yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 11 April 2013

Celcom – Tolong Perbaiki Kualiti Perkhidmatan Anda Yang Macam Lahanat


Cerita pasal dropped call rasanya dah masuk peringkat bosan.

MCMC pun banyak bunyi aje tapi tak boleh nak buat apa-apa tengok gaya.

Sekejap tadi penulis tengah call customer service Celcom, tengah bercakap call tu hilang.

Macam haram jadah kan…dengan customer service dia pun leh hilang panggilan.



Sebelum tu, budak yang jawab call tu dah tahu nombor saya dan dah buat pengesahan…bila dropped call berlaku…takda pulak dia call balik…

Takkan kita pelanggan yang tengah komplen dan berhadapan dengan satu lagi kebodohon perkhidmatan Celcom nak call balik budak customer service dia…

Lepas ni call…lepas 15 minit kalau bernasib baik ada yang jawab…dah tentu orang lain pulak kan…nak kena mula balik semua.






Tu belum masuk aduan opasal caller ID penulis hilang pasal tukar phone….takkan tukar phone caller ID boleh hilang?

Tak termasuk lagi baru ni penulis ke Midvalley…penat-penat cari parking…lepas tu ke Blue Cube kat situ nak gunakan perkhidmatan data untuk post paid.

Kata 24 jam…ni dah 72 lebih….tak masuk lagi pun perkhidmatan tu…kepala bapak CEO Celcom lah kan 24 jam…

Sebelum ni, bila call customer service (1111), kata nak on perkhidmatan data, operator dia kata; “Cik, kalau kat sini, kitoarang boleh buat, tapi lama sikit…baik cik pergi ke mana-mana Blue Cube, boleh dapat masa tu jugak…”

Tak tahulah masa tu jugak bila sebenarnya…mungkin 385 jam selepas kita isi borang kot…

Mungkin CEO sibuk tunning gitar ke apa …

Ni baru pengalaman penulis…yang berjuta kat luar sana yang tertipu dan sedang diperbodohkan Celcom melalui iklan-iklan yang mana perkhidmatan mereka macam gempak…tak tahulah

Media arus perdana yang terpaksa menjilat Celcom pasal takut hilang pendapatan iklan bukan hendak melaporkan secara tepat mengenai mutu perkhidmatan Celcom ini.

Kalau ini macam…selepas pebih 15 tahun setia dengan Celcom…penulis sedang pertimbangkan secara serius untuk beralih kepada operator lain.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment