Muhammad Ridhwan menjelaskan, beliay mewakili persatuan tersebut sememangnya pernah menghulurkan sumbangan kepada Sultan Sulu namun individu berkenaan bukanlah Jamalul Kiram sebaliknya Sultan Muedzul Lail Tan Kiram.
Bantuan yang dihulurkan itu pula didakwa Muhammad Ridhwan bagi tujuan mengembangkan ajaran Islam dan membela nasib golongan Muslim di Filipina.
Berikut temubual wartawan Kosmo! dengan Muhammad Ridhwan.
Kosmo (K): Adakah benar Datuk Seri memberikan dana kepada Jamalul Kiram?
Muhammad Ridhwan (MR): Tidak benar sama sekali kerana saya tidak menyalurkan apa jua bentuk bantuan kepada Jamalul dan saya juga tidak kenal Jamalul. Saya berikan bantuan kepada Sultan Muedzul.
K: Apakah bentuk bantuan dihulurkan kepada Sultan Muedzul?
MR: Bermula bulan September 2012 sehingga Februari 2013, saya menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai berjumlah hingga hampir RM8,000 sebulan. Sumbangan wang itu dihantar melalui khidmat penghantaran wang Western Union. Wang bantuan itu pula hasil sumbangan ikhlas orang ramai tidak kira secara peribadi ataupun kutipan derma di negara ini. Semua wang yang disalurkan atas nama Sultan Muedzul.
K: Pernah berjumpa dengan Sultan Muedzul?
MR: Saya pernah jumpa Sultan Muedzul tiga kali pada 2012. Saya berkenalan dengan Sultan Muedzul melalui rakan-rakan yang memberitahu mengenai Sultan itu yang mahu membela nasib bangsa mereka. Pertemuan itu dilakukan di bandar Jolo, Filipina.
K: Kenapa beri bantuan?
MR: Mereka merupakan umat Islam sama seperti kita, justeru saya mewakili pihak persatuan menghulurkan bantuan kepada mereka yang rata-ratanya miskin. Saya tidak mahu mereka ini murtad ekoran kesempitan hidup.
K: Adakah bantuan itu akan diteruskan?
MR: Ya, akan diteruskan tetapi setelah kerajaan Malaysia dan Filipina menyelesaikan perkara ini (pencerobohan) secara baik, Sultan Muedzul juga perlu menyelesaikan isu ini bersama pemimpin Filipina dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.
K: Apa perasaan Datuk Seri apabila mengetahui dicari polis?
MR: Saya tidak takut kerana saya yakin berada di pihak yang benar.
K: Apa tindakan akan diambil untuk membersihkan nama Datuk Seri?
MR: Saya akan membuat laporan polis esok (hari ini) di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur sebelum bertemu dengan beberapa pegawai di Balai Polis Bukit Aman untuk menjelaskan perkara ini. Saya yakin semua ini boleh diselesaikan melalui saluran undang-undang. Saya juga bersedia untuk membawa Sultan Muedzul datang ke negara ini bagi menjelaskan perkara sebenar.
K: Kenapa berhenti beri bantuan selepas Februari?
MR: Sumbangan yang saya beri berdasarkan permintaan mereka untuk tujuan kebajikan dan majlis-majlis agama. Saya hentikan pemberian sumbangan itu kerana insiden pencerobohan berkenaan.
K: Bagaimana Datuk Seri tahu dicari polis?
MR: Pada pukul 5 petang semalam baru saya tahu selepas dimaklumkan oleh orang ramai yang menghubungi saya.
K: Pernah berhubung dengan Sultan Muedzul berhubung isu pencerobohan dan apa pendirian Datuk Seri?
MR: Sultan Muedzul ada hubungi saya dan menjelaskan bahawa baginda tidak terlibat. Baginda murka kerana menjejaskan namanya. Baginda juga memberitahu Sabah sememangnya milik Malaysia berdasarkan perjanjian Sultan terdahulu.
K: Apa yang Datuk Seri tahu berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu?
MR: Saya hanya tahu melalui media dan saya terkejut dengan insiden itu. Sejak pencerobohan itu tiada pemimpin Sulu lain menghubungi saya.
Info Sultan Muedzul Lail Tan Kiram:
- Dilahirkan pada 28 Ogos 1966
- Anak sulung Sultan Moh. Mahakuttah A. Kiram
- Salah seorang yang menuntut takhta Kesultanan Sulu
- Ditabalkan sebagai Sultan Sulu pada 16 September 2012
- Mempunyai tujuh anak
Sumber
kesiannya dorg kt sana..islam di sana hidup dlm kemiskinan..dn sy yakin pencerobohan tu bkn dtgnya dr org islam di sana..
ReplyDelete