yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday 14 April 2013

Melayu jadi MB apabila Pakatan tawan Negeri Sembilan – DAP


KUALA PILAH  14 APRIL: Pakatan Rakyat akan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu apabila membentuk kerajaan negeri selepas PRU 13, kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fok.

Ia sekaligus menafikan strategi Umno BN yang cuba menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu negeri itu kepada DAP, semata-mata untuk mengekal kuasa.



“Umno hendak takut-takutkan orang Melayu, kononnya kalau Pakatan menang, kuasa politik akan jatuh ke tangan DAP. Anthony Loke akan jadi Menteri Besar.

“Saya sudah cakap berulang kali, kalau Pakatan menang di Negeri Sembilan, kita akan angkat semangat Perlembagaan Negeri.




“Seorang pemimpin Melayu beragama Islam akan diangkat jadi MB,” katanya depan ribuan hadirin dalam program ‘Jelajah Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

Sebelum ini, beliau menyatakan komitmen sama dalam satu wawancara bersama laman Roket Kini.

Anthony berkata, masyarakat bukan Melayu tiada masalah untuk menerima pemimpin termasuk Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu.

“Bezanya, kita tidak mahu Perdana Menteri yang kotor dan rasuah dari BN. Kita mahu yang bersih dan berwibawa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

5 comments:

  1. Melayu berhati2,,jangan jadi tunggangan,,,,,,mampuih kito....apa lg yg kita ada ,,melayu merempat di bumi sendiri...ekonomi kita tempat tercorot,,,hanya ada kuasa politik ja,,,sikit2...kita sudah tua...anak2 masih kecil,,masa depan mereka patut dijaga,,,renung2kan,,,,semat menunaikan solat magrib,,doakan yg terbaik untuk kita,,,semoga sentiasa dilindungi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju yg teramat!! Jgn merempat di negara sendiri..

      Delete
  2. kah....kah...kah...goli kotiak den.

    ReplyDelete
  3. apo laie waghih2 sumo...UBAH lah..nk takut apo...Tak Melayu ilang d dunio..biar ilang bgso, jgn ilang agamo..

    ReplyDelete
  4. den org negori.den xnak dap atau pkr.....

    ReplyDelete