yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 6 October 2016

Ceupacs harap kakitangan awam dapat bonus dua bulan kerana prestasi kerja meningkat mendadak



KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyediakan inisiatif terutamanya bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, inisiatif itu diharap dapat disediakan dalam peruntukkan Bajet 2017 bagi menjaga kebajikan rakyat

Perkara ini harus dipandang serius memandangkan suasana ekonomi yang begitu mencabar dan ia membebankan golongan seumpama ini.

“Kami (Cuepacs) mahu kerajaan memastikan nasib golongan penjawat awam yang berpendapatan rendah dibela memandangkan kos sara hidup kini semakin tinggi.

“Dengan dua bulan bonus, ia amat relevan pada masa kini dan kita harap ia dapat ditunaikan pada penggal baru 2017," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Warga Lembaga Kemajuan Kemubu (Kada) di Lundang di sini, semalam.‎

Azih berkata, setakat ini pihaknya telah menghantar surat kepada ketua setiausaha perbendaharaan dan usul itu dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibentangkan dalam bajet nanti.

“Ini perlu diambil serius memandangkan sehingga kini penjawat awam berpendapatan rendah hanya menerima bantuan RM500 yang sudah pastinya tidak mencukupi ekoran taraf ekonomi yang semakin tinggi.

“Lagipun kerajaan adalah majikan dan sudah semestinya nasib golongan terbabit dapat dibela,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih juga berharap Kerajaan Pusat lebih tegas berhubung isu kemasukan pekerja asing yang secara mudah masuk ke Malaysia.

“Ini ekoran lambakan pekerja asing yang akhirnya akan merugikan negara sendiri apabila mata wang kita senang diperdagangkan oleh pekerja asing dan mengalami krisis ekonomi.

“Sepatutnya kerajaan harus bertindak lebih berani dan perlu ada dasar yang tegas bagi mengurangkan kemasukan pekerja asing dan mengambil tenaga kerja tempatan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment