yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 3 April 2013

'Tambah hukuman'

Kuala Lumpur: "Kalau duduk di situ (bangku simpanan pasukan), beliau sebahagian daripada pasukan!

Itu reaksi bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah terhadap kontroversi terbaru dicetuskan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, duduk di bangku simpanan Johor Darul Takzim (DT) pada perlawanan menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu.



“Tindakan itu seperti mencabar keputusan dibuat jawatankuasa. Dalam peruntukan ditetapkan, mesti ada hukuman tambahan perlu dikenakan,” Kamarudin Abdullah, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM

Tambah Kamarudin, dia bingung dengan pelbagai kenyataan ‘kelakar’ FAM dan lebih menghairankan apabila Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud bertindak sebagai komisioner perlawanan, sedangkan pihak sekretariat tidak mempunyai sebarang hak untuk tugasan itu.

FAM pening

“Semakin pelik dan saya sebenarnya saya sendiri tidak faham apa yang sebenarnya berlaku dalam FAM sekarang. Hanya orang tertentu seperti pemain, jurulatih dan pengurus pasukan saja yang dibenarkan duduk di bangku simpanan pemain.

“Kalau Tengku Mahkota Johor, bukan di situ tempatnya. Kalau duduk di bangku simpanan pasukan, beliau (Tunku Ismail) adalah sebahagian daripada pasukan, dengan kapasiti presiden.




“Tindakan itu seperti mencabar keputusan dibuat jawatankuasa. Dalam peruntukan ditetapkan, mesti ada hukuman tambahan perlu dikenakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak mengesahkan tindakan itu menyalahi peraturan ditetapkan kerana ia berlaku ketika tempoh penggantungan enam bulan selepas Tunku Ismail didapati bersalah melanggar Artikel 88, apabila mengkritik mutu pengadilan tempatan.

Ketika menyentuh ‘tugasan luar’ Ahmad Fuad, Kamaruddin berkata jawatan beliau (Penolong Setiausaha Agung FAM) tidak layak menjadi seorang komisioner perlawanan.

“Dia di pihak sekretariat dan tugas sekretariat hanya memilih saja kerana dalam FAM sendiri sudah ada beberapa senarai berkelayakan memikul tugas komisioner perlawanan. Pihak sekretariat tidak boleh jadi komisioner perlawanan walau ia membabitkan perlawanan antarabangsa,” katanya.

Sumber                                                  

Share:

0 comments:

Post a Comment