yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 18 March 2015

KISAH SAYU SEORANG LELAKI DITINGGALKAN ISTERI & DIBUANG KERJA



"Semuanya dah hancur!"

Pemuda itu membentak sambil menerbalikkan meja di depannya. Surat dari mahkamah syariah. Surat cerai permintaan isterinya telah sampai di tangannya. Isterinya it#u tetap mahu bercerai. Dah dua bulan tak balik rumah. Anaknya yang seorang itu dibawa bersama balik rumah mentua.

Tinggal dirinya sendirian. Baru balik dari kerja. Hari dah malam. Teringat di pejabat tadi, dia mendapat tahu syarikatnya tengah mengurangkan pekerja. Yang menyakitkan hatinya, namanya ada dalam senarai pekerja yang akan diberhentikan.

Kusut kepalanya kini. Suda#hlah isteri curang tinggalkannya. Bakal kehilangan kerja pula tu. Habis, macam mana nak bayar loan rumah, loan kereta nanti? Segalanya dah over bagi dirinya. Dah sampai penghujung!

"Hidup ini memang celaka!"

Membebel sendirian. Berbaring malas di sofa. Segalanya menyakitkan hati. Pejam mata. Penat.

Terdengar pintu rumahnya diketuk orang. Dengan malas, dia bangun membuka pintu.

"Ayah?"

Seorang lelaki tua berada di atas kerusi roda. Berseorangan di luar rumah.

"Eh, ayah datang dengan siapa ni?"



Ayahnya cuma tersenyum. Dia m#enolak kerusi roda ayahnya masuk ke dalam rumah. Ayahnya lumpuh setelah dilanda strok beberapa tahun lepas.

"Kamu tak ok kan?"

Lelaki itu menyedari meja yang terbalik tadi belum dibetulkan. Bersepah. Keadaan dalam rumah kacau bi#lau. Mengangguk perlahan. Dia duduk bersandar di dinding. Sebelah kerusi roda ayahnya. Mengeluh.

"Entahlah, ayah. Ada bini, bini buat hal. Ada kerja, kena buang. Padahal kat bini saya dah sediakan segalanya. Apa lagi tak cukup? Makan pakai semua dah. Tapi, lari dengan jantan lain pula.

Kerja, siang malam kerja. Bua#t sehabis usaha kerja keras. Tapi, tak dihargai orang. Macam ni balasan syarikat dengan yang rajin bekerja? Yang membodek tak kena buang pula? Gila!"

Ayahnya tersenyum. Meletakkan tangannya di bahu sang anak.

"Cuba kamu fikir dalam-dalam. Setelah Allah berikan segalanya kepada kamu; suatu masa dulu kamu hidup dalam kebahagiaan dengan isteri, malah sehingga orang lain merasa cemburu dan memu#ji rumahtangga kamu.

Ketika itu, di mana Allah di hatimu?

Cuba ingat, masa yang kamu habiskan, usaha yang kamu ikhtiarkan demi buat isteri dan anak bahagia, banyak kan?

Masa untuk Allah, sebanyak itukah kamu habiskan?

Cuba renung kembali, ketika kamu krisis rumahtangga, kepada siapa kamu adukan? Kau adu pada orang itu #dan orang ini, kau cuba cari pengganti untuk hilangkan luka di hati.. tapi kenapa tidak kamu cari Allah adukan segala, mohon dengan-Nya gantian yang lebih baik?"

Pemuda itu merenung lantai. Cuba hadam. Ingin dinafikannya, tapi untuk apa bila telahan ayahnya itu semua#nya tepat. Kena dengan dirinya. Rasa sebak dalam dada.

"Masalah yang melanda, benarlah suratan takdir, namun ujian yang Allah berikan kerana kesalahan hamba-Nya sen#diri. Puncanya dari diri sendiri.

Dia beri. Dia ambil kembali.

Solat kamu, bagaimana?"

Anaknya menundukkan kepala.

"Tak cukup, ayah."

Ayahnya diam seketika. Sebelum menyambung kata.

"Itulah yang ayah selalu pesan. Solat lima waktu itu cukupkan, betulkan, sempurnakan. Baik buruk hati dan di#ri seseorang berasal dari solatnya. Jiwa tenang atau layu berpunca dari solatnya.

Tinggal Subuh saja misalnya, seharian hati itu takkan rasa tenang. Percayalah.

Biarlah kehilangan segalanya, tapi jangan kamu hilang pegangan kamu pada Allah. Jangan kamu lupakan Allah.

Bila kamu tinggal solat, kamu tinggalkan Allah sebenarnya.

Bagaimana jika Allah yang tinggalkan kamu?

Mana lagi dahsyat, Allah atau isteri dan anak yang tinggalkan kamu?"

Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

"Nah. Ini, Al-Quran yang kamu gunakan ketika kecil dulu."

Pemuda itu menyambutnya.

"Hidup itu tunggang terbalik, keran#a kamu ketepikan Al-Quran. Kamu tak lagi baca kerap seperti dulu. Mungkin hanya baca sekali sebulan atau langsung tak sentuh pun. Tidak cukup hanya baca yang wajib dalam solat.




Bila kamu hilang segalanya, Al-Quran masih ada. Inilah yang menjadi teman pengganti kamu dunia sampai akhirat. Al-Quran itu bagai anak yang kecil minta didukung. Tiap kali kamu lalu #di depannya, seolah-olah ia memanggil-manggil kamu. Minta dimanja dan dibelai. Minta dibaca dan dimengerti.

Kamu dah sisihkan Al-Quran. Itu yang ayah sedihkan. Ayah tak perlu anak yang berjaya di dunia, tapi gagal di akhirat. Biarlah langit ini runtuh sekalipun, harapan ayah pada k#amu adalah kamu jadi anak yang soleh. Bukan soleh untuk ayah.

Tapi, solehmu itu untuk Allah. Untuk Dia, nak."

Ayahnya bersuara hiba. Mengalirka#n air mata dari kelopak mata yang tua berkedut seribu. Meletakkan tangannya di kepala sang anak, mengusap-ngusap rambut anaknya. Menangis.

"Hubungan dengan Allah yang paling utama.."

Lelaki itu menangis sama. Menangis tersedu-sedan. Matanya sudah kelabu dengan air mata. Bangun memeluk ayahnya di kerusi roda.

Tapi, terasa seperti memeluk sofa. Dia membuka matanya luas-luas. Ayahnya tiada depan mata.

Dia masih terbaring di kerusi sofanya. Fikirannya kembali sedar, ayahnya dah meninggal tahun lepas. Hatinya kemb#ali sayu. Ayah masih peduli, walau cuma di alam mimpi.

Bukan. Allah sebenarnya masih sayang.

Teringat ayah, hati rasa rindu.

Teringat khilaf, pada Allah rasa malu.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment