Umno nafi edar video seks, mahu saman Harakahdaily

on Monday, 15 April 2013


Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily menuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa  Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.



"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdailly, hari ini.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan Mustafa bermaksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi."

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.




Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

Laporan Bernama kelmarin memetik Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek Jumaat lalu, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved