Nama calon BN diketahui esok

on Sunday, 14 April 2013


SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan watikah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara pagi esok, sekali gus mengakhiri spekulasi barisan yang akan mewakili perikatan itu kali ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini.

Surat jemputan liputan yang dikeluarkan juga mengesahkan  Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN akan diadakan esok.



Ia akan berlangsung di Menara Dato' Onn jam 11 pagi.

Ahmad berkata, pemimpin BN di setiap negeri turut hadir.




"Calon boleh menang yang terbaik terpilih," katanya menjawab soalan mengenai surat jemputan media yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja BN tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon dan 5 Mei sebagai hari mengundi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (Dun) bakal menjadi rebutan parti politik pada pilihan raya umum kali ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved