yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 16 February 2015

Trend Kini - Wanita berhijab tapi seksi. Kenapa ??



Salah satu tanda-tanda dek#atnya hari Kiamat ialah wanita yang berpakaian seperti telanjang.

Dalam erti kata lain yang lebih mudah difahami adalah berpakaian seksi yang menampakkan bentuk tubuh dan tidak kurang juga wanita yang lengkap bertudung tidak lari dari golongan seperti ini.

Mereka menutup sebahagian auratnya# dan menampakkan sebahagian yang lain. Hal ini akan membuatkan kaum adam atau lelaki tidak dapat menghilangkan nafsu syahwat mereka dan akan melihat keindahan yang ada pada kaum wanita yang akan membuka pintu zina dan perkosaan.



Kadang kala wanita yang bertudung juga dengan sengaja memakai pakaian yang sendat, terlalu nipis, berseluar yang menampakkan bentuk pinggul, tudung yang agak pendek dan tidak menutupi bahagian dada serta kain yang pendek atau terbelah hingga menampakkan bahagian peha dan juga berlenggang lenggok ketika berjalan yang akan membuatkan kaum lelaki ghairah melihatnya.




Ada juga yang berhijab tapi masih mema#kai skirt? Mereka merasakan sudah cukup sempurna dengan berhijab sedangkan tubuh badan masih terserlah dengan pakaian yang ketat dan sebagainya.



Pada dunia maya sekarang, terlalu banyak gambar wanita berhijab yang terpapar di sosial media seperti facebook, internet, laman web, blog dan lain-lain. Golongan ini tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah mempertontonkan bentuk tubuh mereka, berpacaran di tempat-tempat terbuka dan ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan maruah kaum wanita itu sendiri.

Mereka juga merasa bangga setelah dapat me#muatnaik gambar-gambar yang tidak sepatutnya untuk tontonan umum. Walaupun pada dasarnya, gambar-gambar tersebut hanyalah mungkin sebagai kenang-kenangan.

Ramai wanita berhijab sebenarnya menyedari akan kesilapan ini namun demi kepuasan diri atau erti kata lain terlalu mengikut peredaran zaman, maka golongan ini tidak mengendahkan kesan-kesan negatif dari cara pemakaian dan hijab mereka. Ini adalah tidak termasuk dalam kategori menutup aurat yang sebenar dalam Islam.



Antara-antara kategori pemakaian wanita yang sebenar dalam islam:

- Pakaian yang menutup seluruh anggota badannya kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki.
- Tidak memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan auratnya kerana itu pakaian tersebut dapat meransang nafsu orang yang melihatnya.
- Pakaian yang tidak ketat supaya tidak menampakkan bentuk tubuh badan.
- Memakai pakaian yang khusus untuk wanita dan tidak boleh dipakai oleh lelaki.
- Melabuhkan pakaian, contohnya seperti tudung yang mengikut kehendak syarak bagi menutupi rambut, leher dan dada.
- Memilih pakaian dengan warna-warna lembut dan sesuai.

Moral dari cerita di atas adalah jika kita benar-benar berhijab, lakukanlah dengan seikhlas-ikhlasnya tanpa ada sebab yang lain dan kita perlu benar-benar bersedia melainkan takutkan Allah da#n azabnya.

Oleh itu, golongan wanita perlu berhati-hati dalam adab memilih pakaian dalam menjaga kehor#matan diri serta yang paling penting perlu menutup aurat dengan sempurna. Wallahualam…


Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment