yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday 14 April 2013

Punggung Diramas Remaja Gila Seks


BATU GAJAH: Seorang kerani wanita hanya mampu menjerit meminta tolong selepas seorang remaja ‘gila seks’ meramas punggungnya berulang kali berhampiran kawasan sunyi di Lorong Dewangsa 1, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.15 petang, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat insurans di pekan ini dalam perjalanan ke tempat letak keretanya sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal.



Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa meletakkan kenderaan di lorong di belakang kedai dan sunyi.





“Suspek datang dari belakang dengan menghimpit mangsa sebelum berlalu pergi. Bagaimanapun, suspek berpatah balik dan cuba menghimpit mangsa sekali lagi.

“Suspek meraba dan meramas punggung mangsa berulang kali, menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, jeritan mangsa didengar dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

“Suspek yang cuba melarikan diri ditahan berhampiran tempat kejadian,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment