yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 20 June 2016

Kerana Kongsi Kelebihan Suami Orang, Gadis Ini Mendapat Tepukan Gemuruh Dan Sokongan Dari Persatuan Suami Orang Malaysia



KUALA LUMPUR - Seorang gadis dikecam hebat oleh netizen khususnya golongan 'isteri' yang berang terhadap kenyataannya yang menyatakan kelebihan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Gadis yang menggunakan nama samaran Mak Gegurl Jemah itu, memuat naik kelebihan berkahwin dengan suami orang di laman Facebooknya pada 9 Jun lalu.

"Suami orang biasanya susah nak dapat kerana mereka sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang yang susah dapat, biasanya mahal. Jadi, suami orang adalah 'barang yang mahal' dan untuk pengetahuan anda, barang yang mahal, kualitinya cukup bagus," katanya.



Tanpa menunggu lama, kenyataannya itu mula tersebar di media sosial dan akibatnya dia dikecam oleh netizen.

"Suami yang senang digoda itulah yang paling murah di pasaran. Yang mahal tak akan dapat digoda oleh perempuan murahan," kata Sue Harriz.

"Pity u women ur so cheapskate. Jangan cakap kualiti, value pun tak ada. Why suami orang lekat pada you is because you're cheap, too cheap to carry out the tittle as women. Letak di Bazar Ramadhan pun, no mens turn to you. Get a life or wait for kifarah percuma for you," kata Sue Hussein Sibujursireh.

Melalui pencarian di Facebook mendapati, gadis terbabit telah menukar nama samarannya. Difahamkan, status berkenaan telah dibuat pada Jun tahun 2015, dan pernah dimuat naik semula pada awal tahun ini. Sekali lagi, ia tersebar di media sosial setelah dimuat naik oleh laman Malaysia Viral Story.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment