yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 12 October 2016

Ziyad penerima insentif sukan RM1 juta pelik ramai ‘saudara’ datang rumah selepas jadi jutawan



KUALA LUMPUR, 11 Okt — Sejak menjadi jutawan segera, wira sukan negara Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui dikunjungi ramai ‘saudara’ yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.

Pemenang pingat emas acara lontar peluru Paralimpik Rio berkata, disebabkan itu beliau terpaksa menambah bilangan kuota tetamu majlis perkahwinannya pada 11 November ini.

“Sejak akhir-akhir ini ramai pula ‘saudara mara’ saya tak pernah tengok tiba-tiba datang ke rumah. Saya pun pelik tapi itulah realitinya,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Keluarga sebelah perempuan pun dah tertekan kerana ramai saudara yang nak datang.

“Mula-mula kami jemput 1000 tetamu masing-masing untuk setiap majlis kerana guna pakej tapi nampaknya kena tambah lagi 300 orang.”

Dahulunya penjual kuetiau, Ziyad, 26, yang menerima insentif RM1 juta daripada kerajaan hanya mahukan majlis perkahwinan yang sederhana.

“Saya tak nak majlis yang besar-besaran. Saya tak mahu membazir, cukuplah hari bahagia saya disambut dalam keadaan sederhana tapi meriah,” katanya.

Majlis resepsi Ziyad akan diadakan pada 20 November di sebuah hotel di sini, manakala pasangannya Zafira Mohd Nasir pada 12 November ini di Putrajaya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment