yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 16 April 2013

Rozita Che Wan Seronok Masak Dengan Zain Saidin


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2013: Pelakon, Rozita Che Wan akui seronok apabila dia dan bakal suaminya, Zain Saidin dapat digandingikan dalam satu program realiti, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua (MasterChef Selebriti 2).

Rozita Che Wan berkata, peluang yang diberikan itu sangat dihargai apabila setiap masa dapat bersama buat hati tersayang.

"Apabila dipilih masuk bersama mula-mula tu, memang ramai rakan-rakan artis suka mengusik kami. Tapi tahan sahaja lah dengan guraun mereka.



"Kami bertanding seperti biasa dan kami jarang diletakkan bersebelahan meja ketika pertandingan walaupun kami merupakan pasangan kekasih.

"Tapi apa-apa pun seronok jugalah bila saya tengah masak dia ada depan mata kerana jadi bersemangat dalam pertandingan ini," katanya kepada murai.com.my

Selain Rozita Che Wan dan Zain Saidi, MasterChef Selebriti 2 juga turut disertai selebriti lain seperti Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang dan Datuk Aznil Nawawi.




Bercakap mengenai pengalaman Rozita Che Wan yang sudahpun memulakan rakaman MasterChef Selebriti 2 itu, dia akui tertekan dalam bab menyediakan sajian dalam cabaran yang diberikan.

"Saya memang suka masuk pertandingan, lebih-lebih lagi pertandingan memasak kerana saya dapat mengasah bakat saya dalam bidang ini.

"Bagaimana terus-terang saya katakan, memang agak tertekan setiap kali membuat rakaman program ini.

"Tekanannya lebih daripada rakaman drama biasa, kerana bayangkan kita akan spontan dan tak sempat untuk berfikir sajian apa kita nak masak dalam waktu singkat yang diberikan.

"Tapi memang seronok, kerana kami tidak berfikir untuk bertanding tetapi lebih kepada untuk bersama kawan-kawan," jelasnya lagi

MasterChef Selebriti 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

3 comments:

  1. Meluat lah tgk. Mcm anak dgn mak. Nk tgk.selebriti chef pun malas pasal.ada dia. mcm seksi sgt. Hak tuiiii...

    ReplyDelete
  2. tak baik kata begitu... nabi pun berkahwin dengan wanita yang lebih berusia.. doakanlah yang baik2..

    ReplyDelete
  3. tak kisah nak kawin dgn ppuan berumur, tapi biarlah sejuk mata memandang.. arap dia berubah lepas kahwin.. aminn..

    ReplyDelete