yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday, 5 April 2013

Penyanyi Aishah Tanding Parlimen Jempol?

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon mewakili parti itu di Parlimen Jempol.

Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.



Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.




“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos.

Sumber                                                  

Share:

2 comments:

  1. baru setahun jagung..x yah lah nak sibuk2 pasal politik ni..mcm dah x de modal..artis pun boleh..adakah motifnya untuk tarik lebih ramai artis untuk masuk parti dan boleh berceramah sana sini...sedangkan mereka tu x layak..hmm sedih dengan parti yang katanya menegakkan agama tp sebenarnya hampehhh..x nmpak apa pun usahanya tu..

    ReplyDelete
  2. tarik ramai artis sebab nak raih undi. ape pon tak bole.

    ReplyDelete