KISAH BENAR, CIKGU DISEKSA & DILAMBUNG KE LANGIT SEBELUM KE MEKAH

on Sunday, 15 February 2015


Gambar hiasan.. 

Assalamualai#kum, saya (Cikgu Rosa) nak berkongsi sebuah cerita. Kisah benar yang saya dapat masa pergi umrah hari tu.

Masa di Madinah, tengah tunggu bas nak ke airport balik ke Malaysia, saya duduk berdepan dengan seorang cikgu dari Dungun di lobi hotel. Tengah duduk sembang-sembang, dia pun buka cerita kisah benar yang berlaku pada dirinya sebelum datang ke Mekah.

Dia kata, sebelum ini dia #koma.

Saya tanya, “masa koma, boleh dengar tak orang bercakap dengan kita macam dalam filem tu atau pun dengar orang mengaji ke?”

Dia kata, dia tak dengar apa-apa pun. Tetapi dia kata, “Saya diseksa!”

Ya Allah, tunjukkan pada saya, ‘Saya Diseksa’.

Katanya,




“Allah lambung saya dari atas bumi hingga ke langit. Lepas tu, Allah jatuhkan saya dari langit hingga ke bumi berkali-kali m#embuatkan saya rasa sangat sakit sampai saya merayu dengan Allah. Saya tak nak mati lagi, saya nak balik semula nak betulkan semula apa yang saya dah buat.

“Masa saya diseksa, saya tak ingat yang lain. Saya tak ingat pun suami saya, saya tak ingat pun anak-anak saya. Saya cuma ingat kerja saya di sekolah,” katanya.

Dia tanya saya, “akak ni cikgu juga ke?”

“Ya,” balas saya..

“Kita ni cikgu, kadang-kadang lambat m#asuk ke kelas. Kadang-kadang tu, kadang-kadang ni dan kadang-kadang macam-macam lagi. Saya selalu tak datang sekolah sebab selalu ambil cuti. SIlibus saya tak habis,” luahnya.

Saya mengiakan saja. Terdetik dalam hati saya, “takutnya saya…”

“Itu Allah baru tunjuk kat saya. Satu dosa yang saya buat dengan kerja saya, belum lagi dosa saya dengan suami, dosa saya dengan anak-anak. Sekarang, alhamdulillah. Bila saya sedar, saya berazam nak ke Mekah, tetapi… sebe#lum tu saya pergi mengurut.

“Tukang urut pun terkejut, dia tanya saya kenapa urat saya bersimpul-simpul macam jatuh dari tempat tinggi?,”  katanya.

Sangat besar pengajaran daripada kisah cikgu ini. Tak kena pada kita, kita rasa kita dah buat yang terbaik dengan kerja kita. Bila Allah nak tunjuk, itulah dia.

Semoga dengan berani cikgu ini dedahkan kisah# dia kepada saya, boleh dijadikan pengajaran untuk kita yang juga bergelar cikgu. Minta maaf, saya tak pandai dan tak bercerita dengan baik. Sedikit sebanyak, itulah yang dia ceritakan pada saya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved