yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 18 October 2016

Jangan Panggil Kaum India 'Keling' & 'Pendatang' - Najib



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak suka dan sangat menentang penggunaan istilah yang menghina seperti 'keling' dan 'pendatang' terhadap masyarakat India di negara ini.

Sebaliknya, Najib mahu masyarakat yang lain menghormati kaum India," katanya pada perwakilan ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan  MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

"Jangan panggil kaum India sebagai 'pendatang' atau 'keling', saya tidak suka, tolong jangan gunakan panggilan seperti itu," katanya.

Najib juga meminta rakyat bersatu kerana ia akan membawa perubahan yang sebenar di mana rakyat kini bosan dengan politik pembangkang.

Lapor MalaysiaKini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggunakan istilah 'keling' dalam satu ucapannya di Langkawi yang kemudian menjadi viral dan menerima kritikan dari pelbagai pemimpin India di negara ini.

Malah, laporan polis juga telah dibuat terhadap Mahathir kerana menggunakan istilah 'keling'.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment