Semasa serbuan pada pukul 3.10 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), pasangan remaja itu sedang tidur tanpa berpakaian.
Pelajar itu mengaku dia berada di hotel itu selepas menipu ibunya dengan memberitahu mahu bermalam di rumah seorang rakan sekolah di bandar ini.
"Ibu yang percaya saya telah menghantar saya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini tetapi saya sebenarnya berjumpa teman lelaki saya yang berusia 18 tahun," cerita pelajar itu semasa ditemui selepas operasi cegah maksiat semalam.
Pelajar itu berkata, dia sudah berkenalan dengan kekasihnya sejak setahun lalu dan dalam tempoh percintaan itu, dia sudah beberapa kali tinggal di hotel itu bersama kekasihnya.
Difahamkan, pelajar itu merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya.
Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan dilakukan oleh penguat kuasa selepas menerima aduan orang awam mengenai kegiatan maksiat di hotel bajet itu.
"Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu hotel.
"Pemeriksaan di dalam bilik hotel itu menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur atas katil," kata Sulaiman.
Menurut beliau, pasangn itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan dokumen yang mengesahkan mereka merupakan pasangan suami isteri.
Sulaiman memberitahu, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang untuk membuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut.
Pasangan itu kemudian dijamin keluarga masing-masing dan kes mereka disiasat di bawah Seksyen 27(1)ab, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber
0 comments:
Post a Comment