Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, Nama Anak Fasha Sandha & Jejai

on Tuesday, 16 April 2013


Cantik sungguh nama yang diberikan kepada anak sulung Fasha Sandha dan Jejai ini. Buat anda yang tak tahu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram telah dilahirkan secara pembedahan di Prince Court Medical Centre pada jam 9.21 pagi semalam.



Nama ini hanya berbeza satu huruf dengan anak hasil perkongsian hidup Jejai dan Nora Danish. Abang Nara yakin Rayfal akan membesar dan menjadi sahabat baik dengan Rayqal apabila dewasa kelak. Sementara itu, Fasha Sandha berterima kasih atas segala doa yang telah dipanjatkan oleh peminatnya. Kata Fasha:-

Inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini.





Semoga Rayfal akan membesar dengan sihat di samping ayah dan ibunya yang tercinta. Kepada Fasha, selamat berpantang dan tahniah sekali lagi atas kehadiran Rayfal.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved