yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 11 May 2016

Punca Kakitangan Awam Dibenarkan Pulang Awal Pada Bulan Puasa Buat Kakitangan Swasta Jeles



Sebut sahaja pasal kakitangan awam, orang pasti mengatakan 'untunglah dapat kerja kerajaan'... Banyak faedah yang dapat... Senang hidup... Kerja pun tak susah... Kebanyakkan kerja kerajaan waktu kerja 'opis hour'... Nak cuti pun senang.

Memang tidak dinafikan banyak orang yang dapat kerja kerajaan ni hidup senang... Sebab mudah dapat pinjaman bank untuk beli rumah, kereta dan sebagainya... Bonus pun tiap-tiap tahun mesti dapat... Nak raya pun dapat lagi bonus.

Kalau kerja sektor swasta... Jangan harap lah nak dapat 'benefit'  macam kerja kerajaan ni... Loan pun susah nak dapat...  Bonus jangan nak kata laa, memang payah nak dapat... Bila tanya kenapa tak ada bonus, 'prestasi syarikat tidak memberansangkan'.

Tahun ini pula, katanya kakitangan awam akan diberikan kelonggaran untuk pulang awal ke rumah... Tapi pada waktu bulan puasa saja laa... Bukan bulan puasa, waktu balik macam biasa..

Menurut Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beliau akan membawa cadangan ini kepada Kabinet untuk dipertimbangkan dan ia hanya akan dikuatkuasakan pada bulan puasa.

Bila kerajaan kata mahu memberi kebenaran pulang awal kepada kakitangan awam... Rasa macam tidak adil pula bagi mereka yang bekerja di sektor swasta... Mereka terpaksa bekerja mengikut masa yang telah ditetapkan majikan... Sedangkan mereka juga berpuasa di bulan yang mulia itu.

Apa kata kerajaan arahkan supaya majikan di sektor swasta untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk pulang lebih awal pada bulan puasa... Hanya untuk sebulan saja dibenarkan pulang awal.... Kalau kerajaan boleh arahkan majikan sektor swasta untuk menaikkan gaji, takkan memberi kelonggaran untuk pulang awal tidak boleh.

Inilah peluang kerajaan untuk mengambil hati pekerja di sektor swasta... Pekerja sektor swasta sering mengeluh mereka tidak dibantu oleh kerajaan... Jadi, dengan arahan kepada majikan ini, dapat juga laa pekerja sektor swasta merasa 'nikmat' seperti kakitangan awam.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment