yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 3 June 2016

Penjawat Awam Bersyukur Dapat Balik 30 Minit Awal Sempena Ramadhan

PUTRAJAYA - Permintaan seorang penjawat awam melalui akhbar tempatan beberapa minggu yang lalu agar kerajaan memberi kelonggaran bagi untuk balik awal sempena bulan ramadhan, akhirnya dipersetujui.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berkata, Kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam.

"Langkah itu diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan ramadan yang mulia ini bagi menjalani tanggungjawab ibadah.

"Bagi melaksanakan perkara tersebut, Kerajaan bersetuju untuk menambah Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang sedia ada di semua agensi Kerajaan Persekutuan," katanya.

Menurut kenyataan itu, perlaksanaan WBB pada bulan Ramadan bagi pejabat di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat bagi negeri-negeri ini ialah dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Waktu Rehat dari jam 1.00 petang hingga 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat).



Bagi negeri-negeri lain, Kedah, Kelantan, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, WBB pada bulan Ramadan boleh dirujuk melalui Surat Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

"Perlaksanaan pengurangan waktu rehat ini tidak akan menjejaskan aktiviti dan operasi sistem penyampaian perkhidmatan awam sepanjang bulan Ramadan kerana perlaksanaan ini tidak mengubah tempoh waktu bekerja penjawat awam sedia ada," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment