yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 18 March 2015

KISAH JEFRI, SI MISKIN YANG PEMURAH HATINYA



Orang sebelah kiri baju oren tu saya jumpa sendiri 2 minggu lepas semasa orang sebelah kanan itu menjamu saya dan rakan di restoran beliau (Briyani Haji Tamby). Namanya Jefri dan beliau seorang yang India Muslim yang sangat peramah. Saya suka belajar tidak sekadar di dewan berhawa dingin semata kerana pelajaran besar kadangkala ada di tepi jalan dan di pinggir desa. Jefri menyewa rumah mu#rah dengan isteri beliau dan tidak pandai membaca namun sangat rajin bekerja. Hidupnya sangat sederhana dan ringkas sahaja tetapi beliau orang yang kelihatan sentiasa gembira. Di dalam saku beliau sentiasa ada RM2000 tunai (saya tahun dari maklumat kawan sebelah dia tu). Bukan dia sentiasa ada RM2000 dan habis setiap kali keluar tetapi dia sentiasa standby wang itu. Bila ditegur kenapa bawa wang tunai ke hulu hilir? Jawabnya, dia risau jika nanti ada orang susah nak minta bantuan dia tidak mampu membantu dengan SEGERA (dia tak pandai pakai ATM).




Jika dilihat keadaan rumah sewanya, orang lain pasti akan katakan sepatutnya beliau utamakan diri sendiri dari membantu orang lain. Tapi jawapan beliau sangat jujur "Aku ada ju#ga rumah, tapi kesianlah kat orang yang tak ada rumah kalau minta tolong tapi aku tak tolong".

Sentap kan?

Hati saya tersentuh, bagaimana masih ada orang yang miskin namun pemurah. Arwah emak saya dahulu meraut penyapu sehari dapatlah RM1.50 tetapi bila anak-anak Arqam menjual majalah An-Nur, arwah emak boleh ambil RM5 dalam simpanannya habis untuk beli majalah itu sekalipun dia tidak pandai membaca. Siap bayar lebih lagi. Bukan kerana Arqam tetapi kerana belas kasihan. Jefri juga begitu, beliau kita lih#at miskin tetapi pada saya beliau kaya kerana hartanya tak mampu membuat beliau jadi tamak kerana MENCUKUPI. Bukankah beza dengan Si Kaya berkereta mewah yang tersungkur-sungkur mengejar kekayaan yang tak cukup-cukup.

Jefri tidak kaya, tetapi saya kagumi pemikirannya yang jauh lebih maju dari kebanyakan menteri.

Diceritakan oleh - SAIFUL NANG

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment