Malaysia.

“Ini ekoran lambakan pekerja asing yang akhirnya akan merugikan negara sendiri apabila mata wang kita senang diperdagangkan oleh pekerja asing dan mengalami krisis ekonomi.

“Sepatutnya kerajaan harus bertindak lebih berani dan perlu ada dasar yang tegas bagi mengurangkan kemasukan pekerja asing dan mengambil tenaga kerja tempatan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Saturday, 24 January 2015

Selebriti Wanita Malaysia Jadi "ESCORT GIRL" VVIP?

Harian Metro hari ini melaporkan yang pihak polis kini sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.

Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.

“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis peneman ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehingga ke perkhidmatan di ranjang.

“Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Sunday, 27 April 2014

TIP HILANG PENAT: Abang askar lepas penat mengajar kawad di rumah urut

PORT DICKSON – Seorang anggota tentera antara tujuh individu yang ditahan polis dalam Operasi Noda yang dijalankan di sekitar Port Dickson dan Lukut, malam kelmarin.

Ketika serbuan, anggota lelaki berusia 31 tahun didapati sedang leka menikmati perkhidmatan seks oral daripada seorang wanita yang bekerja di pusat urut berkenaan yang terletak di Taman Seaview.

Menurut lelaki terbabit, dia datang ke pusat urut itu untuk melepaskan penat selepas melakukan tugas sebagai anggota tentera.

“Siang tadi (kelmarin) saya mengajar murid sekolah berkawad kaki menyebabkan saya penat dan kurang sihat. Sebab itulah saya datang ke sini untuk berurut. Tak sangka pula pusat urut ni diserbu oleh polis. Kalau saya tahu tempat ini salah, saya tak datanglah,” katanya yang mendakwa sudah berkahwin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, dalam operasi berkenaan seramai empat warga asing di tahan dan tiga pelanggan serta dua penjaga premis disoal siasat polis.

“Ops Noda pertama dilakukan pada jam 11 malam di Dataran Segar Lukut mendapati seorang tukang urut wanita warga Thailand berusia 37 tahun sedang mengurut seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

“Di dalam premis itu juga terdapat seorang lagi tukang urut wanita warga Thailand berusia 33 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sebagai penjaga premis,” katanya di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, dalam serbuan kedua pada jam 11.50 malam di Taman Seaview Port Dickson, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun sebagai penjaga premis, dua tukang urut wanita warga Thailand dan dua pelanggan lelaki tempatan masing-masing berusia 31 dan 21 tahun.

“Keempat-empat tukang urut wanita itu di tahan di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/1963 kerana langgar syarat pas lawatan sosial sementara penjaga premis di tahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1956/63 kerana memberi perlindungan kepada warga asing,” katanya.

Beliau berkata, operasi dilakukan oleh Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson dan anggota dari Balai Polis Lukut.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Friday, 19 April 2013

10 bakal berdepan hukuman mati

TUMPAT - Seramai 10 lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah hingga mengakibatkan kematian mangsa 6 April lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Nashri Ismail, 23, Mohd. Khairil Azwahar Izani, 17, Wan Mohamad Faizul Wan Marizam, 22, Nik Shahrul Ashadi Zulkifli, 32, dan Abdullah Fahmi, 26.

Selain itu, Rosmadi Mat Daud, 39, Wan Fauzi Wan Abdullah, Mohd Rafiq Md Arifin, 20, Muhammad Syazwan Aiman Jabanun Aladdin, 20 dan Muhammad Hizami Abd Rahim, 28, turut didakwa atas kesalahan sama.

Mereka didakwa memukul Mohd. Alias Ibrahim, 27, di bilik B1, Pondok Darul Naim, Pusat Pemulihan Dadah Tradisional, Kampung Lambor di sini pada pukul 7.30 petang, 6 April lalu mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Wednesday, 17 April 2013

Video Ibu Dera Anak Di Khalayak Ramai

Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang..

Tergamaknya seorang ibu menarik-menarik rambut serta memukul anaknya yang masih kecil di khalayak umum.

Mungkin ibunya marah kerana anaknya tidak mahu menjamah makanan yang disediakan untuk anaknya itu.

Tetapi itu tidak memberi lesen kepada si ibu tadi untuk memukul anaknya sedemikian rupa.

Sedangkan binatang pun sayangkan anak..

Penulis ingin memberikan pesanan buat penulis juga dan pembaca Mynewshub di luar sana, cubalah terapkan kembali nilai kemanusian serta berkasih sayang dalam diri kita yang semakin pudar sejak kebelakangan ini dan sematkan ia dalam kehidupan sehari-harian kita.

InsyaAllah dengan sifat serta nilai-nilai murni yang diterapkan itu, perkara seperti dalam video ini tidak mungkin akan berlaku lagi.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Cucuran air gagal bunuh bayi

Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.

Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.

Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.

Penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, dia dimaklumkan oleh wanita berusia 30-an itu mengenai penemuan seorang bayi perempuan di dalam lubang tandas dan hampir kelemasan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Tuesday, 16 April 2013

VIDEO: Pelajar Perempuan Bergaduh Sampai Nampak ‘Alur’ Buntot Ni Apa Cerita???

HAIRAN betul sikap anak-anak remaja kita sekarang ni yang suka sangat memilih ‘kaedah’ bertumbuk bila berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Seolah-olah otak yang ada itu digunakan di kepala lutut, bukan di tempat yang sepatutnya.

Minggu lalu kita dikejutkan dengan penyebaran video klip para pelajar sekolah kita bertumbuk sesama sendiri.

Kini ada pula sebuah video klip yang menunjukkan para pelajar perempuan kita pula yang bergasak sakan.

Sampai satu peringkat sampai terdedah alur buntot!

Memalukan betul…apatah lagi kejadian tersebut berlaku semasa ayat suci Al-Quran berkumandang di udara.

Entah apa sebablah sampai masing-masing sampai dah macam dirasuk dek hantu!

Tak percaya, tengoklah sendiri…

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Sunday, 14 April 2013

Punggung Diramas Remaja Gila Seks

BATU GAJAH: Seorang kerani wanita hanya mampu menjerit meminta tolong selepas seorang remaja ‘gila seks’ meramas punggungnya berulang kali berhampiran kawasan sunyi di Lorong Dewangsa 1, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.15 petang, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat insurans di pekan ini dalam perjalanan ke tempat letak keretanya sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa meletakkan kenderaan di lorong di belakang kedai dan sunyi.

“Suspek datang dari belakang dengan menghimpit mangsa sebelum berlalu pergi. Bagaimanapun, suspek berpatah balik dan cuba menghimpit mangsa sekali lagi.

“Suspek meraba dan meramas punggung mangsa berulang kali, menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, jeritan mangsa didengar dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

“Suspek yang cuba melarikan diri ditahan berhampiran tempat kejadian,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Friday, 12 April 2013

Lagi Skandal Seks, Kali Ini Video Mirip Pemimpin Tinggi PAS

KUALA LUMPUR: Akhbar tempatan bahasa Inggeris, The Star hari ini melaporkan terdapat skandal seks terbaru yang melanda Pakatan Rakyat.

Skandal dalam bentuk video klip tersebut mulanya dimuatnaik oleh blog politik Kedahan69ers.com pada jam 8.30 malam tadi didakwa melibatkan seorang pemimpin tinggi parti pembangkang.

Klip selama 4 saat itu memaparkan seorang lelaki mirip pemimpin tinggi PAS sedang memakai seluar dalamnya sambil duduk di tepi katil di dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik hotel.

Lelaki tersebut hanya memakai sehelai singlet putih.

Menurut The Star lagi, pada jam 9.04 malam, blog Medan Info Kita pula memuatnaik klip video yang berdurasi 25 saat.

Sebagai tambahan dari video awal, klip 25 saat tersebut memaparkan lelaki tersebut di dalam bilik yang sama bersama seorang wanita berserta paparan skrin kedua-dua mereka secara berasingan sedang memakai baju.

Menurut sumber dari blog tersebut, klip itu dirakam menggunakan kamera tersembunyi yang diletakkan berhadapan katil di dalam bilik itu.

Pada jam 11 malam, blog itu memuatnaik beberapa lagi paparan skrin dari klip video itu, kali ini menunjukkan mereka membuka baju, mengadakan hubungan seks dan akhir sekali, memakai semula baju.

Blogger kontroversi terkenal Papa Gomo juga memuatnaik gambar-gambar dari klip tersebut yang menunjukkan wanita terlibat memakai tuala dan lelaki mirip pemimpin tinggi parti PAS memakai singlet putih dan seluar putih.

Sementara itu, polis Terengganu telah merampas 16 keping VCD klip video hubungan seks lelaki mirip ahli politik PAS.

The Star melaporkan video tersebut diedarkan bersama gambar-gambar bogel lelaki tersebut di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut, Terengganu pada jam 7.40 pagi semalam.

Ketua CID Terengganu Asisten Komisioner K. Manoharan berkata VCD tersebut berserta gambar diletakkan di dalam sampul surat.

Penduduk kampung memberitahu polis beberapa lelaki tidak dikenali bertindak mengedar klip video tersebut.

"Kami menghantar beberapa orang anggota untuk merampas VCD tersebut," kata Manoharan.

Beliau juga berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis meminta kerjasama orang awam untuk membantu siasatan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Pelajar Kes Buli SMK Tun Hussein Onn Ditahan Polis

Pelajar kes buli SMK Tun Hussein Onn Seberang Jaya ditahan polis. Kat bawah ni adalah gambar suspek utama yang terlibat memukul mangsa yang merupakan seorang ketua kelas. Ternyata tindakan pantas orang awam yang melaporkan video tersebut telah membuahkan hasil. Kini kesemua tiga pembuli dibuang sekolah setelah didapati bersalah dan kes akan disiasat mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana kesalahan merusuh. Antara suspek utama adalah Munir Ismail (Foto Ditengah) yang memulakan pergaduhan dan memukul mangsa dengan teruk.

Pelajar Kes Buli SMK Tun Hussein Onn Ditahan Polis

Pergaduhan bermula apabila kumpulan ini tidak puas hati akibat tindakan ketua kelas melaporkan kumpulan pelajar ini membawa telefon bimbit ke sekolah. Rakaman yang tersiar di youtube menyebabkan tindakan kumpulan samseng ini dikutuk kerana dianggap tidak berperikemanusian.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Thursday, 11 April 2013

Celcom – Tolong Perbaiki Kualiti Perkhidmatan Anda Yang Macam Lahanat

Cerita pasal dropped call rasanya dah masuk peringkat bosan.

MCMC pun banyak bunyi aje tapi tak boleh nak buat apa-apa tengok gaya.

Sekejap tadi penulis tengah call customer service Celcom, tengah bercakap call tu hilang.

Macam haram jadah kan…dengan customer service dia pun leh hilang panggilan.

Sebelum tu, budak yang jawab call tu dah tahu nombor saya dan dah buat pengesahan…bila dropped call berlaku…takda pulak dia call balik…

Takkan kita pelanggan yang tengah komplen dan berhadapan dengan satu lagi kebodohon perkhidmatan Celcom nak call balik budak customer service dia…

Lepas ni call…lepas 15 minit kalau bernasib baik ada yang jawab…dah tentu orang lain pulak kan…nak kena mula balik semua.

Tu belum masuk aduan opasal caller ID penulis hilang pasal tukar phone….takkan tukar phone caller ID boleh hilang?

Tak termasuk lagi baru ni penulis ke Midvalley…penat-penat cari parking…lepas tu ke Blue Cube kat situ nak gunakan perkhidmatan data untuk post paid.

Kata 24 jam…ni dah 72 lebih….tak masuk lagi pun perkhidmatan tu…kepala bapak CEO Celcom lah kan 24 jam…

Sebelum ni, bila call customer service (1111), kata nak on perkhidmatan data, operator dia kata; “Cik, kalau kat sini, kitoarang boleh buat, tapi lama sikit…baik cik pergi ke mana-mana Blue Cube, boleh dapat masa tu jugak…”

Tak tahulah masa tu jugak bila sebenarnya…mungkin 385 jam selepas kita isi borang kot…

Mungkin CEO sibuk tunning gitar ke apa …

Ni baru pengalaman penulis…yang berjuta kat luar sana yang tertipu dan sedang diperbodohkan Celcom melalui iklan-iklan yang mana perkhidmatan mereka macam gempak…tak tahulah

Media arus perdana yang terpaksa menjilat Celcom pasal takut hilang pendapatan iklan bukan hendak melaporkan secara tepat mengenai mutu perkhidmatan Celcom ini.

Kalau ini macam…selepas pebih 15 tahun setia dengan Celcom…penulis sedang pertimbangkan secara serius untuk beralih kepada operator lain.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Belut Jalan Dalam Perut Lelaki Gay Cari Jalan Keluar

Guangdong – Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Angkara bawa telefon bimbit

Seberang Jaya: Kejadian tiga pelajar membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang ‘hangat’ di laman video sosial, YouTube, sejak beberapa hari lalu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa mahu melaporkan tindakan kumpulan terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.

Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Wednesday, 10 April 2013

Punca Sebenar Kes Buli Ketua Kelas SMK Tun Hussein Onn

Punca sebenar kes buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn. Menurut laporan, kes tersebut berlaku kerana mangsa yang merupakan ketua kelas membuat laporan kepada cikgu tentang handphone yang dibawa oleh geng terbabit. Oleh kerana tidak puas hati, geng ini memukul mangsa dengan begitu teruk dan tanpa belas kasihan. Pelajar bernama Munir Ismail merupakan suspek utama kes buli di SMK Tun Hussein Onn. Ini adalah suspek yang memukul pelajar tersebut dalam klip video yang disebarkan.

Walau apapun alasan, tindakan tersebut adalah salah kerana memukul pelajar lain. Pihak polis telah pun mengambil alih kes buli tersebut dan semoga hukuman setimpal dikenakan kepada pelajar terbabit.

Gambar Munir Ismail Pembuli Atau Suspek Utama

Alamat Facebook:https://www.facebook.com/munir.ismail.92

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

BULI: 3 Pelajar Terbabit Telah Dibuang Sekolah!

Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas, telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah.

Menurut polis, tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah dan sehingga kini pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak yang berkenaan.

Semalam kami menyiarkan klip video seorang pelajar lelaki telah dibelasah tiga rakannya dalam satu kejadian di salah sebuah sekolah menengah.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Identiti Pembuli Budak Sekolah Kedua Diketahui

Nama : Luqman Hakim Ahmad (Pembuli Utama aka Suspek Utama)

Twitter : https://twitter.com/AkimKeding
Instagram : http://instagram.com/akim_keding/
Facebook : https://www.facebook.com/douboutawesome
Facebook Page : https://www.facebook.com/hakimunched
Blog : http://hakimdobout.blogspot.com/

p/s siap minum arak bagai!! apa nak jadi dengan generasi z sekarang

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Video pelajar dibelasah tersebar di internet

KUALA LUMPUR - Sekumpulan samseng sebuah sekolah menengah kini tidak senang duduk apabila rakaman mengenai tindakan mereka membelasah seorang ketua kelas tersebar di laman sosial Youtube dan Facebook.

Video berdurasi 1 minit 32 saat bertajuk 'Ketua tingkatan kena belasah' itu dimuat naik sejak kelmarin memaparkan mangsa dipukul dan diterajang oleh empat pelajar di dalam sebuah bilik darjah. Kepala mangsa turut dihentak dengan tong sampah.

Kosmo! difahamkan, kejadian itu berpunca akibat rasa tidak puas hati antara salah seorang samseng tersebut dengan mangsa yang berusia antara 13 hingga 15 tahun itu.

Tinjauan di laman YouTube mendapati, video tersebut telah ditonton sebanyak 301 kali dan sedang rancak dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Tuesday, 9 April 2013

SUMBANG MAHRAM: Isteri Tolong Suami Barunya Pegang Tangan, Tutup Mulut Anak

PUTRAJAYA – Seorang bekas nelayan berusia 76 tahun yang melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya enam tahun lepas, akan menghabiskan sisa umurnya di dalam penjara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Baharu.

Ketika mengetepikan rayuan lelaki yang kelihatan lemah itu terhadap sabitan dan hukuman itu, Apandi berkata hukuman penjara adalah bersesuaian dengan jenayah yang dilakukan.

“Lebih baik awak duduk di dalam penjara dan soal perubatan awak akan diuruskan,” katanya kepada tertuduh yang mempunyai 13 anak hasil tiga perkahwinan.

Satu-satunya perkara yang ‘menyenangkan hati’ tertuduh daripada Mahkamah Rayuan adalah tarikh hukuman penjaranya bermula dari 21 Januari 2007, iaitu tarikh dia ditangkap.

Dia ditahan reman kerana gagal membayar wang jaminan.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel rayuan itu ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Mahkamah Sesyen, yang mendapati tertuduh bersalah, menjatuhi hukuman 18 tahun tetapi memerintahkannya supaya menjalani hukuman mulai 17 Disember 2009, iaitu tarikh mahkamah sesyen membuat keputusan.

Dia melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Tumpat pada 19 Januari 2007.

Tertuduh gagal dalam rayuannya di mahkamah tinggi. Menurut fakta kes tertuduh mengahwini ibu kanak-kanak perempuan itu dan pada malam kejadian, dia mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya.

Tertuduh selepas itu mengadakan pula hubungan seks dengan anak tirinya dengan bantuan ibu kanak-kanak itu yang memegang kedua-dua tangan dan menutup mulutnya.

Kanak-kanak itu mengadu tentang penderaan seks itu kepada neneknya yang kemudian membuat laporan polis sebelum menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.Ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh mahkamah sesyen.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berhujah mahkamah rayuan perlu mengambil masa dalam membatalkan keputusan mahkamah prbicaraan yang turut dikekalkan oleh mahkamah tinggi.

Beliau berkata pembelaan tertuduh adalah semata-mata penafian, dan menambah tertuduh mendakwa mati pucuk tetapi dia tidak mengemukakan bukti perubatan untuk menyokong dakwaannya.

Peguam Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili tertuduh berhujah terdapat percanggahan penting dalam keterangan kanak-kanak perempuan itu dan faedah kesangsian perlu diberi kepada anak guamnya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Monday, 8 April 2013

GAMBAR: Bunuh 100 Bayi Dengan Gunting!

Philadelphia – Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.

Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.

Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu – dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.

Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati.

Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.

“Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh,” katanya kepada NBC.

Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.

Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.

Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya.

“Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan,” katanya.

Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini.

Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell.

Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.

“Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran,” katanya.

Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.

Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

Share:

Sunday, 7 April 2013

Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati

PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.

Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.