yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday, 31 March 2013

Keamanan dan kemakmuran terbaik

Seremban, 30 Mac : Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran yang lebih baik berbanding negara-negara yang mencapai kemerdekaan pada masa yang hampir seusia dengannya.

Menteri Besar Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan berkata, banyak negara lain gagal mencapai kemajuan diharapkan walaupun memiliki kekayaan hasil bumi seperti minyak, emas dan bijih timah.

Berbanding dengan negara tersebut, beliau berkata, Malaysia berjaya dibangun dan dimajukan dengan baik hasil daripada perancangan dan usaha gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



“Dakwaan bahawa sesiapa jua yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya adalah tidak tepat kerana banyak kerajaan lain di dunia yang gagal berbuat demikian.




““Ada yang kaya dengan hasil bumi tetapi negara mereka masih tidak dapat mencapai kemajuan malah dibelenggu oleh krisis yang berpanjangan,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Setempat di Padang Bola Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya.

Turut hadir, isteri beliau, Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin.

Pada majlis itu, beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas.

Pada perkembangan sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan insiden yang berlaku di Sabah baru – baru ini yang sedikit sebanyak  mencemarkan imej negera dan menggugat keselamatan dan keamanan yang sekian lama dikecapi.

Katanya, kejadian itu seharusnya dijadikan iktibar oleh semua pihak dan tidak berulang lagi kerana insiden itu bukan sahaja menjejaskan keamanan malah memberi impak negatif dalam pelbagai aspek seperti tahap keyakinan pelabur dan berlakunya pertumpahan darah.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa rakyat negara ini bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta menikmati kemajuan dan pembangunan pesat yang dibawa oleh kerajaan sejak merdeka.

Sumber                                                  

Share:

0 comments:

Post a Comment