yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 17 June 2016

Pecah Rekod! Zain Saidin, Che Ta Sediakan 110 Pasang Baju Raya



Sebelum ini terlihat juga perkongsian gambar Che Ta di Instagram mengenai persiapan baju raya mereka sekeluarga. Bagiamanapun, melalui mStar Online, pasangan suami isteri ini rupanya sudah pun menyediakan 110 pasang baju raya.

“Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya. Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” jelas Zain selain menyatakan bahawa pakaiannya pada Aidilfitri tahun ini adalah daripada jenamanya sendiri.

Pada raya tahun lalu, pasangan ini masing-masing mempunyai 20 pasang baju raya. Tambah Zain, keluarga mereka akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada hari raya kedua.

Meriah sungguh satu hari sehelai baju. Pastinya perkara ini menjadi buah mulut warga laman sosial namun Che Ta sebelum ini sering menegaskan bahawa terlalu banyak perkara lain yang lebih penting daripada melayan kerenah negatif pengkritik di luar sana.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment