Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini berlaku kerana akan ada yang tidak berpuas hati jika tidak tersenarai sebagai calon.
“Bila dah umum calon nanti ada yang sabotaj parti dan akan ada dua kumpulan berpuak-puak,” kata Mohamad.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib dah cakap tadi, jangan gaduh-gaduh,” tambahnya yang ditemui wartawan diperkarangan lobi bangunan Umno di PWTC di sini.
Dalam pada itu lagi, Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) dapat meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga dengan syarat dua ramalannya tersebut dapat diatasi dan ditangani sebaik senarai calon dikeluarkan oleh Najib, yang juga merupakan pengerusi BN.
“Elakkannya, BN akan dapat majoriti dua pertiga majoriti dalam negara dan negeri,” katanya lagi.
Mohamad juga berkata senarai calon sudah selesai dan hanya perlu menunggu Najib mengumumkannya dan menegaskan BN di Negeri Sembilan tidak akan mempunyai manifesto berasingan.
“Isu calon dah selesai, sekarang ini tunggu presiden umum sahaja.
“BN di Negeri Sembilan tidak akan manifesto berasingan, kita akan bersama dengan manifesto yang dibuat diperingkat kebangsaan,” ujarnya lagi.
Setiausaha agung Umno semalam mengumumkan calon akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, yang kemudiaannya disokong oleh Khairy dengan berpendapat ia akan memberi masa kepada BN untuk menyaring ketua-ketua bahagian yang berkemungkinan akan menutup jentera semasa berkempen.
“Dalam seminggu, jika terdapat mereka yang mula berkelakuan pelik, kita mempunyai masa untuk pergi ke bawah dan mengatakan ‘Lihatlah, kita telah mendapat bukti, anda keluar’,” kata Khairy.
“Kami sedang memantau kawasan pilihan raya utama yang tertentu mungkin berlaku sabotaj. Saya tidak meletakkan angka tetapi mungkin ada yang agak besar yang dan menjejaskan kemenangan kami.”
Pada bulan Februari lalu, Najib juga telah bersetuju untuk melantik seorang wakil jawatankuasa tatatertib di semua bahagian Umno untuk memerangi sabotaj dalaman. Wakil tersebut mempunyai kuasa memecat dengan serta-merta ahli-ahli yang disyaki cuba sabotaj parti.
BN hilang majoriti tradisional dua pertiga parlimen dan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008, yang kemudiaan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tampuk pemerintahan daripada penyandangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan PR akan bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.
Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.
Sumber
0 comments:
Post a Comment