yX Media - Monetize your website traffic with us
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

Bendera ‘noghori’ di Kilimanjaro. Dunia mula pandang tinggi pada Negeri Sembilan



GEMENCHEH – Dua anak jati Negeri Sembilan berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila mengibarkan bendera Negeri Sembilan di atas puncak gunung tertinggi di Benua Afrika iaitu Kilimanjaro sempena Misi Climb For Peace, 29 April lalu.

Misi yang disertai sembilan individu berkenaan turut disertai dua anak jati Negeri Sembilan iaitu Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Tampin, Saiful Adly Abd Wahab dan Pengerusi MBD Jempol, Nizam Aman itu turut mempromosikan kempen 'Climb For Peace, Water For Syria' oleh Aman Palestin.

Kilimanjaro ialah gunung yang tertinggi di Afrika dengan ketinggian 5,895 meter atau 19,341 kaki di atas paras laut.

Menurut Saiful yang merupakan anak jati Gemencheh, misi hampir dua minggu berkenaan adalah di bawah Kelab Jelajah Alpine dan Puncak Ventures SRA Sdn Bhd yang dikendalikan dua jurulatih Projek Everest Felda 2013 Zainudin Lot dan Muhammad Illaham Ishak.

“Saya sangat bersyukur apabila misi ini turut merealisasikan impian saya sejak 2012 menawan puncak tertinggi di benua Afrika apabila saya terpilih untuk menjadi salah seorang peserta team XPDC Kerajaan N9 di bawah Projek D’ Kilimanjaro 2013.

“Projek berkenaan tertangguh disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, saya bangga jadi anak Negeri Sembilan dan mewakili seluruh rakyat di negeri ini bahawa anak kampung seperti kita ini mampu untuk beroleh kejayaan luar biasa selagi mempunyai semangat juang tinggi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sempena Meraikan Wira Kilimanjaro oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Gemencheh di Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh, di sini, kelmarin.

Saiful berkata, kejayaan berkenaan turut didedikasikan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan selaku pemimpin utama negeri yang telah meletakkan Negeri Sembilan di landasan tepat hasil kepimpinan dan pengurusan bijak.

Menurutnya, untuk mencapai ke salah satu dari tujuh puncak dunia bukanlah perkara mudah dan cabaran utama pendaki adalah bagi menyesuaikan diri dengan kawasan yang mempunyai tekanan altitud yang tinggi.

“Walau bagaimanapun, setiap halangan dapat diatasi hasil semangat juang yang tinggi berbekal doa, sokongan dan harapan dari semua terutama rakyat di Negeri Sembilan. Misi ini bukan hanya sekadar membuktikan kemampuan pendaki bahkan bertujuan bagi mempromosikan dan menyedarkan orang ramai tentang usaha yang dijalankan bagi pembinaan telaga air di Syria.

“Kita harap orang ramai akan terus menyalurkan sumbangan kepada Aman Palestin bagi tujuan pembinaan telaga air ini. Malah, saya juga berharap supaya Misi Projek D’ Kilimanjaro 2013 yang tertangguh sebelum ini akan dapat diteruskan kembali," katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 24 February 2015

Memperingati Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong




Balai Polis Bukit Kepong terletak lebih kurang 37 batu dari Bandar Muar dan hanya dapat dihubungi denga#n bot melalui jalan sungai.

Balai polis ini mempunyai kekuatan anggota seramai 18 orang dan dibantu oleh lima orang Auxiliary Police (AP). Tarikh 23 Februari 1950 merupakan hari kedua Tahun Baru Cina.

Pengganas komunis telah meranc#ang untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Ini dilakukan bertujuan untuk menaikkan semula semangat mereka yang sudah luntur akibat kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam pertempuran.

Mereka mensasarkan Balai Polis Bukit Kepong kerana menyangka akan memperoleh kemenangan yang mudah. Balai ini terletak jauh di pedalaman dan sukar mendapat bantuan sekiranya di serang.

Tambahan pula, pengganas komu#nis baru sahaja mengalami kekalahan teruk di Labis yang telah mengakibatkan kematian 25 orang pengganas komunis dan mencederakan 17 yang lain.

Serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong telah dilakukan pada awal pagi. Pengganas komunis yang dianggarkan seramai 180 orang telah mengepung dan melancarkan serangan terhadap balai.

Pengganas komunis yang semakin# tertekan telah menggunakan taktik kotor dengan membunuh wanita-wanita serta kanak-kanak.

“Berpantang ajal sebelum maut,” itulah kata-kata azimat yang telah dilaungkan oleh Sjn. Jamil, Ketua Polis Balai kepada kesemua anggotanya bagi menaikkan semangat mereka.

Sewaktu bertahan di dalam kubu, S#jn. Jamil cuba mengenal pasti anggota-angotanya yang terkorban. Dengan tak semena-mena peluru musuh berjaya mengenai sasaran dan Sjn. Jamil rebah di perut kubu.




Pihak polis telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan balai serta keluarga. Isteri-isteri turut mengangkat senjata berganding bahu membalas serangan musuh. Namun satu persatu anggota polis gugur di tempat kejadian.

Pengganas komunis akhirnya berjaya mas#uk dan melontarkan bom-bom tangan di sekitar balai. Anggota polis yang cedera semakin lemah. Dalam kepayahan, mereka berjaya keluar dari kubu dan bergerak perlahan-lahan bimbang dikesan musuh.

Pertempuran ini telah mengorbankan 25 nyawa terdiri daripada 14 orang anggota polis, lima anggota Auxiliary Police (AP), dua orang isteri, dua orang kanak-kanak serta dua orang kampung. Manakala empat orang anggota telah mendapat cedera parah.

Pengganas komunis telah memb#akar balai polis, berek polis serta anggota-anggota polis yang terkorban.

Peristiwa ini terus menjadi lipatan sejarah negara kita kerana peristiwa ini antara peristiwa serangan terhadap polis dan memperlihatkan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap an#ggota dan keluarga dalam mempertahankan maruah, agama dan bangsa. Al-Fatihah.

Senarai anggota polis yang terkorban: 

1. L/Sjn 3493 Jamil bin Mohd. Shah
2. Kpl 7068 Mohd. Yassin bin Hj. Abdul Wahab
3. L/Kpl 7186 Jidin bin Omar
4. MM 3933 Hamzah bin Ahmad
5. MM 5674 Abu bin Mohd. Ali
6. MM 7493 Mohammad @ Ahmad bin Jaafar
7. MM7862 Abdul. Kadir bin Jusoh
8. MM 8600 Jaafar bin Hassan
9. MM 9136 Hassan bin Othman
10. MM/L 60 Ibrahim bin Adam
11. MM/L 68 Awang bin Ali
12. MM/L/ 181 Basiron bin Adam
13. MM/T 3475 Mohd. Top bin Lajim
14. MM/T 3795 Jaafar bin Arshad

Senarai anggota Polis Bantuan yang terkorban: 

1. AP 1925 Ali Akob bin Othman
2. AP 2127 Othman bin Yahya
3. AP 2130 Samad bin Yatim
4. AP 1912 Mahmood bin Sa’at
5. AP 2098 Redzuan bin Alias

Senarai isteri anggota polis yang terkorban:

1. Saadiah, isteri MM 5674 Abu bin Mohd. Ali
2. Fatimah binti Yaaba, isteri MM/L 37 Abu Bakar bin Daud

Senarai anak anggota polis yang terkorban: 

1. Simah, anak MM 5674 Abu bin Mohd. Ali
2. Hassan, anak MM/L 37 Abu Bakar bin Daud

Orang kampung yang terkorban: 

1. Embong bin Lazim
2. Koh Ah Cheng

Angota polis yang cedera parah dan selamat:

1. MM 7645 Yusof bin Rono
2. MM 10533 Othman bin Yosof
3. MM/L 37 Abu Bakar bin Daud
4. EPC 3472 Ahmad bin Khalid

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Friday, 25 April 2014

Ketahui Bagaimana Ambulans Mendapat Namanya‏



Perkataan “ambulance” diambil daripada perkataan Latin “ambulare” yang membawa maksud “to walk”. Kemudian, terbit “hôpital ambulant”, istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud “mobile hospital”. Pada peringkat awal, “ambulance” tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.

Bagaimana ambulans mendapat namanya‏?

“Ambulance”, dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan “flying ambulance” yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir.



Bagaimana Ambulans Mendapat Namanya‏ 2 Ketahui Bagaimana Ambulans Mendapat Namanya‏
Menjelang pertengahan abad ke-19, “ambulance” dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera. Salah satu contoh terdekat ialah semasa Perang Krimea (1853-1856). Tidak lama selepas itu, semasa Perang Saudara Amerika, kenderaan pengangkutan perubatan sedemikian dikenali sebagai “ambulance wagon”. Sejak itu, gelaran “ambulance” bagi kenderaan perubatan bergerak melekat sehingga sekarang.

“Ambulance” diterjemahkan sebagai “ambulans” dalam Bahasa Malaysia, manakala “ambulance chaser” bukanlah sejenis kenderaan. Ia gelaran kepada segolongan peguam dan dipercayai istilah tersebut mula digunakan sekitar 1897. Ia merujuk kepada peguam yang mendapatkan pelanggan dengan memujuk mangsa kemalangan untuk membuat saman ganti rugi.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Thursday, 24 April 2014

Bagaimana ‘Liquid Paper’ Mendapat Nama



Tahukah anda, benda putih yang digunakan di atas kertas untuk menutup kesilapan? Pada asalnya, ia dipanggil “Mistake Out” dan dicipta oleh Bette Nesmith Graham, seorang janda yang mula bekerja pada tahun 1951 untuk menyara diri dan anak lelakinya.

Walaupun bekerja sebagai seorang jurutaip, malangnya beliau bukan seorang jurutaip yang baik. Bosan dengan kesilapan semasa menaip, dia menggunakan cat tempera putih untuk menyembunyikan kesilapan. Dengan hanya menggunakan dapur dan garaj sebagai makmal dan kilang, beliau secara beransur-ansur membangunkan produk yang mula dibeli oleh jurutaip dan pekerja pejabat yang lain.



Sementara terus bekerja sebagai jurutaip, beliau mengembangkan pengetahuan dirinya dalam bidang perniagaan, promosi dan penyelidikan sehingga dia berpuas hati bahawa produk yang dibangunkan benar-benar berbaloi. Beliau kemudiannya menawarkan Mistake Out kepada IBM (International Business Machines) namun pihak IBM menolaknya.

Tanpa berputus asa, beliau tetap menjual produk ciptaannya dari rumah selama 17 tahun. Dalam masa itu, beliau telah menukar nama Mistake Out kepada Liquid Paper. Pada tahun 1968, perusahaan beliau mampu mengaut keuntungan dan pada tahun 1979, Gillette Corporation membeli Liquid Paper dengan bayaran $47.5 juta bersama royalti.



Bette Graham juga merupakan ibu kepada Michael Nesmith, salah seorang anggota kumpulan muzik The Monkees. Selepas kematian ibunya pada tahun 1980, Mike mewarisi sebahagian besar peniggalan ibunya.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

Tuesday, 2 April 2013

Mengapa dipanggil Negeri Sembilan

Adapun perkataan “Negeri” di pangkal perkataan “Negeri Sembilan” sebenarnya membawa makna berbeza mengikut konteks pemakaiannya. Jika di zaman sekarang di sebut “ Negeri”, ramai yang memahaminya sebagai sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia umpamanya Negeri Johor, Negeri Melaka dan sebagainya. Namun jika dilihat sejarahnya, perkataan “Negeri” berasal dari dialek Minangkabau yang biasa di sebut menurut pelat mereka sebagai “ Nagari”.

“ Nagari” membawa maksud kawasan yang luasnya hanya sebesar luas Mukim ,Luak atau kampung. Jika di rujuk struktur susunan kawasan dan pendaerahan di Indonesia, yang biasa di sebut Negeri di sini di sebut sebagai Propinsi, Daerah disini di panggil Kabupatien dan di bawah Kabupatien itulah di panggil nagari.



Oleh itu untuk memahami erti sebenar Negeri Sembilan, tidak boleh ianya di ambil contoh sebagai sebuah negeri di Malaysia tetapi ia adalah sebenarnya percantuman sembilan buah Mukim atau Luak yang pada masa dahulu di ertikan sebagai percantuman Sembilan buah Nagari. Dalam erti kata lain Negeri Sembilan adalah sebuah kawasan yang terdiri dari gabungan atau percantuman sembilan buah mukim atau luak.

Mengikut sejarahnya menjelang tahun 1773, penghulu – penghulu sebagai ketua mukim atau luak masing-masing telah bersepakat untuk bercantum menjadi gabungan yang lebih besar yang di beri gelar “Nagari Sembilan” dan mereka memerlukan seorang raja bagi memerintah gabungan kawasan ini. Pada masa itu sembilan buah “nagari” yang bergabung adalah:-

1. Sungai Ujong
2. Jelebu.
3. Johol
4. Rembau
5. Inas
6. Kelang
7. Naning
8. Segamat/Pasir Besar
9. Kenaboi (Ulu Pahang)

Namun dalam tahun-tahun 1780an ,perkembangan baru telah muncul yang menyebabkan ahli gabungan ini terpisah. Belanda telah mengambil alih Mukim Naning, Bugis yang berkuasa di Selangor telah mengambil mukim Kelang, Segamat telah diambilalih oleh Kesultanan Johor manakala Ulu Pahang telah diambil alih oleh Kesultanan Pahang. Maka tinggallah empat Luak yang masih bersama dalam persepakatan Negeri Sembilan iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Rembau dan Luak Johol .

Bagi mengekalkan gabungan dan percantuman ini, nagari-nagari yang lebih kecil seperti Inas, Ulu Muar,Jempol, Terachi dan Gunung Pasir yang sebelum ini terlingkung di bawah nama Tanah Mengandong (iaitu tempat pemerintahan Yam Tuan) di bawa masuk dalam gabungan tersebut. Gabungan ini kekal hingga sekarang dan telahpun di kanunkan dalam perlembagaan negeri .

Negeri Sembilan mengikut penceritaan orang tua-tua telah dibuka sebelum Melaka di buka oleh Parameswara. Kawasan yang mula-mula di buka adalah Sungai Ujong. Dalam Hikayat Melayu ada di sebut tentang seorang Raja Melayu beragama Hindu (Parameswara) lari dari Temasik kerana diburu oleh tentera Majapahit ,mudik ke Muar lalu sampai ke Sungai Ujong. Di sana beliau telah meninggalkan seorang menteri untuk membuka dan memerintah di sana manakala beliau meneruskan perjalanan beliau ke sungai Bertam dan membuka negeri di situ yang di namakan Melaka.




Pada masa itu, Negeri Sembilan di huni oleh penduduk-penduduk orang asli Semang dan Jakun. Mengikut sejarah, Negeri Sembilan telah mula di datangi beramai-ramai dalam kurun ke 14 Masihi semasa Sultan Mansor Syah memerintah Melaka. Bukti ini dapat dilihat dari catatan di atas batu nesan seorang yang bernama Syeikh Ahmad yang meninggal dunia pada 1467 Masihi (yang masih boleh dilihat di Sungai Udang,Linggi, Port Dickson.)

Kebanyakan yang berhijrah ini datangnya dari Pagar Ruyong, Sumatera. Mereka belayar menyeberangi Selat Melaka naik di Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik melalui Sungai Linggi telah membuka petempatan di Rembau, Sungai Ujong dan Seri Menanti. Mereka yang naik melalui Melaka telah membuka petempatan di Naning, Johol dan Kuala Pilah.

Orang –orang Minangkabau dari Pagar Ruyong yang tiba ini, datang meneroka kawasan dan dengan mudah dapat mengambil hati orang asli yang memang sejak dulu mendiami kawasan –kawasan ini. Mereka pun mula bercampur dan ada yang bernikah kahwin dengan orang asli. Dari perkahwinan ini wujudlah Suku Biduanda yang mewarisi pesaka Dato’ Undang Luak Berempat sekarang ini. Suku-suku lain tidak berhak untuk mewarisi takhta Undang kerana suku-suku lain adalah orang-orang baru yang mendatang dan bukan keturunan penduduk pertama atau asal di Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan purbakala adalah dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Raja Melaka telah lari ke Johor dan telah menubuhkan Kerajaan di sana. Oleh itu kawasan  Negeri Sembilan kemudiannya diletakkan dibawah pemerintahan Kesultanan Johor .

Disusun oleh Allahyarham Tan Sri Abd Samad bin Hj Idris dengan olahan semula

Sumber                                                  

Share:

Makam Tuanku Tambusai

Tidak jauh dari masjid ada sebuah bukit kecil. Naik ke atasnya dan kelihatanlah tempat ini.

Ada sebuah tanah perkuburan yang agak eksklusif.

Terserlah adalah makam ini.







Ia adalah makam seorang tokoh yang dikenali sebagai Tuanku Tambusai.




Lahir 1784 di daerah Tambusai dalam Rokan, Sumatera di Indonesia sebelum wafat 1882 pejuang kebebasan ini banyak menyusahkan penjajah Belanda.

Tetapi beliau dan rakan-rakan seperjuangannya akhirnya terkepong oleh Belanda.

Tuanku Tambusai dapat meloloskan diri ke Seremban, Negeri Sembilan lalu menghabiskan sisa usianya di sini.

Sumber                                                  

Share:

PERANG NANING (1831-1832): Benarkah Orang Rembau Pembelot?

Perang Naning telah meletus antara tahun 1831 hingga 1832 di antara Angkatan Naning dan tentera Kompeni Inggeris. Ia telah tercetus sebanyak dua kali. Kali pertama ianya telah dimenangi oleh Angkatan Naning yang di bantu oleh Yamtuan Muda Rembau, Raja Ali dan menantunya Sayyid Shaaban. Namun peperangan kali kedua, Angkatan Naning telah ditewaskan oleh Kompeni inggeris dan Angkatan Naning yang di ketuai oleh Pemerintah Naning bernama Penghulu Abd Said atau Dholl Said telah berundur ke Seri Menanti di mana akhirnya beliau menyerahkan diri kepada Kompeni Inggeris. Tercatat dalam banyak buku sejarah bahawa kekalahan Angkatan Naning berpunca akibat pembelotan orang-orang Rembau dan yang mendukacitakan Angkatan Naning mungkin akan dapat menewaskan Kompeni Inggeris buat kali kedua jika Sayyid Shaaban iaitu menantu kepada Yam Tuan Muda Rembau tidak memberitahu Kompeni Inggeris rahsia pertahanan Angkatan Naning.

Persoalannya benarkah orang Rembau adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri sehingga tercetus kata nista yang ditujukan kepada orang Rembau “ Rambau seRambaunya, Pakung seadonya”.......

Bagi memahami persoalan ini, beberapa kisah sejarah perlu difahami dan mungkin setelah menelusuri lembaran-lembaran sejarah ini kita mungkin memahami mengapa dan kenapa mengenai sejarah Perang Naning.


Ilustrasi Dholl Said bersama pembesarnya

Naning dan Inggeris

Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke 15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah “nagari” yang di namakan Naning. Naning juga adalah antara “nagari” terawal yang menjadi anggota gabungan “Nagari Sembilan” yang  bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada “Nagari Sembilan”.

Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama nagari-nagari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning. Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka. Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

Ketika tentera Napoleon menakluki Eropah, Kompeni Hindia Timor Inggeris telah mengambil alih pentadbiran Melaka dari Belanda buat sementara waktu bagi membolehkan Belanda fokus kepada peperangan melawan tentera Napoleon. Pada masa itu Naning diperintah oleh Penghulu Abd Said atau dikenli sebagai Dholl Said yang mengambil alih jawatan Penghulu dari Penghulu Anjak. Sejarah awal tentang perhubungan antara Naning dan Inggeris boleh dilihat melalui termeterainya Perjanjian Naning pada tanggal 16-7-1801. Perjanjian sebanyak 12 Bab ini di tandatangani oleh Lt. Col. Aldwell Taylor bagi pihak Kompeni Inggeris dan Dholl Said bersama Dato’- Dato’ Lembaganya bagi pihak Naning.

Di sinilah titik tolak bermulanya persengketaan antara Inggeris dan Naning. Dholl Said dan Dato’-Dato’ Lembaganya telah gagal membaca muslihat Inggeris dalam usaha Inggeris untuk mengawal Naning. Dholl Said dan Dato’-Dato’ Lembaganya memikirkan bahawa Inggeris hanya meneruskan hubungan seperti Belanda dan Naning yang terdahulu tetapi jelas dalam Bab 1 Perjanjian itu tercatat :-

“Captain tersebut atau Penghulu atau Menteri-Menteri dan Dato’-Dato’ Lembaga berjanji dan bersumpah dalam Naning dan bagi pihak kesemua kaum Nning supaya taat dan jujur kepada Yang Berhormat Gabenor dalam majlis Mesyuarat, Fort St George dan begitu juga kepada Gabenor dan Pemerintah,Pekan dan Kota ini dan segala pemerintah –pemerintah yang ada sekarang atau dilantik oleh mereka dan lagi akan menumpukan taat setia nya dalam segala perkara kepada Pihak Yang Berkuasa British sebagimana yang termesti di hantar dengan sedikit pun tidak boleh cuba membantah atu melawan Gabenor tersebut sama ada secara lngsung atau tidak langsung dan Bab-bab yang berikut hendaklah dipatuhi dan lain-lain Perjanjian yang telah diluluskan dengan negara lain yang menyentuh Brittish hendaklah di batalkan”

Manakala Bab 2 Perjanjian tersebut dinyatakan:-

“Jika ada sesiapa di Naning, anak-anak Minangkabau dan anak Melayu melanggar kehendak-kehendak Perjanjian ini atau pun tidak taat setia kepada Gabenor atau pegawainya , Penghulu dan Data’ Lembaga dengan perintah Gabenor hendaklah orang itu menyerahkan untuk dihukum sebagaimana sepatutnya”

Manakala Bab 3 Perjanjian tersebut turut menyatakan Penghulu, Dato-Dato Lembaga dan semua rakyat Naning hendaklah menyerahkan satu persepuluh daripada keluaran hasil padi dan hasil buah-buahan mereka kepada East India Company.(Kompeni Inggeris)

Perjanjian ini tidak disebutkan tempoh masa. Jelas dari terma Perjanjian ini bahawa ini adalah Perjanjian taat setia Naning kepada Inggeris. Inilah kesilapan Dholl Said kerana tidak memahami Perjanjian dan muslihat Inggeris walaupun pada masa itu tiada pihak yang memaksa beliau dan Dato’-Dato’ Lembaganya untuk menandatangani Perjanjian tersebut.Melalui Perjanjian ini dan kesilapan yang dilakukan oleh Dholl Said dan Dato’-Dato’ Lembaganya , keseluruhan Naning telah terikat di bawah kekuasaan dengan percaturan pihak Inggeris.

Setelah Perjanjian Inggeris -Belanda 1824, Inggeris telah mengambil alih kuasa ke atas Melaka secara mutlak. Bermula dari tahun tersebut Dholl Said mula merasa bahang dari Perjanjian tersebut. Dholl Said merasakan kuasanya sebagai pemerintah telah dibataskan hingga menyelesikan kes bunuh di nagari sendiri hendaklah dirujuk kepada Inggeris.Inggeris terus menerus berpegang kepada Perjanjian Naning 1801 termasuk menuntut satu persepuluh dari hasil tanaman kawasan Naning .Akhirnya Dholl Said bertindak melanggar Perjanjian tersebut.

Inggeris menggunakan alasan pelanggaran Perjanjian tersebut untuk mensabitkan Dholl Said sebagai penderhaka kepada Kerajaan inggeris. Inggeris pada 6-8-1831 telah menghantar 150 orang askar sepoi yang diketuai oleh Kapten Wylie untuk menangkap Dholl Said.Maka dengan itu tercetuslah Perang Naning yang pertama.

Yam Tuan Muda Rembau dan Sayyid Shaaban bin Sayyid ibrahim al Qadri

Pada asalnya tidak ada jawatan bergelar Yam Tuan Muda di Rembau. Rembau adalah sebuah nagari yang diperintah oleh Undang dari Suku Biduanda Jawa dan Suku Biduanda Jakun bergilir-gilir. Namun pada tahun 1795 Undang Rembau ke 10 dari Suku Biduanda Jawa, Dato Pekak telah terpecat angkara Ketua Waris Suku Biduanda Jakun bernama Kusil. Kusil kemudiannya mengisytiharkan diri beliau sendiri sebagai Undang Rembau ke 11. Cara beliau memecat Dato Pekak dan mengisytiharkan diri sebagai Dato Undang adalah tidak mengikut peraturan dan mendapat bantahan dari waris yang lain.Dato Kusil kemudiannya telah menabalkan seorang anak raja bernama Raja Asil bin Raja Adil selaku Yam Tuan Muda Rembau bagi mengukuhkan kedudukannya di Rembau. Sejak itu wujudlah jawatan yang digelar Yam Tuan Muda di Rembau.

Pada tahun 1812, Rembau diperintah oleh Dato Undang Bogok dari suku Biduanda Jawa.Pada masa itu Yam Tuan Muda Riau Raja Haji bin Daeng Celak telah datang ke Rembau dan akhirnya melarikan anak gadis Dato Undang Bogok. Dato Undang Bogok naik mrh dan memerangi Raja Haji dengan di bantu oleh Raja Ali dan Jeragan Abd Rahman iaitu Dato Muda Linggi ketika itu.Yam Tuan Muda Rembau menyebelahi Raja Haji. Dalam peperangn Rembau dan Raja Haji, Rembau telah menang dan Raja Asil telah melarikan diri ke Melaka untuk perlindungan. Jawatan Yam Tuan Muda Rembau yang ditinggalkan oleh Raja Asil di berikan kepada Raja Ali seorang keturunan Bugis yang cukup bijak mengambil peluang (opportunist). Kedudukan Raja Ali ini diperkuatkan dengan kehadirian menantunya Sayyid Shaaban Sayyid Ibrahim Al Qadri yang berketurunan Arab. Sayyid Shaaban mudah mendapat pengaruh kerana berketurunan Sayyid yang mana orang ramai menyangka beliau dari keturunan Nabi.

Di sini jelas dapat dilihat bahawa Yam Tuan Muda Rembau bukanlah disandang dari waris dan suku pemerintah Rembau tetapi oleh orang mendatang yang mendapat peluang dari kekemelutan kuasa di Rembau. Namun Raja Haji dan menantunya Sayyid Shaaban bijak mempengaruhi orang Rembau dan memperluaskan pengaruhnya di Rembau seolah-olah beliau adalah pemerintah di Rembau.Ini jelas dilihat dari permeteraian Triti Rumbowe (Rembau) pada 5-6-1819 dengan pihak Belanda yang mengiktiraf Raja Ali sebagai pemerintah Rembau.

Dholl Said juga turut melakukan kesilapan meminta pertolongan Raja Ali ketika Perang Naning kerana Raja Ali adalah seorang opportunis. Apabila Inggeris menghidu karektor opprtunis ini, setelah tewas dalam Perang Naning pertama, Inggeris telah berbaik dengan Raja Ali dan ini jelas dapat dilihat melalui Triti Persahabatan Rumbowe (Rembau) pada 30-11-1831 antara Inggeris dan Raja Ali.




Dalam Perang Naning pertama Raja Ali melalui menantunya Sayyid Syaaban telah memberi bantuan kepd Dholl Said dan membantu Dholl Said memenangi peperangan pertama tersebut. Tetapi dalam peperangan kali kedua Raja Ali yng berketurunan Bugis ini telah membelakangi Dholl Said dan yng lebih mendukacitakan Sayyid Shaaban telah memberitahu kepada Inggeris kawasan kubu Angkatan Naning dan memecahkan rahsia ilmu pasak yang dipasang oleh Angkatan Naning iaitu dengan menaburkan tulang babi dan anjing di kawasan – kawasan pertahanan Angkatan Naning.

Oleh kerana jasa Sayyid Shaaban tersebut melalui Triti Rumbowe (Rembau) 1832 antara Inggeris dan Raja Ali dan Sayyid Shaaban, Sayyid Shaaban di berikan suatu kawasan di hujung nagari Rembau bagi dirinya. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai Tampin.

Adakah orang Rembau mengkhianati Dholl Said?

Pemerintah Rembau yang sebenarnya iaitu Dato Undang Rembau tidak pernah terlibat dalam peperangan Naning. Ini adalah semuanya hasil dari percaturan Raja Ali dengan dibantu oleh menantunya Sayyid Shaaban. Dua karektor “ orang mendatang” yang mendapat kuasa akibat kemelut kuasa dan yang pandai mengambil peluang dari kekemelutan tersebut.

Dikisahkan oleh sejarah , Raja Ali yang merasakan dirinya amat berkuasa telah pada 1834 menabalkan dirinya sendiri sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan melantik anak menantunya sebagai Yam Tuan Muda Rembau. Tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan Undang Rembau dan Undang-Undang yang lain seperti Sungai Ujong. Undang-Undang Luak telah bersatu memerangi Raja Ali dan Sayyid Shaaban yang akhirnya terusir ke Lukut dn Sayyid Shaaban lari ke Tampin. Sayyid Shaaban akhirnya tinggal di Tampin dan menggelarkan dirinya Yam Tuan Tampin . Disana bermulanya salasilah Tunku Besar Tampin. Raja Ali kemudian telah kembali ke Tampin untuk bersama anak menantunya dan akhirnya mangkat di Keru pada 1850.

Dari kisah ini dapat difahami tentang agenda Raja Ali adalah untuk kepentingan diri sendiri semata-mata dan bukannya khalayak rakyat Rembau yang menjadi petualang dan pengkhianat bangsa. Niat Raja Ali mahu menjadi Yam Tuan Besar Negeri Sembilan jelas menunjukkan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja bgi mencapaikan hajatnya termasuklah mengkhianati rakan serta sahabat sendiri.

Oleh itu setelah sekian lama terpahat dalam lembaran sejarah bahawa Orang Rembau adalah pengkhianat. Adakah mungkin persepsi ini boleh berubah sekiranya sejarah tersebut di sampaikan dengan sudut yang berbeza. Adakah berpunca dari kesilapan pemimpin Naning sendiri ,orang Rembau dipersalahkan. Adakah disebabkan kerakusan mengejar kuasa oleh orang mendatang membuatkan Orang Rembau sejak sekian lama dikatakan pengkhianat bangsa? Fikir-fikirkn lah

Analisa Teladan dari Sejarah

Dari sudut-sudut lembaran Sejarah ini dapat dilihat Perang Naning sebagai suatu contoh peristiwa yang berlaku akibat dari kesilapan Pemerintah tersebut sendiri yang gagal secara bijak dan berhemah dalam mengesan muslihat musuh yang akhirnya membuatkan Negeri sendiri tergadai.

Ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan dalam kemelut perebutan kuasa atau perpecahan sekiranya berlaku.

Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri menyebabkan diri boleh dibeli dan boleh mengorbankan serta mengkhianati bangsa sendiri.

Olahan oleh Kelab Melayu Negeri Sembilan rujukan kepada susunan sejarah oleh Allahyrham Tan Sri Samad Idris

Sumber                                                  

Share:

BENARKAH LT. ADNAN KETURUNAN DATUK SIAMANG GAGAP?

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Nama sebenar beliau Kahar bin Haji Mukmin, lahir di Kampung Repah kemudian berpindah ke Seri Menanti. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap.

Menurut ceritanya, suatu ketika dulu memang wujud seekor Siamang yang gagap bila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap Siamang itu "keramat" kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung tersebut. Apabila ada musuh datang menyerang maka Siamang Gagap itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Dengan itu penduduk kampung terselamat dari serangan musuh.



Setelah Siamang Gagap itu mati maka penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupa jasa seekor haiwan bernama Siamang Gagap. Dan menurut sejarahnya ada seorang lelaki mendapat gelaran Siamang Gagap daripada Yamtuan Seri Menanti kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti dari serangan orang-orang Rawa. Lelaki itu bernama KAHAR BIN HAJI MUKMIN. Dan sejak itu beliau di kenali dengan nama "PENDEKAR SIAMANG GAGAP'.

Kahar atau Datuk Siamang Gagap lahir pada tahun 1817 di kampung Repah tidak jauh dari pekan Tampin. Sejak kecil dia seorang anak yang lincah dan cerdik cuma satu kekurangannya iaitu gagap bila bercakap. Tetapi apabila besar dia berjaya mengatasi masalah gagapnya.

Pada mulanya Kahar berguru kepada TOK KALI SINGA seorang alim dalam ilmu agama. Kemudian dia ke Patani mendalami ilmu agama dan mempelajari ilmu persilatan. Dan seterusnya Kahar merantau ke tanah Minangkabau untuk mendalami ilmu persilatannya. Dan setelah penuh ilmu di dada barulah dia kembali ke kampung halamannya.

Kahar tidak kedekut dengan ilmu yang ada. Dia mengajar ilmu agama dan ilmu persilatan kepada anak-anak muda di kampngnya. Dia juga bercita-cita menjadi pembesar istana. Dan untuk mencapai cita-citanya Kahar mengajak ayah dan ibunya berpindah ke Kampung Sungai Layang yang letaknya tidak jauh dari istana Yamtuan Seri Menanti.

Sikap Kahar yang peramah amat disenangi oleh orang-orang kampung dan ilmunya yang tinggi menjadikan dia dihormati. Dan ketika itu Seri Menanti terkenal kerana pengeluaran hasil padi yang banyak serta rakyatnya yang hidup aman damai.

Orang-orang Rawa yang berasal dari Indonesia merasa iri hati dengan kemakmuran Seri Menanti dan mereka cuba menaklukinya. Setiap malam orang-orang Rawa menyerang penduduk kampung serta merampas padi serta harta benda yang berharga. Mereka yang cuba melawan akan dibunuh atau dicederakan. Dan ini menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk kampung tersebut.

Mereka cuba mengadu kepada pihak istana tetapi Yamtuan tidak dapat berbuat apa-apa kerana bilangan orang-orang Rawa yang ramai tambahan pula baginda kuatir ramai yang akan menjadi mangsa jika berlaku peperangan dengan orang-orang Rawa.

Akhirnya Kahar memberanikan diri mengadap Yamtuan menyatakan kesanggupannya menghadapi orang-orang Rawa seorang diri. Pada mulanya Yamtuan tidak yakin dengan kebolehannya tetapi bila Kahar bersungguh-sungguh menyatakan kesanggupannya akhirnya baginda bersetuju dengan harapan tidak berlaku peperangan.

Kahar menggunakan tipu helahnya untuk memperdayakan orang-orang Rawa. Dia mengadap ketua orang-orang Rawa lalu mengaku datang dari Minangkabau bersama ramai pahlawan terbilang bertujuan membantu Yamtuan untuk memerangi orang-orang Rawa. Kahar juga mengajak mengadu kekuatan seorang lawan seorang untuk menguji kehebatan pahlawan dari Minangkabau.

Akhirnya berlakulah pertandingan pencak silat antara kahar dengan pahlawan Rawa yang terbilang dan dalam pertandingan itu Kahar berjaya mengalahkan lawannya. Kemudian Kahar mengatakan dia cuma orang suruhan sahaja berbanding pahlawan Minangkabau lain yang semuanya lebih handal darinya. Akhirnya orang-orang Rawa merasa takut lalu meninggalkan Seri Menanti.

Sebagai menghargai jasanya berjaya menghalau orang-orang Rawa maka Yamtuan Radin menganugerahkan gelaran DATUK SIAMANG GAGAP kepada Kahar dan beliau juga dilantik menjadi pembesar istana.

Sejak memegang tugas sebagai pembesar istana Datuk Siamang Gagap berjaya menjalin hubungan yang baik dengan pembesar negeri Pahang, Selangor, Johor dan Perak. Dengan adanya hubungan baik ini maka tidak berlaku peperangan antara mereka. Tetapi kedatangan Inggeris ke tanah Melayu telah merubah segalanya. Tambahan pula Inggeris mengamalkan "Pecah dan perintah" dalam usahanya menjajah negeri-negeri di tanah melayu.

Datuk Siamang Gagap yang tahu niat busuk Inggeris berjaya mempengaruhi Yamtuan supaya tidak menerima campur tangan Inggeris di Seri Menanti. Dan beliau juga berjaya menghalang Inggeris hendak mengenakan cukai di Sungai Linggi. Namun Inggeris tidak putus asa dan mereka berjaya menimbulkan perselisihan antara Dato' Klana Sungai Ujung dengan Yamtuan Seri Menanti.

Dengan bantuan Datuk Klana Sungai Ujung maka Inggeris menyerang Teraci yang terletak di bawah jajahan Yamtuan Seri Menanti. Datuk Siamang Gagap amat marah lalu meminta izin Yamtuan mempersiapkan sebuah angkatan perang untuk menentang orang-orang Inggeris.




Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah.

Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris.

Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana.

Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap.

Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang.

Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.

Benarkah atau Cuma andaian sahaja?.

Sumber                                                  

Share:

PERANG BUKIT PUTUS (1875): ADAKAH DATO? SIAMANG GAGAP SEORANG PAHLAWAN ATAU SEORANG POLITIKUS ISTANA YANG LICIK ?

Apabila membicarakan tentang sejarah Perang Bukit Putus (25-11-1875), penceritaannya tidak akan lengkap jika peranan seorang Orang Besar Istana Seri Menanti iaitu Dato’ Siamang Gagap atau nama sebenarnya Hj Kahar bin Mukmin tidak di sebut. Penceritaan sejarah yang ada rata-rata mengangkat tokoh ini sebagai wira bangsa apabila beliau mengetuai angkatan perang Yam Tuan Antah berperang dengan Angkatan Dato’ Undang Luak Sungai Ujong yang dibantu oleh Inggeris dan berjaya membuatkan Angkatan Dato Undang yang dibantu oleh Inggeris tersebut berundur ke Paroi.

Dato Siamang Gagap ini juga digambarkan sebagai penentang kepada campur tangan Inggeris dan oleh itu beliau adalah karektor yang sesuai diangkat sebagai ikon yang memperjuangkan kebebasan bangsa.

                                                                 

 Gambaran wajah Dato Siamang Gagap

Namun adakah itu sahaja wajah Dato’ Siamang Gagap ? Mungkin jika kita dapat melihat sejarah dari sudut yang berbeza, kita mungkin mengerti mengapa dan kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan mungkin kita melihat wajah sebenar individu yang sekian lama disanjung oleh sejarah.

Perang Bukit Putus pada tanggal 25-11-1875 meletus atas persengketaan antara Yam Tuan Antah, Yam Tuan Negeri Sembilan ke-6 (jika tidak dikira Tuanku Ampuan Intan sebagai Yam Tuan) dan Dato’ Undang Sungai Ujong, Dato Kelana Petra Syed Abdul Rahman . Kita mungkin tertanya apa mungkinnya seorang Undang yang menabalkan Raja berperang dengan Rajanya sendiri? Telah menjadi adat dan peraturan sejak Raja Melewar ditabalkan di Kg Penajis Rembau pada tahun 1773, Dato’-Dato Undang inilah yang menabalkannya. Secara ringkasnya boleh dikatakan tiada kebulatan dari Undang tiada Raja boleh ditabalkan.Itulah asas persetujuan, adat dan peraturan yang telah ditetapkan.Jika asas ini dilanggar maka pecahlah adat dan tidak ada  lagi kebulatan dan muafakat.

Apa mungkin seorang perempuan diangkat menjadi Raja walaupun hanya sebagai Pemangku. Inilah perkara yang dilakukan oleh Dato’ Siamang Gagap, seorang yang dianggap wira dalam sejarah yang telah menggunakan pengaruhnya sebagai Orang Besar Istana Seri Menanti untuk menaikkan Tuanku Ampuan Intan menjadi Raja (1869-1872) dengan alasan sementara waris pengganti kepada Yam Tuan Imam dapat diputuskan. Ini telah membelakangi adat dan peraturan yang ditetapkan seperti yang telah diperakukan sejak pertabalan Raja Melewar lagi. Inilah sebabnya Dato’ Undang Sungai Ujong Dato Kelana Petra Sendeng, imam atau ketua kepada Undang-Undang Luak marah dan mengisytiharkan keluar dari gabungan “ Nagari Sembilan”. Tindakan Dato Kelana Petra ini kemudiannya diikuti oleh Dato’ Undang Jelebu dan Rembau.

Kemelut bagi perlantikan waris takhta berlaku kerana ramai Orang Besar – Orang Besar Istana tidak mahu mengangkat anakanda AlmarhumYam Tuan Imam , Tuanku Ahmad Tunggal ibni Yam Tuan Imam sebagai Yam Tuan menggantikan ayahanda baginda yang mangkat kerana didakwa mempunyai kelakuan yang buruk dan zalim. Peranan Dato Siamang Gagap pada masa ini adalah untuk menidakkan Tuanku Ahmad Tunggal dari menaiki takhta lantas beliau mempengaruhi Orang-Orang Besar Istana menaikkan Tuanku Ampuan Intan ( balu Yam Tuan Radin) sebagai Pemangku Raja dan pada masa yang sama melobi agar Tuanku Besar Lintau ibni Raja Radin menaiiki takhta. Namun cadangan ini ditolak oleh Tuanku Besar Lintau kerana tidak berminat dengan urusan keduniaan dan mahu menumpukan masa untuk beribadat. Kemudian Dato Siamang Gagap melobi agar Tuanku Laksamana Antah ibni Raja Radin dijadikan Yam Tuan dan cadangan ini mendapat persetujuan penghulu-penghulu luak tanah mengandong (Johol,Muar,Jempol, Terachi,Gunung Pasir dan Inas).

Sekiranya dapat dilihat dari senario sejarah seperti di atas, Dato Siamang Gagap telah menggunakan kedudukannya serta pengaruhnya sebagai Orang Besar Istana untuk menidakkan keturunan Yam Tuan Imam dari menaiki takhta. Mengapa dia tidak menaikkan balu Yam Tuan Imam sebagai Pemangku tetapi sebaliknya menaikkan pula balu Yamtuan Raja Radin .Mengapa tidak Tuanku Ahmad Tunggal dinaikkan,kenapa cenderung kepada anakanda – anakanda Yam Tuan Raja Radin? Dikisahkan jawatan Dato Istana yang disandang oleh Dato Siamang Gagap dikurnia oleh Yam Tuan Raja Radin dan adakah tindakan yang dilakukan ini bagi membalas jasa? Atau adakah ini untuk mengekalkan pengaruh dalam Istana yang mungkin hilang jika Tuanku Ahmad Tunggal menjadi Yam Tuan?

Siapa sebenarnya Dato’ Siamang Gagap ?

Menurut penceritaan orang tua-tua, Kahar atau Dato Siamang Gagap lahir pada tahun 1817 di kampung Repah,kawasan Tampin. Sejak kecil dia seorang anak yang lincah dan cerdik cuma satu kekurangannya iaitu gagap bila bercakap. Tetapi apabila besar dia berjaya mengatasi masalah gagapnya.

Diceritakan Dato Siamang Gagap pernah berguru dengan seorang alim dalam agama diberi gelar TOK KALI SINGA. Kemudian beliau ke Patani mendalami ilmu agama dan mempelajari ilmu persilatan. Beliau juga diceritakan menjelajah tanah Minangkabau untuk mendalami ilmu persilatannya.

Apabila pulang dari perantauan, beliau mengajar ilmu agama dan persilatan kepada anak-anak muda di kampungnya. Beliau juga bercita-cita menjadi pembesar istana dan untuk mencapai cita-citanya beliau mengajak ayah dan ibunya berpindah ke Kampung Sungai Layang yang letaknya tidak jauh dari istana Yamtuan Seri Menanti. Sikap Dato Siamang yang rendah diri dan peramah membuatkan dia mudah disenangi dan diterima oleh orang-orang kampung.

Serangan dan gangguan orang-orang Rawa (Rao) yang datang dari Lenggeng telah mengganggu keamanan dan kemakmuran Luak Tanah Mengandong (Seri Menanti) Orang-orang Rawa ini terkenal dengan ganas dan tidak berperi kemanusiaan. Semasa itu orang-orang Rawa amat terkenal dengan ilmu Rao Rontek(1) dan Bom Katak(2). Rakyat mengadu kepada pihak istana tetapi Yamtuan Raja Radin tidak dapat berbuat apa-apa kerana bilangan orang-orang Rawa yang ramai tambahan pula baginda kuatir ramai yang akan menjadi mangsa jika berlaku peperangan dengan orang-orang Rawa.

Dato Siamang Gagap hadir mengadap Yamtuan menyatakan kesanggupannya menghadapi orang-orang Rawa seorang diri. Pada mulanya Yamtuan tidak yakin dengan kebolehannya tetapi bila Kahar bersungguh-sungguh menyatakan kesanggupannya akhirnya baginda bersetuju dengan harapan tidak berlaku peperangan. Dato Siamang Gagap menggunakan tipu helahnya untuk memperdayakan orang-orang Rawa. Dia mengadap ketua orang-orang Rawa bernama Temusi lalu mengaku datang dari Minangkabau bersama ramai pahlawan terbilang bertujuan membantu Yamtuan untuk memerangi orang-orang Rawa. Dato Siamang Gagap juga mengajak mengadu kekuatan seorang lawan seorang untuk menguji kehebatan pahlawan Rawa. Akhirnya berlakulah pertandingan pencak silat antara Dato Siamang Gagap dengan pahlawan Rawa yang terbilang dan dalam pertandingan itu Dato Siamang Gagap berjaya mengalahkan lawannya. Kemudian Dato Siamang Gagap mengatakan dia cuma orang suruhan sahaja berbanding pahlawan Minangkabau lain yang semuanya lebih handal darinya.Akhirnya orang-orang Rawa merasa takut lalu meninggalkan Seri Menanti.

Sebagai menghargai jasanya berjaya menghalau orang-orang Rawa maka Yamtuan Radin menganugerahkan gelaran DATO SIAMANG GAGAP kepada beliau dan juga dilantik menjadi pembesar istana. Beliau menjadi pembesar Istana bermula dari masa pemerintahan Yam Tuan Radin, Yam Tuan Imam, Tuanku Ampuan Intan (pemangku) dan Yam Tuan Antah.

Apa sebabnya perang berlaku?

Apabila Tuanku Laksamana Antah dinaikkan menjadi Yam Tuan Besar ke-6, baginda dinaikkan dengan persetujuan penghulu-penghulu dalam lingkungan Tanah Mengadong sahaja ( Sg Ujong, Rembau dan Jelebu telah keluar dari gabungan Nagari Sembilan) manakala Sg Ujong, Rembau dan Jelebu tidak memperakui Tuanku Antah sebagai Yam Tuan. Tuanku Ahmad Tunggal anakanda kepada Yam Tuan Imam yang kecewa dengan perlantikan tersebut telah mengadu kepada Dato Kelana Petra Syed Abdul Rahman yang menggantikan Dato Kelana Petra Sendeng sebagai Dato’ Undang Sg Ujong. Dato Klana Petra Syed Abdul Rahman bersimpati dengan nasib Tuanku Ahmad Tunggal dan marah dengan mainan politik istana yang dimainkan oleh Dato Siamang Gagap Beliau memperakui bahawa beliau akan membantu Tuanku Ahmad Tunggal untuk mendapatkan kembali takhta Yam Tuan.




Bagai meletakkan garam atas luka yang berdarah,pada masa yang sama, ketika Dato, Kelana Petra Syed Abdul Rahman naik ke jawatan Undang Sg Ujong pada 1872, beliau mengistiharkan Terachi sebagai jajahan kepada Sungai Ujong. Ini membuatkan Yam Tuan Antah murka  kerana Terachi terlingkung dalam jajahan Tanah Mengandong iaitu jajahan pemerintahan Yam Tuan. Pada masa itu Sg Ujong telah mempunyai Residen Inggeris dan Dato’Undang Sg Ujong telah meminta bantuan kepada Residen bagi menyelesaikan permasalahan sempadan antara Sg Ujong dan Seri Menanti.

Pada 25-11-1875, atas permintaan Dato Undang Sg Ujong , Residen Inggeris telah menghantar Captain Murray bersama dengan seorang pengukur dan sepasukan askar yang dianggotai oleh askar Inggeris dan angkatan Dato Undang untuk pergi ke Terachi bagi menyelesaikan masalah persepadanan tersebut. Sesampai di Bukit Putus, pasukan yang diketuai oleh Captain Murray telah diserang oleh Angkatan Seri Menanti yang diketuai oleh Dato Siamang Gagap. Maka meletuslah perang di kawasan Bukit Putus dan dalam peperangan tersebut pasukan Inggeris dan Dato Undang terpaksa berundur ke Paroi.

Mendengar perkhabaran Captain Murray telah diserang oleh Angkatan Seri Menanti, Residen Inggeris telah meminta bantuan askar negeri-negeri Selat untuk menentang Angkatan Seri Menanti. Peperangan akhirnya tamat apabila tentera Inggeris dapat menawan Seri Menanti. Yam Tuan Antah telah lari menyelamatkan diri ke Singapura manakala Dato Siamang Gagap telah menyembunyikan diri. Dalam penceritaan orang tua-tua, ada yang mengatakan dia bersembunyi di Juasseh dan ada yang mengatakan beliau bersembunyi di Pahang.

Semasa di Singapura Yam Tuan Antah telah pergi mengadap Sultan Johor dan Gabenor Brittish mengadukan tentang peperangan yang dibantu oleh pihak Inggeris. Dikhabarkan Gabenor British, Sir Frederick Aloysius Weld berkata;

“Adat orang berperang Tuanku, siapa yang kalah hilanglah negeri, siapa yang menang dialah memerintah. Sekarang Dato’ Kelana Syed Aman yang menang, dialah yang memerintah dan mempunyai negeri.”

Yam Tuan Antah menjawab;

“Saya tidak kalah dengan Syed Aman, tetapi kalah dengan askar British. Kami tidak terlawan askar British,kerana itulah kami kalah. Kalau tuan boleh membenarkan ,biarkan kami balik berperang dengan Syed Aman tetapi dengan syarat askar British jangan campur tangan,beri kami tempoh dua bulan sahaja,sekiranya Syed Aman menang, biarlah dia memerintah negeri kami.”

Mendengar jawab Yam Tuan tersebut, Sir Frederick pun menyuruh Yam Tuan Antah balik ke Seri Menanti dan berjanji akan meminta Dato Kelana Syed Abdul Rahman pulang ke Sg Ujong.

                                           

Yam Tuan Antah ibni Yam Tuan Raja Radin (ditengah-tengah)



                                             Dato Kelana Petra Syed Abdul Rahman (1872-1881)

Apabila Yam Tuan Antah pulang ke Seri Menanti, pihak Inggeris telah bertindak berunding dengan dengan Dato Undang-Dato Undang Sg Ujong, Rembau dan Jelebu bagi mengekalkan keamanan di Negeri Sembilan. Ini dapat dilihat melalui Perjanjian Seri Menanti  23-11-1876 dan 4-6-1887 antara Inggeris dan Yam Tuan Antah dan dato'-dato penghulu luak Tanah Mengandong, Perjanjian Inggeris dan Sg Ujong pada 31-5-1877, Perjanjian Inggeris dan Rembau pada  31-3-1877  dan Perjanjian  Inggeris dan Jelebu pada 26-4-1877.

Bagi tahun-tahun sehingga 1898, Sg Ujong, Rembau dan Jelebu adalah nagari-nagari bebas dan tidak tertakluk dibawah pemerintahan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 29-4-1898, dengan rundingan oleh pihak Inggeris , Undang Sg Ujong, Rembau dan Jelebu telah kembali kedalam Gabungan Negeri Sembilan melalui suatu Perjanjian antara Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah (anakanda Yam Tuan Antah) dan Undang-Undang berempat.

Antara perkara yang digariskan adalah adalah dapat dilihat dalam Bab 2 Perjanjian tersebut adalah

“ MAKA sekarang telah kembalilah Undang yang Empat menabalkan beta menjadi raja di dalam Negeri Sembilan kerana mengikut peraturan yang telah dibuat oleh orang tua-tua.”

Melalui Perjanjian inilah kuasa Undang Luak untuk menabal Yang Di Pertuan di maktubkan seperti adat ketika menabal Raja Melewar dahulu dan tidak ada lagi peraturan ini boleh dibelakangi oleh sesiapa pun termasuk orang Besar Istana waimma besar mana pun pengaruhnya.

                                                               

                     Perjanjian Yam Tuan Seri Menanti dan Dato Undang Berempat  29-04-1898                                                                        

Dengan siri-siri Perjanjian dengan Inggeris oleh Yam Tuan Seri Menanti, maka tersingkirlah pengaruh Dato Siamang Gagap dan tiada lagi dia memegang apa-apa jawatan dalam Istana.Menurut penceritaannya Dato Siamang Gagap telah pergi ke Mekah dan kemudian menetap di Kg Terusan Juasseh dan meninggal dunia di sana.(rujuk juga: ;http://abdullatip.blogspot.com/2010/07/menjejak-makam-datuk-siamang-gagap.html)

Oleh itu apa yang tersurat dalam perceritaan sejarah, Dato Siamang Gagap adalah pahlawan yang menentang Inggeris tetapi bukankah akibat tindakannya juga Inggeris dapat bertapak di Seri Menanti? Adakah itu harga yang perlu di bayar akibat kelicikan beliau dalam berpolitik dalam Istana atau mengekalkan pengaruhnya di Istana?.
Oleh itu fikirkanlah semula . Adakah benar Dato Siamang Gagap seorang pahlawan seperti yang diagungkan sejarah?

 Analisa Teladan dari Sejarah

Perlukah kita membelakangi apa yang dipersetujui dahulu demi untuk kepentingan kita sahaja. Jika kita andaikan peraturan menabal Raja suatu bentuk Kontrak Sosial , adakah boleh kita belakangi Kontrak Sosial yang ada dalam Perlembagaan Malaysia?

Jika kita sendiri cetuskan kekacauan dan ketidakharmonian mungkin ada pihak sama ada dari luar mahupun dari dalam yang akan mengambil kesempatan. Sejarah telah membuktikannya

Nota:-

“Rao Rontek” – ilmu sihir yang dipakai yang membolehkan pemakai yang telah ditikam atau dibunuh, hidup semula apabila jasadnya terkena tanah.

“ Bom Katak”- Katak jenis kodok yang dilumurkan dengan cili yang akan mengeluarkan gas sebagai mekanisma pertahanan. Namun sekiranya manusia terkena gas ini boleh menyebabkan halusinasi kepada manusia tersebut.

Susunan Allahyarham Tan Sri Abd Samad Idris dengan olahan semula.

Sumber                                                  

Share:

Sunday, 31 March 2013

Pulihara makam bersejarah

KOTA – Pas Dun Kota dengan kerjasama Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Rembau mengambil inisiatif melaksanakan projek pemuliharaan tempat bersejarah di daerah ini.

Penyelaras Pas Dun Kota, Ghazali Mohd Som berkata, di peringkat Dun berkenaan, pihaknya memilih makam Datuk Lela Balang di Kampung Kota Lama yang sudah terbiar untuk dibersihkan melalui aktiviti gotong-royong.



Menurutnya, sewajarnya makam berkenaan dijadikan sebagai tempat warisan bersejarah kerana ia bukan hanya menjadi tempat tarikan pelancong, malah dapat membangkitkan semangat juang generasi muda apabila mengenali tokoh pemimpin adat mereka sendiri.




“Malah, generasi muda mungkin tidak menyedari banyak fakta sejarah antaranya peranan yang dimainkan masyarakat di Rembau yang terdiri daripada Orang Asli suku Jakun dan kaum pendatang dari Sumatera pada zaman kejatuhan kerajaan Islam Melaka untuk menghalau penjajah Portugis pada ketika itu dari bumi Tanah Melayu dan Nusantara.

“Sekiranya PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, kita akan mengusulkan beberapa cadangan dan kertas kerja berkaitan Adat Perpatih serta tempat bersejarah bukan sahaja di Rembau malah di seluruh Negeri Sembilan supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak, baik dari sudut keagamaan, kebudayaan serta ekonomi,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Kota, Izamri Med dan Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau, Rozmal Malakan.

Sumber                                                  

Share: