yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday, 31 March 2013

TNB: Jangan Pasang Bendera Pada Tiang Elektrik

BALING – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengingatkan parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 supaya tidak memasang bendera di tiang dan pencawang elektrik.



Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) syarikat utiliti itu, Adelina Iskandar berkata perbuatan itu mengundang bahaya dan boleh meragut nyawa.




Beliau yang mengulas perbuatan penyokong parti politik ghairah memasang bendera parti masing-masing di tiang elektrik TNB berkata pihaknya memantau perbuatan itu dan berharap mereka bekerjasama dengan TNB.

Sumber                                                  

Share:

Keamanan dan kemakmuran terbaik

Seremban, 30 Mac : Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran yang lebih baik berbanding negara-negara yang mencapai kemerdekaan pada masa yang hampir seusia dengannya.

Menteri Besar Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan berkata, banyak negara lain gagal mencapai kemajuan diharapkan walaupun memiliki kekayaan hasil bumi seperti minyak, emas dan bijih timah.

Berbanding dengan negara tersebut, beliau berkata, Malaysia berjaya dibangun dan dimajukan dengan baik hasil daripada perancangan dan usaha gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



“Dakwaan bahawa sesiapa jua yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya adalah tidak tepat kerana banyak kerajaan lain di dunia yang gagal berbuat demikian.




““Ada yang kaya dengan hasil bumi tetapi negara mereka masih tidak dapat mencapai kemajuan malah dibelenggu oleh krisis yang berpanjangan,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Setempat di Padang Bola Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya.

Turut hadir, isteri beliau, Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin.

Pada majlis itu, beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas.

Pada perkembangan sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan insiden yang berlaku di Sabah baru – baru ini yang sedikit sebanyak  mencemarkan imej negera dan menggugat keselamatan dan keamanan yang sekian lama dikecapi.

Katanya, kejadian itu seharusnya dijadikan iktibar oleh semua pihak dan tidak berulang lagi kerana insiden itu bukan sahaja menjejaskan keamanan malah memberi impak negatif dalam pelbagai aspek seperti tahap keyakinan pelabur dan berlakunya pertumpahan darah.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa rakyat negara ini bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta menikmati kemajuan dan pembangunan pesat yang dibawa oleh kerajaan sejak merdeka.

Sumber                                                  

Share:

Pulihara makam bersejarah

KOTA – Pas Dun Kota dengan kerjasama Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Rembau mengambil inisiatif melaksanakan projek pemuliharaan tempat bersejarah di daerah ini.

Penyelaras Pas Dun Kota, Ghazali Mohd Som berkata, di peringkat Dun berkenaan, pihaknya memilih makam Datuk Lela Balang di Kampung Kota Lama yang sudah terbiar untuk dibersihkan melalui aktiviti gotong-royong.



Menurutnya, sewajarnya makam berkenaan dijadikan sebagai tempat warisan bersejarah kerana ia bukan hanya menjadi tempat tarikan pelancong, malah dapat membangkitkan semangat juang generasi muda apabila mengenali tokoh pemimpin adat mereka sendiri.




“Malah, generasi muda mungkin tidak menyedari banyak fakta sejarah antaranya peranan yang dimainkan masyarakat di Rembau yang terdiri daripada Orang Asli suku Jakun dan kaum pendatang dari Sumatera pada zaman kejatuhan kerajaan Islam Melaka untuk menghalau penjajah Portugis pada ketika itu dari bumi Tanah Melayu dan Nusantara.

“Sekiranya PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, kita akan mengusulkan beberapa cadangan dan kertas kerja berkaitan Adat Perpatih serta tempat bersejarah bukan sahaja di Rembau malah di seluruh Negeri Sembilan supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak, baik dari sudut keagamaan, kebudayaan serta ekonomi,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Kota, Izamri Med dan Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Rozmal Malakan.

Sumber                                                  

Share:

Klip Video Orang Johor Belasah Nepal Kurang Ajar!

Klip di bawah memperlihatkan pergaduhan yang tercetus di Johor pada 24 Mac lalu.

Marah betul penduduk setempat dengan perangai Nepal tak sedar diri.

Mamat Nepal yang muat naik klip tu sudah pusing cakap orang Malaysia saje-saje serang dan lagi real, siap cakap 11 orang kena bunuh…wah wah…tambah lauk tak ingat punya.



Paling mengecewakan ada jugak komen orang tempatan yang menyebelahi kumpulan Nepal itu.

Bukan hendak kata apa yang dibuat masyarakat kita tu betul, tetapi mat mat Nepal tu memang cari nahas la bila pukul orang kita lepas mabuk.




Berikut adalah petikan berita Bernama mengenai kejadian berkenaan yang disiarkan pada 26 Mac lalu;

Polis menahan empat lelaki, dua daripadanya rakyat Nepal kerana terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja rakyat asing di Blok 20, Taman Cendana, dekat Pasir Gudang, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, 11 warga Nepal dan seorang remaja lelaki tempatan cedera dengan warga asing berkenaan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini dan remaja itu menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Katanya, pergaduhan itu berpunca apabila sekumpulan pekerja Nepal yang dipercayai mabuk bergaduh dengan remaja lelaki berusia belasan tahun itu dan bapanya, di sebuah kedai berhampiran asrama itu.

“Remaja itu sebelum itu dipercayai cuba menegur kumpulan pekerja asing terbabit kerana mabuk sebelum dia dan bapanya dipukul. Pergaduhan kemudian berlanjutan apabila kedua-duanya yang tidak berpuas hati membawa sekumpulan lelaki tempatan ke asrama itu lalu bergaduh dengan kumpulan pekerja Nepal terbabit sehingga mencetuskan rusuhan,” katanya.




Asrama terbabit menempatkan kira-kira 200 pekerja asing yang bekerja di tiga kilang berhampiran, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-206 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Beliau berkata polis turut menemui kayu dan batu di tempat kejadian.

Sumber                                                  

Share:

Fakta menarik pasukan bola Negeri Sembilan.

Tamat pusingan pertama Liga Super. Fakta menarik pasukan Negeri Sembilan.





TANPA KEMENANGAN, 5 seri dan 6 kekalahan. 5 JARINGAN dan 11 bolos.

Selangor (1) vs (0) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (0) Terengganu

Pahang (2) vs (1) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (1) Perak

Kelantan (0) vs (0) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (1) vs (1) ATM

PKNS (2) vs (2) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (0) T-Team

DTFC (2) vs (1) NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN (0) vs (1) Felda United FC

Lions XII (1) vs (0) NEGERI SEMBILAN                                                  

Share:

Serangan 11 September | Lukisan Misteri Berusia 10 Tahun Dijumpai!

Sebut sahaja tragedi 11 september, semua orang akan membayangkan saat WTC di Amerika Syarikat dirempuh oleh kapal terbang.

Tarikh keramat 11 september ini jugalah yang sentiasa akan dikenang warga Amerika di sana. Sejak dari peristiwa tersebut, semuanya saling menuding jari bagi melihat siapakah yang bertanggungjawab serangan ini.

Akhirnya Islam juga dituduh sebagai pengganas dan ini menyebabkan kemarahan umat Islam di dunia. Pada masa yang sama, satu lukisan berusia puluhan tahun yang seolah meramalkan kejadian itu akan berlaku telah di jumpai.





Lukisan kapur yang menggambarkan seorang budak perempuan yang sedih sambil di sisinya di lukis gambar 2 menara,kapal terbang dan api yg marak, di percayai juga lukisan ni telah di hasilkan 10 tahun sebelum kejadian itu berlaku.

Siapakah pelukisnya?




Beliau ialah Willie Gardner,bagaimanapun telah meninggal dunia dan tak dapat di pastikan kesahihannya. Lukisan tersebut telah bertahun-tahun lamanya di gantung di unit pendidikan di Stirlingshire                                                  

Share:

Hotel Mewah Nazi 10,000 Bilik Tapi Tidak Pernah Digunakan

Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Ia terletak di sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman dan merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi!Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan.



Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 dengan menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja.

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi.




Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.

Namun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula.

Lihat gambar-gambar di bawah ini.. Memang besar!



Sumber                                                  

Share:

Lihat kakak tertusuk besi lori

Seremban: Seorang wanita mengalami detik mengerikan apabila melihat kakak kandungnya maut dalam keadaan tragik selepas lehernya tertusuk sebatang besi yang terjatuh daripada lori yang berselisih dengan kereta dinaiki mereka di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 10.45 pagi, V Inthirani, 50, maut di tempat kejadian selepas lehernya cedera parah ditusuk besi sepanjang setengah meter.

Adik mangsa, V Thilaga, 32, berkata, ketika kejadian dia bersama kakaknya yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Rantau menuju ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati, di sini, dengan jarak hanya satu kilometer dari lokasi kejadian.



Katanya, sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan tanpa muatan.

“Sebaik berselisih dengan lori itu, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting sebelum ia terus menembusi cermin depan kereta yang kami naiki.



“Dalam sekelip mata, kereta kami terus berpusing sebelum berhenti di tepi jalan dan apabila saya menoleh ke tepi, saya lihat kakak dalam berlumuran darah sambil memegang besi yang terpacak di lehernya,’’ katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Melihat keadaan kakaknya yang nazak, Thilaga menjerit meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang membantu.

“Bagaimanapun, selang beberapa minit, saya lihat kakak saya kaku dan saya hanya mampu menangis apabila orang ramai yang membantu, memaklumkan dia tidak lagi bernyawa,’’ katanya sedih.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Buat masa ini kita mengesan lori terbabit dan sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi kami untuk membantu siasatan,’’ katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sumber                                                  

Share:

EKSKLUSIF: Pagi Bersama Najib, Kiki dan Tiger Di Seri Perdana

JAM menunjukkan tepat pukul 9 pagi.

Dari luar kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya mula meriah dengan kehadiran bas pelancong dan para pelawat yang ingin meninjau keindahan kompleks tersebut.

Untuk rekod, Seri Perdana dibina pada 1997 di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.

Setibanya di sana, Mynewshub.my dibawa terus ke bangunan yang menempatkan kediaman peribadi Najib dan keluarganya itu yang terletak di bahagian belakang.

Kelihatan banyak kenderaan yang diparkir di kawasan rumah berkenaan, sekaligus menampakkan yang ‘tuan rumah’ tetap sibuk walaupun di waktu hujung minggu dan di luar waktu pejabat.

Lebih kurang 10 minit menunggu, keluarlah kelibat pemimpin nombor satu Malaysia itu dengan muka yang berseri-seri dalam keadaan yang cukup santai.

Najib memakai kemeja T biru muda dan seluar khakis berwarna biru gelap ketika menyambut ketibaan kami.

Beliau kemudiannya dengan ceria bersalaman dengan kami yang hadir.

Ternyata sikapnya yang peramah dan mudah mesra itu telah membuatkan kami semua ‘lega’, maklumlah bukan senang untuk berjumpa pemimpin nombor satu negara itu yang terkenal dengan dengan kesibukan dan kepadatan tugas harian mentadbir negara.

Untuk makluman, ada dua perkara yang menjadi rutin Najib di rumah walau sesibuk mana pun beliau dengan aktiviti hariannya.

Pertama memberi makan ikan di kolam kediaman rasminya itu, dan kedua membelai kucing-kucing baka Parsi kesayangannya iaitu Kiki dan anaknya, Tiger.



Sebenarnya, kucing betina Kiki dibeli bersama pasangannya, Leo oleh Najib kira-kira tiga tahun lalu di kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun Leo mati tidak lama selepas Tiger dilahirkan oleh ibunya, Kiki.


(Perdana Menteri bersama Kiki)

Sebaik saja dibawa ke pangkuan Najib oleh pembantunya, Kiki dan Tiger tidak melepaskan peluang ‘bermanja’ dengan tuan mereka.

Najib dilihat cukup menyayangi kedua-duanya, bahkan berkali-kali beliau memeluk dan mencium kedua-dua kucing berkenaan.



” Kucing ini sangat comel dan wangi…kedua-duanya dimandikan setiap hari ,” kata Najib kepada Mynewshub.my sambil membelai kucingnya yang kelihatan gebu dan bersih itu.

Telatah Najib dan kucing-kucingnya mengingatkan kami tentang tulisan pendakwah terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar mengenai haiwan tersebut.



Katanya, pemimpin Agung kita, Rasulullah SAW amat menyayangi kucing seperti mana diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan Sunan At-tirmidzi. Nabi s.a.w. bersabda: “Kucing itu bukan najis, ia adalah binatang yg sering berdampingan dengan manusia.”

Baginda Rasulullah SAW menamakan kucing kesayangan peliharaan Baginda dengan nama Muizza.




Ibnu Umar ra pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).

Berbalik kepada kisah Najib dan kucing-kucingnya itu, Perdana Menteri sebelum ini pernah menarik perhatian ramai apabila menulis mengalu-alukan rakyat yang mahu mencadang dan memberi nama bagi kucing-kucingnya itu.

“Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda,” kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my dua tahun lalu.

Tambahnya, beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.

“Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.

“Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti,” katanya tempoh hari.

Hasil daripada tulisannya itu, Najib menerima lebih 500 responden yang telah mencadangkan kepada beliau pelbagai nama untuk diberikan kepada kucing-kucing kesayangannya itu!



(Perdana Menteri bersama Tiger)

Kiki dan Tiger juga sangat jinak dan seolah-olah memberi ‘posing’ khas sewaktu lensa Mynewshub.my ligat merakamkan aksi kedua-duanya.

Ternyata di sebalik kesibukan dan kengkangan tugas sebagai Perdana Menteri, Najib tidak pernah lupa membelai dan menyayangi haiwan yang juga kesayangan Rasulullah SAW itu.

Selama lebih sejam bersama Perdana Menteri secara eksklusif di kediamannya, Mynewshub.my dapat melihat ‘ di sisi lain’ Najib.

Jika kebiasaannya beliau dilihat sibuk mempengerusikan pelbagai mesyuarat yang melibatkan kepentingan dan agenda nasional, dilihat tegas bila memperkatakan isu Lahad Datu sebagai contoh, dilihat serius membuat persedian menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Najib masih mampu tersenyum dan ‘mencuri masa’ bermanja dengan Kiki dan Tigernya itu.

Itulah negarawan kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber                                                  

Share:

Bahaya Air Botol dalam Kereta

Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya!!!! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.

Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.



Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda. Maklumat seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.




Seperti yg kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian blh bertukar kepada racun.

Waallu a'alam..

Sumber                                                  

Share:

Anggota keselamatan kita berperang dengan hantu pengganas Sulu yang ditembak mati pula di Kampung Tanduo

LAHAD DATU - Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.



Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.




Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.

"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.

"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

Sumber                                                    

Share:

DAP Kesan 100 Pengundi 'Hantu' Di Lobak

SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan mendedahkan bahawa pihaknya berjaya mengesan 100 pengundi ‘hantu’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak, Seremban.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata beliau mula berasa syak apabila terdapat penambahan sebanyak 29 peratus pengundi baru selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), 2008 di DUN Lobak.

“Pada tahun 2008, jumlah pengundi DUN Lobak yang dicatatkan ialah 15,162 orang tetapi pada tahun lepas ia meningkat kepada 3,493 pengundi baru.



“Lazimnya penambahan pengundi baru hanya akan berlaku dalam sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja.

“Atas sebab itu saya telah membuat bantahan terhadap senarai Rang Pendaftar Pemilih Suku ke-4, tahun 2012 di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  negeri, kerana curiga dengan beberapa nama dan alamat yang dipaparkan.

“Berikutan itu saya telah memfailkan 100 kes bantahan berhubung dengan nama individu dan alamat palsu kepada SPR untuk siasatan. Di mana 12 daripadanya  kaum Cina, 64 India dan 24 Melayu.

“Ternyata kes yang saya failkan itu berjaya apabila SPR melalui siasatan awam yang dilakukan pada Februari lalu mendapati bahawa pengundi baru yang  menggunakan alamat di Lobak itu tidak wujud dan adalah palsu. Surat yang diposkan oleh SPR kepada individu dan alamat itu dikembalikan kepada SPR  semula,” kata Loke.

Loke yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak berkata, beliau mengesyaki hampir 1,500 individu cuba dipindahkan masuk ke dalam DUN Lobak  secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan taktik kotor itu untuk mencipta kemenangan.




“Perbezaan jumlah bilangan kaum yang sangat ketara membuatkan dirinya yakin bahawa rang pendaftar pemilih yang baru ini adalah tidak tepat.

“Sebelum ini jumlah pengundi Cina adalah berjumlah 79 peratus, manakala pengundi India sebanyak 15 peratus, tetapi dengan rekod yang baru ini, masing- masing telah berubah menjadi 72 peratus dan pengundi India pula meningkat sehingga 20 peratus,” ujar Loke.

Loke turut menambah bahawa dalam tempoh lima tahun ini sejak Mac 2008, beliau telah membuat bantahan kepada SPR lebih kurang sebanyak empat kali  berhubung nama-nama yang disyaki pengundi ‘hantu’ di DUN Lobak.

“Semua bantahan yang saya buat sebelum ini diterima oleh SPR dan nama pengundi ‘hantu’ ini telah dikeluarkan oleh SPR.

“Apabila bantahan yang dibuat itu berjaya, terbuktilah bahawa memang ada unsur jahat yang dilakukan oleh pihak politikus lain yang cuba mencari kepentingan  sendiri menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang,” katanya.

Sumber                                                  

Share:

Nyaris disembelih Jeneral Musa

LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.




"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap," katanya.




Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

"Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut," katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.

Sumber                                                  

Share:

Jang kekal kan rekod tercorot berturut turut Liga Super

WAKIL Singapura, Lions XII merampas status selaku pendahulu Liga Super daripada Selangor selepas menewaskan Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Kejayaan Lions XII itu hadir menerusi jaringan tunggal kapten, Shahril Ishak yang bijak memanfaatkan gerakan menarik dari pemain tengah, Muhammad Nazrul Ahmad Nazari pada minit ke-79.



Nazrul berjaya melepasi benteng pertahanan Negeri Sembilan sebelum memberikan hantaran kepada Shahril yang menjaringkan gol kemenangan buat skuad kendalian V. Sundramoorthy pada minit ke-79.




Kemenangan tersebut turut membolehkan Lions XII mengekalkan rekod seratus peratus kerana wakil Singapura itu masih belum tewas di laman sendiri pada musim ini.

Kini, Lions XII yang mengutip 20 mata meskipun kurang satu perlawanan, berjaya mengatasi Selangor dengan kelebihan satu mata.

Sumber                                                  

Share:

SAH! Jutawan Wanita Yang Ditahan Di Mekah Adalah Isteri Ashaari Dan Lima Anaknya

Kuala Lumpur –  Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.



Tinggal tanpa permit

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.




Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi.

Sumber                                                  

Share:

Pemain TRW Sombong Apabila Di Ajak Bergambar?

Cuma nak cerita utk tatapan bersama.

Tengahari semalam (Khamis) saya dan keluarga berhenti rehat di r&r seremban utk makan. Alangkah gembira hati anak saya kerana berjumpa dengan pemain Kelantan iaitu Piya, apek , inderaputra sdg makan disitu. Apa yg saya kesalkan ialah sikap pemain ini sbb apabila diajak bergambar mereka palingkan muka.



Inikah sikap pemain yg lagak bak superstar.Anak saya menyesal bergambar dan terus delete gambar mereka. Ini sbg ingatan kpd pemain bola iaitu jgn berlagak sbb liga malaysia bukanlah liga setaraf eropah atau asia. Saya puji pemain spt mahali, norazlan(selangor), azamudin, dan lain2 yg tidak sombong apabila jumpa peminat.




Pesanan saya kpd pemain kelantan ni, jgn cepat lupa diri sbb populariti anda tidak kemana pun..

Mohon pihak yang berkenaan tampil bagi jawapan..

Sumber                                                  

Share:

Saturday, 30 March 2013

REMAJA SEKARANG SANGAT BANGGA BERGAMBAR DENGAN BOTOL ARAK

Remaja bangga teguk arak? Bangga sangat bergambar dengan botol arak? Suka sangat minum arak? Bangga sangat mengambil air kencing syaitan?





SYAITOOOOOON! KAU BUAT APA NAK BANGGA? BAHALUL!                                              


Sumber    

Share:

Kejar Adik Dengan Parang Kerana Tak Dapat Pinjam Hilux

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila tergamak mengejar adiknya dengan sebilah parang hanya kerana kehendaknya untuk meminjam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux tidak dilayan.

Kejadian berlaku di Batu 32, Sungai Pinang, Bandar Permaisuri, Setiu, Selasa lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suspek, 25, dikatakan bertindak sedemikian apabila mangsa, 21, yang juga seorang peniaga enggan meminjamkan pacuan empat roda itu kerana dalam masa sama mahu menggunakannya.



“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang berehat telah didatangi suspek memberitahu hendak meminjam kenderaan mangsa, namun, secara kebetulan, mangsa ingin menggunakan kenderaan itu.

“Keengganan mangsa meminjamkan kenderaan itu telah menimbulkan kemarahan suspek sebelum bertindak mengambil sebilah parang dan mengacukan kepada mangsa,” katanya, semalam.



Katanya, mangsa yang terkejut melihat suspek seperti dirasuk itu telah melarikan diri menyebabkan suspek terus mengejarnya sambil membawa parang.

“Dalam usaha menyelamatkan diri, mangsa yang terjatuh turut cedera di bahagian lutut. Mangsa bernasib baik selepas suspek ditahan sepasukan polis yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, semasa kejadian, ahli keluarga mereka yang turut berada di rumah segera menghubungi polis selepas melihat pertengkaran antara dua beradik itu.

Susulan laporan diterima, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sumber                                                  

Share:

Gambar Terkini Kampung Tanjung Batu Lahad Datu

Gambar terkini kampung Tanjung Batu, Lahad Datu setelah perang dengan pengganas sulu. Keadaan kampung yang terletak di Felda Sahabat itu sangat teruk akibat dari kesan tembakan dan bom. Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.















Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu.

Sumber                                                  

Share:

Saya Sudah Hafal Al-Fatihah, Mungkin Belajar Berwuduk

“Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia (Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk.” – Cristiano Ronaldo



“Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji.” – Mesut Özil Sekiranya Cristiano Ronaldo memeluk Islam, ini akan dapat mempengaruhi peminat-peminatnya untuk masuk Islam kerana peminat kepada Cristiano Ronaldo pasti ingin mengetahui dan mengkaji mengapa pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia menganuti agama Islam, dengan kajian itu pasti peminat akan tertarik dengan Islam serta menganuti agama Islam dengan sukarela kerana ALLAH. Sesungguhnya agama yang benar adalah ISLAM.





Semoga dibukakan pintu hati Cristiano Ronaldo untuk menerima Islam.

Sumber                                                  

Share:

Ayu Raudhah lahirkan bayi lelaki

KUALA LUMPUR – Pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 28, telah selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada pukul 2.17 petang semalam di Hospital Columbia, Johor Bahru. Menurut suami kepada pelakon itu, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 26, yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, isterinya telah melahirkan bayi seberat 2.79 kilogram dalam keadaan normal. “Saya sangat bersyukur semuanya berjalan lancar dan selamat. Tiada apa yang saya harapkan selain isteri dan anak saya sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



Tambahnya, perasaannya bercampur antara gembira dan berdebar menanti kelahiran bayi sulungnya. “Isteri saya mengadu sakit-sakit dan telah masuk ke hospital pada pukul 11 malam semalam (kelmarin). Sebenarnya memang tarikh 29 Mac dijangka oleh doktor untuk isteri saya melahirkan anak,” ujarnya yang turut ditemani keluarga terdekat ketika berada di hospital tersebut.




Bagaimanapun, Zaquan menjelaskan, dia dan Ayu masih belum memutuskan nama yang ingin diberikan. Ayu Raudhah, adik kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2011. Ayu pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya enam minggu dua tahun lalu.

Sumber                                                  

Share:

Google sediakan hab carian khas PRU-13

KUALA LUMPUR - Google kini menyediakan hab carian khas maklumat mengenai pilihan raya umum ke-13 Malaysia di www.google.com/elections/ed/my Hab carian khas dalam bahasa Inggeris itu menawarkan maklumat daripada pelbagai agensi berita, parti politik dan badan bukan kerajaan.



Orang ramai boleh membuat carian lebih spesifik mengikut sub menu yang dikategorikan mengikut parti politik dan juga isu antaranya ekonomi, pendidikan dan transparensi.




Selain itu, ia juga memaparkan carta statistik carian berdasarkan parti-parti politik seluruh Malaysia yang boleh dilihat secara harian, mingguan atau bulanan.

Sumber                                                  

Share:

Korea Utara siap sedia serang AS

SEOUL - Media Korea Utara semalam menyiarkan dua keping gambar yang menunjukkan rancangan negara itu untuk menyerang negara Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua gambar itu menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an duduk di tepi sebuah meja yang dipercayai di dalam sebuah bilik operasi ketenteraan.

Gambar-gambar itu dirakamkan oleh agensi berita Korean Central News Agency yang melaporkan satu mesyuarat diadakan melibatkan Jong-un dengan beberapa pemimpin tentera.



Jong-un mengarahkan roket-roket berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas AS dan pangkalan-pangkalannya di rantau Pasifik.

Salah satu gambar itu menunjukkan terdapat peta yang menyatakan tajuk rancangan untuk menyerang negara AS.

Sementara itu, berpuluh-puluh ribu anggota tentera dan orang awam berhimpun di Pyongyang bagi memberi sokongan kemungkinan serangan ketenteraan dilancarkan ke atas AS.




Perhimpunan itu diadakan di Dataran Kim Il-sung yang dihadiri oleh askar-askar, bekas anggota tentera, pekerja dan pelajar yang memakai pakaian seragam tentera.

Bagaimanapun, pemimpin Jong-un tidak hadir pada perhimpunan itu.

Kelmarin, Tentera AS menghantar dua buah pesawat kalis radar B-2 Stealth yang boleh membawa senjata nuklear terbang di ruang udara Korea Selatan bagi menunjukkan kesediaannya untuk menghadapi sebarang serangan Korea Utara.

Korea Utara mengancam untuk menyerang AS dan Korea Selatan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barangan mewah ke negara itu setelah rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.

Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu.

Sumber                                                  

Share:

Mengaku Islam, tidak tahu mengucap

SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.



“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.




Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

Sumber                                                  

Share:

Friday, 29 March 2013

(TAHNIAH) Irma Hasmie Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama

Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan ini.



Redza turut sama berkongsi gambar comel anak sulung mereka ini. Cute bebenor nie!! Namun tidak pula dimaklumkan jantina anak mereka ini.





Tahniah diucapkan sekali lagi buat Irma dan Redza. Semoga anak anda dikurniakan kesihatan dan membesar menjadi anak yang soleh. Selamat menjaga anak!!

Sumber                                                  

Share:

Panduan Menjelang PRU-13 Dalam Kit Jom Bertindak

KUALA LUMPUR: Menjelang pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan 'Kit Jom Bertindak' bagi membantu rakyat Malaysia menunaikan hak mengundi mereka dengan betul.

Kit yang diperkenalkan melalui laman Facebook perdana menteri pada 18 Mac itu antara lain mengandungi buku panduan mengundi dengan maklumat ringkas dan mudah berkaitan proses itu.



Buku setebal 12 halaman itu memberi panduan langkah demi langkah bagaimana seseorang pengundi perlu menyiapkan diri untuk menunaikan hak mereka dengan cara yang teratur.

Ia mengandungi 10 tajuk berkaitan pengundian termasuk syarat kelayakan mengundi serta cara menyemak status daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Turut dimuatkan beberapa tips berguna pada hari mengundi termasuk membawa kad pengenalan, hadir di tempat mengundi mengikut masa yang ditetapkan dan memeriksa saluran khas untuk warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil.




Pemilih juga diberi gambaran melalui ilustrasi pelan tempat mengundi serta penerangan ringkas apa yang perlu dilakukan agar proses pengundian berjalan lancar.

Buku itu turut menjawab beberapa persoalan popular berkaitan peraturan baharu yang diperkenalkan SPR seperti status dakwat kekal yang akan digunakan dan kelayakan undi pos selain tindakan lanjut yang perlu diambil jika kad pengenalan hilang sebelum mengundi.

Tata cara menanda kertas undi dengan betul turut diperjelas melalui ilustrasi ringkas kerana cara penandaan yang salah boleh mengakibatkan sesuatu undi itu menjadi undi rosak.

'Kit Jom Bertindak' sedang diedarkan secara percuma dan mana-mana individu berminat boleh memohon melalui laman web www.1Malaysia.com.my.

Selain buku panduan, kit itu turut mengandungi pelekat, pelekat kereta, pen dan pin kolar Jom Bertindak.

Sumber                                                  

Share:

Pasaraya nafi dakwaan jual daging babi segar

SELAYANG - NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.



“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.




Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.

Sumber                                                  

Share:

Surat bubar DUN Negeri Sembilan diserah

Seremban: Surat pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-12 secara automatik dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.

Surat itu ditandatangani Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor di pejabatnya di sini, jam 9 pagi, dalam majlis yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Ketua Penolong Setiausaha Unit DUN, Mohamed Roduan Ujang.



Genap lima tahun 

Surat itu kemudian diserahkan Roduan kepada Pengarah SPR negeri, Afizam Abdullah Sani di pejabat SPR di Wisma Persekutuan di sini.

Razak berkata, surat itu memaklumkan kepada SPR bahawa DUN Negeri Sembilan genap lima tahun selepas 12 tengah malam kelmarin.

Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN.

“Selepas baginda tidak memutuskan pembubaran hingga tengah malam tadi (kelmarin), DUN terbubar secara automatik. Kemudian, barulah kita buat surat kepada SPR dan dihantar pagi ini (semalam),” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Razak juga menafikan dakwaan pembangkang bahawa pembubaran DUN tidak mendapat perkenan Tuanku Muhriz serta menjelaskan kerajaan negeri terlebih dulu sudah memaklumkan kepada baginda.




“Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menghadap baginda sebelum mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) setiap Rabu, termasuk kelmarin,” katanya.

Tempoh 60 hari

Berikutan pembubaran itu, SPR akan menentukan tarikh pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula semalam.

Bagaimanapun, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, tambahan 30 hari boleh diberikan jika SPR tidak mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Di Putrajaya, SPR mengesahkan menerima makluman rasmi Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, bahawa DUN Negeri Sembilan Ke-12 terbubar secara automatik.

Surat perisytiharan pembubaran itu diserahkan Afizam kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di sini.

Sumber                                                  

Share:

EKSKLUSIF: Jutawan Wanita Malaysia Dan 95 Pengikutnya Ditangkap Di Mekah!

MEKAH – Seorang jutawan wanita dan 95 orang pengikutnya yang terdiri daripada warga Malaysia dan Indonesia ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di sebuah villa di sini semalam.

Berumur 52 tahun, dia dan pengikutnya diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan ‘mencurigakan’ dan ‘penyelewengan’ dalam agama.





Serbuan dibuat di tiga buah lokasi banglo mewah iaitu dua buah di daerah Al Khalidiya dan sebuah lagi di kawasan di antara Mekah dan Jeddah.




Difahamkan, wanita berkenaan yang juga KETUA KUMPULAN itu kini hidup mewah di sini hasil daripada kegiatan ‘mencurigakan’ dia dan pengikutnya itu.

Mynewshub.my diberitahu yang kesemua banglo itu dipercayai disewa untuk memudahkan kegiatan dan pergerakan ahli kumpulan tersebut.

Sumber                                                  

Share:

Foto Punca Kubur P Ramlee Musnah Teruk Akibat Bencana

Gambar punca sebenar kubur P Ramlee musnah teruk akibat dari bencana alam. Terkini, kecoh mengenai penyiaran berita pusara Allahyarham P Ramlee telah musnah teruk. Ini semua akibat dari sebuah pokok usang yang rebah dan menghempap kubur berkenaan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.









Turut musnah adalah beberapa pusara termasuklah pusara Puan Sri Saloma, AR Tompel dan yang paling teruk musnah adalah pusara Allayarham Tan Sri p Ramlee.

Sumber                                                  

Share:

Aktres-Penyanyi Raja Ema Teruja Buat Comeback!

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2013: Bagi generasi yang membesar di era 1980'an hingga 1990'an, sudah pasti tidak asing dengan nama Raja Ema. Siapa tidak mengenali anak kepada Allahyarhamah seniwati Yusni Jaafar ini yang suatu ketika dahulu sangat popular dengan lagu Jejaka Idaman.

Malah, heroin filem Mwar Putih serta Sayang bersama Amy Search itu kini dilihat kembali semula ke dunia lakonan setelah lama menyepi. Khabarnya dia juga telah merancang untuk kembali menyanyi setelah ada pihak yang menawarnya untuk menghasilkan album.



Raja Ema ditemui di majlis pra-tonton untuk drama lakonannya, Epilog Cinta Khirana yang akan ditayangkan di slot Samarinda bermula April ini di TV3. Majlis yang dinamakan sebagai Raikan Cinta itu menggabung 3 drama rantaian dan satu dramedy yang berkisarkan cinta dan kesemuanya akan akan ditayangkan pada April ini.

"Semenjak majalah Nona mengambil saya menjadi penghias kulit majalah keluaran November tahun lalu, saya banyak menerima tawaran berlakon dan sebagainya. Pada mulanya mahu terima sebagai sambilan serta suka-suka sahaja.

"Tetapi semakin lama tawaran yang saya terima semakin banyak dan baru-baru ini ada yang tawarkan saya untuk menghasilkan album. Pihak berkenaan ingin merakamkan single baru dan pada masa yang sama mahu memasukkan lagu-lagu lama saya dan menjadikannya sebagai satu album baru.




"Saya terkejut juga sebab ingat orang dah lupa sebab saya lama menyepi. Saya terima rezeki ini dan rasanya sudah bersedia untuk kembali menyanyi dan berlakon,"ujar Raja Ema yang hadir di perlancaran kempen Raikan Cinta anjuran TV3 itu.

Bintang berusia 44 tahun ini akui teruja untuk kembali aktif semula di dalam bidang seni lakonan dan seni suara. Dia juga mendapat sokongan daripada keluarga namun akan tetap mengutamakan mereka dahulu.

"Apabila dapat tahu ramai yang suka saya kembali, peminat-peminat masih banyak saya jadi teruja untuk menerima tawaran nyanyian dan lakonan. Keluarga dan anak-anak juga memberikan galakkan dan sokongan pada saya.

"Tetapi walau macam mana pun saya akan tetap meletakkan mereka sebagai prioriti utama saya. Apa yang saya buat sekarang sekadar mengisi masa lapang sahaja,"ucapnya lagi.

Sumber                                                  

Share: