yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 8 June 2016

'Bukan Rakyat Yang Bayar Gaji Saya' - YB UMNO



KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan bahawa gajinya bukan dibayar oleh rakyat tetapi dari kerajaan, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

"Gaji wakil rakyat bukan rakyat yang bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukanlah duit rakyat.

"Sekali duit terlepas ke pihak lain, ianya bukan lagi duit kita. Kalau duit kerajaan (adalah) duit rakyat, maka marilah kita beramai-ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita," katanya melalui laman Facebook rasminya.

Difahamkan, Nawawi berkata demikian dalam perdebatannya mengenai cukai dengan segelintir netizen yang mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat.

Ekoran itu, komen 'panas' Ahli Parlimen Langkawi itu telah tersebar meluas di media sosial.

Di media sosial, netizen menyifatkan kenyataan Nawawi itu lupa diri dan terlalu mendabik dada apabila sudah menjadi wakil rakyat.

Enggan beralah, Nawawi tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu meskipun telah dinasihatkan oleh rakannya.

"Nak tarik buat apa? Kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat. Saya hanya komen berhujah dengan seorang rakan Facebook.

"Yang mereka jahat pergi copy and paste pergaduhan kami berdua untuk sebaran umum tanpa kelulusan itu buat apa? Mereka yang sepatutnya tarik balik kenyataan itu dari media," tegasnya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment