yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 5 April 2013

Tok Mat sah pertahan kerusi Dun Rantau

SEREMBAN - Desas-desus mengatakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan beralih angin kepada kerusi lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, akhirnya terjawab semalam.

Mohamad, semalam mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Dun Rantau yang dimenanginya selama dua penggal itu.

Menurutnya, keputusan itu telah dipersetujui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melainkan jika ada perubahan pada saat-saat akhir.



“Saya sahkan akan bertanding di Dun Rantau dan presiden parti bersetuju saya bertanding di kawasan saya sendiri," katanya.

Berikutan itu, Mohamad meminta khabar angin yang hangat diperkatakan sekarang bahawa beliau akan melepaskan kerusi Dun Rantau bagi bertanding kerusi lain pada PRU13 ini dihentikan.

“Saya berharap cakap-cakap belakang yang mengatakan saya bertanding di mana-mana, eloklah dihentikan kerana paling penting sekarang adalah konsentrasi kita menggerakkan jentera parti bagi memastikan kemenangan dapat diberi kepada BN,” katanya, semalam.

Pengesahan Mohamad itu sekaligus menjawab desas-desus selama ini mengatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen bagi memegang jawatan menteri Kabinet selepas PRU13 ini, sekaligus melepaskan jawatan menteri besar yang dipegangnya selama dua penggal.

Ada juga khabar angin mengatakan beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau akan beralih angin bertanding kerusi Dun Paroi dalam misi merampas semula kerusi berkenaan yang dimenangi Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani pada 2008.




Sementara itu, Mohamad juga mengesahkan nama Khairy Jamaluddin tetap dicalonkan bertanding bagi mengekalkan kerusi Parlimen Rembau pada PRU13 ini, walaupun Ketua Pemuda Umno memberitahu cenderung tidak bertanding.

"Itu hanya kenyataan peribadi Khairy sendiri tetapi namanya dicalonkan di Dun Rembau," katanya.

Pada sidang media itu, Mohamad turut memberi gambaran ada muka-muka lama di Negeri Sembilan tidak akan dicalonkan semula pada PRU13 ini.

“Siapa mahu menjadi calon tetapi tidak dapat, itu bukan nasib kita. Kepada yang telah menyandang jawatan tetapi tidak lagi diberi peluang mewakili parti, bersyukurlah kerana kita pernah menjadi Yang Berhormat sebelum ini.

"Kita sepatutnya menyokong sesiapa saja calon yang diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti kerana saya yakin di Negeri Sembilan kita boleh menang dua pertiga daripada kerusi yang ada,” katanya.

Sumber                                                  

Share:

0 comments:

Post a Comment